Rabu, 11 Februari 2009

2 peristiwa yang sama dengan 2 penilaian yang berbeza.

Peristiwa pertama.
Sekumpulan manusia berkumpul di jalan-jalanraya membantah tindakan wakil-wakil yang mereka pilih dalam pilihanraya. Kumpulan manusia ini merasakan diri mereka telah dikhianati bila wakil-wakil ini berpaling tadah. Mereka berkumpul untuk melahirkan rasa ketidakpuaan hati mereka dan cuba untuk menarik perhatian sultan agar rayuan mereka diberi pertimbangan. Tindakan kumpulan manusia ini dianggap sebagai rusuhan yang mengganggu ketenteraman awam. Mereka dihalau dan ditangkap persis binatang liar dan wajah-wajah mereka digambarkan dengan kehinaan di akhbar arus perdana.

Peristiwa kedua.
Sekumpulan manusia yang lain berkumpul di jalan-jalanraya membantah tindakan yang dibuat oleh beberapa pihak yang mempertikaikan tindakan pihak yang mendorong wakil-wakil di atas mengkhianati kepercayaan pengundi mereka. Kumpulan manusia ini yang merasakan mereka berada di pihak yang benar merusuh dan mengeluarkan kata-kata kesat berbau perkauman menuduh beberapa pihak tadi sebagai penderhaka terhadap sultan. Mereka benar-benar mahu melihat pihak yang teraniaya dan cuba untuk mempertahankan hak mereka itu, dihukum. Tindakan kumpulan manusia ini tidak dianggap sebagai rusuhan yang mengganggu kententeraman awam sebaliknya menjadi simbol demokrasi. Mereka ini dianggap sebagai perjuang dan dimuliakan di muka hadapan akhbar arus perdana.

Aku sebagai pemerhati tertanya-tanya kenapakah pihak pemerintah masih tertanya-tanya kenapa mereka makin hilang sokongan dari rakyat jelata.

10 ulasan:

Pegawai Khalwat berkata...

Yang satu lagi dapat permit kot. Ha ha ha......

Cuba bersangka baik.

ceri masam berkata...

ada agama pun deme bongkak,
takde agama pun deme bongkak...

what to do?

Aloy Paradoks berkata...

benda ni orang yang sokong kerajaan pun dah nampak...tapi ada satu benda gua setuju dengan karpal singh beb.

Jim. Heris berkata...

apa boleh buat? dah manusia yang melabelkan diri mereka ni melayu memang bodoh.

turunlah nabi pengabisan sorang lagi dan kitab baru khusus untuk depa ni!

bengong. kat kuala ni kalu hang nak tau ron, ada gak cina pekedai runcit yang berani cakap sultan bodoh, tapi esoknya dia diam terus tak cakap apa dah sebab semalam kena pelempang dengan sorang cikgu silat. macam mana bangsa cina tu nak percaya kat hangpa yang katanya islam adalah agama suci bersih semerbak laksana sabun fab?

jawapan aku kepada hang yg dok tertanya2 tu - sebab depa ni dok kalut dgn palestin tp depa lupa depa pun sama dgn zionis.

Ajami Hashim berkata...

suruh diaorg lawan bolasepak persahabatan lah!

siapa kalah masuk isa! kahkahkah!

toron menoron berkata...

projek KoKEN satu wabak!

http://masihpicisan.blogspot.com/

sila tunjuk ajar!

bekas anak murid.

mohamad kholid berkata...

demokrasi sepatutnya mewajarkan sesiapa berkumpul dan menyatakan perasaan...

MADDUHA berkata...

duk rumah dediam sudah

neo berkata...

Hancur...hancur...hancur...

mae berkata...

"Aku sebagai pemerhati tertanya-tanya kenapakah pihak pemerintah masih tertanya-tanya kenapa mereka makin hilang sokongan dari rakyat jelata. "

Betul ke pemerintah tertanya2 ? Dari tindakan mereka, nampaknya mereka tidak peduli samada mereka dapat sokongan atau tidak. Apa yang penting bagi mereka ialah dapat duit pencen sebagai MP, atau setakat mana mereka bole buat duit dengan kedudukan mereka sebagai MP.