Novel Saman tulisan Ayu Utami yang kulitnya dah lusuh dan kusam tersadai di lantai di sebelah bantal tidur tak bersarung. Di atas bantal itu aku telah benamkan belakang kepalaku sejak dua setengah jam yang lalu. Aku memandang siling. Lebih tepat lagi sebenarnya mata aku ke arah bilah-bilah kipas yang tangkainya terikat di siling. Bilah-bilah itu berputar laju. Aku kaku. Panas. Hangat matahari jam 1.15 tengahari tak mampu dilunakkan dengan putaran kipas itu. Aku pejam mata menerbangkan fikiran aku ke Hutan Kayu, duduk bersama-sama komunitasnya melihat Ayu Utami menanggalkan pakaiannya satu persatu. Rasa ghairah yang tiba-tiba menyerang menyentak-yentak memaksa aku membuka kembali mata yang dipejam. Tubuh bogel Ayu Utami jatuh berselerak hilang bersama tusukan cahaya dari tingkap yang langsirnya terangkat di tiup angin dari putaran kipas. Aku angkat kepala terasa berat hingga pandangan seketika menggerakkan dinding membentuk lapisan-lapisan yang berpecah-pecah kemudian bercantum semula menjadi satu dinding yang pejal. Tegak dan keras tak tercabar. Aku bangun berjalan ke ruang dapur sambil tangan kanan ku leretkan di dinding untuk menyerap kekuatan darinya agar aku tak tumbang. Terasa lemah benar aku. Lebih tepat... penat.
Aku penat memikirkan untuk hidup menjadi aku terlepas dari ikatan mana-mana pihak. Aku mahu jadi aku yang benar-benar aku, bukan aku yang ingin kau atau sesiapa ciptakan. Aku mahu jadi orang yang mampu menyepak super ego ke neraka. Aku mahu menerajang orang lain kerana mereka adalah neraka itu. Aku mahu wujud sebagai aku. Kau orang semua pergi jahanam jangan lagi datang untuk mengugut-ugut pemikiran aku. Aku tak perlu leteran moral kerana itu hanya kentutan berbau busuk menghangitkan rongga hidung ku. Aku mahu bebas walau harus menjadi binatang jalang dari kumpulan yang terbuang. Aku mahu hidup menjadi Chairil Anwar dan mati seperti Minguel Pinero.
Aku menadah pancutan air dari pancur di sinki lalu ku simbahkannya ke muka dan ku usapkan ke rambut nipisku hingga air itu menyerap ke kulit kepala untuk menenangkan otak ku yang kian membara.
9 ulasan:
hanya air yang meredakan kehangatan,,
air paip,
air sungai,
air hujan,
air mani
dan
air sembahyang.
ayu utami,dia sangat seksi...
menjadi aku, aku jugak sangat teringin jadi begitu... tapi hidup dalam tamadun menuntut kita jadi teralu `bertamadun`.... bosan siot...
jemput datang ke malam tayang short film sinkronis dan rumah kecilku ada kelambu di uitm puncak perdana, pancha delima 21 hb jan 2009, 8.30 malam. masuk adalah percuma.
wahahahaha...
ingin terus hidup dalam dunia yg 'mereka' ciptakan ini?
atau cipta dunia kau sendiri..
wahahahaha..
kau dah pun jadi namron yang tak ada pada org lain.
aloy, air mani emmmmmm!!!!
Semut kecil, memang bosan siot!!!!
insyallah Jaja kadir/coffeeholic. Saya agak sibuk dengan pementasan Projek KoKen kalu ada ruang saya sampai.
ko takan dapat feedback dari aku kah kah kah
Kaupun jadi syahrul yang tak ada pada orang lain kan?
Aku rasa macam dah komen kat entri ni.
Psss... bro, kalau nak pentaskan Laut Lebih Indah Dari Bulan, bole ijinkan? Kena honorarium tak? Bole cincang tak? Err... apa lagi aku nak tanya.
apa barang nak bogelkan ayu utami - jom kita bogelkan memey le weh! heheheheeee...
apa khabar, bro? apa projek?
Namron..sori aku tumpang rumah ko..hari ni aku frust bercinte..tengah menonggeng ni..seksa betul batin aku ni..
..thanx bro..masuk rumah ko ni..sejuk sikit jantung aku ni walaupun ko hidang dengan ayaq hangat je!
Catat Ulasan