Selasa, 22 Julai 2008

Rumah Sewa Baru

Selesai sudah Festival Teater Kebangsaan 2008, banyak benda yang aku nak perkatakan sepanjang berlangsungnya festival ini tapi aku tangguhkan dulu untuk entri yang lain kali. Untuk kali ini aku hanya nak kongsi tentang rumah sewa baru aku ni. Aku dan keluarga dah hampir sebulan tinggal kat sini sejak keluar rumah sewa yang dulu. Kami pindah tak jauh masih kat blok yang sama cuma lain tingkat dan tangga aje. Rumah yang dulu tu ownernya dah jual dan owner baru tu nak tinggal kat situ. Dulu masa mula-mula datang tengok rumah, dia (perempuan) kata kami boleh terus tinggal kat situ... tup-tup bila semua urusan jual beli selesai dia minta kami keluar. Dia kata dia nak kahwin dan tinggal kat situ (katanya: tak sangka nak kahwin cepat pulak... kata aku : Aik! Nak kahwinpun boleh tak sangka-sangka). Kenapa aku pindah kat kawasan yang sama juga? Semuanya pasal anak, anak aku ni dijaga oleh pengasuh yang tinggal kat blok sebelah. Aku ni hanya ada sebuah kereta yang digunakan untuk segala macam urusan, jadi kalau tinggal jauh dan aku pulak ada kerja kat luar (kerja macam aku ni bukannya ada masa yang boleh diatur-atur macam orang kerja ofis) siapa yang nak pergi ambik dia. Selalunya kalau aku sibuk kat luar kawasan isteri aku yang akan jalan kaki aje ambik dia balik ke rumah. Jadi kami buat keputusan cari rumah di kawasan yang sama. Bukannya senang nak dapat, jenuh kami cari tapi tak ada rumah kosong. Satu pagi tu, Aru (mungkin Arumugan kot tapi kami kat sini panggil Aru aje tak tau pula nama penuh dia; teringat Arumugan penjaga gol kebangsaan tahun 80an dulu pulak yang digelar spiderman) dia ni jenator kat apartment ni, ternampak bini aku tengah ampai baju kat beranda apartment (tingkat 3) dia bagi tau ada rumah kosong kat tangga sebelah. Jun (isteri akulah) kejutkan aku ajak pergi tengok rumah tu pasal Aru kata owner tu ada kat sana. Kamipun pergilah ke sana dan terus berjumpa dengan Kong, owner rumah tu. Selepas berbincang dan akhirnya kami setuju untuk menyewa kat situ. Kong ni kira oklah orangnya, walau Aru baru-baru ni jumpa aku kata Kong n kedekut sebab dulu Kong janji nak bayar Rm200 kalau dia dapat carikan penyewa kat rumah dia tapi Kong bagi kat dia rm150 aje, marah betul Aru. Aku tanya pasal apa, Aru kata Kong tolak rm50 pasal dia tak betulkan kotak fius dan Kong terpaksa betulkan sendiri. Bagusnya Kong ni, semua benda dia settlekan kalau ada yang tak settlekan dia minta aku buat lepas tu claim kat dia tak macam owner dulu tu (melayu) nak kena aku telepon bagitau masalah baru datang, si Kong ni semua bil dia dah settlekan siap datang hantar kat rumah lagi (dia terpaksa tanggung semua tunggakan pasal penyewa dulu lari malam).Aku ingat lagi hari aku bereskan segala bayaran deposit, dia siap telepon bagi tau "banyak syok". Kong ni kerja jual besi buruk pernah satu hari tu aku tunggu dia tak datang-datang ambik baki duit deposit rumah aku telepon dia dia bagi tau lori rosak masuk workshop tak boleh datang tak ada orang nak hantar dia ke sini pasal dia tinggal kat Cheras. Aku ada buat-buat tanya dia tak nak jual ke rumah ni (aku bukan mampupun nak beli rumah) dia kata tak. Dalam hati aku kata: dia ni pandai dia tak kan jual sekarang sebab semua nilai hartanah kawasan ni sekarang ni rendah sangat dia nak tunggu harga naik tu... Aku juga dengar owner aku yang dulu tu jual rumah tu murah sangat (tak tau pulak berapa harganya) owner baru tu yang kata, dia macam tak percaya pasal murah sangat... tapi aku tau kenapa,dia dah banyak hutang bank pasal dia dah beli 3 buah rumah dan sekarang ni tak mampu nak tanggung daripada kena black list biarlah rugi.....

3 ulasan:

Butaseni@Wan Raja berkata...

frust tuan,geng saya dapat 3rd.hehe

Pegawai Khalwat berkata...

Ha, entri rumah hang memang best.

Tapi nak tunggu komen hang pasal FTK 2008.

Saya budak baru belajar.

Psss... kabarnya orang U sebelah sini dok kontek hang nak skrip untuk depa buat Final Projek RINTIS (sama macam PETA Aswara).

Rapala Jingga berkata...

Wahai butaseni; Adat pertandingan ada kalah ada yang menang... yang kalah bukan bererti gagal dan yang menang bukan pulak bermakna berjaya... jadi jangan frust diaorang dah buat yang terbaik dan yang penting berkongsi cerita dan pemikiran dengan penonton.

Duhai Pegawai Khalwat; Skrip untuk orang di sana sudah dipostkan... saya ni cuba membantu apa yang daya.