Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan
Ahad, 10 Januari 2010
Propaganda, Provokasi atau Konspirasi?
Pada entri yang lepas Melayu Islam Jahiliah aku mengupas isu keganasan sesetengah orang melayu islam yang (sekiranya) melontarkan bom petrol ke gereja. Sekiranya benar orang melayu islam yang melakukannya maka fikiran mereka benar-benar meyerupai masyarakat jahiliah. Namun selepas merenung kembali, ditambah dengan khabar-khabar angin, aku mula melihat peristiwa itu mempunyai 3 kemungkinan lain.
Aku baru mendengar khabar angin yang mengatakan bahawa kemungkinan peristiwa itu dilakukan oleh pihak ketiga. Teorinya mudah sangat dan selalu kita dengar. Gereja itu milik orang Cina dan orang Melayu mempunyai masalah dengan gereja mengenai isu penggunaan nama allah. Orang India kononnya yang melontarkan bom petrol itu, tujuan supaya melayu dan cina bergaduh dan akhirnya orang India yang menang. Teori pecah belah dan perintah ini sudah lama diamalkan. Malah masa aku budak kecil lagi aku dah mendengar plot teori ini. Akhirnya semua pihak berdiam diri dan peristiwa itu akan dilupakan begitu saja.
Serangan terhadap gereja di Mesir seakan mempunyai kaitan dengan peristiwa lontaran bom petrol di sini. Anti kristian di dunia islam makin menjadi-jadi, kebencian diantara ke duanya makin menebal bermula dengan beberapa siri penghinaan terhadap masyarakat islam selepas peristiwa 9/11. Golongan ini menyebarkan api permusuhan antara dua penganut agama samawi ini. Apabila pihak gereja memutuskan untuk menggunakan nama allah dalam penerbitan mereka, kebanyakan orang islam melihat itu sebagai satu bentuk provokasi lalu mereka bertindak balas. Mungkin cerita ini boleh terjadi sebaliknya, apabila ada diantara mereka (orang islam) yang extremist telah melakukan tindakan itu agar api kebencian bertambah marak. Namun teori ini agak longgar kerana aku tidak melihat motif yang kuat mungkin perlu mengkaji lebih dalam.
Ini satu lagi teori, teori ini aku dapat setelah meneliti beberapa kejadian yang berlaku sebelum peristiwa lontaran bom petrol itu belaku. Mari kita langkah beberapa tapak ke belakang. Isu kehilangan enjin pesawat pejuang milik TUDM. Ini isu besar melibatkan kewibawaan pemimpin besar di Malaysia. Bagaimana enjin pesawat yang di simpan di kawasan kem tentera boleh lesap? Apakah ianya mempunyai kaitan dengan pihak atasan? bukan hanya pak-pak sarjan bersama anak-anak buah di bawahnya. Pihak pembangkang mula menekan pemerintah agar segera mencari orang yang bertanggungjawab namun sehingga kini tidak banyak maklumat diperolehi dari hasil siasatan, diketahui oleh rakyat. Hasilnya rakyat makin meragui kewibawaan pemimpin besar. Pihak gereja tiba-tiba menang kes di mahkamah dan mereka dibenarkan menggunakan nama Allah di dalam terbitan mereka. Rakyat beragama islam menjadi marah, setelah diapi-apikan mereka mula berarak dijalanan untuk memprotes tindakan tersebut. Dalam keadaan genting itu beberapa orang upahan telah melontarkan bom petrol di 3 buah gereja tersebut. Lalu penganut kristian mula bimbang dengan keselamatan mereka dan yang lebih penting persengketaan ini membuatkan masyarakat mula lupa pada kehilangan wibawa pemimpin besar. Kita dialih perhatian kepada isu lain yang sensasi sehingga melupakan apa yang sepatutnya kita ketahui. Malah nantinya dia akan muncul sebagai wira yang menyelamatkan situasi genting ini. Tadipun di televisyen dia mula memainkan peranan sebagai wira.
Apakah ini benar-benar atau hanya sekadar sebuah lagi kisah konspirasi politik semata?

Sabtu, 9 Januari 2010
Melayu Islam Jahiliah
Pagi tadi ketika aku membaca suratkhabar picisan harian metro, tersentak urat kiri di jantung hati ku kerana 3 buah gereja di lontar dengan bom petrol hingga terbakar. Kejadian ini mengingatkan aku pada peristiwa memijak kepala lembu yang berlaku tahun lalu. Kedua-dua peristiwa ini adalah menunjukan pemikiran mereka yang melakukannya adalah sama dengan masyarakat jahiliah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Bezanya perlakuan itu dilakukan terhadap orang Islam oleh orang Quraisy Mekah.
Jahiliah merujuk kepada orang yang jahil atau bodoh yang tidak dapat menerima penyebaran islam dengan melakukan kezaliman dan penghinaan terhadap nabi dan orang yang telah menerima ajaran islam. Dalam konteks kejadian pembakaran gereja ini aku melihat kesamaan perlakuan masyarakat sesetengah Quraisy Mekah dan sesetengah Islam Malaysia (baca Melayu) iaitu berfikiran jahiliah atau bodoh. Gelaran yang tepat untuk mengambarkan golongan islam ini, pada aku, adalah Melayu Islam Jahiliah.
Ketika seluruh dunia islam mengutuk perlakuan sesetengah masyarakat bukan islam (baca kristian) di barat menindas kebebasan orang islam mempraktikkan amalan mereka, masyarakat islam kita pula menunjukkan kebodohan yang serupa. Kejadian serangan masjid di sesetengah negara Eropah menjadi isu politik sehingga mendorong negara-negara islam dunia bersatu menekan negara tersebut. Dunia turut sama mengecam tindakan mereka. Walaupun tiada tindakan tegas dikenakan terhadap negara tersebut namun suara-suara orang islam telah didengar oleh dunia. Ada yang simpati dan mula cuba untuk memahami islam dengan cara yang positif. Tindakan sesetengah masyarakat kristian yang menjadi majoriti di negara-negara Eropah mula dipandang negatif oleh masyarakat dunia. Adalah tidak mustahil sekiranya suara-suara masyarakat kristian yang menjadi minoriti di Malaysia akan sampai juga ke telinga mereka dan sekiranya ini terjadi maka mereka yang pada mulanya seakan memahami islam mulai kabur kembali dan mula percaya islam itu adalah keganasan dan jahiliah.
Islam adalah agama yang mencintai keamanan peperangan adalah jalan terakhir, lihat saja bagaimana nabi s.a.w menjadikan diplomasi sebagai jalan penyelesaian terhadap segala sengketa. Diplomasi ini bukan dilakukan hanya sebagai syarat tetapi dilakukan dengan penuh keyakinan serta budi dan perkerti. Islam mementingkan ilmu dan kepandaian bukan tindakan bodoh yang terburu-buru.
Penggunaan nama ALLAH pada akhbar mingguan terbitan gereja bagaikan mempunyai kaitan dengan tindakan bodoh Melayu Islam Malaysia ini. Tindakan mereka menggunakan nama Allah tidak perlu dikecohkan sehingga ke tahap ini, jika tindakan orang islam yang menggunakan nama Jesus mengantikan nama Allah itu baru boleh diperbesarkan kerana secara terang-terang telah terpesong akidahnya. Penggunaan nama Allah oleh gereja jika dinilai dari minda yang sihat seolah-olah memperakui keesaan Allah, ianya sama seperti penerimaan Allah oleh pemerintah kristian di zaman nabi saw (namun menolaknya kerana tidak dapat menerima nabi saw sebagai persuruh-Nya).
Jika benar kita (baca orang islam) berpegang kepada keesaan Allah sudah pasti kita tidak bermusuhan dengan mereka sebaliknya cuba menunjukan mereka jalan yang benar. Bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad saw itu persuruh Allah. Sudah tentu dengan cara yang bijak bukannya jahil kerana islam itu cahaya bukannya api. Lalu tindakan Melayu Islam Jahiliah itu haruslah kita tentang agar mengembalikan cahaya dalam Melayu Islam Malaysia.
Nota tumit kaki kiri : Penulis bukanlah seorang ahli theologi dan tidak mempunyai tauliah untuk bercakap soal agama di Selangor dan negeri-negeri lain di Malaysia. Beliau juga gagal dalam kertas peperiksaan agama islam di peringkat SPM.
.klik di sini aku akan mendapat rm 0.30sen dengan setiap klikan. Terima Kasih :)

Selasa, 6 Januari 2009
Kita yang dilahirkan sebagai Islam
Ada beberapa teman tertanya-tanya kenapa aku tak ada sebarang entri terhadap isu yang panas berapi ketika ini. Semua orang sibuk memperkatakannya. Di seluruh dunia hingga ke negara kita. Dari pemimpin ke rakyat biasa, di atas pentas, di jalan raya, di kaca tv, di kedai kopi, di blog dan web... di mana-mana ada cerita tentang pencerobohan israel ke bumi gaza, kekejaman bangsa Yahudi ke atas rakyat palestin.Di sini orang kita yang dilahirkan sebagai islam mula memperlihatkan wajah-wajah dan suara simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudara mereka di pinggir Laut Meditrreanean itu. Maka maki-makian dan sumpah seranahpun dilontarkan terhadap bangsa Yahudi. Kita yang lahir sebagai islam betul-betul marah terhadap mereka yang lahir sebagai Yahudi itu sanggup berpanas (berteduh bila hujan) untuk menunjuk perasaan marah kita di jalan-jalan sambil membakar bendera Israel dan sekutunya Amerika. Kita sanggup menjadi racis(t) kerana kita percaya kita di jalan yang benar hingga kita lupa untuk lihat muslihat politik di sebalik kejadian. Kita sering dimomokkan dengan keburukan Yahudi hingga kita lupa perbezaan Yahudi dengan Zionis. Kita tak nampak perbezaan Kerajaan dengan rakyat, Umno dengan Melayu atau Barisan Nasional dengan Malaysia kerana kita hidup di bumi tercinta sering salah mengerti soal ini. Atau, lebih tepat lagi fikiran kita dibentuk untuk melihat dua benda berbeza itu adalah sama.
Jika pemerintah kita menyerang Singapura apakah kita yang bersalah atau kita juga turut menjadi mangsa sebenarnya? Mungkin ada yang marah dengan kenyataan aku, aku faham, jika ada yang marah kerana kita yang dilahirkan sebagai islam ini telah diajar sedari kecil bahawa Yahudi itu bangsa yang terlakhnat yang harus kita hapuskan dimuka bumi ini. Lalu relakah pulak jika kita disamakan dengan facist Nazi?
Malah yang ironiknya selepas selesai menunjukkan dan menyuarakan rasa marah kita hingga pedih kulit muka dan hampir hilang suara menghentam Yahudi kitapun pulang ke rumah tapi sebelum tu singgah dulu di Carrefour beli susu Nestle untuk anak tapi sebab tekak rasa kering pasal terjerit-jerit tadi sambar sebotol Coca Cola buat penghilang dahaga. Belum sampai rumah kawan ajak pergi minum kat kedai mamak nak sambung mengutuk pasal Yahudi lalu kita pesan Nescafe kurang manis satu dan Maggi Mee goreng satu. Tengah sedap borak dengan kawan bini telepon pesan balik nanti beli Kotex dia datang bulan bla bla bla...... Aku benar-benar terharu terhadap kita yang di lahirkan sebagai islam itu.

Pemerintah kita juga tidak kurang hebatnya, menghantar bantahan dan suarakan kecaman melalui media-media minta Israel berundur segera. Dan selepas tu.... (fikir dalam lima minit) dah tak ada dah itu saja. Oh, lupa... ya ada! diaorang buka tabung kutip derma nak bantu saudara brother and sister kat sana. Aku tunggu juga kalau-kalau kerajaan kita nak umumkan nak hantar bantuan ketenteraan jadi sekutu untuk pertahankan Gaza. Namun haram. Kenapa? Takut Amerika hantar kapal perang berlabuh kat kem diaorang kat Singapura ke? Kalau betul-betul marah sangat dan betul-betul nak bantu, lakukan jangan cakap saja. Ajak sekali geng 3 calit dengar kata diaorang tu ada yang tak makan peluru (itu yang pasti; tak lut peluru tu tak pasti lagi)
Ini lagi satu pihak yang bukan main lagi mengajak orang ramai membenci Yahudi. Televisyen. Tak kira siang malam melapor berita. Si pembacanya pulak bukan main buat muka sedih tapi yang perempuannya tu maybe pakai eye liner/maskara Maybeline seperti yang Datuk Siti Nurhaliza muncul kat iklan tv tu. Selepas beberapa minit melaporkan situasi di Pelastin siaran berhenti seketika untuk beri laluan kat iklan keluarlah cerita-cerita iklan yang pendek-pendek kisah budak-budak yang tampak seperti dilahirkan sebagai islam mengonggong coklet Kit Kat, kemudian jejaka hensem menyembur minyak wangi Hugo Boss, gadis-gadis manis bergincu Revlon, satu keluarga senang dengan biskut Danone bla bla bla.....
Di pihak yang lain aku pulak yang dilahirkan sebagai islam lebih senang duduk di bilik ini sambil membaca buku The Book of Saladin oleh Tariq Ali yang baru dibeli di MPH. Melihat semula hubungan Yahudi, Kristian dan Islam di abad ke 12 yang bersama-sama mempertahankan bumi milik mereka bersama.
Nota tumit kaki kiri : Aku bukan Pro Yahudi dan bukan juga Anti Islam. Jadi jika ada orang kata "Butuhlah Yahudi" aku lebih senang kata "Lingkuplah Zionis" sama dengan intonasi "Lingkuplah PeKeMBar" kerana aku tak nak jadi racist kerana islam tak suruh kita menjadi racist. Politik Ya!
Dan oh, ya! hampir lupa, perkataan yang di-headline dengan warna merah tu ada kaitan dengan bangsa yahudi. Jadi siapa-siapa yang makan cili tu cepat-cepat minum air gula.
Khamis, 18 Disember 2008
Mencarut untuk kesihatan jantung anda.
gambar jantungIngatkan tak mahulah buat entri baru. Nak relax-relax dulu, kasi goyang-goyang batu sambil cabut bulu ari-ari atau garu-garu kurap songkla kat tepi bibir dubur bolehlah rasa geli-geli. Namun alangkah cilanatnya, jadah darjah ke 8 tahapnya bila memandang wajah anak PM Malaysia ke 2 yang (mungkin) akan jadi PM Malaysia ke 5 berucap di kaca tv 21 inci yang aku beli tahun 2003 baki duit bayaran berlakon filem Paloh yang tak seberapa tu. TV yang sering hilang suara hingga terpaksa di ketuk-ketuk untuk buatkan dia berbunyi semula tu menayangkan muka bakal PM dengan bibir merah seksi menyatakan "Kerajaan tiada halangan" (melepaskan IJN kepada Sime Darby).
Di sini izinkan aku mencarut. Sesiapa yang kurang senang dengan bahasa kasar sila jump to the next paragraph. Terima kasih. Pukimak...!!! Motherfucker.. asshole! What the fuck, kiss my black ass, hawou, lahabou, tahi palat bapak kau, takuk kau berulat, hantu raya, antu tetek, pantat babi, buritttttt lah. Istana budaya, tugu negara, tasik titiwangsa, dewan bandaraya kuala lumpur dan Shahidan Kassim betullah kau ni. Fuhh!!! Baru lega sikit rasanya marah di dada
(Fakta : sesiapa yang dapat melepaskan kemarahan atau perasaan kurang senangnya akan mengurangkan risiko sakit jantung; so mencarut itu sebenarnya adalah ubat pencegah untuk sakit jantung). Aku pernah kenal sorang pak cik bawa teksi masa belajar kat Jasin, Melaka tahun 87-88. Masa tu aku belajar (lebih tepat diternak) kemahiran untuk menjadi buruh. Pak cik ni kuat sangat mencarut kadang-kadang tak marahpun dia mencarut juga (untuk buat lawak). Aku nampak dia sihat walafiat walau umur dia (waktu tu) dah lewat 60an. Itulah khasiatnya mencarut.
Selepas ini, bila IJN telah dilacurkan kepada Sime Darby marilah kita ramai-ramai beralih ke perubatan alternatif ini. Bukankah mencegah itu lebih baik dari merawatnya. Kita rakyat biasa golongan buruh tingkat tengah ke bawah ini pasti akan dibiarkan mati di tepi jalan. Aku bukan buat andaian tapi telah terbukti bilamana banyak kes-kes hospital lintah darat ni sanggup membiarkan orang sakit yang takda duit ni mati kat tangga hospital. Michael Moore dalam filem dokumentarinya Sicko (2007) telah menghuraikan panjang lebar tentang bagaimana kapitalis buat bisnes atas penderitaan dan kesakitan pesakit. Siapakah dibelakang kapatils ini tidakkah para politikus-politikus yang dahagakan wang ringgit. John Ehrlichman pernah memberitau (dirakamkan) Presiden Richard Nixon "...the less care they give them, the more money they make", yang membawa kepada penubuhan HMO (Health Maintenance Organization). Aku tak samakan peralihan IJN dengan penubuhan HMO, tapi kesannya terhadap rakyat biasa tetap sama deritanya.

poster filem SickoSementara itu Si bibir merah seksi seperti bibir jubur perawan sunti yang belum di sodom itu dengan yakinnya berkata "kita akan pastikan nasib rakyat akan terus terbela" Fuck you lah!!!! Kau cakap senanglah bai!!! Bukan anak bini dan saudara mara kau nak rasa kesannya tapi kami rakyat biasa. Belumpun ko jadi PM dah nampak taring siong kau nak hisap darah. Oleh itu marilah kita perbanyakkan carutan kita minta agar penyakit jantung tidak mudah menyerang kita. CIBAI!!!!!!! 
Wajah buruh yang sedang marah
Nota tumit kaki kiri : Jika anda tak mahu mencarut kerana mak bapak dan orang tua kata tak baik nanti berdosa, jomlah kita berpindah ke Cuba atau jadikan negara ini sepertinya. Bilakah akan lahirnya Fidel Castro di sini... aku masih menanti.
Ahad, 14 September 2008
Rancangan Lawak Bodoh kat TV
Dulu aku tak suka dengan cerita lawak bodoh kat tv tapi sekarang ni aku mula boleh gelak bagai nak rak bila menontonnya. Racangan ni memang dah lama disiarkan kat stesen tv ni, cuma dulu aku tak ambik pot sangat tapi sekarang aku dengan bini aku dan anak aku yang berumur 2 tahun tak sabar-sabar nak mengadap tv tengok rancangan lawak ni. Rancangan ni lawaknya lebih bodoh dari lawak senario (juga terbitan stesen yang sama) itu yang buat kami sekeluarga tak tahan-tahan nak menontonnya. Kelakarnya hingga menyentak-nyentak urat kentut hingga boleh membuatkan terkentut-kentut kami sekeluarga. Setiap malam tepat jam 8 malam rancangan ini akan ke udara dan kami cuba untuk tak terlepas walaupun rasa nak melepas kami tahan-tahankan dulu, sekurang-kurangnya selepas segmen lawak dalam negeri. Segmen ini yang lawak sesangat. Segmen luar negara, cuaca dan sukan tak lawakpun cuma segmen ekonomi sikit lawak tapi tak boleh lawan segmen dalam negeri bila fokus lawwaknya berbau politik. Semalam macam biasa kami sekeluarga ketawa sampai terkentut-kentut bila cerita lawak tentang beberapa watak ahli politik yang makan angin pakai duit rakyat pergi Taiwan telah berlepas ke Hong Kong kerana main kejar-kejar dengan sekumpulan lagi ahli politik yang cuba mengajak mereka jadi geng diaorang. Lebih lawaknya mereka dikatakan telah selesai buat lawatan sambil belajar selepas kedatangan kumpulan yang lagi satu tu. Bini aku kata macam budak-budak main kejar-kejar. Aku kata macam cerita hindustan. Anak aku yang tak berapa padai cakap tu kata dia nak main kejar-kejar juga dengan diaorang. Aku cuba bayangkan selepas ni bila kumpulan yang satu lagi sampai ke Hong Kong mana pulak diaorang nak lari sambil buat lawatan sambil belajar. Habis saja adegan tu muncul lagi satu adegan bila ada seorang yang bermain watak menteri dalam negeri menjawab soalan pemberita tentang isu penahanan beberapa watak lain yang dituduh menghasut rakyat. Punch line dia yang buatkan kami bukan saja ketawa sampai terkentut tapi aku sendiri sampai tercirit tahi cair kerana tak boleh tahan sangat-sangat adalah bila dialognya lebih kurang berbunyi "Buat apa kita nak tahan Ahmad Ismail bawah akta ISA, dia member party, dia telah dihukum oleh parti, digantung 3 tahun". Moralnya yang kelakar adalah kalau kita dalam parti yang sama kita tak akan kena ISA. Apakah dia cuba katakan ISA hanya untuk parti pembangkang sajalah? Pengakuannya secara terang-terang telah membuktikan bahawa ISA sebagai alat untuk mempertahankan pemerintahan mereka walaupun sebelum ini mereka sendiri menafikan penggunaan ISA tiada kaitan dengan kepentingan parti. Kelakar, kah, kah, kah... Tak sabar nak tengok lawak bodoh kat tv ni lagi. Sapa-sapa nak menonton kebodohan lawak-lawak yang disiarkan ini tunggulah kat depan tv jam 8 malam. Bagi sapa-sapa yang tak dapat tangkap lawaknya mungkin ada sesuatu yang tak kena dengan saraf lawak anda harap segera jumpa dengan pakar saraf.
Langgan:
Catatan (Atom)