Ahad, 3 Januari 2010

Aku Tak Malu

Baru-baru ni aku join satu "perkerjaan" di internet yang sebelum ini heboh diperkatakan. Perkerjaan yang aku maksudkan adalah mempromosikan satu laman web ala-ala skim piramid yang mengamalkan gaya MLM (Multi Level Marketing). Perkerjaan ini hina dipandangan orang ramai kerana kebanyakan yang menyertainya menggunakan taktik kotor untuk meraih keuntungan. Mereka seakan-akan menipu orang ramai untuk mengklik link yang dilindungi dengan katanama (username) apabila mengunjungi blog-blog di internet. Ini sama seperti ada udang di sebalik batu jika tidak baling batu sembunyi tangan sehinggakan boleh menimbulkan batu api membakar rasa marah kepada orang yang berhati batu. Malah yang lebih buruk lagi perangai kebanyakan orang yang menyertainya adalah mereka telah meletakkan banner-banner di internet dengan mengatakan bertapa mudah untuk mendapat wang. Kebanyakan orang tertipu lalu menyertainya kerana menyangka sangat mudah untuk memperolehi wang hakikatnya perkerjaan ini sangat susah jika dilakukan dengan cara betul. Perkerjaan ini sama seperti perkerjaan jurujual, mereka mendapat komisyen terhadap barang jualan; dalam kes ini komisyen diperolehi dari setiap klik. Nampak seperti mudah, tetapi tidak semudah seperti disangka. Walaupun setiap klik itu percuma tapi berapa ramaikah yang mahu melakukannya? Mereka beranggapan perbuatan mengklik itu seolah-olah mengalakan lagi penipuan ini berterusan.

Aku ada berborak dengan seorang rakan teater dia memang menentang habis-habisan idea bisnes ini. Katanya, Dia tak suka dengan orang yang mencari duit dengan jalan mudah tanpa usaha. Aku setuju dengan hujahnya tapi bagaimana jika dilakukan dengan cara betul? Maksud aku jangan memaksa secara terang-terang mahupun psikologi. Dan, lagi penting jangan menipu untuk mendapatkan klik.

Aku orang teater kalau boleh aku nak berkarya untuk masyarakat selama-lamanya. Hakikatnya buat kerja teater tak dapat untuk menyara hidup aku dan keluarga. Jadi aku terpaksa lakukan macam-macam kerja yang ada masanya terasa seperti pelacur yang melacurkan bakat yang diberikan tuhan untuk hidup dan menyara keluarga. Lalu dengan membuang rasa malu aku cuba melakukan perkerjaan ini dengan cara jujur dan bersih.

Ada gambar curut terbakar di bahagian atas sebelah tepi blog aku. Sesiapa yang melawat blog ini dan mahu menyumbang sedikit penghargaan, korang boleh klik pada gambar tu. Tanpa sebarang paksaan. Setiap klik aku akan dapat 30 sen dari pihak pengurusan laman web tersebut dan korang tak perlu mendaftarnya jika tidak berminat. Hanya klik. Sama seperti anda membayar untuk melayari blog ini tapi tanpa menggunakan wang hanya klik.

Nota tumit kaki kiri : Tak boleh "melacur" bulan ni kerana nak buat teater awal bulan depan kenalah minta sedekah pulak.

3 ulasan:

Ajami Hashim berkata...

gua pun letak banner nuffnang kat blog gua itu ajer! secara jujurnya juga gua tak berapa gemar dgn bisnes itu TAPI gua dah klik utk lu bro! hahaha!

odah berkata...

Hahaha

bila melilau semalam dah nampak iklan tu dah cek dah pun tersenyum tapi hari ni cek gelak la..bukan apa ntah rasa semacam ja..
cek pun dah klik gak dah tgk jln cite dia tp kena amik masa sikit lambat nak paham

apapun cuba p la dan yg pasti jujur bgtau.....???

Ayaq Hangat berkata...

Ajami, aku saja-saja join nak tengok apakah mudah seperti yang diwar-warkan. Mungkin ini akan jadi salah satu pengalaman yang paling berharga.

Odah, saya tak pandai menipu itu kata isteri saya hu hu hu...