Projek KoKEN : Teater Kompilasi Volume 1 mari kita ke Teater Stor DBP.
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/Features/20090118173433/Article/indexF_html
http://rumahanakteater.blogspot.com/2009/01/petikan-akhbar-nst.html
Rabu, 21 Januari 2009
Sabtu, 17 Januari 2009
Panas di Dalam
Novel Saman tulisan Ayu Utami yang kulitnya dah lusuh dan kusam tersadai di lantai di sebelah bantal tidur tak bersarung. Di atas bantal itu aku telah benamkan belakang kepalaku sejak dua setengah jam yang lalu. Aku memandang siling. Lebih tepat lagi sebenarnya mata aku ke arah bilah-bilah kipas yang tangkainya terikat di siling. Bilah-bilah itu berputar laju. Aku kaku. Panas. Hangat matahari jam 1.15 tengahari tak mampu dilunakkan dengan putaran kipas itu. Aku pejam mata menerbangkan fikiran aku ke Hutan Kayu, duduk bersama-sama komunitasnya melihat Ayu Utami menanggalkan pakaiannya satu persatu. Rasa ghairah yang tiba-tiba menyerang menyentak-yentak memaksa aku membuka kembali mata yang dipejam. Tubuh bogel Ayu Utami jatuh berselerak hilang bersama tusukan cahaya dari tingkap yang langsirnya terangkat di tiup angin dari putaran kipas. Aku angkat kepala terasa berat hingga pandangan seketika menggerakkan dinding membentuk lapisan-lapisan yang berpecah-pecah kemudian bercantum semula menjadi satu dinding yang pejal. Tegak dan keras tak tercabar. Aku bangun berjalan ke ruang dapur sambil tangan kanan ku leretkan di dinding untuk menyerap kekuatan darinya agar aku tak tumbang. Terasa lemah benar aku. Lebih tepat... penat.
Aku penat memikirkan untuk hidup menjadi aku terlepas dari ikatan mana-mana pihak. Aku mahu jadi aku yang benar-benar aku, bukan aku yang ingin kau atau sesiapa ciptakan. Aku mahu jadi orang yang mampu menyepak super ego ke neraka. Aku mahu menerajang orang lain kerana mereka adalah neraka itu. Aku mahu wujud sebagai aku. Kau orang semua pergi jahanam jangan lagi datang untuk mengugut-ugut pemikiran aku. Aku tak perlu leteran moral kerana itu hanya kentutan berbau busuk menghangitkan rongga hidung ku. Aku mahu bebas walau harus menjadi binatang jalang dari kumpulan yang terbuang. Aku mahu hidup menjadi Chairil Anwar dan mati seperti Minguel Pinero.
Aku menadah pancutan air dari pancur di sinki lalu ku simbahkannya ke muka dan ku usapkan ke rambut nipisku hingga air itu menyerap ke kulit kepala untuk menenangkan otak ku yang kian membara.

Jumaat, 16 Januari 2009
Gadis di Tingkap
Aku terpaku memandang ke arah tingkap yang terbuka separuh. Sebuah tingkap di rumah dua tingkat.
Dia berdiri di situ. Tangan kirinya memegang segelas wine merah dan tangan kanannya sedang mengepit sebatang rokok yang terselit di celah bibir; halus dan mulus. Berat badannya dilepaskan pada bahu kanan yang disandarkan pada bingkai tingkap. Angin yang datang entah dari mana sesekali meniup lembut rambut halusnya. Dia biarkan rambut itu menutup separuh wajahnya untuk seketika kemudian di selak dengan sebuah helaan nafas yang panjang.
Agak lama dia berdiri di situ. Bersama segelas wine merah dan sebatang rokok yang sudah separuh terbakar meninggalkan asap-asap yang hilang di udara.
Dia gadis manis enam belas tahun berdiri di tingkap mempamerkan dadanya yang telanjang.
Aku memandangnya.
Matanya ada kesedihan. Redup dengan kenangan silam walau usianya baru enambelas tahun. Mata sedih itu memandang ke arah aku yang terpaku berdiri.
Dia memberi senyuman.
Aku menelan ludah.

Rabu, 14 Januari 2009
Ronggeng Ikan Sepat
Di tepi telaga
di atas rumput
aku duduk melihat
ikan-ikan sepat menari ronggeng
di bawah cahaya purnama
Aku duduk di tepi telaga
terpesona dengan liuk tubuhnya
mengocak air mengalun irama
menari dengan rentak yang sama
Di malam itu
Aku nelayan tak berpukat
hadir hanya untuk memikat
di atas rumput
aku duduk melihat
ikan-ikan sepat menari ronggeng
di bawah cahaya purnama
Aku duduk di tepi telaga
terpesona dengan liuk tubuhnya
mengocak air mengalun irama
menari dengan rentak yang sama
Di malam itu
Aku nelayan tak berpukat
hadir hanya untuk memikat
Isnin, 12 Januari 2009
Sumbangan Diharapkan
Sekarang ni mana-mana kita akan dengar atau lihat, baca atau tonton tentang tabung-tabung untuk mangsa-mangsa perang di Palestin. Ada yang menghulur mock up cek sebesar alam tersenyum puas gambarnya di surat khabar atau televisyen. Memberi tanda bahawa dia sangat pemurah dan bersimpati terhadap apa yang dilalui oleh rakyat Palestin. Kemudian kita mendengar orang ramai mula mengata yang bukan-bukan di atas kemurahan hatinya. Maka bertambah-tambahlah dosa ke atas orang-orang yang dilahirkan sebagai islam kerana kebaikan yang cuba dilakukan olehnya. Disebabkan itu aku syorkan jika kita betul-betul mahu membantu; bantulah hinggakan tangan kiri tak mengetahui tangan kanan menghulur bantuan. Supaya tidak bertambah dosa pada orang yang pasti akan mengata. Jauhkanlah fitnah.
Di bawah ini adalah satu badan yang benar-benar menggunakan wang yang kita berikan untuk tujuan yang murni, silalah menderma atas nama kemanusian dan bukannya kebencian.
MERCY MALAYSIA PALESTINE RELIEF FUND www.mercy.org.my( Please make cheques payable to MERCY MALAYSIA. CIMB account number: 1424-000-6561053. For more information, please contact 03-2273 3999. )
Kepada yang tak ada buku cek, pindahkan saja wang anda ke akuan nombor di atas. Tak payah banyak cakap.
Nota tumit kaki kiri: Jika menderma pastikan tabung yang sepatutnya jangan sampai masuk ke tabung orang yang berkepentingan untuk diri sendiri. Maklumlah kerana terlalu ghairah mahu membantu hinggakan tak tahu ke mana hilangnya sumbangan kita. Mereka di Mercy akan pastikan sumbangan kita sampai ke sana tanpa dipolitikan. Terima Kasih.

Selasa, 6 Januari 2009
Kita yang dilahirkan sebagai Islam
Ada beberapa teman tertanya-tanya kenapa aku tak ada sebarang entri terhadap isu yang panas berapi ketika ini. Semua orang sibuk memperkatakannya. Di seluruh dunia hingga ke negara kita. Dari pemimpin ke rakyat biasa, di atas pentas, di jalan raya, di kaca tv, di kedai kopi, di blog dan web... di mana-mana ada cerita tentang pencerobohan israel ke bumi gaza, kekejaman bangsa Yahudi ke atas rakyat palestin.
Di sini orang kita yang dilahirkan sebagai islam mula memperlihatkan wajah-wajah dan suara simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudara mereka di pinggir Laut Meditrreanean itu. Maka maki-makian dan sumpah seranahpun dilontarkan terhadap bangsa Yahudi. Kita yang lahir sebagai islam betul-betul marah terhadap mereka yang lahir sebagai Yahudi itu sanggup berpanas (berteduh bila hujan) untuk menunjuk perasaan marah kita di jalan-jalan sambil membakar bendera Israel dan sekutunya Amerika. Kita sanggup menjadi racis(t) kerana kita percaya kita di jalan yang benar hingga kita lupa untuk lihat muslihat politik di sebalik kejadian. Kita sering dimomokkan dengan keburukan Yahudi hingga kita lupa perbezaan Yahudi dengan Zionis. Kita tak nampak perbezaan Kerajaan dengan rakyat, Umno dengan Melayu atau Barisan Nasional dengan Malaysia kerana kita hidup di bumi tercinta sering salah mengerti soal ini. Atau, lebih tepat lagi fikiran kita dibentuk untuk melihat dua benda berbeza itu adalah sama.
Jika pemerintah kita menyerang Singapura apakah kita yang bersalah atau kita juga turut menjadi mangsa sebenarnya? Mungkin ada yang marah dengan kenyataan aku, aku faham, jika ada yang marah kerana kita yang dilahirkan sebagai islam ini telah diajar sedari kecil bahawa Yahudi itu bangsa yang terlakhnat yang harus kita hapuskan dimuka bumi ini. Lalu relakah pulak jika kita disamakan dengan facist Nazi?
Malah yang ironiknya selepas selesai menunjukkan dan menyuarakan rasa marah kita hingga pedih kulit muka dan hampir hilang suara menghentam Yahudi kitapun pulang ke rumah tapi sebelum tu singgah dulu di Carrefour beli susu Nestle untuk anak tapi sebab tekak rasa kering pasal terjerit-jerit tadi sambar sebotol Coca Cola buat penghilang dahaga. Belum sampai rumah kawan ajak pergi minum kat kedai mamak nak sambung mengutuk pasal Yahudi lalu kita pesan Nescafe kurang manis satu dan Maggi Mee goreng satu. Tengah sedap borak dengan kawan bini telepon pesan balik nanti beli Kotex dia datang bulan bla bla bla...... Aku benar-benar terharu terhadap kita yang di lahirkan sebagai islam itu.
Pemerintah kita juga tidak kurang hebatnya, menghantar bantahan dan suarakan kecaman melalui media-media minta Israel berundur segera. Dan selepas tu.... (fikir dalam lima minit) dah tak ada dah itu saja. Oh, lupa... ya ada! diaorang buka tabung kutip derma nak bantu saudara brother and sister kat sana. Aku tunggu juga kalau-kalau kerajaan kita nak umumkan nak hantar bantuan ketenteraan jadi sekutu untuk pertahankan Gaza. Namun haram. Kenapa? Takut Amerika hantar kapal perang berlabuh kat kem diaorang kat Singapura ke? Kalau betul-betul marah sangat dan betul-betul nak bantu, lakukan jangan cakap saja. Ajak sekali geng 3 calit dengar kata diaorang tu ada yang tak makan peluru (itu yang pasti; tak lut peluru tu tak pasti lagi)
Ini lagi satu pihak yang bukan main lagi mengajak orang ramai membenci Yahudi. Televisyen. Tak kira siang malam melapor berita. Si pembacanya pulak bukan main buat muka sedih tapi yang perempuannya tu maybe pakai eye liner/maskara Maybeline seperti yang Datuk Siti Nurhaliza muncul kat iklan tv tu. Selepas beberapa minit melaporkan situasi di Pelastin siaran berhenti seketika untuk beri laluan kat iklan keluarlah cerita-cerita iklan yang pendek-pendek kisah budak-budak yang tampak seperti dilahirkan sebagai islam mengonggong coklet Kit Kat, kemudian jejaka hensem menyembur minyak wangi Hugo Boss, gadis-gadis manis bergincu Revlon, satu keluarga senang dengan biskut Danone bla bla bla.....
Di pihak yang lain aku pulak yang dilahirkan sebagai islam lebih senang duduk di bilik ini sambil membaca buku The Book of Saladin oleh Tariq Ali yang baru dibeli di MPH. Melihat semula hubungan Yahudi, Kristian dan Islam di abad ke 12 yang bersama-sama mempertahankan bumi milik mereka bersama.
Nota tumit kaki kiri : Aku bukan Pro Yahudi dan bukan juga Anti Islam. Jadi jika ada orang kata "Butuhlah Yahudi" aku lebih senang kata "Lingkuplah Zionis" sama dengan intonasi "Lingkuplah PeKeMBar" kerana aku tak nak jadi racist kerana islam tak suruh kita menjadi racist. Politik Ya!
Dan oh, ya! hampir lupa, perkataan yang di-headline dengan warna merah tu ada kaitan dengan bangsa yahudi. Jadi siapa-siapa yang makan cili tu cepat-cepat minum air gula.

Ahad, 4 Januari 2009
Menilai kecantikan rupa paras dengan pemikiran yang dijajah. (bahagian 2)
Sebelum menyambung entri ini, izinkan aku untuk memberi biasan terhadap pandangan Amir Muhamad dan Fadz yang memberi ulasan terhadap entri yang lepas. Mereka meragui hujah aku yang menyatakan penilaian kecantikan datang dari sudut pandang penjajah. Ini kerana sebelum kedatangan penjajah masyarakat kita sudahpun menilai kecantikan berdasarkan putih kulit dan hidung yang mancung.
Aku sememangnya setuju dengan pandangan Amir dan Fadz bahawasanya tafsiran kecantikan tidak seratus peratus di bawa oleh penjajah. Itupun jika kita melihat dari sudut penjajah barat seperti Protugis, Belanda dan Inggeris. Mungkin perkataan penjajah itu tak berapa tepat, perkataan yang lebih tepat mungkin adalah "pengaruh luar". Ini kerana sebelum kedatangan Portugis, Belanda dan Inggeris minda kita telah dijajah oleh pengaruh-pengaruh luar yang datang dari Timur Tengah. Mereka datang bukan untuk menjajah dari sudut politik tetapi lebih kepada perniagaan dan dakwah. Orang-orang dari Timur Tengah ini juga memiliki hidung mancung dan kulit yang cerah. Walau tak secerah atau seputih kulit orang kulit putih di Barat namun pada pandangan masyarakat kita ianya kelihatan lain dari yang dimiliki. Ditambah dengan kedudukan mereka yang diangkat tinggi oleh pemerintah membuatkan mereka kelihatan mulia oleh masyarakat. Kelainan ini tidak menjadikan mereka pelik dan dipinggirkan tetapi disanjung.
Buku-buku lama seperti Sejarah Melayu dan Hikayat-Hikayat lain yang ditulis itu juga bagi aku dihasilkan selepas kedatangan islam ke bumi ini. Lalu gambaran kecantikan yang digambarkan oleh penulis secara tidak langsung dipengaruhi oleh faktor yang dinyatakan di atas. Persoalan aku adalah tentang penilaian kecantikan sebelum kita didatangi oleh mana-mana pengaruh luar.
Namun entri aku ini bukanlah cuba menyelongkar persoalan ini, aku lebih senang untuk menyerahkannya kepada ahli-ahli antropologi untuk memberi hukum kerana mereka lebih arif.
Entri ini ditulis adalah sebagai biasan terhadap kenyataan yang aku terbaca, seorang penerbit filem menyatakan kemerosotan kutipan di pawagam adalah kerana pelakon kita tewas di tangan pelakon Hollywood yang lebih cantik dan kacak. Dia menyatakan penonton kita pasti memilih Keanu Reeves berbanding hero kita. Ini yang aku maksudkan dengan menilai kecantikan dengan minda yang terjajah.
Dengan pemikiran yang sempit, ia dan beberapa penerbit lain melihat kecantikan rupa paras yang menyumbang khalayak memenuhi panggung. Ia memilih Hollywood sebagai rujukan. Ia melihat pelakon-pelakon yang cantik dan tampan seperti yang diketengahkan oleh hollywood sebagai modal untuk menarik penonton. Alangkah malangnya. Kenapa ia tidak menilai dari sudut penceritaan atau isi cerita yang cuba diketengahkan sebagai pendorong khalayak ke panggung? Lebih malang penilaian kecantikannya juga di lihat menerusi acuan barat. Mungkin agak berbelit apa yang cuba aku jelaskan ini.
Mari kita lihatnya begini. Di Hollywood para penerbit akan mencari pelakon-pelakon yang mempunyai pakej (bakat + rupa paras) untuk diketengahkan sebagai bintang. Sebagai satu bisness produk yang dijaja mestilah kelihatan menarik. Di Malaysia, para penerbit (bukan semua) juga cuba melakukan pekara yang sama namun apa yag malangnya pemilihan rupa paras yang cantik itu melalui acuan Hollywood. Jika kita ada mengikuti perkembangan perfileman di Malaysia kita pernah melalui era (hingga ke hari ini masih) di mana para penerbit memilih wajah-wajah yang digelar pan-asia. Bagi pelakon-pelakon yang berkulit gelap dan hidung kemek mereka akan berusaha mencantikan rupa paras mereka agar mendapat tempat dikalangan penerbit Malaysia.
Aku pernah bercakap dengan seorang penerbit tentang soal ini. Dan, ia mengatakan orang datang ke panggung untuk melihat benda-benda yang cantik. Orang tak nak tengok hidung kembang sebesar gua bila kamera diletakkan low angle (ketika ini beliau merujuk kepada seorang pelakon wanita yang menjadi heroin dalam sebuah filem). Beliau menyalahkan pengarah yang baginya salah memilih pelakon. Baginya orang akan ketawa bila melihat saiz hidung pelakon itu.
Tidak dapat dinafikan filem sememangnya boleh mempengaruhi pemikiran penonton. Penerbit seharusnya mempunyai tanggugjawab terhadap apa yang cuba dihidangkan pada penonton bukan memikirkan untung semata-mata. Tindakan penerbit menilai kecantikan rupa paras melalui acuan barat secara tak langsung akan menyebabkan penonton juga akan salah tafsir maksud kecantikan (dengan acuan sendiri). Aku tak nafikan penonton bukannya tolol (seperti kata Saniboey dalam blognya) namun seperkara jangan dilupa filem dicipta/digunakan pada asalnya adalah untuk tujuan ketenteraan dan sebagai alat propaganda. Dan, ia memang terbukti sebagai alat propaganda yang berkesan. Fungsinya propaganda adalah untuk mempengaruhi dan menjajah minda dan ia berjaya.
Nota tumit kaki kiri : entri ini akan bersambung lagi dan akan memberi fokus kepada pelakon kulit hitam (baca gelap) di Malaysia.
Khamis, 1 Januari 2009
Menilai Kecantikan Paras Rupa Dengan Pemikiran Yang Dijajah. (bahagian 1)
Minah belajar sampai takat tingkatan lima sama seperti Aini yang peroleh ijazah sarjana muda dari sebuah universiti. Begitu juga Johan, Amir, Nita, Ali, Kamarul, Khatijah, Rozi dan lain-lain. Kenapa aku kata sama? Lihat saja Khatijah yang lebih senang di panggil Kate kerana dia rasakan matanya seperti mata Kate Winslet heroin filem Titanic arahan James Cameron. Atau, Kamarul yang bangga dikelilingi perempuan kerana mempunyai hidung mancung dan kulit cerah seperti Ashraf Sinclair. Mereka ini sama juga seperti orang-orang lain menilai kecantikan berdasarkan warna kulit dan saiz hidung seseorang.
Ashraf Sinclair
Kate Winslet
Ashraf Sinclair
Kate Winslet
Banyak yang mengatakan cantik ataupun tampan seseorang itu adalah subjektif, bagi aku itu semua adalah retorik semata-mata. Penilaian cantik atau tampan sebenarnya datang dari pemikiran yang dilengkungi oleh budaya sesuatu masyarakat. Budaya yang tercemar akan menyebabkan penilaian terhadap kecantikan itu akan berubah.
Aku percaya jika persoalan cantik ini dibangkitkan pada masyarakat melayu yang hidup seratus tahun dahulu (dan ke bawah) mereka akan menilainya jauh berbeza dari penilaian kita sekarang. (Tendanglah ke tepi soal cantik itu adalah datang dari hati, kecantikan dalaman kononnya. Kita berbicara tentang kecantikan fizikal bukannya spritual). Jangan tanya aku bagaimana orang dahulu menilai kecantikan seseorang kerana aku sendiripun tak tahu tapi yang pasti ianya tak sama seperti sekarang. Lihat saja masyarakat peribumi di Papua atau Africa yang menilai kecantikan berdasarkan ciri-ciri yang dilengkungi oleh budaya mereka yang belum tercemar. Bagi kita kecantikan yang ditafsir oleh mereka adalah buruk malah aku takan terperanjat jika ada yang kata wajah yang mereka katakan cantik itu menakutkan bagi sesetengah dari kita.
Gambar salah satu natif di Africa.

Masyarakat Papua
Berbalik kepada masyarakat kita, penilaian masyarakat kita mula berubah bila kedatangan penjajah. Mereka tidak hanya datang untuk mengorek kekayaan di bumi ini tetapi juga membawa budaya mereka untuk diresapi oleh orang kita. Kita yang sudah diresapi oleh budaya barat telah menilai kecantikan bersandarkan sudut pandang mereka. Maka tak hairanlah jika masyarakat kita hari ini melihat kulit putih dan hidung mancung itu sebagai simbol kecantikan. Manakala kulit hitam dan hidung kembang itu buruk. Dengan kata lainnya, minda kita sebenarnya masih dijajah walaupun penjajah sudah lama meninggalkan bumi ini. Memang mereka meninggalkan bumi ini tetapi mereka juga memastikan ada yang ditinggalkan untuk kita. Kita bebas dan merdeka hanya dari sudut politiknya tapi pemikiran kita masih lagi terus dijajah oleh mereka. Kita memuja apa sahaja yang berlabelkan barat termasuklah rupa paras.
Disebabkan entri ini tentang kecantikan paras rupa maka tidaklah mahu aku merepek panjang lebar tentang hal-hal lain yang kita warisi dari penjajah. Apakah bukti bagi menghalalkan hujah aku tentang penilaian kecantikan bersandarkan pada budaya yang telah dicemari oleh penjajah ini. Sebenarnya banyak sangat, apa yang perlu kita lakukan adalah bukalah mata dan lihat sekeliling kita. Bukankah produk susu kambing itu untuk memutihkan kulit? bagaimana pula dengan suntikan vitamin c pada kulit? Salun-salun untuk memerahkan rambut, botox untuk mancungkan hidung.... bukankah ini semuanya cuba untuk kelihatan cantik seperti orang barat. Tidakkah kita tahu ada suku kaum kanibal, peribumi yang masih hidup di dalam hutan Amazon di Amerika Selatan tidak pernah berjumpa dengan manusia lain selain kaum mereka. Suku kaum ini jika bertemu dengan Nicole Kidman pasti menangkapnya untuk dibuat masak lemak cili api, sedangkan kita terlalu sangat inginkan wajah sepertinya.
Sebenarnya tidak semua masyarakat kita cuba untuk kelihatan cantik/kacak seperti orang barat. Aku percaya masih ramai masyarakat kita tak memuja Natalie Portman, Jessica Alba, Keira Knightley, Brat Pitt, Orlando Bloom, Scarlett Johansson, Jannifer Aniston, George Clooney, James Dean, Julianne Moore dan ramai lagi. Mereka hanya memuja artis kita yang muncul di kaca tv dan majalah hiburan tempatan. Mereka memuja artis-artis ini kerana kecantikan/kekacakan mereka. Mereka cuba untuk kelihatan seperti artis-artis kesayangan mereka ini. Namun begitu tanpa mereka sedari, minda mereka turut tercemar kerana kebanyakan pemikiran artis kita terhadap kecantikan telah lama dijajah oleh barat.
Nota tumit kaki kiri : Anda diharap agar tidak membuat sebarang andaian terhadap artikel ini kerana ianya belum diselesaikan oleh pengarang dan akan bersambung.....

menjual maruah
Aku mahu beli maruah kau
berapa ringgitkah sekilo?
dia bertanya
aku tunduk memandang
jari-jari kaki mengejang
tiga ratus lima puluh
jawab ku perlahan.
berapa ringgitkah sekilo?
dia bertanya
aku tunduk memandang
jari-jari kaki mengejang
tiga ratus lima puluh
jawab ku perlahan.
Langgan:
Catatan (Atom)