Selasa, 6 Januari 2009

Kita yang dilahirkan sebagai Islam

Ada beberapa teman tertanya-tanya kenapa aku tak ada sebarang entri terhadap isu yang panas berapi ketika ini. Semua orang sibuk memperkatakannya. Di seluruh dunia hingga ke negara kita. Dari pemimpin ke rakyat biasa, di atas pentas, di jalan raya, di kaca tv, di kedai kopi, di blog dan web... di mana-mana ada cerita tentang pencerobohan israel ke bumi gaza, kekejaman bangsa Yahudi ke atas rakyat palestin.

Di sini orang kita yang dilahirkan sebagai islam mula memperlihatkan wajah-wajah dan suara simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudara mereka di pinggir Laut Meditrreanean itu. Maka maki-makian dan sumpah seranahpun dilontarkan terhadap bangsa Yahudi. Kita yang lahir sebagai islam betul-betul marah terhadap mereka yang lahir sebagai Yahudi itu sanggup berpanas (berteduh bila hujan) untuk menunjuk perasaan marah kita di jalan-jalan sambil membakar bendera Israel dan sekutunya Amerika. Kita sanggup menjadi racis(t) kerana kita percaya kita di jalan yang benar hingga kita lupa untuk lihat muslihat politik di sebalik kejadian. Kita sering dimomokkan dengan keburukan Yahudi hingga kita lupa perbezaan Yahudi dengan Zionis. Kita tak nampak perbezaan Kerajaan dengan rakyat, Umno dengan Melayu atau Barisan Nasional dengan Malaysia kerana kita hidup di bumi tercinta sering salah mengerti soal ini. Atau, lebih tepat lagi fikiran kita dibentuk untuk melihat dua benda berbeza itu adalah sama.

Jika pemerintah kita menyerang Singapura apakah kita yang bersalah atau kita juga turut menjadi mangsa sebenarnya? Mungkin ada yang marah dengan kenyataan aku, aku faham, jika ada yang marah kerana kita yang dilahirkan sebagai islam ini telah diajar sedari kecil bahawa Yahudi itu bangsa yang terlakhnat yang harus kita hapuskan dimuka bumi ini. Lalu relakah pulak jika kita disamakan dengan facist Nazi?

Malah yang ironiknya selepas selesai menunjukkan dan menyuarakan rasa marah kita hingga pedih kulit muka dan hampir hilang suara menghentam Yahudi kitapun pulang ke rumah tapi sebelum tu singgah dulu di Carrefour beli susu Nestle untuk anak tapi sebab tekak rasa kering pasal terjerit-jerit tadi sambar sebotol Coca Cola buat penghilang dahaga. Belum sampai rumah kawan ajak pergi minum kat kedai mamak nak sambung mengutuk pasal Yahudi lalu kita pesan Nescafe kurang manis satu dan Maggi Mee goreng satu. Tengah sedap borak dengan kawan bini telepon pesan balik nanti beli Kotex dia datang bulan bla bla bla...... Aku benar-benar terharu terhadap kita yang di lahirkan sebagai islam itu.

Pemerintah kita juga tidak kurang hebatnya, menghantar bantahan dan suarakan kecaman melalui media-media minta Israel berundur segera. Dan selepas tu.... (fikir dalam lima minit) dah tak ada dah itu saja. Oh, lupa... ya ada! diaorang buka tabung kutip derma nak bantu saudara brother and sister kat sana. Aku tunggu juga kalau-kalau kerajaan kita nak umumkan nak hantar bantuan ketenteraan jadi sekutu untuk pertahankan Gaza. Namun haram. Kenapa? Takut Amerika hantar kapal perang berlabuh kat kem diaorang kat Singapura ke? Kalau betul-betul marah sangat dan betul-betul nak bantu, lakukan jangan cakap saja. Ajak sekali geng 3 calit dengar kata diaorang tu ada yang tak makan peluru (itu yang pasti; tak lut peluru tu tak pasti lagi)

Ini lagi satu pihak yang bukan main lagi mengajak orang ramai membenci Yahudi. Televisyen. Tak kira siang malam melapor berita. Si pembacanya pulak bukan main buat muka sedih tapi yang perempuannya tu maybe pakai eye liner/maskara Maybeline seperti yang Datuk Siti Nurhaliza muncul kat iklan tv tu. Selepas beberapa minit melaporkan situasi di Pelastin siaran berhenti seketika untuk beri laluan kat iklan keluarlah cerita-cerita iklan yang pendek-pendek kisah budak-budak yang tampak seperti dilahirkan sebagai islam mengonggong coklet Kit Kat, kemudian jejaka hensem menyembur minyak wangi Hugo Boss, gadis-gadis manis bergincu Revlon, satu keluarga senang dengan biskut Danone bla bla bla.....

Di pihak yang lain aku pulak yang dilahirkan sebagai islam lebih senang duduk di bilik ini sambil membaca buku The Book of Saladin oleh Tariq Ali yang baru dibeli di MPH. Melihat semula hubungan Yahudi, Kristian dan Islam di abad ke 12 yang bersama-sama mempertahankan bumi milik mereka bersama.

Nota tumit kaki kiri : Aku bukan Pro Yahudi dan bukan juga Anti Islam. Jadi jika ada orang kata "Butuhlah Yahudi" aku lebih senang kata "Lingkuplah Zionis" sama dengan intonasi "Lingkuplah PeKeMBar" kerana aku tak nak jadi racist kerana islam tak suruh kita menjadi racist. Politik Ya!



Dan oh, ya! hampir lupa, perkataan yang di-headline dengan warna merah tu ada kaitan dengan bangsa yahudi. Jadi siapa-siapa yang makan cili tu cepat-cepat minum air gula.

15 ulasan:

LENNY ERWAN berkata...

sokong 1000%....

ALOY berkata...

gua tak pandai mcm org memimpin atau terpimpim,idea tidak segah mereka yang rajin baca buku diperpustakaan, cakap tak sedaya mereka yang duduk berbual di starbuck dan berslanga melayu sedikit.

otak aku yang dangkal dan cetek serta rakyat biasa ni kata,
bodoh apa beriya nak panggil kesatuan negara islam buat sidang tergempar kat PBB yang dasyat agar minta israel hentikan serangan.
Babi la! mcm israel nak ikut perintah, dah amareka tu kawan dia.

Demontrasi konon, pirah mabuk.
tak jadi kudis pun la bagi zionis tu. aku mmg tak setuju dengan demeontrasi ke hape ke benda.

otak aku yg bodoh ni fikir lebih baik negara islam terus antar askar tolong Hamas, daripada buat pelbagai benda bodoh yg mmg aku tak tau apa jadah hasilnya.

sekian..

artisticklytouch berkata...

dah bertahun-tahun kita buat perkara yang samakan, demonstrasi, kutuk, derma tapi sama je kan...

selain dari pergi ikut berperang, kita pun boleh join sukarelawan bantuan kemanusiaan kan...

tiamat berkata...

salah satu tanda kiamat, baitulmaqdis ditawan,

menara al burj 1.2km tinggi, pun tanda juga.

http://kuusanmaki.com/blog/?p=53

CRAZY BEAUTIFUL88 berkata...

sokong 100%

aaron berkata...

MERCY MALAYSIA PALESTINE RELIEF FUND www.mercy.org.my

( Please make cheques payable to MERCY MALAYSIA. CIMB account number: 1424-000-6561053. For more information, please contact 03-2273 3999. )

"No amount is too small, and will be gratefully received."

ayu qhatami berkata...

...dan aku mahu manusia2 (yg sibuk nk UP diri dalam politik) yg lantang sekali berkempen tentang kesialan dan kesadisan Israel di bumi Palestin, menjadi 'tentera' kumpulan pertama yg dihantar ke bumi Palestin jika benar2 ada arahan tertinggi untuk hantar bantuan ketenteraan di sana...

yasmin berkata...

salaam, namron.

aaron is right; there is no time for debate. maybe later, but not now. the situation is too desperate, and dr jemilah and the folks from mercy who are in gaza need more medical supplies NOW.

MERCY MALAYSIA PALESTINE RELIEF FUND www.mercy.org.my

( Please make cheques payable to MERCY MALAYSIA. CIMB account number: 1424-000-6561053. For more information, please contact 03-2273 3999. )

you yourself don't have to give money, but you can collect small donations from many people, and then get someone to issue a cheque.

zan berkata...

Salam bang..

BUku tu ada terjemah bahasa melayu tak? macam nak sambar satu la plak..

Ulasan abang lebih kurang macam ulasan mamat ni..http://tronohtranquility.blogspot.com/2009/01/doing-gaza.html

Saya suka..mengajak orang berfikir..

Di samping itu saya juga sokong orang macam Dr. Jemilah & Mercy yang terus amik tindakan, bukan nak membebel dalam negara pasal nak tolong Palestine..

Pyanhabib berkata...

bagus namron! tu pasallah abang malas sentuh benda ni dalam blog. benda ni sejak tahun 80-an lagi abang dan kawan-kawan sudah terpekik terlolong (hanya mampu dengan puisi ajelah)dari kl hingga ke tambak johor abang `diminta' seranah yahudi ini (ketika itu PMnya buat lawatan di seberang tambak yang satu lagi...), malah dalam stadium merdeka pun pernah diadakan protes tetapi siapa mahu dengar? siapa ambil peduli? apa kejadahnya oic yang suatu ketika diterajui malaysia? sekali lagi, bagus namron. kita wajar marah kerana sedih kita sudah tidak berguna!

Penjejak Badai berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Penjejak Badai berkata...

x kurang gak hebatnya di penang..huh org ramai diminta menandatangani banner besar...berapa kaki tu tak pasti...apa lah yang diorang tuh dapat dengan tanda tangan banner besar2 menyuarakan tentang ketidak puasan mereka..buang masa..kalau duit ink2 maker pen tuh atau pun duit print banner tuh disumbangkan kepada palestin untuk beli senapang ka,makanan ka kan lebih bagus...saya pikir la lepas dah tanda tangan banner tuh..nak buat pa pulak banner tuh...habis2 pon bulak tudung kereta..pening2..

Pegawai Khalwat berkata...

Banner tu nak hantaq pi Palestin kot. Nak buat tarpan tak pun ganti kain kapan kot. Tak pun buat penghadang peluru Zionis kot.

Hai... heran betul aku.
Itu nak tutup mulut orang supaya kata tak prihatin la konon.

Duit yang beribut buat banner besaq nala tu baik hantaq kat MERCY.

Dan... aku rasa lebih ramai orang tengok kenduri kahwin Mawi live kat tivi berbanding cerita Israel Palestin.

TaminDhari berkata...

Alkisahnya, ada seekor anak harimau dikelilingi oleh anak-anak kambing. Anak-anak kambing telah membuli anak harimau ni. Anak harimau begitu sedih dan bermuram durja. Menangislah anak harimau yang seekor ni.

Anak harimau perhatikan diri anak-anak kambing. Dia merasakan dirinya ada kekurangan. Diperhatinya, anak-anak kambing semuanya ada tanduk, sedangkan dirinya tiada tanduk. Anak harimau pun terfikir, mungkin kerana kekurangan dirinya yang tidak mempunyai tanduk menyebabkan anak-anak kambing membulinya. Bertambah sedihlah anak harimau memikirkan tentang kekurangan ang ada pada dirinya.

Anak harimau pun terfikir, sekiranya aku pun ada tanduk, pasti aku boleh lawan anak-anak kambing yang ada tanduk itu. Anak harimau pun menadah tangan berdoa pada Allah, "Ya Allah, berilah aku tanduk seperti yang kau beri pada anak-anak kambing itu agar aku juga dapat melawan kembali anak-anak kambing yang durjana itu. Mereka telah menzalimi aku."

Sebenarnya, anak harimau ni telah tersilap. Anak harimau ni tidak menyedari bahawa Allah s.w.t telah memberi kekuatan pada suaranya (ngaumannya), tetapi anak harimau ni tak menyedari menyebabkan anak harimau memohon perkara yang silap.

Sekiranya anak harimau ni keluarkan suaranya (mengaum) pasti anak-anak kambing akan bertempiran lari, malah bapak-bapak kambing dan tuan-tuan kambing akan lari jugak!

Begitu jugaklah umat Islam hari ini. Apabila kita dibedil, ditindas dan dizalimi oleh orang-orang kafir, kita mula perhatikan apa kelebihan yang ada pada diri mereka. Kita tidak perhatikan apa kekuatan yang Allah s.w.t berikan pada kita.

Kita hari ini perhatikan orang kafir mempunyai senjata, ketenteraan, kewangan, ekonomi yang hebat. Kita pun menyangka kerana perkara-perkara inilah orang kafir dapat menzalimi kita. Kita pun berusaha mendapatkan perkara yang sama. Kita pun nak lawan mereka dengan senjata, ketenteraan, ekonomi dan asbab-asbab yang zahir.

Cuba kita fikirkan apakah kekuatan kita yang sebenarnya. Kekuatan yang Allah s.w.t telah berikan kepada sahabat-sahabat nabi hinggakan 2/3 dunia jatuh di bawah tapak kaki sahabat. Kekuatan yang menyebabkan 313 tentera Badar dapat mengalahkan 1000 orang musuh.

Kekutan itulah yang perlu kita usahan hari ini, disamping asbab-asbab zahir yang lain.

zafi berkata...

maaf bro cakap mcm senang.. kalau buat sapa nak ambil pot?
oic ni memang berjaya di meja rundingan je!
liga arab- menjadi balaci dari dulu.. mengiktiraf bumi israel yg tah ceruk mana..
kalau mampu kita ikhtiarkan sesuatu maka kita usahakan.. paling tidak menderma... berdoa... :)
Your thoughts- good effort bro!