Nude dilukis oleh Pierre Auguste Renoir tarikh 1910, Perancis. Pernah dicuri pada tahun 1996 dan kini di berada di muzium negara Serbia. Nilai 10 juta euro.
Siapa yang tak pernah telanjang? Berapa ramaikah orang kat dunia ni yang tak pernah telanjang? Akupun sekali sekala suka tidur telanjang bila cuaca panas dan ada beberapa keping gambar telanjang yang aku ambil untuk suka-suka. Mengambil gambar dalam keadaan telanjang ada masanya memberi kepuasan tersendiri. Manusia sebenarnya terdorong untuk merakam apa sahaja yang berlaku disekelilingnya. Lihat saja manusia pra sejarah, mereka menconteng dinding gua tentang kehidupan yang dilalui oleh mereka. Para sejarawan telah merekodkan lukisan tertua ditemui di dinding gua adalah di Grotte Chauvet, Perancis iaitu dihasilkan pada 32,000 tahun dahulu. Apabila evolusi manusia kian berputar manusia mula mengagumi bentuk tubuh mereka sendiri pula, lalu lahirlah pelukis-pelukis yang merakam tubuh badan manusia ke atas kanvas atau batuan yang menjadi lukisan dan arca.
Dari zaman Mesir, Greek dan Rom ke zaman pertengahan, renaissance, mannerisme, baroque, neo klasisme, romantisme, impressionisme, post impressionisme, simbolisme dan ianya terus berkembang hingga ke hari ini manusia tak pernah putus-putus mengeksplor tubuh badan mereka. Dari ukiran ke lukisan, dari gambar bercetak ke gambar digital, dari filem ke video berbagai gambar telanjang telah tercipta. Ada yang menjadi karya seni yang tak ternilai ada pula yang menjadi tidak bernilai.
Cuma apabila kita didindingi oleh agama dan budaya ketelanjangan ini mula dilihat sebagai sesuatu yang tidak bermoral. TIDAK BERMORAL ini apabila kita sewenang-wenang menelanjangkan tubuh kita untuk tujuan tertentu seperti menjadi model untuk majalah atau filem untuk dijadikan tatapan orang ramai yang boleh menjanakan keuntungan mahupun percuma. Dan, dari segi agama dan budaya sesetengah masyarakat ianya menjadi tidak bermoral.
Bagaimanapun jika gambar telanjang milik aku yang menjadi kes studi untuk diri aku itu telah diterbitkan oleh orang lain bagi tujuan tertentu persoalan tidak bermoral itu harus dikembalikan kepada orang yang menerbitkannya dan orang yang mengheboh-hebohkan soal itu.
nota tumit kaki kiri : Penulis bukan seorang pakar dalam seni halus dan hanya mendapat pangkat 8 bagi subjek lukisan semasa SPM dulu dan beberapa keping gambar bogel milik peribadinya masih dalam simpanannya tunggu Khir Toyo dan gerombolannya bila nak datang beli.... sekeping RM 1 juta.