Khamis, 28 Ogos 2008

BATANG KECIL

Aku memang selalu berjumpa dengan Isham Rais, kadang-kadang secara tak formal seperti kat kedai kopi, tepi jalan mahupun kat ruang legar kat satu-satu majlis; kadang-kadang kat majlis-majlis separa rasmi seperti kat sessi dialog, forum dan festival. Satu saja tempat yang aku tak pernah jumpa dia walaupun dia selalu pergi ke situ; demontrasi jalanan. Aku tak pernah jumpa dia kat sana pasal aku tak pernah pergi ke situ. Pernah sekali aku terserempak dengan dia kat ruang legar Panggung Eksperimen Aswara. Masa tu aku nak tengok show final projek Fared Ayam "Short Eye". Masa aku lintas kat depan PE (Panggung Eksperimen) dia dah terconggok kat situ dengan beberapa anak muda Aswara. Akupun singgah join sekali. Depa tengah bersembang pasal satu himpunan yang akan diadakan kat PJ, masa tu tengah kecoh pasal isu minyak jadi rakyat jelata pakat nak kumpul nak protes tentang isu tu. Isham sound kat aku pasal apa tak pernah ikut berkumpul ramai-ramai macam orang lain. Aku cuma senyum. Dia tanya takut ke? (intonasinya lebih kepada provokasi) Aku senyum lagi...
Takut adalah sama dengan maksudnya dayus. Dayus pulak sama seperti tak ada telur atau tak ada batang. Perkataan ini jika digunakan kepada lelaki mereka akan jadi marah dan pasti muka akan menyala-nyala. Lelaki mempunyai ego terhadap kemaluannya jika seorang lelaki dikatakan kepadanya "batang besar" mereka akan senyum tetapi jika "batang kecil" seseorang lelaki itu akan menyerang balik untuk membuktikan bahawa batang dia tidak kecil (walau sebenarnya memang kecil). Provoksi terhadap kemaluan lelaki bukan pekara baru, polis juga menggunakkannya untuk membangkitkan kemarahan tahanan (tanya isham sendiri kalau tak percaya).
Kembali kepada pertanyaan Isham semasa pertembungan kami kat depan PE. Bila dia tanya aku, takut ke? Aku terus terasa sampai ke batang aku. Kenapa aku senyap dan hanya senyum saja? Aku tau dia sedang provoke aku, itu memang sifat isham. Aku kenal banyak orang macam dia masa aku kecil dulu. Jika dulu (masa aku kecik) pasti aku akan melompat ke arah orang tu atau lari sambil bergenang air mata. Mungkin aku dah tua sekarang ni jadi aku hanya senyum saja. Tapi soalnya kenapa aku senyum? bukan marah. Jawapannya kerana aku tahu kelemahan aku. Guru lakon aku dulu pernah menyuruh aku mencari kelemahan diri untuk tahu kekuatan diri. Menerima kelemahan diri akan menjadikan kita kuat. Ambik saja contoh KJ dia masih tak boleh menerima kelemahan dirinya sebab itu kita dapat lihat dia menjadi pemarah jika dicabar tidak seperti Anwar yang cool saja walau dihina.
Hari tupun aku dihina, tapi aku senyum pasal aku tahu kelemahan diri aku. Aku sebenarnya takut dengan kehadiran orang yang ramai kat satu-satu tempat. Wahima kat Chow Kit pun aku tak berani nak pergi begitu juga Puduraya dan lain-lain tempat yang sesak dengan manusia. Aku akan jadi sesak nafas. Bila Isham kata aku takut. Ya, memang aku takut. Aku tak lawan cakap dia masa tu pasal aku tahu apa yang dia kata tu betul. Aku memang takut. Ketakutan aku bukan hanya pada kesesakan tetapi juga pada kegelapan dan kesunyian. Aku sentiasa takut dengan "orang lain". Aku sentiasa rasa ada orang akan menyerang aku dengan pisau dari belakang dan akan menikam aku secara tiba-tiba. Dan, jika perhimpunan yang besar dan penuh dengan emosi yang menyala aku takut pada keadaan yang tidak terkawal yang memungkinkan belaku pergelutan dan pergeseran. Aku akui ada sesetengah orang suka dengan pergeseran dan berhimpit-himpit dengan orang lain tapi tidak aku. Ini kerana kesan dari itu akan naik satu perasaan lain yang bukan pergelutan membawa kepada pergaduhan tetapi lebih kepada keseronokan.
Namun aku menyokong segala perhimpunan untuk menegakkan keadilan ini, segala perkembangan demontrasi aku ikuti kerana aku percaya kepada demokrasi. Rakyat jelata berhak untuk bersuara jika ketidakadilan belaku. Negara ini hak mereka. Itu adalah hakiki. Jadi maaflah jika aku tidak bersama-sama berhimpit-himpit bersama mereka bukan tak mahu tapi aku TAKUT.
Disebabkan rasa takut inilah maka aku lebih senang bersuara melalui tulisan-tulisan, pementasan mahupun melalui skrin. Itulah cara aku menentang ketidakadilan. Apakah ini bermaksud aku memiliki "batang yang kecil?"

2 ulasan:

Jim. Heris berkata...

ron, lantaklah orang nak cakap batang kecik ke, batang berjuntai ke, batang benar ke... hell is other people bak kata paul sartre. tapi pemikiran sartre ni lahir dari huru-hara perang dunia kedua.

tapi, dalam agama yang dibanggakan oleh PAS (islam), heaven is other people - ada satu hadis di mana seorang lelaki berjalan di sebatang jalan dan ternampak duri lalu dibuangkannya. maka syurgalah tempatnya sebab dia memikirkan orang lain.

pada tahun 2008 ni dan kita sebagai anak malaysia yang dilahirkan sebagai islam total ni, kena terima kedua-dua pemikiran ni dan boleh lah digunakan pada tempat yang betul. fundamentalist beb. muhammad si rasul tu pun fundamentalist - menggunakan peluang yg diberikan oleh saudagar madinah (ansar) untuk menyebarkan islam.

jadi, jawapan kepada merepek aku yg panjang ni ialah - kita ada cara kita untuk tunjuk keberanian kita tanpa hiraukan orang lain punya cakap tapi tujuan kita satu - untuk kesenangan rakyat jelata di masa mendatang.

Tanpa Nama berkata...

Ron, aku tahu batang kau memang besar...hahaha. Aku pernah tengok dalam tulisan kau.