Selasa, 29 Jun 2010

Menjadi Tuhan

Sumber utama pendapatan aku untuk menyara keluarga adalah melalui lakonan untuk televisyen dan filem. Pada masa yang sama sumber kewangan ini juga yang menjana kerja-kerja artistik aku di dalam teater dan indiependent movie (sudah pasti perkerjaaan itu tidaklah menjana pendapatan sebaliknya memerlukan sumber kewangan untuk merealisasikannya). Entri kali ini cuba untuk mengupas permasalahan industri hiburan, secara khususnya televisyen, dari sudut pandangan seorang pelakon.

Seorang teman dari indonesia Azuzan JG (kini memiliki PR negara Belanda) ketika pertemuan kami di Tokyo sempena Bengkel Teater Kontemporari Asia menyatakan "Di Indonesia hanya dua ketegori pelakon yang berjaya sebagai pelakon televisyen; pertama, tampan atau cantik dan kedua, hodoh atau buruk." Menurutnya, pelakon yang tampan atau cantik sentiasa akan menjadi pelakon utama untuk sesebuah drama tv sementara yang hodoh atau buruk akan memegang watak jahat atau pelawak. Senario ini tidak hanya berlaku di tanah seberang sebaliknya turut berlaku di sini, di Malaysia.

Dilemanya adalah untuk pelakon yang tidak memenuhi kedua-dua ketegori tersebut, pelakon yang berada ditengah-tengah atau averange. Walaupun mempunyai bakat dan mempamerkan lakonan yang berkesan, mereka ini tidak diendahkan oleh pihak produksi dan kerap terpinggir malah tidak dapat bergantung dengan sumber pendapatan yang tidak konsisten itu. Dimanakah silapnya? Mengikut pengalaman aku, kemunculan pelakon-pelakon di dalam sesebuah drama bukan terletak ditangan pengarah dan penerbitnya tetapi stesen televisyen yang mempunyai kuasa veto. Sebagai contohnya, aku sendiri pernah dihubungi oleh beberapa syarikat produksi yang ingin menggunakan khidmat aku sebagai pelakon, setelah menyatakan persetujuan, nama aku dicadangkan kepada pihak stesen tv. Setelah beberapa lama kemudiannya, aku dihubungi oleh pihak produksi berkenaan yang memohon maaf kerana nama aku ditolak oleh stesen tv. Mereka (stesen tv) mahukan pelakon yang kononnya lebih popular demi untuk meningkatkan rating siaran berkenaan.

Pelakon-pelakon seperti aku adalah "buruh murah" dalam industri penyiaran. Mengapa aku menggunakan terma ini adalah kerana aku hanya akan muncul di dalam sesebuah drama sekiranya pihak produksi berjaya menyakinkan stesen tv mereka terpaksa menggunakan bajet yang ada untuk menghasilkan set dan post production yang memakan belanja yang mahal. Itu adalah hakikatnya, penggunaan bajet yang besar untuk keperluan produksi akan mengurangkan kos pembayaran kepada pelakon. Oleh itu, "buruh murah" seperti aku diperlukan kerana tidak mampu membayar pelakon popular.

Kepopularan seseorang pelakon seakan menjadi aset untuk menjamin kemunculan di kaca televisyen. Namun dari manakah kepopularan ini dicapai? Jawapannya adalah stesen tv. Sekiranya seseorang pelakon itu kerap muncul di kaca tv secara tidak langsung kepopularan itu akan menjadi miliknya. Bagi aku, stesen tv seakan memainkan peranan sebagai "tuhan" dalam konteks penyiaran. Takdir seseorang pelakon itu seolah-olah terletak ditangan mereka. Disebabkan itulah ada diantara pelakon sentiasa melakukan "penyembahan" dengan menjamu hidangan kepada stesen tv untuk memperoleh "takdir" yang lebih baik. Penyembahan ini adalah seperti mengunjungi orang-orang tertentu di stesen tv untuk mendapat keberkatan. dan, periuk nasi mereka akan terus berasap.

Kita pernah melihat kemunculan beberapa pelakon yang hebat di televisyen namun akhirnya mereka seakan lenyap dalam industri hiburan. Perkara ini terjadi disebabkan perkara-perkara di atas. Hak mereka untuk mencapai populariti bagaikan disekat dan diberikan kepada anak emas stesen tv. Oleh sebab itu, hanya susuk tubuh mereka ini yang hanya muncul di kaca tv.

Nota tumit kaki kiri : Jika entri ini sampai ke pengetahuan mereka nampaknya makin rapatlah periuk nasi aku. alahai.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

biar dorang dengar kasi terbakar telinga jumpa doktor kasi baik hati sekali.

Tanpa Nama berkata...

ada banyak betulnya tu. Mereka bukan sahaja menentukan para pelacur opss, pelakun, tetapi dalam masa yang sama menentukan cerita, lokasi dll...

Bukan Sepet berkata...

Kelakarnya, teater teater pun kini demand. Nak pelakon ada rupa dan nama juga? Tu kira 'tuhan' mana pulak set standard tu?

Barangkali sudah sampai masa, anda 'teaterkan' filem dan TV. Yalah asyik teater aja di'TV dan filemkan'. Kalaulah boleh dapatkan slot 'Teater di TV3!'... (tak semena mena fash* Sandh* pun nak berlakon teater..!) fuhh... best.

Soalnya, 'dewa' mana anda kenal supaya anda boleh rapat ke 'Tuhan'?

Kena pakai skirt ko ni bro dan lentuk lentuk sikit cam Tia** Jacq**li*a... haha.

Jangan putus asa. Agi idup agi ngelaban!

Pegawai Khalwat berkata...

Entahlah, aku pun tak tau nak komen apa.

artsoul berkata...

sungguh jujur...:)

Tanpa Nama berkata...

mengapakah....
sedangkan saya sangat suka lakonan saudara dan muak dengan rosyam..tolong...

MARSLI N.O berkata...

Sdr Namron: Sejak dulu sampai kini memang selalu ada pihak atau manusia yang mahu berlagak bagaikan dialah tuhan. Di sastra juga pengalamanku adalah kurang lebih sama. Tetapi bagaimana pun, kukira kau tentu bijak untuk berkelit agar idak terus jadi mangsa dan "korban" mereka.

MARSLI N.O

mamu berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mamu berkata...

Hidup Bertuhankan RINGGIT

alieya akasha azman berkata...

betul tu bang,saya pernah di reject dr berlakon kat tv disebabkan fizikal saya tak sempurna katanya.

selasih berkata...

salam

saudara rasa, saudara kategori pelakon yang bagaimana?
Apapun sabajela...kadang2 mentaliti penonton pun mcmtu jugak.
Tgk saja pementasan teater sekarang,
kategori pelakon yang mempunyai rating tinggi dipanggil

selasih berkata...

salam

saudara rasa, saudara kategori pelakon yang bagaimana?
Apapun sabajela...kadang2 mentaliti penonton pun mcmtu jugak.
Tgk saja pementasan teater sekarang,
kategori pelakon yang mempunyai rating tinggi dipanggil

MIRA berkata...

saya seorang pelajar. saya kagum dengan awak.

awak adalah seorang artis.

Definisi artis bagi saya adalah seorang yang memperjuangkan seni.

terma artis sekarang telah disalah anggap . ramai yang mengatakan pelakon itu adalah artis, penyanyi itu adalah artis. asal popular sikit sudah dianggap artis. bagi saya pelakon adalah pelakon. kerjanya adalah belakon begitu juga d3engan penyanyi.

saya mengagumi awak, kerana awak merupakan artis yang saya ingin contohi.

wisata bakti alam berkata...

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)