Selasa, 17 Februari 2009

Gambar Telanjang Elizabeth Wong

Nude dilukis oleh Pierre Auguste Renoir tarikh 1910, Perancis. Pernah dicuri pada tahun 1996 dan kini di berada di muzium negara Serbia. Nilai 10 juta euro.


Siapa yang tak pernah telanjang? Berapa ramaikah orang kat dunia ni yang tak pernah telanjang? Akupun sekali sekala suka tidur telanjang bila cuaca panas dan ada beberapa keping gambar telanjang yang aku ambil untuk suka-suka. Mengambil gambar dalam keadaan telanjang ada masanya memberi kepuasan tersendiri. Manusia sebenarnya terdorong untuk merakam apa sahaja yang berlaku disekelilingnya. Lihat saja manusia pra sejarah, mereka menconteng dinding gua tentang kehidupan yang dilalui oleh mereka. Para sejarawan telah merekodkan lukisan tertua ditemui di dinding gua adalah di Grotte Chauvet, Perancis iaitu dihasilkan pada 32,000 tahun dahulu. Apabila evolusi manusia kian berputar manusia mula mengagumi bentuk tubuh mereka sendiri pula, lalu lahirlah pelukis-pelukis yang merakam tubuh badan manusia ke atas kanvas atau batuan yang menjadi lukisan dan arca.

Dari zaman Mesir, Greek dan Rom ke zaman pertengahan, renaissance, mannerisme, baroque, neo klasisme, romantisme, impressionisme, post impressionisme, simbolisme dan ianya terus berkembang hingga ke hari ini manusia tak pernah putus-putus mengeksplor tubuh badan mereka. Dari ukiran ke lukisan, dari gambar bercetak ke gambar digital, dari filem ke video berbagai gambar telanjang telah tercipta. Ada yang menjadi karya seni yang tak ternilai ada pula yang menjadi tidak bernilai.

Cuma apabila kita didindingi oleh agama dan budaya ketelanjangan ini mula dilihat sebagai sesuatu yang tidak bermoral. TIDAK BERMORAL ini apabila kita sewenang-wenang menelanjangkan tubuh kita untuk tujuan tertentu seperti menjadi model untuk majalah atau filem untuk dijadikan tatapan orang ramai yang boleh menjanakan keuntungan mahupun percuma. Dan, dari segi agama dan budaya sesetengah masyarakat ianya menjadi tidak bermoral.

Bagaimanapun jika gambar telanjang milik aku yang menjadi kes studi untuk diri aku itu telah diterbitkan oleh orang lain bagi tujuan tertentu persoalan tidak bermoral itu harus dikembalikan kepada orang yang menerbitkannya dan orang yang mengheboh-hebohkan soal itu.

nota tumit kaki kiri : Penulis bukan seorang pakar dalam seni halus dan hanya mendapat pangkat 8 bagi subjek lukisan semasa SPM dulu dan beberapa keping gambar bogel milik peribadinya masih dalam simpanannya tunggu Khir Toyo dan gerombolannya bila nak datang beli.... sekeping RM 1 juta.

32 ulasan:

Ajami Hashim berkata...

ahaha! laju jer gua klik! ahaha!

Rapala Jingga berkata...

kan dah terkena dah ahaha! Nampak sangat berminat ke arah-arah macam tu he he he...

afrohead berkata...

aku pun rasa macam dah terkena je ni.
haha

Pegawai Khalwat berkata...

Bang, dalam catan, lukisan figura adalah antara bentuk seni yang paling sukar dilakukan. Sebab tu sampai sekarang orang mengagumi karya-karya zaman Renaissance dan romantisme. Amron adalah antara yang terbaik di dalam cerita ini.

Pendek kata, kalau setakat tangkap gambar seluloid atau digital, nilainya mungkin kurang.

Tapi gambar bogel selebriti macam Elizabeth Wong dan hang sendiri, ada nilai yang tersendiri.

Aloy Paradoks berkata...

gua pun nak mula tido bogel la,,,
tapi jangan tido sekali dah la.

Aidi Rahimi Ibrahim berkata...

Nam Ron, aku pun ada banyak foto-foto bogel:- kucing, burung, katak dan separuh bogel: baby. Apa habaq? salam.

Tanpa Nama berkata...

telanjang la best..

*labuan*

DonCorleone berkata...

Salam. Gua teringat zaman gambar telanjang Zarina Zainuddin dulu. Masa tu gua kerja dengan Berita Harian. Boss gua sungguh2 suruh gua dapatkan gambar tu sebab dia nak tengok and akhirnya gua berjaya. Lepas tu, pernah sekali boss gua suruh gua keluar pejabat and jangan balik selagi gua tak dapat video telanjang and permainan Timbalan Speaker Dewan Rakyat and akhirnya selepas Tan Sri Zahir serahkan video itu kepada Datuk Zaman Khan (masa tu Zaman adalah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman), gua pun dapat video itu and boss gua suka. Orang lain telanjang tapi gua dapat nama baik. Hahahaha. Telanjang banyak kasi gua kredit jugak dalam hidup ni....tapi bukan gualah yang telanjang.

Tanpa Nama berkata...

khir toyo asking elizabeth wong to resign is a JOKE. what an idiot! awat BODOH sangat mamat tu! ish, geram aku.

toron menoron berkata...

abg nam ron...

saya masih terganggu dengan foto yang saya lihat dalam facebook abg. foto ayam ( fared ) dalam WIP tokyo... ( tak tau tajuk ) masih memikirkan relevannya...

saya budak baru blajar.

sila tunjuk ajar

http://masihpicisan.blogspot.com/

fadz berkata...

love it when she says, "I am proud of my sexuality".. u go girl!

Tanpa Nama berkata...

ahaha saya sokoNg anda...

Rayza MukMin™ berkata...

Kadang-kadang gua baca entry lu sambil telanjang.
Kadang-kadang sambil bogel.
Ada masa-masa tertentu gua baca sambil tak pakai apa-apa.
Teka sekarang?

Kristal Media Group berkata...

Dijemput hadir ke majlis Retrospektif Sutradara Indonesia; RIRI RIZA yang terkenal dengan filem Laskar Pelangi, Gie, Eliana Eliana etc anjuran Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik, UiTM.

Di Pawagam Mini P.Ramlee pada 14 & 15 Mac 2009 (Sabtu & Ahad) dari jam 10 pagi hingga 6.30petang.

Antara acara adalah tayangan 3 buah filem beliau, sessi apresiasi dan bengkel untuk pelajar perfileman.

Jadual acara boleh dirujuk di skrinfilem.blogspot.com

Jadi, moh le ke sana... =) datang, jangan tak datang... =)

Mintak tolong hebahkan sekali pada keluarga, saudara mara, ibu bapa, anak anak, kawan2 etc... =)

artsoul berkata...

satu risiko gak simpan gambar naked kite sendiri...

sinaganaga berkata...

dulu, kat Jepun, aku terlanjang juga... kalaulah kawan2 pos ke Internet, alahai! ha ha

D.A.R.A.48 [RAKYAT ARUS] berkata...

hahaha..
toyo'l ni jiwang xsuka telanjang...
bila kuasa dah hilang..
2 yg suka silang-silang..=)

Khususi berkata...

aku setuju dengan artikel tu untuk pengetahuan am......
ada beberapa pantang larang yang boleh dikongsi bersama dan dilarang dalam islamdan teringat emak dan bapa aku larang sejak aku masih dibangku sekolah lagi ialah:-
1. Jangan bertelanjang bulat apabila mandi.
2. Jangan minum berdiri atau makan berdiri.
3. Jangan makan menggunakan tangan kiri kecuali tangan sebelah kanan tiada atau cacat.
4. Jangan kencing berdiri bagi lelaki mahupun perempuan.

Aloy Paradoks berkata...

bro,,update bro,,update..

Penjejak Badai berkata...

MANA NI LAMA X UPDATE?

Nani berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nani berkata...

pernah punya lukisan2 bogel seperti, amik gambar masa pameran seni di matrade taun lepas.

tak tau kenapa, biarpon aku sendiri perempuan tapi ku sangat teruja melihat hasil imaginasi figura seorang wanita. body mereka seperti aku...wah! apekah!

cuba bayangkan kalau dilukis gambar bogel seorang lelaki ... hmmmm...

DonCorleone berkata...

Bro, lama dah tak update. Lu okay tak ni?

zubin berkata...

Kat France dan Denmark ada nudist beach, malah kat Kuta dan Pattaya pun ada, kalau tak ada Air Asia ke sana! Kalau kat Bangkok, boleh tengok lagi dia buat show, beli coke je segelas RM18 ringgit kat Patpong!

blackpurple @ jowopinter berkata...

Huh!

Tanpa Nama berkata...

skali bc entri ni, mcm nak memotivasikan org utk berbogel pulak, tidor bogel...? apakah..sejuk kut..

sheikh mustafa kamal al aziz berkata...

tak kan cerita khir toyo... cerita lah noris karman ke, nora dennis ke fariza che wan... baru lah masoook...

sila blogger: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/

Good guy goes to heaven, bad guy goes to Patong

Desperate Man
Siri 1 - Power&Play vs girls hunter

Anak Borneo memang jantan. Dapat gadis Pruket PERCUMA. Entah macam-mana 'ayat' kita tak tau... Ayat SMSnya betul-betul power. Gadis ini diketemukan semasa Ben buat rambut di salon tempat gadis itu berkerja. Setelah bertukar nombor hp gadis itu kemudiannya datang ke bilik hotel mencari Ben malam itu juga, jam 2 pagi.


Selepas berkenalan dan bertukar SMS lalu Shoti jatuh hati pada Ben. Ben memang pandai ayat. Shoti terus jatuh hati dan ingin mengikuti Ben balik Borneo. Gadis itu datang ke bilik Ben malam itu juga tanpa...

Unknown berkata...

THE ART IN BODY LANGUAGE... YO KO..

almatayer berkata...

Hang jadi pelakon dah la nie..tahniah..lupa apa nak cat keta..kah..kah..

Aloy Paradoks berkata...

lama tak update,, sekali keluar warkahterakhir..

Penagih Cinta berkata...

FESTIVAL TEATER KL 2009:

http://img8.imageshack.us/img8/2344/festivalteaterkl2009.jpg

Ajami Hashim berkata...

Ajami Hashim vs. Nam Ron @ Rumah Frinjan 04.10.09 [youtube]

klik sini >> ajamihashim