Isnin, 20 Oktober 2008

Makan-Makan


Aku dan Jun tengok TV cerita orang putih. Ada adegan makan. Diaorang makan steaks. Jun tanya kenyang ke? Aku kata kenyang! Ketika tu fikiran aku berputar kembali ke zaman kanak-kanak. Mak selalu marah kalu ratah lauk. Dia suruh makan nasi lauk tu cubit sikit-sikit saja takut tak kenyang nantinya. Kita selalu makan untuk kenyang bukan kerana khasiatnya. Kita diajar begitu. Mungkin kerana kita susah lauk pauk tu mahal jadi makan nasi lebih menjimatkan yang penting perut tak keroncong. Sumbat, sumbat, sumbat... kenyang, dah selesai. Nasi juga sumber karbohidrat untuk beri tenaga mengerjakan sawah dan lain-lain perkerjaan yang memerlukan tenaga/keringat. Segala bentuk daging memberi protein bagi membina otot dan tubuh badan kita. Berdasarkan ini mungkin sebab tu orang putih tubuh dia nala punya besar berbanding dengan tubuh orang kita. Pemuda-pemuda Jepun juga sudah bertubuh besar dan tinggi tak seperti fizikal generasi masa dulu (yang pernah digelar wak pendek) perubahan ini belaku kerana perubahan permakanan diaorang (lepas kalah perang orang putih masuk Jepun bawa masuk makanan diaorang sekali sekarang ni orang jepun dah memuja orang putih apa yang orang putih buat diaorang nak buat, makanpun diaorang ikut). Mentaliti kita terhadap makanan masih belum berubah tengok saja ahli sukan yang praktis kat luar negara semuanya tak tahan duk kat sana pasal rindu nak makan nasi... Tapi ada hati nak main sport kat luar negara tubuh kemetot macam mana nak saing orang putih....alahai!!!

MAKAN STEAK
Malam tu aku pergi ke pasaraya kat rumah aku. Aku beli sepotong daging lembu setebal 1 inci dan besar sedikit dari tapak tangan aku. Harganya dekat 8 ringgit seketul (aku rasa ni adalah salah satu faktor utama kenapa kita tak jadikannya makan ruji). Balik rumah aku perapkan dengan rempah ratus selepas aku cucuk-cucuk daging tu dengan grafu. Aku panaskan kuali letak minyak... aku masak steak. Bila dah steak tu hampir masak aku pecahkan dua biji telur ke dalam kuali. Bila betul-betul dah masak aku angkat letak dalam pinggan. Aku dan Jun makan steak tu. Kenyang! Lepas tu kami melayan kepala yang kenuning (pening-pening lalat)....

CARA-CARA MEMASAK STEAK

Bahan-bahan
Sepotong daging lembu setebal 1 inci
Garam, lada sulah, bawang putih (serbuk) atau beli saja Sos Honsin jenama Lee Kum Nam.
minyak masak atau mentega.

Cara-cara memasaknya
Basuh daging dengan air kemudian cucuk-cucukkan dia dengan grafu. Alih. Cucuk pulak sebelah lagi hingga semua bahagian daging tu tertusuk oleh grafu itu. Lumurkan garam dan lada sulah kat dua-dua bahagian tersebut atau lumurkan sos Honsin tu. Letak kuali, nyalakan api (sederhana) masukkan minyak atau mentega. Masukan daging kemudian alih-alihkannya jangan biar terlalu lama kat satu-satu bahagian nanti hangus rasa pahitlah pula steak tu. Bila hampir masak masukkan telur (pilihan) jika nak kalau tak nak boleh dimakan begitu saja.

6 ulasan:

Pegawai Khalwat berkata...

Medium rare or well done sir?

Mula-mula aku memandai try makan steak kat Victoria Station, terkedu aku dengan soalan tu. Mujur aku pernah tengok cerita orang putih yang ada bab makan steak ni.

Lepas tu aku terkedu pulak nak membayarnya!

Nam Ron berkata...

aku layan well done. Bukan apa takut/geli dengan yang mentah pasal masih ada darah. Yuk!!

Tanpa Nama berkata...

sayang kau dah selesai membesar : (

Silence berkata...

tak reti makan steak..haha..
actually.. tak reti nak makan pakai sudu, garpu, and pisau tuu...

bley x makan steak pakai tangan je?

*pernah makan lambchop, pakai tangan je..pastu pakwe trus xmo bawak makan kat situ lagi* sadis!

Nam Ron berkata...

silence, sayapun kadang-kadang makan steak pakai tangan siap dua-dua belah sekali... apa ke hal.

Nam Ron berkata...

Tanpa nama, aku buat-buat tak faham dengan apa yang kau kata. Nanti kalau ada masa aku jelaskan.