Isnin, 11 Januari 2010

Pergi

Ketika Aizat mendendangkan lagu PERGI (I GO) ciptaan Pete Teo di Anugerah Juara Lagu sebentar tadi, aku berendam air mata mengenangkan arwah Yasmin Ahmad. Bagaikan seperti kata-kata lirik dalam lagu tersebut "hujan lebat membasah kini, bagai tak terhenti kini..." Terus terang aku katakan sejak pemergiannya tidak pernah sekalipun aku menulis mengenainya. Walau ada sebuah produksi dokumentari tentangnya yang mahu menemu bual aku tapi aku menolak dengan baik. Aku sebenarnya masih tidak mahu menerima hakikat kehilangannya. Aku kecewa. Lalu aku menutup mata dan telinga aku tentang apa-apa tentang dirinya atau yang berkaitan dengannya. Aku tidak menonton filem-filemnya selepas dia pergi. Segalanya aku biarkan saja berlalu. Pengalaman di Pusan ketika aku bersama Pete Teo dan rakan-rakan dari 15Malaysia melepaskan kumpulan belon belon putih sebagai simbol kehilangannya, ramai yang menangis namun tidak aku. Aku hanya berdiri seperti batu melihat belon-belon putih itu terbang dan hilang dalam kepekatan malam. Namun malam tadi ketika Aizat mendendangkan lagu PERGI segala yang aku nafikan itu kembali meragut hati ku. Setiap patah lirik itu bagaikan membawa kembali aku dekat dengannya, tepat dengan apa yang aku harungi sepanjang ketiadaannya.

p/s : Lagu dendangan Aizat dan lagu ciptaan Pete Teo muncul pemenang lagu terbaik Anugerah Juara Lagu ke 24. I love u forever Kak Min. Pergi tiada ganti.

7 ulasan:

artisticklytouch berkata...

lepas nonton Muallaf hari tu, aku berkata pada diri..itulah yang terakhir, tak ada dah lepas ni...

*menaip komen ini pun membuatkan aku sebak

Pencinta karya berkata...

Perginya arwah..

i just love that Indian woman voice and aizat u really puitis.. love the chinesse sound yg woman malay tu main..

when i heared diz song i feel deep inside my heart like kosong..

fadz berkata...

Sebak yang sama di sini.....

selasih berkata...

salam

katanya kmnangan lagu tu ada kaitan dgn bkwn baiknya bos dgn aruah...tak taula.saya pun tak tau yg lagu tu ada kaitan....

saya sbnarnya tak minat sgt jz tgk yg tuan umah blakon ja sbb nak tgk tuan umah...maafla yee

Ajami Hashim berkata...

"Mungkin dalam saya buat cerita, kalau kita tiba dekat sungai tu, saya akan bagi awak tali, saya bagi awak kayu, awak kena buat jambatan sendiri, saya tak buatkan awak jambatan." Yasmin Ahmad (23.07.07)

Tanpa Nama berkata...

hahaha...

Bila 3 orang badut tu buat pengumuman tentang lagu yang akan dipertandingan dan sebut 1malaysia. (baca - ini lagu pasti menang).

Aku cuma sedih tengok search. Dah 25 tahun masih tak pandai cipta lagu dan lirik sendiri. Akhirnya hanya upaya jadi cover band.

JiwaKosong berkata...

blog yang bagus, ape kate try pegi visit blog saye ni plak kalau nak tahu info yang unik dan elegan di http://tolongsenyap.blogspot.com ,try visit erk