Ahad, 14 September 2008

Rancangan Lawak Bodoh kat TV

Dulu aku tak suka dengan cerita lawak bodoh kat tv tapi sekarang ni aku mula boleh gelak bagai nak rak bila menontonnya. Racangan ni memang dah lama disiarkan kat stesen tv ni, cuma dulu aku tak ambik pot sangat tapi sekarang aku dengan bini aku dan anak aku yang berumur 2 tahun tak sabar-sabar nak mengadap tv tengok rancangan lawak ni. Rancangan ni lawaknya lebih bodoh dari lawak senario (juga terbitan stesen yang sama) itu yang buat kami sekeluarga tak tahan-tahan nak menontonnya. Kelakarnya hingga menyentak-nyentak urat kentut hingga boleh membuatkan terkentut-kentut kami sekeluarga. Setiap malam tepat jam 8 malam rancangan ini akan ke udara dan kami cuba untuk tak terlepas walaupun rasa nak melepas kami tahan-tahankan dulu, sekurang-kurangnya selepas segmen lawak dalam negeri. Segmen ini yang lawak sesangat. Segmen luar negara, cuaca dan sukan tak lawakpun cuma segmen ekonomi sikit lawak tapi tak boleh lawan segmen dalam negeri bila fokus lawwaknya berbau politik. Semalam macam biasa kami sekeluarga ketawa sampai terkentut-kentut bila cerita lawak tentang beberapa watak ahli politik yang makan angin pakai duit rakyat pergi Taiwan telah berlepas ke Hong Kong kerana main kejar-kejar dengan sekumpulan lagi ahli politik yang cuba mengajak mereka jadi geng diaorang. Lebih lawaknya mereka dikatakan telah selesai buat lawatan sambil belajar selepas kedatangan kumpulan yang lagi satu tu. Bini aku kata macam budak-budak main kejar-kejar. Aku kata macam cerita hindustan. Anak aku yang tak berapa padai cakap tu kata dia nak main kejar-kejar juga dengan diaorang. Aku cuba bayangkan selepas ni bila kumpulan yang satu lagi sampai ke Hong Kong mana pulak diaorang nak lari sambil buat lawatan sambil belajar. Habis saja adegan tu muncul lagi satu adegan bila ada seorang yang bermain watak menteri dalam negeri menjawab soalan pemberita tentang isu penahanan beberapa watak lain yang dituduh menghasut rakyat. Punch line dia yang buatkan kami bukan saja ketawa sampai terkentut tapi aku sendiri sampai tercirit tahi cair kerana tak boleh tahan sangat-sangat adalah bila dialognya lebih kurang berbunyi "Buat apa kita nak tahan Ahmad Ismail bawah akta ISA, dia member party, dia telah dihukum oleh parti, digantung 3 tahun". Moralnya yang kelakar adalah kalau kita dalam parti yang sama kita tak akan kena ISA. Apakah dia cuba katakan ISA hanya untuk parti pembangkang sajalah? Pengakuannya secara terang-terang telah membuktikan bahawa ISA sebagai alat untuk mempertahankan pemerintahan mereka walaupun sebelum ini mereka sendiri menafikan penggunaan ISA tiada kaitan dengan kepentingan parti. Kelakar, kah, kah, kah... Tak sabar nak tengok lawak bodoh kat tv ni lagi. Sapa-sapa nak menonton kebodohan lawak-lawak yang disiarkan ini tunggulah kat depan tv jam 8 malam. Bagi sapa-sapa yang tak dapat tangkap lawaknya mungkin ada sesuatu yang tak kena dengan saraf lawak anda harap segera jumpa dengan pakar saraf.

4 ulasan:

pendekar mustar berkata...

Saya terpaksa menggunakan bantuan oksigen selepas tergelak-gelak kerana kelawakan yang melampau dari rancangan tersebut, lebih-lebih lagi jika ianya dari TV 1 atau TV 3. Jika berita..oops..rancangan lawak tersebut mempunyai kadar lawak yang sangat ekstrem, saya terpaksa pula menggunakan bantuan cpr daripada rakan-rakan.

Pegawai Khalwat berkata...

Alamak, ruginya aku kalih ke Awani time menteri tu cakap.

Aku suka lagi dengar cerita pasal Samak yang suka memasak.

butaseni berkata...

uih lawak rancangan tu memang tak tapih langsung ka,atau sebab terlalu tapih sampai ia jadi lawak?
dasyat,banyak gila episode.

Nam Ron berkata...

kah kah kah masih dok gelak lagi tak habis habis