Bahasa kebangsaan Malaysia adalah Bahasa Malaysia atau secara tepatnya bahasa Melayu-Riau. Inilah bahasa yang diguna pakai sebagai bahasa rasmi di Malaysia. Pihak kerajaan melalui kempen-kempennya bersungguh-sungguh memastikan rakyat di negara ini menggunakannya dalam segala urusan; baik yang rasmi mahu tidak rasmi. Sebagai rakyat Malaysia aku bangga menggunakannya bukan kerana ianya bahasa ibunda tapi kerana aku rakyat Malaysia. Walaupun begitu masih ada ahli-ahli perniagaan, politik dan masyarakat pertengahan hingga atasan masih berbangga menggunakan bahasa english atau inggeris untuk berkominikasi sesama sendiri dan mereka yang setaraf dengannya. Mereka hanya menggunakan Bahasa Malaysia untuk orang yang macam aku dan setaraf dengannya.
Hari tu aku terjadilah satu peristiwa (bukan kali pertama) aku dalam perjalanan nak balik ke rumah melalui Lebuhraya Utara Selatan aku singgah kat Hentian Jejantas, Sungai Buloh. Aku teringin nak makan sate kajang, jadi aku singgah kat situ. Selepas aku membuat pesanan, pelayan restoran tu suruh tunggu 15 minit, jadi aku tunggulah. Masa aku tunggu tu ada seorang lelaki bersama isterinya dan anak lelakinya (remaja) sedang berborak dengan satu lagi pasangan di meja sebelahnya. Lelaki tu dah lewat pertengahan umur (berdasarkan rambutnya yang dah putih dan kulitnya dah berkedut) lawan boraknya juga lebih kurang sebaya dengannya. Dari segi caranya duduk bersilang rapat kaki (sambil menggoyang-goyang lembut kakinya) dan pakaiannya aku dah tahu dia ni mesti datang dari kelas menengah. Semua itu tak menjadi hal pada aku cuma penggunaan bahasanya yang membuatkan aku sikit terpegun. Dia berborak dalam bahasa english dengan rakan boraknya tu. Caranya bercakap seperti dia langsung tak boleh cakap Bahasa Malaysia sikitpun Bahasa Malaysia tak terkeluar dari mulutnya walau bercakap dengan anak dan isterinya. Manakala isterinya pula berbahasa Malaysia dengan baik sekali. Kawan boraknya pun berbahasa english juga (mungkin tak nak dipandang rendah) walaupun tak secair lelaki tadi. Itu hanya sekadar peristiwa yang berlaku tidak hanya hari itu dan di tempat itu sahaja tapi ianya berlaku di mana-mana dan setiap masa. Kejadian-kejadian seperti itu membawa satu persoalan ke dalam diri aku, kenapa ini berlaku di negara kita tidak di negara-negara lain yang begitu bangga menggunakan bahasa kebangsaan mereka. Lihat saja Jepun, Perancis, Sepanyol, Jerman, Indonesia dan lain-lain (tidak termasuk India, Filipina dan beberapa negara lain yang lebih mengutamakan bahasa luar dari bahasa kebangsaan mereka). Aku ada kawan dari negara Thailand dia beritahu aku, orang siam malu untuk bercakap dalam bahasa english kerana akan dipandang rendah oleh orang sekelilingnya. Wow! Kita kat sini terbalik. Dalam situasi ini aku tak nak menyalahkan masyarakat kita yang tidak bangga untuk menggunakan bahasa kebangsaan. Aku lebih suka melihat gambaran yang lebih besar (menyalahkan masyarakat adalah perbuatan yang sangat mudah-inilah yang sering digunapakai oleh politikus kita). Di bawah ini aku cuba mengupas persoalannya dan cuba mencari dimana silapnya kita (semua persoalan dan kupasan ini hanya dari kacamata aku saja mungkin tak tepat dan bakal di kritik oleh ahli bahasa dan politikus sendiri ha, ha, ha... lantaklah ni blog aku.
Berdasarkan pengamatan aku, sistem pendidikan memainkan peranan yang sangat penting. Sistem pendidikan kita (dari sudut sekolah kebangsaan) lebih menekankan penggunaan bahasa malaysia. Dari pengalaman aku sendiri, sejak dari sekolah rendah hingga menengah guru menggunakan bahasa malaysia dalam semua matapelajaran. Jadi boleh dikatakan sistem pendidikan rendah dan menengah di sekolah kebangsaan pelajar telah dididik untuk menggunakan bahasa kebangsaan tetapi selepas memasuki universiti sistem ini mengalami sedikit perubahan. Di peringkat pendidikan tinggi ini para pelajar (mahasiswa) masih menggunakan bahasa malaysia tetapi ketika sampai ke peringkat mencari bahan, hampir semua bahan bacaan dalam bahasa inggeris. Jadi para pelajar mula terkial-kial dan berusaha menguasai bahasa inggeris untuk memastikan mereka dapat menamatkan pengajian dengan jayanya. Secara tidak langsung rasa bangga terhadap bahasa kebangsaan mulai pudar dan mereka mulai beranggapan bahasa ini hanya menjadi bahasa kelas kedua. Jadi janganlah nak bercakap atau berkempen menyuruh rakyat menggunakan bahasa kebangsaan dalam aktiviti harian kerana asasnya sendiri sudah tak betul.
Aku bukan penentang bahasa kebangsaan. Aku adalah salah seorang "pengguna" bahasa ini dan aku akui aku pulak bukan seorang perjuang bahasa kerana aku sendiri turut menggunakan bahasa rojak dalam aktiviti harian (bergantung pada siapa yang jadi rakan bual) tapi apa yang aku tak puas hati adalah kenapa kita didesak menggunakan bahasa kebangsaan sedangkan tidak ada perjuangan yang betul-betul serius untuk mencapai ke arah itu (hanya sekadar slogan dan kata-kata menteri diikuti sokongan ahli-ahli bahasa/linguastik). Pertama sekali apa yang aku nak tengok adalah buku-buku, baik untuk akademik mahupun seni dan sastera dan lain-lain harus diterjemahkan kepada bahasa malaysia. Barulah jika rakyat masih tidak menggunakan bahasa kebangsaan dalam urusan harian mereka boleh disalahkan (sudah pasti jika semua bahan bacaan di setiap peringkat pengajian adalah dalam bahasa malaysia generasi akan datang akan menggunakannya dalam setiap utusan harian).
Aku sebenarnya cemburu dengan seorang rakan aku ni, Loh Kok Man. Dia mendapat pendidikan di sekolah jenis kebangsaan (cina) kemudian masuk kolej kat MIA semua buku rujukannya adalah dalam bahasa cina. Memang kerajaan tidak menterjemah buku luar ke dalam bahasa cina tapi dia dapatkannya dari Taiwan kerana di sana segala macam mak nenek jenis buku telah diterjemahkan ke dalam bahasa cina. Sedangkan aku telah menjadi mangsa sistem kadang-kadang aku terfikir alangkah baiknya jika sejak dari sekolah rendah aku diajar dalam bahasa inggeris tidaklah aku terkial-kial mencari bahan bacaan sekarang ni.
4 ulasan:
masalah ni, senang je ron. punca yang sebenar-benarnya ialah - kita, bangsa homo sapien melayu memang tak ada jatidiri. kita manusia yang mengikut mana yang masuk. portugal masuk, kita joget. arab masuk, kita zapin/ghazal. orang putih masuk, kita pun sibuk dengan jazz, blues, pop, rock, hip-hop, indie itu indie ini, dan akhirnya, tak tahu kita ni bangsa apa. bahasa yang kita guna, bukan bahasa kita - melayu riau. jadinya di sini, semenanjung melayu sebenarnya milik semua orang. tak ada milik siapa-siapa. jangan lah nak bangga jadi anak melayu (khusus untuk org UMNO yang tak faham-faham).
dari segi makrifatnya, kita semua ni manusia yang sama - tak ada beza, hanya hamba Allah ta'ala. Islam yang diwakilkan Allah kpd Muhammad menjadi pembawa Quran(yang diakui kebenarannya dalam Bible), adalah buku manual hidup manusia yang paling tepat. jadi, matlamat jangkapanjang Islam ialah setiap manusia menjadikan bahasa Quran - Arab sebagai bahasa rasmi supaya manusia seluruh dunia boleh berhubungtara sesama mereka tanpa batasan (tengok, betapa komunisnya Islam ni).
itu tujuan sebenarnya kita perlu menggunakan satu bahasa kat sini. kalau dah termaktub dalam perlembagaan bahawa negara kita yang TERCINTA ni bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa melayu, maka kita gunakanlah dan apa yang hang tulis tu betul la pasal masalah bahasa. kita tak diterap dengan kaedah BERBANGGA BERBAHASA MELAYU. dah memang tradisi kita mengagungkan orang asing! aku teringat hisham cakap - "orang kita yang menulis dalam english ni, GEMPAK je lebih..."
BAHASA jiwa bangsa? salah. syed alwi kata BUDAYA jiwa bangsa.... (betul ke?)
bernas.
akupun nak kongsi cite jugak. kau boleh ulas sendiri cite ni. semalam kat tempat aku ada mesyuarat fakulti. semua kena dtglah. Selalunya mesy ni berlangsung dlm bhs melayu. cuma kadang2 tu ada juga yang tersasul ckp inggeris. Tapi smlm lain. Semua orang ckp Inggeris. Sama ada ok dan kokak, bantai juga cakap. SEbabnya, ada empat pensyarah asing kat situ. 3 dari US dan 1 dari belgium. Seorang pensyarah senior kita yg memang lantang orangnya teriak dari belakang. Cakap Melayu je la! masa minum ptg aku duduk dgn pensyarah senior tu. Dia ckp kat aku, baru ada 4 org Mat saleh, kita dah kena cakap bahasa dia. kita ada 50 orang kat sini. Aku senyum je.
syahrul
Catat Ulasan