Isnin, 15 Februari 2010

Buret Karat Sey!!

‘’ Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan’’.

( Al- Insyirah : ayat 5 & 6 )

Sudah lebih seminggu kejadian teater TANDA dihalang dari pementasan setelah 3 malam dipentaskan di Panggung Eksprimen, ASWARA oleh rektornya. Aku sebagai pengarah artistik Rumah Anak Teater dan Teater Tanda telah mengumumkan penarikan diri dari menjadi tenaga pengajar separuh masa di ASWARA (dengan tidak memperbaharui kontrak walau sudahpun menerima surat tawaran lebih sebulan lalu]. Seminggu yang lalu aku sibuk sangat melakukan serangan demi serangan di surat khabar meminta penjelasan dari ASWARA kenapa kami di halau keluar dari Panggung Eksperimen dengan cara yang sungguh tidak profesional.

Di entri ini aku tak akan memberi penjelasan tentang segala-galanya apa yang sebenarnya belaku cukuplah apa yang sudah aku laporkan kepada media cetak dan elektonik. Untuk maklumat lanjut tentang isu ini, bolehlah kalian layari di internet kerana perkara ini sudah tersebar atau mungkin boleh menonton rancangan melodi di tv 3 pada hari ahad 21hb februari ini, segala-galanya sudah didedahkan di sana.

Apa yang ingin aku tuliskan di entri ini adalah untuk berkongsi satu perasaan positif yang aku lalui selepas berhenti mengajar dan isu pembatalan teater TANDA telah membuatkan jiwa bebas aku makin membakar semangat untuk berkarya. Allahamdulilah, aku juga kini lebih tenang dan mengambil kesempatan ini untuk menulis buku (keinginan yang sudah lama berputik]. Hari-hari mendatang juga juga penuh dengan aktiviti-aktiviti yang menanti untuk di isi. Namun apa yang lebih penting selama 10 tahun bersama ASWARA, kelantangan aku berkarya makin sejuk kerana ada kala terpaksa menjaga nama baik ASWARA tempat aku mencari makan. Kebebasan ini menjadikan aku muda semula seperti waktu dulu-dulu yang tidak pernak tunduk dengan birokrasi atau orang johor menyebutnya "Buret Karat Sey

nota tumit kaki kiri : Jangan dilepaskan harimau dari sangkarnya kerana ini tahun harimau.

10 ulasan:

selasih berkata...

Salam

walaupun jauh saya tetap mengharapkan pengakhiran yang terbaik buat RAT dan TANDA.
Biasanya sesuatu yang berlaku ada yang perlu direnung, diingat...kalu depa tak betul jgn kita jadi herot sama....kalu depa terer kita lagi terer...
apapun b strong

MADDUHA berkata...

harimau andai tak keluar dari hutannya tidak akan menjadi garang. shabaz inspektor shahab.

Aloy Paradoks berkata...

mana mana la bro.. janji semua kasi clear... hubungan sesama org teater patutlah sentiasa cantik...

Fasyali Fadzly berkata...

saya nak tolong buat buku... tukang stapler pun jadi la..

Pegawai Khalwat berkata...

Ini bukan pengakhiran, ini satu permulaan.

Aku (secara peribadi) akan sokong hang bro!

syahrul berkata...

Sekor harimau dah terlepas...

pisek berkata...

Salam Namron!
Biarkan 'kaki bodek' yang konon bercakap tentang memperjuangkan seni tempatan dan 'keegoan bodoh' yang konon tidak ada yang hebat selain dari MEREKA yang hebat.
Persoalan untuk MEREKA: Kenapa ruang fikir makin sempit?

sinaganaga berkata...

Hari tu pergi ke Aswara. Pandang2 juga keliling kalau2 lu ada. Mmmm... Lain kalilah kita minum teh.

xrantarox berkata...

Bagus bos,teruskan berkarya

Azizi Dain berkata...

gua orang johor gak!!!
yang 2 mahal...hehe..
masalah kan aklau kita terlalu dikongkong.
sepatutnyer kita sebagai penulis tak boleh disekat.
karya aku suka aku..
haha..
bile la berbiru MALAYSIA nak paham?
yang penting, hidup anak johor!