Khamis, 5 Februari 2009

Lalang-lalang

Hari ini aku gembira kerana akhirnya kurap pulang ke kelangkang. La la la la la lang la la la la la lang lalang lalang di perak itu akhirnya ada yang sudi mengalih ke tempat yang sepatutnya.

Dan, kini sudah jelas siapa yang berada di barisan itu adalah lalang-lalang seperti mereka juga. Lalang-lalang yang harus kita bersihkan supaya halaman kita terang menerang.

Nota tumit kaki kiri: Aku pernah tanam sayur. Ada ulat menjarah daun-daun. Aku cantas daun-daun tu hingga tinggal batangnya saja. Ramai yang kata rugi buang begitu saja, daun-daun berulat tu masih boleh dimakan. Aku kata tunggu dan lihat. Seminggu kemudian daun-daun kembali menghijau dan tiada lagi ulat yang bersarang. Dan, aku makan hasilnya dengan nikmat.

7 ulasan:

Penjejak Badai berkata...

huh..ada subteks tuh...bila2 ada show lagi bagi tau la...insyaalah kami p tgk..

Aloy Paradoks berkata...

lagi panas ni bro,,,baru 1 jam,,,,MB perak diarah letak jawatan.....

ceri masam berkata...

"betul!" eh bukan "betul!"
sepatutnya, "saya setuju!"

mana satu?

lalang pun ada baiknya...
walau dia selalu menyembunyikan ular di celah2nya..

hmm

artisticklytouch berkata...

kau kata mereka lalang..aku gelar mereka katak...sebab mereka suka melompat dan jeritnya monotonous sahaja

fahmi berkata...

tepat sekali... marilah berdoa agar keadilan dapat terlaksana...

Pegawai Khalwat berkata...

Wal hasil balik asal,
Wal asal balik hasil,
Itu pasal tak hasil.

Dulu lalang arwah bapak aku akan tebas dengan pisau tebas yang macam sabit tu. Lepas tebas, tangan jadi lenguh. Lepas tu makin maju pakai saja mesin rumput. Walau namanya mesin rumput, lalang pun boleh ditebas.

Lalang di sana tu, agaknya elok diracun saja.

Tanpa Nama berkata...

Saya bersetuju lalang ada baiknya. lambat laun akan ditebas dan dibersihkan. Kalau PR tak mampu membersihkannya, biar BN memusnahkannya atau menjaganya. Ketika itu orang ramai akan tahu siapa yang baik dan benar.