Rabu, 27 Ogos 2008

Isham di Permatang Pauh

Pilihanraya Pematang Pauh telahpun selesai. Anwar Ibrahim telahpun memenangi kerusi Parlimen dengan majoriti undi 15,579. Sepanjang proses pemilihan ini aku mengikuti perkembangannya melalui blog http://tukartiub.blogspot.com/ hasil usaha Isham Rais. Usaha Isham amat besar dan aku memberi tabik 3 kali kepadanya (3 kali saja kalau lebih tak cool, ha ha ha), tanpa sebarang imbuhan bersifat material yang memungkinkan dia membuat harta dia melakukannya kerana percaya kepada perjuangannya. Ini sifat perjuang/penulis tulen. Berapa kerat orang yang sanggup melakukan perkerjaan tanpa imbuhan material, namun aku percaya imbuhan bukan sekadar bersifat material tapi ada juga muncul dalam sifat spritual. Isham percaya apa yang dia buat, berpegang kepada kepercayaannya ini dia telah pergi ke Permatang Pauh dan tinggal di sana selama sepuluh hari, dengan satu tujuan, dia mahu melaporkan apa yang sedang berlaku di sana. Dia faham masyarakat di luar Permatang Pauh tak akan dapat mendengar perkembangan sebenar apa yang berlaku di sana melalui media cetak dan elektronik yang sudah di pawah oleh pemerintah. Melalui bahasanya yang mesra dan mudah dia berjaya menawan hati pembaca, sekali-sekala dia menggunakan jenaka yang akan membuatkan pembaca akan tersenyum mungkin tersengih, boleh juga terbahak dan tak pasti mungkin ada juga terguling-guling dilantai sambil menepuk-nepuk perut ketika membaca jenaka-jenaka yang diselit dalam tulisannya. Jenakanya bukan jenaka kosong seperti lawak kumpulan senario tapi jenaka Isham sifatnya agak puitis dan agak kehitaman yang memungkinkan satu pihak akan ketawa manakala satu pihak lain mungkin akan menghempaskan laptopnya atau menendang desktopnya hingga berderai. Isham seorang pengliburlara yang menceritakan kejadian yang berlaku dalam masyarakatnya. Ceritanya bukan rekaan atau gosip sampah tapi berita atau perkhabaran sebenar melalui kacamatanya sendiri. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih kerana melaporkan perkembangan di Permatang Pauh (3 kali saja kerana lebih dari itu tak cool; seperti katanya di tukartiub).

2 ulasan:

Jim. Heris berkata...

malaysiakini bayar dia la, ron. rezeki dia selepas kena tendang dari aswara.

Tanpa Nama berkata...

o ye ke, anyway itu rezeki dia tapi apa yang penting kita dapat laporan yang best.