Aku baru selesai shooting drama bersiri 'kelas 5 jingga' arahan Low Ngai Yuen terbitan Double Vision. Pada 29hb ni akan memulakan drama bersiri terbitan KL Motion pulak sehingga hujung Ogos drama bersiri ni dibuat sempena bulan puasa dan hari raya (Mula ditayangkan pada bulan puasa dan endingnya pada hari raya). Ogos ni jadual aku agak padat ada beberapa lagi pengambaran yang akan berjalan serentak seperti filem Talentime arahan Yasmin Ahmad dan muncul sebagai guest star dalam drama episod Kasut Tumit Tinggi arahan Low Ngai Yuen (dua episod). Segala pengambaran ini juga harus diselaraskan dengan jadual pengajaran aku kat ASWARA (kontrak aku dilanjutkan setahun lagi... alhamdulilah). Untuk semester ni aku akan mengajar kelas asas lakon (kelas ni dahulunya pernah diambil oleh Ahmad Yatim dan Marlia Musa). Bermula ogos ini juga masa kerja aku akan bertambah kalau tak dapat aturkan perjalanan dengan rapi pasti akan timbul masalah yang mendatang.
Semalam aku pergi berjumpa dengan Lorna kat wrap party filem terbaru arahan Ho Yuhang kat Decenter, PJ. Tujuan pergi ke sana adalah untuk merapati Teoh Gay Hian (Teoh jadi DOP untuk filem Yuhang dan dia adakat sana semalam) sebelum dia balik ke Jakarta. Lorna dan aku memang bercadang untuk ambil Teoh jadi dop untuk filem Matderihkolaperlih yang bakal memulakan pengambaran tahun depan... insyallah. Aku kenal dengan Teoh semasa aku berlakon dalam Paloh arahan Adman Salleh tahun 2003, dia adalah DOPnya. Paloh adalah filem mainstreamnya yang terakhir selepas itu dia hanya layan filem-filem indie seperti Beautiful Washing Machine arahan James Lee, Rain Dog arahan Yuhang dan beberapa lagi filem Yuhang (dia banyak berkolarborasi dengan Yuhang) kemudian dia menghilangkan diri dari Malaysia. Dia kini telah mengahwini wanita Indonesia dan menetap di sana dan terlibat di dalam produksi filem-filem komersial. Kesempatan bertemu dia di Decenter semalam aku cuba melamar dia untuk berkolarborasi dengan aku dan Lorna (dari perbualan aku dengan dia malam tu aku dapat tahu dia hanya membikin satu filem feature dalam setahun, jadi bermakna jika dia buat Matderihkolaperlih itu akan menjadi filemnya untuk tahun itu. Aku jadi agak humble dapat berbual dengan dia dan menyatakan hayat aku tu dan aku tak suruh dia buat keputusan dalam masa yang singkat, aku cuma katakan "let me finish the script and u look at it, if u like it let's go we collaborate". Lepas tu dia bagi email dan contact number dia kat Jakarta. Sebelum dia blah sempat juga berborak pasal kerja-kerja produksi di Jakarta.
Petang tadi aku dan Lorna pergi ke Alexis, Jalan Telawi untuk berjumpa dengan Elyna. Dia adalah PM/online producer untuk filem-filem Yasmin Ahmad (hanya Talentime dia tak buat). Tujuan kami jumpa dia untuk melamar dia jadi our co-producer untuk Matderihkolaperih. Nampaknya dia ok untuk join kami punya board, jadi pertemuan petang tadi lebih kepada mengatur langkah pertama selepas aku siapkan skrip iaitu tarikh untuk racee location. Kami cadang ke Perlis, Kedah dan Langkawi (kedah jugalah tu) pada hujung september (sebenarnya tarikh tu dipilih kerana itu hujung puasa, jadi aku mungkin ambil leave seminggu saja dan seminggu lagi memang cuti raya; Elyna orang Perlis juga dan itu satu kelebihan kerana pengambaran akan dilakukan di sana).
-Teoh Gay Hian cinematographer/director of photography sumber dari doghouse73 pictures-
CINTA ORANG MUDA
On the way balik dari Bangsar aku sempat singgah bank untuk bayar baki duit show kat salah seorang pelakon aku masa Malam Karyawan bulan lepas. Pelakon aku ni, nama dia aku tak boleh sebut kat sini sebab aku ada cerita pasal dia nak share kat ruang ni, jadi aku panggil dia FJ saja. Selepas aku masukkan duit dia kat bank, akupun teleponlah dia cakap aku dah masukkan and then aku tanya keadaan dia (sebelum ni dah lebih kurang 3 minggu dia putus cinta). Dia bagitau kat aku dia baru lepas nangis (FJ ni lelaki) sebab ex dia baru call dan dia rasa terhina betul (sebenarnya dari perkhabaran yang aku dengar sejak dia putus cinta dia asyik nangis hari-hari). Dia kata ex dia kata "kau tak faham ke aku dah tak ada hati lagi kat kau yang kau dok terhegeh-hegeh lagi ni apahal" (lebih kurang macam tulah kata-katanya). Ex dia ni sebenarnya bekas student aku juga seperti FJ. Masa dulu diaorang memang couple yang paling hebat, sampai ada dikalangan rakan dan pensyarah yang rasa ex dia ni macam tak sesuai dengan FJ sebab ex dia ni cun sesangat ada darah campuran arab, protugis dan melayu dan FJ ni budak Felda yang sekali pandang polis kan minta ic kerana disangkanya PATI dari Indonesia. FJ ni lelaki macho dan nak jadi seniman "tulen" anti-estblishment dengan rambut panjang gondorong dan dia memang angry young man punya orang. Karya-karyanya sebagai student memang ke arah itu dan yang lebih penting lagi dia ni orang kata brainman lah (berotaklah tu). Kami di kalangan pensyarah memang dapat merasakan auranya sebagai seniman muda yang sudah lama tak dikeluarkan dari sekolah kami. Harapan kami kepadanya memang besar dan sekarang dia sudahpun tamat pengajiannya dan bakal berdepan dengan dunia realiti. Dugaan pertama yang dia hadapi bukan seperti yang aku sangkakan (bakal berdepan dengan kesulitan untuk memperjuangkan karyanya) dugaan pertama yang dia hadapi adalah putus cinta. Mula-mula kali pertama aku dapat tahu hal ni aku dah nasihatkan dia supaya lupakan ex dia aku ingatkan dia dah ok, rupanya sudah 3 minggu dia masih menanggung anggaunya. Apa yang aku dapat katakan pada dia petang tadi adalah "alihkan kesakitan kau dengan membuat karya-karya kau, bila kau sibuk berkarya kau akan lupakan dia". Aku juga sempat berkongsi cerita tentang Vincent Van Gough bagaimana kesan penolakkan cinta Sien Hoomik (seorang pelacur) hinggakan dia sanggup memotong telinganya untuk membuktikan cintanya (dan, diberikannya kepada Hoomik sebagai lambang cintanya dan Hoomik terus menjauhkan dirinya (ironiknya selepas itu dia menderita penyakit siplis yang dijangkiti dari pelacur itu). Aku katakan padanya "kita tak boleh mengejar cinta kerana cinta yang dikejar akan makin menjauh, cinta seharusnya datang dengan sendiri" dia hanya menjawab "ya" setiap kali aku menghabiskan ayat aku ..."ya", "ya" dan "ya", tapi , makin lama makin perlahan dan "ya" yang terakhir antara dengar dengan tak dan aku tahu dia sudah kembali menangis. Jika dia ada singgah di ruang ini atau sesiapa yang sedang melalui keadaan sepertinya ingin aku katakan di sini ingatlah "kejayaan seorang lelaki itu kerana wanita dan kejatuhannya juga kerana wanita, sejarah sudah banyak membuktikan. Apa yang penting adalah bagaimana kita menyalurkan kesakitan itu sebagai satu semangat untuk berkarya/hidup bukannya meratapinya kerana itu akan membunuh kita dalam senyap".
13 ulasan:
kesian FJ....sy kenal dia.kenal sgt..ex-gf dia yg kononnya comel tapi merimaskan tu pun sy kenal. FJ tu bleh dpt lbih baik drpd tu...tp kdg2 bingit gak dgn FJ ni...ego sgt...tp bila dia ni menangis sbb pkara cmtu, sy lbih suka pilih utk dibingitkan oleh keegoan dia...
tahniah.. selepas 'gedebe' kini akan menyusur pulak 'matderihkolaperlih'. emmm... pada FJ plak, memang tersiat hati tu tapi, jangan lemah disebabkan manusia (x kira la laki ke pompuan)... sedih memang sedih beb. tapi atas alasan apa untuk terus berduka? biar sakit sekarang dari terus sakit akan datang (nie kalu itu FJ sudah kawin sama itu girl and then break off lak! hah! lagi naya!. FJ kena kuat, berjuang,berjuang dan terus berjuang!
P;s - filem 'matderih' tu tak buka open casting ka? kui kui kui... nak gak coba...
salam,
bukan van gogh potong telinga sebab dia dah boring dengan proposion telinga dia yang tak balance untuk dia lukih ka tuan?
ooooo awek punya pasallah ni?
FJ tu mat kental dari sejarah sial..dia lelaki yg penuh dgn cinta dan kemarahan. bagi aku dia bukan seorang yg ego.. dia cuma seorang yg kuat percaya dgn apa yg dia percaya dan sentiasa berjuang untuk menentukan nasibnya sendiri..aku kenal dia.. dah mcm2 yg dia penah lalui.dan dia mmg kental.tp ni lah pertama kali aku nampak dia btol2 kecewa dn hampir2 ptus asa..mgkin kat sini tuhan nak tunjuk yg takkan ada manusia yg sempurna..semuanya pasti ada kelemahan.. dan mgkin itulah kelemahan dia..cinta..
-amerul-
p/s:bukankah cinta itu saling melengkapi?
orang atas sekali tu farah ker?
hahahahahaha
1. Matderihkolahperlih
Aku aku canangkan ke pelosok rantau walau hang tak siap skrip lagi. Ha ha ha.....
2. FJ
Masa akan jadi penawar.
Lagi panjang masa, lagi kuat dia.
aku nak berlakon...hehehehe
fj - takpe. aku faham perasaan tu. tak lama lagi hilang la. nangis puas2. biasa la... apa nak hairan - adam pun nangis sebab berpisah dgn hawa. ini satu transisi supaya kamu lebih kuat, kental, liut, dan kering. tapi, aku nak gelak gak kt ko wahai fj - HAHAHAHAHAHAHA...
farah mungkin salah sorg org yg rasa mcm sy rasa. ye. farah tu pun sy kenal. dia mmg selalu bertekak dgn FJ tp tak kemana pun kebertekakannya dgn FJ tu. dia takkan menang. FJ sentiasa segar dgn fakta2 yg kukuh utk pertahankan pendirian dia. Aku cukup respek. tp aku kecewa bila FJ menghadapi masalah spt ini dgn tangisan. come on FJ...ada org yg lebih sakit dr anda...ada org yg ldh hebat dugaanya dari anda...sy yakin anda boleh bangkit...ramai lg insan2 yg merimaskan yg anda boleh cari...walaupun mgkin tak sama rimasnya dgn dia tp mgkin jg di jauh lbih baik dr yg satu ni...yakin lah...
utk amerul...ego itu anugerah tuhan. semua manusia ada. waimah dalam mempertahankan skrip peta korg dulu pun perlukan ego utk terus mempertaruhkan skrip tersebut. betul tak? kdg2 kita tak perasan benda tu...org sekeliling kita yg akan rasa bahang ego itu...tak semua ego tu jahat kan? ada jg ego yg diperlukan... lu pikirlah sendiri.....
Teo gak DOP untuk Opera Jawa. Dah tengok tak filem Garin ni? SEtakat ni filem ni dalam top list reference aku. kena tengok. boleh baca write up dlm blog aku (tp merapu sikit).
syahrul
tabbaik tul ko hariry gelakkan orang. bukan tabbaik gelakkan tp tabbaik gelakkan sorang2. len kali ajak member k... FT, aku dolu2 pon camtu gak hehehe..
pening.penat nangis.air mata tak ubah apa2.cuba fikir lagi mana silapnya.tarik nafas dalam2.renungkan.ambil plaster,tampal luka.mungkin akan kering nanti.harap2 belum bernanah-dalam cinta takde akal
di sini penceritaan lbh kpd kisah FJ dan bkn kisah c gadis itu. so, kt hanya blh membaca dan memberi nasihat. bknnya menghentam tanpa sebab. hanya FJ dan gadis itu yg tahu sape yg slh dan spe yg btl. mereka yg berhak utk menentukan.
kesimpulannya, FJ dan gadis ini pernah menjalinkan hubungan selam lbh krg 2 tahun. cinta itu disemai dgn penuh kasih syg. tetapi krn ego dan cemburu melampau, mereka terpisah. mereka yg membuat keputusan begitu.
sy masih ingt....sewaktu FJ mengadakan satu show di Singapore, tiap2 hari gadis ini meluahkan rasa rindunya terhadap FJ pd sy. die agak ralat krn FJ x dpt tgk show pertama lakonannya (BANGSAWAN RADEN GALOH yg kebetulan diadakan pd saat FJ berada di s'pore). gadis ini kate pd sy yg FJ akn cbe pulang pd hari terakhir show nya nnt cume FJ x minta gadis ini terlalu berharap.
dijadikan cerita, pd hari terakhir show bangsawan itu FJ telah dtg dgn mengendong bagasinya krn die br sj menjejak kaki d malaysia. sy yg ternampak kelibat c FJ terus membawanya ke belakang pentas utk memberi kejutan kpd c gadis ini krn show akan bermula lg 5 minit. saat mereka bertemu di bwh light yg berwarna hijau samar2 itu, mereka berpeluk. lama. masa seakan berhenti, mata lain yg memandang mengundang rasa iri hati melihat perlakuan FJ dan c gadis. mereka kagum dgn couple ini yg sgt loving n romantik.
itulah serba sedikit kisah mereka yg sy msih ingt smpi skrg. sengaja sy cerita utk tatapan anda semua.
p/s : bkn hanya FJ yg menangis kerana kecewa.
tetapi mata c gadis ini jg sudah membengkak mengalirkan air mata saban hari. bezanya, c gadis ini sudah menemui kebahagiaanya yg baru. moga2 jejaka ini membawa perubahan di dlm hidupnya....
pd FJ, jgnlah cpt mengalah. kamu sorg lelaki yg sgt hebat! ada seorg gadis yg tlh dicipta oleh ALLAH swt sdg menunggu kamu. bersabarlah...
terima kasih abg nam ron kerana cerita FJ ni. sangat-sangat berterima kasih. Saya belajar sesuatu. Dan buka sesuatu.
Catat Ulasan