Salam. Dah lama aku tak tulis kat ruang ni. Kali terakhir ialah pada 2 april yang lalu. Sejak dari tarikh tu aku betul-betul sibuk. Hari ni aku cuba catatkan apa yang telah berlaku sepanjang 13 hari yang lalu.
Selepas Jun di bawa balik ke rumah dari Hospital Pusrawi, esok paginya selepas hantar Kaseh ke rumah Rina (pengasuhnya) aku bawa dia ke Hospital Sungai Buloh. Jarak dari rumah aku ke sana hanya mengambil masa 10 ke 15 minit dengan memandu. Sampai hospital aku berpusing dua tiga kali untuk mencari pintu terdekat untuk ke klinik pakar. Aku berhentikan kereta dekat kafeteria yang menjadi laluan untuk ke klinik. Turun kereta aku tinggalkan Jun (dalam kereta) untuk pergi cari kerusi roda (dia dah nampak lebih lemah dari masa keluar rumah tadi). Selepas tinggalkan lesen memandu di kaunter (untuk mengambil kerusi roda, lesen atau IC harus ditinggalkan sebagai cagaran) aku kembali ke kereta. Ketika aku membuka pintu kereta Jun beritahu dia nak pengsan. Dan, lagi sekali dia pengsan ketika baru sebelah kakinya keluar dari kereta. Aku cuba memapahnya untuk dudukkannya di atas kerusi roda. Ada seorang lelaki India (gayanya seperti doktor, mungkin doktor aku tak tahu) cuba bantu aku letakkan Jun atas kerusi roda. Orang ramai termasuk dua tiga orang jururawat hanya memerhati. Lelaki tadi mengarahkan mereka membantu baru jururawat-jururawat (mempunyai ikatan tali berwarna merah di headgear mereka) ini datang. Aku menolak kerusi roda untuk ke wad kecemasan (aku batalkan hasrat untuk ke klinik) dua jururawat tadi membantu aku, seorang memegang (tegakkan) kepala Jun manakala seorang lagi membantu kawannya memegang bungkusan air yang di beli di Kafeteria tadi. Aku terpaksa memberhentikan tolakkan beberapa kali kerana jururawat tadi terpaksa bertanya pengawal keselamatan arah untuk ke wad kecemasaan (pelik jururawat tidak tahu lalulan ke wad kecemasan, mungkin mereka dari jabatan lain tapi bagi aku keadaan ini masih pelik) Selepas berpusing-pusing akhirnya sampai juga ke wad kecemasan. Di wad kecemasan doktor (pelatih) yang bertugas masih berlengah-lengah, tanya itu dan ini. Dia cuba untuk menggesa agar Jun di hantarkan ke klinik pesakit luar (ini adalah satu tabiat yang biasa juka berurusan di jabatan kerajaan mereka akan cuba untuk menolak kita seperti buah catur) hingga aku keluarkan surat dari hospital Pusrawi baru dia masukkan Jun ke Wad. Aku di suruh pergi ke kaunter pendaftaran bagi daftar kemasukan dan selepas itu di arahkan untuk tunggu di luar. Selepas semuanya selesai baru aku sedar kerusi roda aku belum pulangkan dan kerusi itu sudah tak tahu kat mana sekarang ni. Aku pergi ke kaunter aku nampak petugas sedang tunduk ke meja (diaorang tak perasan aku masuk). Aku toleh ke arah tempat kerusi roda aku lihat ada dua. Aku pergi ke kaunter minta lesen memandu aku. "Kerusi roda dah hantar" dia tanya. Aku jawab "dah!" sambil menunjukan ke arah tempat kerusi roda dia memandang kemudian memberi lesen kat aku. Aku kembali ke kereta yang aku tinggalkan untuk letakkannya di tempat parking (sebelum ni aku tinggalkan di tepi kaki lima). Aku cuba mencari lelaki (doktor?) tadi untuk ucapkan terima kasih tapi dia dah tak ada. Aku naik semula ke wad kecemasan di tingkat 2 (jarak dari tempat letak kereta dengan wad kecemasan lebih kurang 300 ke 400 meter). Aku tunggu ruang menunggu. Selepas puas menunggu dan perut dah mula berbunyi aku turun semula ke cafeteria untuk makan (3 ketul goreng pisang). Naik semula dan tunggu lagi (kali ini semasa aku nak naik ke wad kecemasan aku bertemu dengan lelaki "doktor" tadi dia tanyakan tentang Jun aku cakap dia kat dalam wad kecemasan dan ucapkan terima kasih). Aku tunggu hingga ke petang tapi tiada seorangpun yang datang untuk beritau aku apa perkembangannya. Aku pergi berdiri kat pintu wad, kat pintu tu ada tertulis "tidak dibenarkan masuk". Aku berdiri dan cuba mengintai di celah cermin tapi tak nampak apa-apa. Akhirnya aku beranikan diri untuk masuk dan pergi ke kaunter (dari kaunter aku dapat lihat ke arah katil) dan aku dapati katil Jun dah kosong. "Cari apa?" Seorang pertugas di kaunter tanya aku. "Isteri saya", aku jawab. Dia tanya kan nama dan kemudian beritahu dia dihantar ke wad yang lain (masih di wad kecemasan tapi di bilik yang lain). Aku pergi ke bilik yang ditunjukan (kalau aku tak main redah saja masuk tadi mungkin sampai besokpun aku masih tunggu kat tempat menunggu pasal tak ada siapa yang akan datang untuk bagitau). Di Wad yang baru ni aku diberi kebenaran untuk menunggu di sebelah katil Jun. Jun terbaring di katil, air dimasukan ke dalam tubuhnya dari tiub (air ni dimasukan lepas satu, satu lagi). Petang itu, doktor minta kebenaran aku untuk lakukan dua scan kat kepala Jun. Satu scan yang biasa dan satu lagi scan bersama perwarna yang akan disuntik ke dalam otak. Selepas berbincang dan tahu apa kesan sampingannya aku akhirnya menandatangani borang izin. Semasa mereka menolak katil Jun untuk ke tempat scan baru aku teringat Jun ada asma. Aku beritahu. Doktor kemudian membatalkan scan bersama perwarna kerana alahannya akan jadi teruk jika pesakit ada asma. Jadi diaorang hanya scan yang biasa saja. Selepas scan Jun dimasukan semula ke wad tadi. Jun dah boleh bercakap perlahan-lahan. Aku cakap kat dia aku nak balik ambil barang-barang keperluan dia pasal dia akan di tahan di wad. Lepas tu aku balik rumah ambil barang-barang keperluan dan telepon Rina bagitahu aku mungkin ambil Kaseh lewat sikit mungkin malam. Aku balik ke hospital dan ke wad tadi. Jun dah tak ada kat situ, aku tanya jururawat yang betugas dia beritahu jun kat Wad 4D. Aku pergi ke tingkat 4 dan Jun ada kat situ. Malam tu aku ambil Kaseh jam dah hampir pukul 10 malam.
Rutin aku selepas hari tu ialah hospital dan rumah. Aku tak dapat pergi ke Aswara untuk kelas teater eksperimen dan juga latihan untuk WIP. Selama tiga hari Jun kat Wad, air dimasukan ke tubuhnya terus menerus. Masuk hari ke tiga Jun sudah boleh duduk di katil dan jalan dipimpin. Dari perbincangan dengan doktor bertugas aku diberitahu Jun ada jangkitan di saraf dalam telinga yang memberi arahan kepada otak untuk mengimbangkan tubuh. Kesan dari jangkitan ini dia akan melihat sekelilingnya berpusing (vertigo) dan ini membuatkan dia tidak boleh berdiri dan sakit kepala yang teruk. Penyakitnya dikenali sebagai vestibular neuronitis. Mak aku datang dari Perlis hari jumaat. Aku minta mak datang untuk membantu aku kerja rumah dan tolong tengokkan Kaseh. Malam Jumaat tu aku gagahkan diri pergi ke kelas teater eksperimen. Besok malam hari sabtu aku ke Stor Teater untuk fullrun breaking/ ka si pe cah (WIP). Aku beritahu Kok Man, aku tak tau lagi sama ada aku dapat pergi ke Singapore hari isnin nanti. Jika Jun dah discharge dari hospital dan dia makin baik mungkin aku akan pergi.
Hari Ahad. Jun beritahu dia dah dibenarkan keluar dari hospital. Sebenarnya Jun dah tak tahan tinggal di hospital dia beritahu layanan dari jururawat sangat teruk terutama bila malam. Dia melihat bagaimana tidak iklasnya mereka membantu pesakit. Dia cuba tidak meminta bantuan mereka pada waktu malam cuma waktu siang baru jika ada apa-apa dia akan minta bantuan (sebab waktu siang kebanyakannya jururawat pelatih 'student' tahun satu dan dua. lilitan merah di kepala tahun dua, biru tahun 1, unggu jururawat terlatih dan hijau jururawat masyarakat; yang hijau nilah yang pukimak). Jadi setiap kali doktor datang melawat Jun akan tunjukan dia sudah sihat dan akhirnya doktor benarkan dia balik. Masa aku bawa Jun balik petang ahad tu dia masih lemah, aku pimpin dia untuk berjalan. Malam tu dia baring dalam bilik.
Hari Isnin. Sepatutnya hari ni aku bertolak ke singapore tapi aku tak pergi lagi. Aku kena pastikan Jun benar-benar ok, walau mak aku ada tapi aku masih nak pastikan dia betul dah improve. Selepas berbincang dengan Jun malam tu dan dia pun kata dah lebih ok, aku pergi belikan tiket bas untuk ke singapore besok.
Hari Selasa. Aku bertolak ke singapore. Sampai Singapore jam dua petang dan selepas tu terus ke esplanade untuk latihan teknikal. Sepanjang berada di singapore aku hubungi rumah untuk update keadaan Jun. Selama aku berada di Singapore, Jun kena attack sebanyak dua kali tapi tak serius katanya hanya sekali-sekala sekelilingnya rasa berpusing selepas baring dan rehat ianya hilang dengan sendiri.
Aku balik ke KL pada hari ahad. Dan, hari ni dia kena attack lagi. sekarang dia baring kat dalam bilik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan