Khamis, 25 September 2008

Aku Dalam Ketakutan

Semalam adalah pementasan preview untuk Break-ing/Ji Po/Ka Si Pe Cah. Selesai pementasan kami adakan sessi soal jawab bersama penonton. Kebanyakan dari penonton memberi pendapat bahawa pertunjukan WIP yang diarahkan oleh aku tidak sesuai dipentaskan dalam situasi politik di Malaysia. Disebabkan rata-rata penonton merasakan begitu ia sedikit sebanyak membuatkan aku rasa terancam. Walaupun begitu aku tetap merasakan tindakan aku tidak salah. Aku hanya bercerita tentang sesuatu yang orang lain sudah mengetahuinya. Sekurang-kurangnya pernah mendengar mengenainya. Aku cuma menceritakannya kembali dari sudut pandangan aku. Apa yang membuatnya berbeza dari cerita yang pernah mereka dengar adalah kali ini aku bercerita secara terbuka bukannya berbisik-bisik (supaya cerita ini tidak sampai kedengaran ke telinga pihak yang boleh mengancam mereka).
Aku pernah memberi pandangan aku terhadap orang seni yang pertunjukan hasil kerja mereka ke luar negara kerana merasakan tiada kebebasan berkarya di negara kita. Aku katakan tindakan mereka ini hanya akan membuatkan negara ini akan kelihatan buruk pada pandangan orang luar. Dan, mereka tidak mengubah apa-apa. Bagi aku sekiranya kita sebagai orang seni merasakan ada kecacatan dalam masyarakat dan negaranya, kita harus melahirkan karya-karya yang dapat menjadi cermin kepada masyarakat dan negaranya. Kita harus berdepan dengan masalah ini, di sini, di negara kita sendiri. Untuk melakukannya kita harus berdepan dengan ketakutan kita sendiri, dengan hanya sedikit keberanian kita akan melangkah selangkah ke hadapan dan akhirnya keberanian kita akan bertambah sedikit, lebih dari semalam. Itu yang aku lakukan dalam pementasan WIP.

6 ulasan:

Zahiril Adzim berkata...

Karyawan - karyawan awal dulu pun buat benda yang sama. bukan ke absurd dan surreal muncul bertujuan utk memprotes selepas perang dunia kedua? Di Malaysia pulak muncul sebagai protes selepas 13 mei. Jadi apa salahnya kita ulangbuat benda yang karyawan awal pernah buat ? Tapi bukanlah nak suruh buat ism baru, cuma aktiviti protes itu sahaja.

p/s: hari ni pun ada soalan yang sama lagi. hahah.. yang menonton pulak lebih risau dari yang membuat.

Zahiril Adzim berkata...

ouh ya, lagipun wip bukan protes pun. cuma menceritakan je.

vitamin berkata...

tahniah sebab berjaya mementaskan WIP. baca review saya. biasa-biasa je.

http://vitaminisme.blogspot.com/2008/09/peristiwa-break-ing-ji-po-ka-si-pe-cah.html

Pegawai Khalwat berkata...

Buat sajalah bro. Bukannya cerita hang bole sampai tahap mencetuskan ketenteraman awam yang membolehkan hang kena tahan dengan pakcik isa.

Lainlah kalau orang yang menonton cerita hang, keluar panggung terus mengamuk nak gulingkan kerajaan.

Err... bole jadi macam tu ka?

Nam Ron berkata...

Bob- bukan protes cuma untuk mencelah memberitau apa yang kita rasa.

Vitamin - terima kasih kerana datang menonton WIP dan menulis pandanganmu.

Pegawai Khalwat- mungkin boleh jadi macam tu kot... akupun tak tahu.

Zahiril Adzim berkata...

betul, seperti yg saya kata. protes itu cuma cerita utk dikaitkan je.