jun jatuh pengsan pagi tadi. aku cuma dengar dia panggil nama aku dua kali masa tu aku kat dapur sedang bancuh nescafe ketika kali ketiga dia panggil aku semasa aku baru nak toleh ke arah dia aku dengar dia rebah, aku nampak dia dah terbaring kat atas lantai.
Jun dah tak tidur dengan betul sejak kebelakangan ni maksud aku tak betul tu adalah time tidur dia tak menentu rasa-rasa aku hanya 2 hingga 3 jam sahaja selebihnya dia akan mengadap laptop dan buku-buku bacaan. Dia sedang berusaha sedaya-upaya untuk menyiapkan proposal untuk tesisnya. Dari melihat cara dia study aku dah agak perkara macam ni mesti akan berlaku satu hari nanti. Aku tahu dia sangat stress, tarikh untuk presentation dah dekat sangat dah tapi dia belum jumpa lagi apa masalah yang dia nak angkat dalam tesis dia. Buat master ni bukan macam degree atau diploma, setiap ayat yang dikarang mesti ada rujukan dan teori-teori untuk menyokongnya. Aku cuba nak tolong tapi aku sendiri tersekat bila sampai kat teori-teori ni, hujah-hujah aku banyak datang dari akal aku bukan berlandaskan mana-mana teori, itu yang susah tu. Bukan aku tak tau langsung tentang teori-teori seni persembahan tapi pengetahuan aku terhad setakat mukadimah saja, selebihnya aku goreng sendiri saja.
Permasalahan yang aku trace dari pemerhatian aku cara Jun study adalah dia tak tahu teori apa yang dapat membantu dia untuk menyiapkan tesisnya. Tajuk tesisnya adalah Penapisan Pengkaryaan Dalam Proses Koreografi Di Malaysia, masalahnya adalah apa teori yang dapat dipakai untuk membincangkan tajuk berkenaan. Maka, terpaksalah dia membuka semua buku-buku teori untuk mencari kaitan dengan tajuk tu, dari teori moden hingga ke postmoden, teori politik ke sosial apa yang dijumpa tak dapat dikaitkan dengan tajuk tu. makin lama dia makin stres. Aku ada tanya dia kenapa tak minta nasihat dari penyelia, dia kata penyelia dia hanya tahu hentam saja tapi tak pernah bagitahu macam mana nak selesaikan masalah. Apa yang dia suruh adalah baca buku. Pukimak betul, kalau macam tu akupun boleh cakap baca buku. berapa ribu buku nak baca dalam satu semester tak bolehkah seorang penyelia tu bagi tajuk-tajuk buku yang sesuai atau at least bagitahu penulis-penulis yang boleh dijadikan rujukan. kadang-kadang aku rasa macam nak jumpa dia nak tanya dia, "Kau pandai sangat ke? kalau kau pandai cuba kau baiki kereta rosak, pergi kedai buku cari buku berkaitan dengan kereta dalam masa 3 bulan aku nak kereta tu jalan, boleh tak? Boleh tak? Kalau tak boleh aku tahu kenapa? sebab kau tak tau apa satu tentang kereta macam mana kau nak baiki kereta kalau hanya ada buku saja." Aku percaya kita boleh baiki kereta tu hanya dengan cari buku-buku kat kedai buku tapi bukan dalam masa 2 ke 3 bulan. Sama masalah dengan Jun, aku percaya dia akhirnya akan dapat juga jumpa teori-teori untuk menyokong tesisnya tapi bukan dalam masa yang dekat kecuali dia sudah betul-betul masak dengan segala teori-teori tu. Mungkin ada yang kata kenapa dia pilih tajuk atau bidang atau topik yang dia sendiri tak tau? dan, kat sinilah masalahnya, bukan dia yang pilih tapi dia di beri oleh dekan/pensyarah/penyelia dia kalau ikutkan dia nak buat tarian piring sebagai kajian untuk tesisnya tapi penyelianya kata itu akan merugikan dia kerana dia tak akan belajar apa-apa kerana bidang tradisional tak pakai teori sebab penyelia dia ni terlalu taksub dengan teori postmoden segala macam deconstruction, feminin, gaze dan segala macam nama lagi. Dia nak pelajar dia jadi macam dia bukan apa yang pelajar tu inginkan. Inilah masalah sistem pendidikan kat Malaysia. Cik Gu selalu betul aku rasa selepas ni kalau jun tamat class master dia akan buat benda yang sama kat pelajar dia bila dia mengajar nantinya.
Ketika aku menulis kat blog ni, jun masih tidur sejak dia pengsan pagi tadi. besok aku nak bawa dia pergi hospital pasal dia cakap kepala dia sakit sangat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan