Isnin, 4 Januari 2010

Berkarya untuk duit atau duit untuk berkarya?

SURAT TERBUKA UNTUK ANDA
Baru-baru ni aku duduk bersama-sama anggota RAT (Rumah Anak Teater) berbincang untuk mementaskan sebuah lagi projek teater baru di bawah kendalian RAT. Teater Kompilasi Vol. 3 TANDA akan menemui penonton pada awal Februari nanti. Teater Kompilasi Vol. 3 ini adalah projek pementasan teater yang ke tiga sejak RAT mula ditubuhkan pada Oktober 2008. Dua pementasan terdahulu iaitu Vol. 1 dan Vol. 2, RAT tidak mendapat sebarang keuntungan wang ringgit. Ini adalah kerana sehingga kini RAT tidak mempunyai penaja yang ingin menaja pementasan kami. Aku sebagai pengarah artistik dan penerbit bagi ketiga-tiga pementasan ini lebih menumpukan kepada jualan tiket untuk menampung kos pementasan. Bagi pementasan Teater Kompilasi Vil. 3 ini aku telah mencadangkan agar harga tiket dijual pada harga RM 30 namun ada antara ahli RAT tidak bersetuju kerana beranggapan harga itu terlalu mahal dan mungkin orang ramai tidak akan datang untuk memberi sokongan. Lalu ada yang mencadangkan agar dijual pada kadar RM20 sahaja dengan alasan keadaan ekonomi sekarang.

Untuk makluman, Teater Kompilasi Vol.3 kali ini akan menghimpunkan tenaga kerja lebih dari 30 orang kerana ianya lebih berkonsepkan persembahan ensemble. Kami juga bercadang untuk menjayakan berberapa unsur-unsur kekaguman pada rekaan pentasnya termasuk membina pentas khas di atas pentas yang sedia ada. Dengan kekurangan dana yang boleh dikatakan sifar itu kami mungkin terpaksa menggunakan modal dari poket sendiri bagi merealisasikan pementasan tersebut demi mengangkat seni teater dan khalayak ke aras yang lebih tinggi. Oleh itu, pada pandangan aku RM30 itu tidaklah terlalu mahal namun pandangan anda semua juga amat penting kerana anda sebagai penonton tentu lebih mengerti erti kepayahan kami dan diri anda sendiri.

Jadi di sini aku kemukakan soalan, bagi sebuah pementasan selama 2 jam yang menghimpunkan lebih 30 orang tenaga kerja termasuk 6 orang pengarah dan 20 orang pelakon tv dan teater yang akan bermain di atas pentas dari awal hingga tamat pementasan. Anda juga akan dihidangkan dengan persembahan visual dan multimedia bersama rekaan pentas yang mengagumkan. Dan, anda sebagai penonton akan disediakan kerusi empuk agar selesa untuk menikmati persembahan tersebut hingga ke hujung. Berapakah harga tiket yang akan anda bayar untuk persembahan yang sedemikian?

Terima Kasih
Nam Ron
Pengarah Artistik/Penerbit

Nota tumit kaki kiri : Sila berikan pandangan yang ikhlas dan jangan bergurau senda hanya untuk mengubat hati yang lara kerana ini perkerjaan kami. Segala pandangan anda aku hargai.
Rumah Anak Teater (RAT)

18 ulasan:

Ajami Hashim berkata...

bagi gua yg bekerjaya, RM30 sgt berkemampuan :)
utk adik2 student mebi korang boleh bagi diskaun kot?

lanterajiwa berkata...

RM30 untuk sesuatu yg berfaedah... rugi untuk ditolak...

Roydy Rokidy berkata...

RM30 dah kira boleh sangat. Kalau rokok mampu beli, takkan tiket RM30 pun nak berkira kan? Bagi orang yang faham akan makna perjuangan teater, mesti faham punya. Cuma mungkin boleh diberikan sedikit pertimbangan untuk harga student.

Nam Ron berkata...

terima kasih atas cadangan dan sokongan. Perhatian anda semua amat saya hargai. Kepada yang belum memberi feedback saya memohon agar segera membantu kami dalam membuat keputusan ini. Jangan malu dan segan. Cukup hanya taipkan jumlah harga yang releven tak perlu komen panjang-panjang jika tiada masa (kalau nak komen kami tetap terima pandangan anda). terima kasih.

abuyugen berkata...

RM 30 harga logik.. berpatutan. sebab RAT menghidangkan pelakon teater dan tv secara live! tengok filem pun kena bayar RM 10, tu pun dapat tengok saja. Ni silap2 untung2 leh beramah mesra ngan warga pelakon dan produksi yg terlibat lepas abis show.. RM 30 tuk show live, tengok pelakon live, aksi live, tanpa suntikan CGI, apa salahnya... sapa kata mahal tu dah leh emnabung kot.. sehari RM 1 atau RM 2.. tup-tup dapat kumpul RM 30. kalau Top up dan rokok boleh dibeli hari-hari, apasalahanya standby RM 30 tuk sebulan sekali (atau 2-3 bulan sekali)...

fae ishak berkata...

RM30 tu masih berpatutan.banyak je student mampu tengok teater kat istana budaya.wayang pon layan dua cerita sekali jalan.mustahil tak mampu.kalau dah tahu time n date, no problem at all untuk kumpul.siapa yang cinta teater mesti sanggup labur duit macam RAT juga.

vovin berkata...

sekitar RM30-50 saya tidak akan berkira. Boleh sahaja tanpa sebarang bicara.

Saya fikir juga untuk peminat-peminat yang memang sudah biasa menonton teater, harga itu 'berpatutan' di mata mereka.

Cuma saya juga fikir, anda tidak akan dapat audiens dikalangan orang yang belum mengenali teater atau minatnya pada teater di paras buku lali kerana pada mata mereka, harga itu 'mahal'.

Jadi untuk mungkin perlu tetapkan target sales anda.

Sekadar pendapat. Hehe.

gascoigne berkata...

RM30 tu murah beb....lu ada nama. letak RM40 ok. kasi makan2 sikit after show....baru boleh beramah mesra antara pelakon dan penonton.maksudnya takkan smebang ksong je beb. Ada makan2 minum2 sikit baru best. bagilah teh ke kopi ke. Janganlah air sirap.

seKut taWar berkata...

rm30 tu relaven...
wa sokong utk teater berkualiti

lenny berkata...

hi abg namron,
sama dgn pandangan lain. RM30 berbaloi kalau visual dan spiritual kita puas menontonnya.
Tapi untuk student memang perlu harga khas.

aloy_paradoks berkata...

pada aku 30 tu ok sbb aku percaya pada eklusifnya teater itu dan kepayahan untuk membikinnya, mungkin jumlah penonton akan berkurang dari sebelumnya, mungkin saja.. tapi dari segi standart ia akan meningkat dan dipandang lebih tinggi sbb begitulah mereka menilai..

walau rm30 pun, jika dilihat dari anggota produksi yg ramai org akan faham rasanya. tapi tak semua orang berfikir begitu.

sebagai pelajar aku tak kisah jika ada duit... cuma kalau tak ada duit aku akan diam diam je duduk umah.

artisticklytouch berkata...

RM30 aku ok, kalau korang up sampai RM60 pun ok lagi..sebab aku tau hasil kerja korang..

student..bagi diskaun sebab kat mana2 tempat pun student dapat diskaun tapi ko buleh had kan tempat duduk diaorang...

ingat, korang bukan nak buat duit, tapi nak cover cost

Ayaq Hangat berkata...

Amboi banyak sungguh komen komen positif. Terima kasih aku ucapkan. Ok, bagaimana kalau harga tiket dikekalkan rm30 tapi untuk pelajar kami bagi harga rm15 dan rm10 untuk penonton berdiri (ada koutanya). Untuk penonton yang berdiri tiket dibeli di pintu masuk ia hanya dijual jika pementasan malam tersebut mencapai kapasiti yang dikehendaki. Adil tak?

Shamimi Haniza berkata...

Abg namron, harga rm15 utk students tu kira mampu la utk student mcm sy ni. Thanks. Sbb sy mmg rasa sedikit berat dengan harga rm 30 tu memandangkan sy akan turun ke kl dr jb semata-mata utk RAT. Sayang la nk lepas edisi kali ni sebab dah tgk yg sebelum2 ni.

~Ini hanya pandangan personal sy~

syIDek~ berkata...

salam..rumah anak teater tidak ada casting kah untuk mencari pelkaon teater untuk teater terbaru mereka..??..kalau ada, dimana akan sya mendapat info mengenai casting tersebut..??


sebenarnya, logik kalau rm30 tu sebab saya percaya pada kualiti teater anda semua yang sangat berbaloi untuk rm30 itu. kalu kat IB boley bayar rm30 untuk tiket paling murah, kenapa tak boleh untuk kali ini bukan..??

sekurang2 nya, adalah balik modal untuk teater anda. sya juga faham yang mmg susah untuk group teater independent dapat hasil dari segi kewangangan. asalkan puas hati karya kita diterima orang, kadang sudah cukup membayar segalanya..=)

Pegawai Khalwat berkata...

aku dan kawan-kawan yang lain tak kisah kalau RM30. kami sanggup ikat perut untuk kumpul duit RM30. apalah sangat harga tu berbanding dengan pengalaman, ilmu dan kepuasa yang akan kami dapat.

Tapi kalau mai dari tempat Guan Eng ni, jenuh jugakla nak bayar kalau RM30. Kalau area Nurul Izzah atau Elli Wong kami ok je. Tapi, berapa pun harganya, kami akan datang. Cuma ramai atau tidak je yang belum tentu.

(Aku kopi pes balik dari blog RAT)

Kehidupan Kita Berbeza berkata...

aku tak sanggup. rm30 terlalu mahal buat aku. bukan aku tak hargai seni, tapi aku rasa dengan keadaan ekonomi sekarang, aku tak mampu. aku mintak maaf kalau ramai yang tak setuju komen aku ni, tapi jujurnya memang aku tak setuju. aku bukan pembaca tegar blog ko, walaupun aku suka karya karya ko. so, maaf kalau ko terkejut dengar pendapat aku ni. mungkin orang lain mampu dan tak kisah sebab dia pernah tengok teater ko dan rasa puas. aku tak pernah tengok. so, aku tak berani nak gamble. kalau rm30, baik aku gi tengok teater teater murah yang kadangkala ada kat cm annexe atau pun aku tengok movie kat tgv.

sham berkata...

rm30 is logic, aku stuju bangat. hidup Teater Malaysia