Khamis, 16 Oktober 2008
Mereka Masih Muda
F.J dan Z.A dua orang muda yang darahnya panas mengalir kencang di setiap urat yang bersimpang siur di bawah kulit tegang mereka. Aku duduk mendengar mereka bersemangat mahu mengubah dunia.Sistem. Mereka mahu jadikan negara ini menjadi sebuah tempat yang lebih baik untuk didiami. Aku katakan mereka takan mampu mengubahnya. Tak mudah mereka menerimanya. Mereka percaya mereka mampu melakukannya. Mereka orang muda. Mereka tahu mereka mampu. Aku nafikan. Mereka kurang senang walau tidak menunjuknya. Aku makin tua. Lalu aku katakan kalau betul mahu mengubahnya mereka harus jadi jahat. Jahat? Jahat... Letuplah bangunan-bangunan, hilangkan punca pendapatan para pekerja yang bergantung hidup berkerja di dalamnya. Bakarlah ladang-ladang pertanian, supaya orang yang bergantung hidup dengan perkerjaan mereka tak boleh cari makan. Jadikan keadaan hura-hara, kemiskinan, kebuluran, penindasan. Kenapa? hanya orang-orang yang hidupnya benar-benar susah dan merasa tertekan sahaja yang akan bangun menentang sistem yang tidak mampu menberi keselesaan dalam kehidupan mereka. Selagi majoriti rakyat yang hidup di negara ini selesa dengan kehidupan mereka pihak minoriti yang hidupnya susah hanya mampu menghempas penumbuk di meja kedai kopi menyatakan kerajaan yang ada harus ditukar. Hanya setakat itu. Aku makin tua. Mereka masih muda.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Hang bercakap bahasa tua, depa bercakap bahasa muda.
Bahasa muda darah bergelora, bahasa tua kesabaran di dada.
:) betulah tu pegawai khalwat
tak beerti darah bergelora tak punya kesabaran di dada..jangan jadikan orang muda seolah satu subjek untuk menutup kelemahan diri.. itu defendless..
kan sudah jadi lumrah dunia..yang muda akan berkobar-kobar kerna yg tua sudah bukan zamannya.. orang muda ibarat air sungai yg mengalir berarus deras..dan yg tua harus menjadi tebingnya..memberi bentuk dan haluan perjalanan..
itu simbiosis antara yg tua dan yg muda.. bukan soal bahasa muda atau bahasa tua.. yg penting ke mana arah tujunya..
amacam?? boleh??
p/s: tak kisah la tua ke muda.. apa salah makan sama-sama.. auuuww!!!
orang tua mengharapkan orang muda melakukan apa yang tidak mampu dilakukan olehnya.
Hanya ada satu kata LAWAN
-wiji tukul-
Catat Ulasan