Rabu, 2 April 2008
Penyakit dari tekanan
Hari ni bawa jun pergi hospital Pusrawi kat Jalan Tun Razak. Sampai hospital jam lebih kurang 2.30pm. Jun lemah sangat jadi aku terus pergi ke wad kecemasan. Doktor masukkan air 2 pain ke tubuh dia dan ambil darah untuk buat test. Aku tunggu dia kat hospital. Hasil ujian doktor kata kolesterol dan kandungan gula tinggi sangat, doktor nak dia masuk wad dan jumpa doktor pakar tapi akan dikenakan charge lebih kurang seribu ke dua ribu. Aku bincang dengan Jun dan kami buat keputusan untuk tak masuk wad kat sana tapi akan ke Hospital Sungai Buloh besok hari. Doktor bagi surat rujukan untuk aku bawa jumpa doktor kat Hospital Sungai Buloh. Kami keluar hospital pukul 6.30 petang, jalan sesak, sampai rumah hampir pukul 8 malam. Sekarang dah pukul 11.30 malam, Jun dah masuk tidur. Hamid baru call bagitahu hari jumaat ni presentation Jun akan tetap akan diadakan pada 4 hb ni. Aku tak tahu macam mana nak cakap kat dia....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan