Selepas berhempas pulas sekembalinya dari show WIP di Singapore maka hari ini selesailah pulak satu lagi persembahan teater. Teater Vertigo yang berlangsung bermula dari 23 hingga 25 Mei telah menutup tirai pada persembahan jam 3 petang tadi. Teater ini adalah sebuah teater bercorak eksperimental yang ditekankan pada visual dan monolog. Aku memulakan proses pembentukannya dengan menciptakan visual-visual melalui gerakan selepas terciptanya visual ini barulah aku mula menulis monolog untuk menyokong visual-visual tersebut. Para pelajar (persembahan ini disempurnakan oleh para pelajar ASWARA untuk kursus Produksi Teater Eksperimen yang aku mengajarnya) melalui bengkel-bengkel gerak yang aku kendalikan selepas bengkel-bengkel ini barulah mereka membentuk visual-visual yang aku kehendaki. Sebenarnya idea ini datangnya dari bengkel-bengkel yang aku hadiri di Tokyo dan bersama pengalaman menonton teater di sana aku cuba kongsikan bersama para pelajar aku. Ini adalah bentuk baru bagi aku kerana aku belum pernah mencuba mencipta karya melalui proses sedemikian, secara peribadinya aku mula menyukai proses ini. Dan, persembahan untuk teater ini memerlukan konsentrasi yang tinggi bukan hanya pada pemain tetapi juga penonton. Hubungan antara penonton dan persembahan tidak boleh terputus jika ini terjadi persembahan ini akan tidak berjaya. Hari ketiga persembahan barulah para pelakon (pemain) dapat mengikat penonton dari awal hingga akhir persembahan. Malam pertama separuh dari persembahan berjalan dengan baik tapi selepas itu masalah teknikal disebabkan kesuntukan masa untuk kerja-kerja pencahayaan mencacatkan persembahan tersebut. Malam ke dua Hairi pelakon utama yang bermonolog gagal mengikat penonton dengan penceritaannya kerana tingkahnya menjadi kasar dan ia telah memberi intepertasi yang salah terhadap watak yang di mainkan membuatkan penonton tidak empati terhadap wataknya. Persembahan ke tiga segala-gala dalam keadaan terkawal tidak hebat dan tidak buruk tetapi yang penting dapat mengikat penonton untuk terus memberi tumpuan terhadap persembahan. Itu sudah memandai untuk aku. Aku amat berharap para pelajar dapa mempelajari sesuatu dari pengalam mereka berkerja bersama aku.
1 ulasan:
Betulkan jika aku salah.
hairi dari kedah?
Catat Ulasan