Selasa, 17 Februari 2009

Gambar Telanjang Elizabeth Wong

Nude dilukis oleh Pierre Auguste Renoir tarikh 1910, Perancis. Pernah dicuri pada tahun 1996 dan kini di berada di muzium negara Serbia. Nilai 10 juta euro.


Siapa yang tak pernah telanjang? Berapa ramaikah orang kat dunia ni yang tak pernah telanjang? Akupun sekali sekala suka tidur telanjang bila cuaca panas dan ada beberapa keping gambar telanjang yang aku ambil untuk suka-suka. Mengambil gambar dalam keadaan telanjang ada masanya memberi kepuasan tersendiri. Manusia sebenarnya terdorong untuk merakam apa sahaja yang berlaku disekelilingnya. Lihat saja manusia pra sejarah, mereka menconteng dinding gua tentang kehidupan yang dilalui oleh mereka. Para sejarawan telah merekodkan lukisan tertua ditemui di dinding gua adalah di Grotte Chauvet, Perancis iaitu dihasilkan pada 32,000 tahun dahulu. Apabila evolusi manusia kian berputar manusia mula mengagumi bentuk tubuh mereka sendiri pula, lalu lahirlah pelukis-pelukis yang merakam tubuh badan manusia ke atas kanvas atau batuan yang menjadi lukisan dan arca.

Dari zaman Mesir, Greek dan Rom ke zaman pertengahan, renaissance, mannerisme, baroque, neo klasisme, romantisme, impressionisme, post impressionisme, simbolisme dan ianya terus berkembang hingga ke hari ini manusia tak pernah putus-putus mengeksplor tubuh badan mereka. Dari ukiran ke lukisan, dari gambar bercetak ke gambar digital, dari filem ke video berbagai gambar telanjang telah tercipta. Ada yang menjadi karya seni yang tak ternilai ada pula yang menjadi tidak bernilai.

Cuma apabila kita didindingi oleh agama dan budaya ketelanjangan ini mula dilihat sebagai sesuatu yang tidak bermoral. TIDAK BERMORAL ini apabila kita sewenang-wenang menelanjangkan tubuh kita untuk tujuan tertentu seperti menjadi model untuk majalah atau filem untuk dijadikan tatapan orang ramai yang boleh menjanakan keuntungan mahupun percuma. Dan, dari segi agama dan budaya sesetengah masyarakat ianya menjadi tidak bermoral.

Bagaimanapun jika gambar telanjang milik aku yang menjadi kes studi untuk diri aku itu telah diterbitkan oleh orang lain bagi tujuan tertentu persoalan tidak bermoral itu harus dikembalikan kepada orang yang menerbitkannya dan orang yang mengheboh-hebohkan soal itu.

nota tumit kaki kiri : Penulis bukan seorang pakar dalam seni halus dan hanya mendapat pangkat 8 bagi subjek lukisan semasa SPM dulu dan beberapa keping gambar bogel milik peribadinya masih dalam simpanannya tunggu Khir Toyo dan gerombolannya bila nak datang beli.... sekeping RM 1 juta.

Rabu, 11 Februari 2009

2 peristiwa yang sama dengan 2 penilaian yang berbeza.

Peristiwa pertama.
Sekumpulan manusia berkumpul di jalan-jalanraya membantah tindakan wakil-wakil yang mereka pilih dalam pilihanraya. Kumpulan manusia ini merasakan diri mereka telah dikhianati bila wakil-wakil ini berpaling tadah. Mereka berkumpul untuk melahirkan rasa ketidakpuaan hati mereka dan cuba untuk menarik perhatian sultan agar rayuan mereka diberi pertimbangan. Tindakan kumpulan manusia ini dianggap sebagai rusuhan yang mengganggu ketenteraman awam. Mereka dihalau dan ditangkap persis binatang liar dan wajah-wajah mereka digambarkan dengan kehinaan di akhbar arus perdana.

Peristiwa kedua.
Sekumpulan manusia yang lain berkumpul di jalan-jalanraya membantah tindakan yang dibuat oleh beberapa pihak yang mempertikaikan tindakan pihak yang mendorong wakil-wakil di atas mengkhianati kepercayaan pengundi mereka. Kumpulan manusia ini yang merasakan mereka berada di pihak yang benar merusuh dan mengeluarkan kata-kata kesat berbau perkauman menuduh beberapa pihak tadi sebagai penderhaka terhadap sultan. Mereka benar-benar mahu melihat pihak yang teraniaya dan cuba untuk mempertahankan hak mereka itu, dihukum. Tindakan kumpulan manusia ini tidak dianggap sebagai rusuhan yang mengganggu kententeraman awam sebaliknya menjadi simbol demokrasi. Mereka ini dianggap sebagai perjuang dan dimuliakan di muka hadapan akhbar arus perdana.

Aku sebagai pemerhati tertanya-tanya kenapakah pihak pemerintah masih tertanya-tanya kenapa mereka makin hilang sokongan dari rakyat jelata.

Selasa, 10 Februari 2009

Politikus Lahanat

Kuasa. Kita manusia sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan kuasa. Di antara manusia yang paling lahanat adalah politikus yang gilakan kuasa. Mereka ini sangup lakukan apa saja untuk mendapat kuasa atau kembali berkuasa, persis anjing liar lagi berkurap berusaha bersungguh-sungguh memiliki tong-tong sampah untuk mendapat sisa-sisa makanan. Menjijikkan.

Khamis, 5 Februari 2009

Lalang-lalang

Hari ini aku gembira kerana akhirnya kurap pulang ke kelangkang. La la la la la lang la la la la la lang lalang lalang di perak itu akhirnya ada yang sudi mengalih ke tempat yang sepatutnya.

Dan, kini sudah jelas siapa yang berada di barisan itu adalah lalang-lalang seperti mereka juga. Lalang-lalang yang harus kita bersihkan supaya halaman kita terang menerang.

Nota tumit kaki kiri: Aku pernah tanam sayur. Ada ulat menjarah daun-daun. Aku cantas daun-daun tu hingga tinggal batangnya saja. Ramai yang kata rugi buang begitu saja, daun-daun berulat tu masih boleh dimakan. Aku kata tunggu dan lihat. Seminggu kemudian daun-daun kembali menghijau dan tiada lagi ulat yang bersarang. Dan, aku makan hasilnya dengan nikmat.