Isnin, 16 Jun 2008
Ada kerja ada duit
aku rasa akulah manusia yang paling sibuk kat dunia ni. Aku betul-betul nakkan cuti. Orang kata kerja sendiri senang nak cuti tapi cubalah cuti, tak makanlah jawabnya anak bini. Walaupun aku bersunggut bukanlah pula maksudnya aku dah bosan dengan kerja aku. Tak aku tak bosan. Aku suka dengan kerja aku. Aku boleh dapat kepuasan jiwa dan nasi untuk mengisi perut itu dah cukup. Cuma ada masa aku kasihan tengok anak dan bini aku macam kurang perhatian saja, terutama anak aku tu. Dia macam kena sindrom kurang kasih sayang aje... Kasihan dia dapat bapak macam aku. Sabarlah Kaseh bapakmu harus berkerja untuk beli susu untuk mu dan bayar sewa rumah, beli kain baju, beras, bayar petrol dan tol, sayur, ikan, maggi mee atau sesekali kan kamu merenggek nakkan keropok makanan ringan atau aiskrim, coklat..... itu semua harus dibeli dengan DUIT. Semua barang dah naik sekarang, bulan depan bil elektrik pula naik.... Cuma duit yang diterima sebagai upah yang tak naik-naik.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
Bapak aku selalu pesan, budak-budak, ada malaikat jaga. Kita, ketua keluarga memang inilah kerja kita - CARI REZEKI (bukan cari duit, ya). Setiap kali kita ada peluang bersama dengan anak, peluk dan ciumlah dia sambil bercerita tentang tujuan hidup yg segalanya demi Allah.
Bersabarlah, Ron... BERKORBAN!
p/s: sekarang kita hidup dlm perang. jom berperang!
sebak sungguh aku membaca nasihat hariry tu ron. sangat serius dan berjiwa. aku nak menangis jap..
p/s: aku nak peluk cium anak siapa? Huhuhu..
baguslah. tu tanda kamu akan senang.
salam tuan,
takkan kita merangkak tak berhenti kan,satu hari mesti lari jugak.
sabar tuan!
hariry,
Aku tau ko bapak yang mithali walau sebulan 1 atau 2 kali dapat jumpa anak. Hidup harus di teruskan. Hidup Hariry.
Where,
Kat jamban yang kena flush tu anak sapa?
Ariapertama,
alahamdulilah. Nak senang kenalah susah kan?
butaseni,
manusia ni mulanya merangkak, lepas tu berjalan, berlari dan akhirnya akan merangkak balik. jadi pastikan ada bantuan bila masanya sampai nanti mati kat tepi longkang.
Catat Ulasan