Sabtu, 9 April 2011

Aset negara terpenting

Aset sesebuah negara yang paling teratas sekali adalah rakyatnya. Tanpa rakyat sesebuah negara itu tidak akan dapat menubuhkan kerajaannya. Negara tanpa rakyat tidak pernah wujud dalam peta dunia. Sesebuah negara yang kerajaannya memahami tentang konsep ini tidak akan sesekali mendurjanakan rakyatnya sendiri. Negara-negara maju seperti di Eropah mempunyai kesedaran tentang hal ini, rakyat-rakyatnya mendapat keistimewaan dalam segala hal. Mereka bukan sahaja memperoleh pendidikan, kesihatan, tempat tinggal dan pelbagai kemudahan asas yang diperlukan, malahan elaun sara hidup untuk pengganggur turut disediakan oleh pemerintah. Perkara ini terjadi adalah kerana kerajaan merka tahu untuk menjaga aset terpenting sesebuah negara. Adapun di sini, di Malaysia ini, kesedaran itu masih kurang dipraktikkan. Walaupun visi negara untuk menjadi sebuah negara maju sering diwar-warkan namun rakyatnya masih lagi disisihkan. Aset terpenting negara ini ada masanya dianggap membebankan oleh pemerintah. Memang ya, banyak sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi didirikan namun usahanya hanya sekadar itu. Ramai rakyatnya dari golongan muda selepas tamat pengajian tidak mendapat hak sewajarnya dalam bidang perkerjaan. Kerajaan dengan mudah menyalahkan mereka dengan melebalkan golongan ini sebagai pemalas dan terlalu memilih perkerjaan. Pengganguran seolah-olah bukan termasuk dalam permasalahan pihak mereka sebagai pemerintah tetapi menjadi tanggungjawab rakyat untuk diselesaikan. Sudah terang lagi bersuluh, ramai golongan muda terutama lepasan universiti berkerja di tempat-tempat yang tidak sewajarnya dengan kelulusan mereka seperti di restoran makan segera, supermarket, perkerja-perkerja bawahan di syarikat-syarikat swasta malahan ada yang menjadi buruh. Tidak salah untuk mereka berkerja di tempat-tempat ini namun jika diambil kira tentang masa dan wang yang digunakan untuk menamatkan pengajian di universiti apa yang dilakukan oleh mereka adalah sesuatu yang amat tidak wajar sama sekali. Satu hal lagi, bebanan hutang juga harus diselesaikan selepas tamat belajar dengan perkerjaan sedemikian mana mungkin mereka dapat meneruskan klangsungan hidup mereka. Dan, apa yang lebih menyedihkan mereka yang dipersalahkan oleh pemerintah. Sedangkan pihak pemerintah tidak pernah walau sekali mengakui kelemahan mereka untuk menyediakan peluang perkerjaan yang lebih baik untuk rakyatnya. Aset terpenting negara ini dianggap sebagai sesuatu yang menyusahkan mereka atau bak kata orang putih pain in the ass. Jika benar rakyat merupakan aset terpenting negara mengapa pemerintah tidak memberi elaun sara hidup untuk rakyatnya meneruskan kelangsungan hidup sementara mereka memperolehi perkerjaan yang sesuai. Mengapa mereka harus dianggap sebagai beban kepada kerajaan? Pemintaan ini bukan kerana mereka golongan yang malas atau manja seperti yang disuarakan oleh pemerintah tetapi adalah hak mereka sebagai rakyat untuk hidup dengan selesa di negara yang kaya raya dan makmur ini. Dan, kerana mereka adalah aset terpenting sebuah negara dan mereka berhak untuk memperolehinya.

6 ulasan:

Pegawai Khalwat berkata...

Sungguh!

Penulis Bogel berkata...

"raja itu rakyat, rakyat itu raja" : dato' onn jaafar

nyOng.is.me berkata...

aku tak tau nak bangga atau tak bila orang kata aku aset negara...

noralina berkata...

memg betul! susah giler nk cari kerja zaman sekarang...kalau setakat belajar 4 tahun kat universiti tapi lepas tue jadi operator kat kilang giler2 buang masa...

tapi

bukankah lebih baik kita menjadi rakyat yang banyak memberi dari banyak meminta.

susah tk susah tengok la orang melayu kay singapore...

Ex-Lynxcrew berkata...

begini lah kehidupan seorang menteri perdana yang hidupnya tidak pernah susah,bagaimana orang yang sebegitu kayanya mahu memikirkan kehidupan rakyat marhaen.Terlalu lama beradu di tilam empuk perlu juga kita suakannya kpdnya tikar mengkuang sebagai ganti alas tidur.

muroza berkata...

aku baru tengok citer gadoh. aku ingat scene cikgu anne jumpa en. azman. en azman ungkap perihal tempat tinggal mula dari minit 5:26 tayangan. pada aku gadoh kritik sistem pendidikan yg dalam. isunya masak. isi tulisan ini juga pasal tempat tinggal.

dah 5 hari aku fikir pasal filem gadoh ni dan masih lagi berfikir tentang gadoh. cerita alangkah lucunya negeri ini aku fikir sampai sebulan. aku fikir pasal filem abang dan matinya seorang patriot sampai sekarang, nak dekat 16 tahun. filem lain semua jadi hampas ketawa.

bagi aku, karya seni yang handal dan dashat ialah yang tahan diuji zaman. ranjau spanjang jalan, puisi kekasih, saudagar besar dari kuala lumpur, anak sarawak, gubra antaranya lah.

terima kasih sebab berlakon dalam gadoh. aku agak kutipan gadoh tak masyuk sgt mcm kl gangster, tapi tahniah la sekali lagi sebab jadi en. azman, satu watak yang semua orang nak jadi, tapi tak sanggup.