Dua tiga hari ni aku cuba mengadap laptop comel aku ni nak mengisi dialog-dialog untuk treatment matderihkolaperlih aku yang dah siap (thrid treatment). Mata aku terkelip-kelip. Mulut terlopong. Lepas sebatang... sebatang rokok aku bakar. Namun tangan terkemut-kemut menaip huruf-huruf di papan kekunci. Tiba-tiba aku teringat janji Lorna masa hantar 2nd treatment dulu, aku kata; treatment ni yang susah nak buat nanti nak masuk dialog taklah susah mana... Hari ni aku sangat-sangat menyesal mengeluarkan kata-kata tu... haram jadah betul.
Tadi petang aku bawa anak bini aku jalan-jalan dah agak lama tak bawa diaorang keluar. Masa bini aku bawa anak aku shopping aku pi lepak kat kedai kopi. Masa nak singgah kedai kopi tu aku sempat sambar surat khabar sinar. Aku duduk minum kopi sambil baca surat khabar, antara semua berita-berita yang tertera kat situ yang paling buat aku rasa macam makan nasi basi dengan gulai ikan yang dah berbuih kuahnya adalah tentang Najib melakukan upacara sumpah bahawa dia tak terlibat dengan pembunuhan Altantuya. Rasa mual dan nak muntah di selang seli dengan sakit perut memulas-mulas hingga membawa ke cirit birit adalah kerana perbuatan si Najib mengangkat sumpah tu. Tiba-tiba saja aku teringat masa aku kecik-kecik dulu bila kena marah/tuduh mesti nak bersumpah. Setau aku budak-budak saja yang suka main sumpah-sumpah ni dan orang tua selalu marah depa kata jangan main sumpah-sumpah tak baik. La ni aku rasa orang tua pulak jadi macam budak-budak jadi aku cadangkan kat budak-budak kat seluruh Malaysia supaya bagi pesan kat orang tua nak mampus ni supaya jangan main sumpah-sumpah pulak. Tak baik.
Lain-lain berita yang menarik adalah "harga minyak turun 15 sen... bukan kerana pilihanraya - PM" ianya bolehlah diumpamakan sebagai "nah ambik 15 ringgit buat minum kopi" kata pemandu kereta yang di tahan polis semasa buat pusingan U kat tempat yang tidak dibenarkan.
Aku bukan anak Melayu aku adalah anak Malaysia.
2 ulasan:
writer's block...pergh been there memang tak best langsung, kita rasa macam kita dah ada idea itu tapi nak menyampaikannya atas kertas...pergh serba tak kena..
najib tuh biarlah dia terjun dengan labu-labunya
lepas ni semua kaunter pesuruhjaya sumpah tutup
Lepas ni student law pun kena belajar pasal sumpah, sebab siasat ikut undang - undang nombor 2, nombor 1 sumpah dulu.
Catat Ulasan