Rabu, 9 Disember 2009

Akan Kembali

Salam,

Sedar tak sedar dah lama aku tak kemas kini blog ni dengan entri-entri baru. Aku tau ada yang tertanya-tanya kenapa dan ada yang tak ambil peduli langsung tapi apa nak aku kisah... (dengan sombongnya) Lantaklah! Ada aku kisah! kah kah kah... Lagipun blog aku ni bukannya macam utusan malaysia atau berita harian mahupun harian metro dan kosmo, yang jika, tiba-tiba pak cik hassan ke kedai runcit terkejut beruk bila akhbar-akhbar ini tiada lagi di atas meja, bersebelahan mesin wang jenama cassio di kedai runcit milik warga Aceh kat kawasan kediaman aku tu.

Adapun tidaklah aku menghantar entri-entri baru adalah berkaitan dengan masa, baik dari sudut praktikalnya mahupun spritual. Sudah dua dan tiga kali aku cuba untuk menutup blog ini tapi oleh kerana bertapa butanya aku dengan teknologi maklumat ini maka tidaklah aku berjaya menghilangkannya di alam maya ini. Dan, disebabkan blog ini terus hidup di alam maya ini maka akhirnya aku mengalah juga dan cuba memberikan sedikit peranan agar tidaklah ia menjadi hiasan ataupun umpama plastik di lautan pasifik.

Jadi sebagai sessi memanaskan jari dan otak maka entri kali ini cukuplah aku merepek kosong saja sebagai tanda aku masih wujud.

9 ulasan:

abdullahjones berkata...

high time bro..welkambek.

rene berkata...

dah lama tunggu ni.

Tanpa Nama berkata...

bro, tak perlu guna blog untuk buktikan kewujudan kita. kau tau banyak lagi cara untuk untuk berasa 'ada' tanpa ada blog. ingat mereka yang datang sebelum kita. aku suka sumbangan kau dalam 15malaysia. aku suka gadoh. aku suka kau terus berkarya di alam nyata.

- salam hangat dari leina

Tanpa Nama berkata...

paloh dan mat derih pun aku suka ;)

- leina

aloy_paradoks berkata...

hahahhaha,,, masih wujud ka? BAGUS! BAGUS!

adex berkata...

saya menanti entri baru anda .

akhir nya , terkeluar juga :)

Ayaq Hangat berkata...

aku telah kembali dengan entri-entri yang menyakitkan hati. :)

Pegawai Khalwat berkata...

makbul jugak doa kami...

guru besar haneem kaydeen berkata...

perangat balik ayaq tu :)