Khamis, 1 Januari 2009

Menilai Kecantikan Paras Rupa Dengan Pemikiran Yang Dijajah. (bahagian 1)

Minah belajar sampai takat tingkatan lima sama seperti Aini yang peroleh ijazah sarjana muda dari sebuah universiti. Begitu juga Johan, Amir, Nita, Ali, Kamarul, Khatijah, Rozi dan lain-lain. Kenapa aku kata sama? Lihat saja Khatijah yang lebih senang di panggil Kate kerana dia rasakan matanya seperti mata Kate Winslet heroin filem Titanic arahan James Cameron. Atau, Kamarul yang bangga dikelilingi perempuan kerana mempunyai hidung mancung dan kulit cerah seperti Ashraf Sinclair. Mereka ini sama juga seperti orang-orang lain menilai kecantikan berdasarkan warna kulit dan saiz hidung seseorang.

Ashraf Sinclair


Kate Winslet
Banyak yang mengatakan cantik ataupun tampan seseorang itu adalah subjektif, bagi aku itu semua adalah retorik semata-mata. Penilaian cantik atau tampan sebenarnya datang dari pemikiran yang dilengkungi oleh budaya sesuatu masyarakat. Budaya yang tercemar akan menyebabkan penilaian terhadap kecantikan itu akan berubah.

Aku percaya jika persoalan cantik ini dibangkitkan pada masyarakat melayu yang hidup seratus tahun dahulu (dan ke bawah) mereka akan menilainya jauh berbeza dari penilaian kita sekarang. (Tendanglah ke tepi soal cantik itu adalah datang dari hati, kecantikan dalaman kononnya. Kita berbicara tentang kecantikan fizikal bukannya spritual). Jangan tanya aku bagaimana orang dahulu menilai kecantikan seseorang kerana aku sendiripun tak tahu tapi yang pasti ianya tak sama seperti sekarang. Lihat saja masyarakat peribumi di Papua atau Africa yang menilai kecantikan berdasarkan ciri-ciri yang dilengkungi oleh budaya mereka yang belum tercemar. Bagi kita kecantikan yang ditafsir oleh mereka adalah buruk malah aku takan terperanjat jika ada yang kata wajah yang mereka katakan cantik itu menakutkan bagi sesetengah dari kita.

Gambar salah satu natif di Africa.
Masyarakat Papua
Berbalik kepada masyarakat kita, penilaian masyarakat kita mula berubah bila kedatangan penjajah. Mereka tidak hanya datang untuk mengorek kekayaan di bumi ini tetapi juga membawa budaya mereka untuk diresapi oleh orang kita. Kita yang sudah diresapi oleh budaya barat telah menilai kecantikan bersandarkan sudut pandang mereka. Maka tak hairanlah jika masyarakat kita hari ini melihat kulit putih dan hidung mancung itu sebagai simbol kecantikan. Manakala kulit hitam dan hidung kembang itu buruk. Dengan kata lainnya, minda kita sebenarnya masih dijajah walaupun penjajah sudah lama meninggalkan bumi ini. Memang mereka meninggalkan bumi ini tetapi mereka juga memastikan ada yang ditinggalkan untuk kita. Kita bebas dan merdeka hanya dari sudut politiknya tapi pemikiran kita masih lagi terus dijajah oleh mereka. Kita memuja apa sahaja yang berlabelkan barat termasuklah rupa paras.

Disebabkan entri ini tentang kecantikan paras rupa maka tidaklah mahu aku merepek panjang lebar tentang hal-hal lain yang kita warisi dari penjajah. Apakah bukti bagi menghalalkan hujah aku tentang penilaian kecantikan bersandarkan pada budaya yang telah dicemari oleh penjajah ini. Sebenarnya banyak sangat, apa yang perlu kita lakukan adalah bukalah mata dan lihat sekeliling kita. Bukankah produk susu kambing itu untuk memutihkan kulit? bagaimana pula dengan suntikan vitamin c pada kulit? Salun-salun untuk memerahkan rambut, botox untuk mancungkan hidung.... bukankah ini semuanya cuba untuk kelihatan cantik seperti orang barat. Tidakkah kita tahu ada suku kaum kanibal, peribumi yang masih hidup di dalam hutan Amazon di Amerika Selatan tidak pernah berjumpa dengan manusia lain selain kaum mereka. Suku kaum ini jika bertemu dengan Nicole Kidman pasti menangkapnya untuk dibuat masak lemak cili api, sedangkan kita terlalu sangat inginkan wajah sepertinya.

Sebenarnya tidak semua masyarakat kita cuba untuk kelihatan cantik/kacak seperti orang barat. Aku percaya masih ramai masyarakat kita tak memuja Natalie Portman, Jessica Alba, Keira Knightley, Brat Pitt, Orlando Bloom, Scarlett Johansson, Jannifer Aniston, George Clooney, James Dean, Julianne Moore dan ramai lagi. Mereka hanya memuja artis kita yang muncul di kaca tv dan majalah hiburan tempatan. Mereka memuja artis-artis ini kerana kecantikan/kekacakan mereka. Mereka cuba untuk kelihatan seperti artis-artis kesayangan mereka ini. Namun begitu tanpa mereka sedari, minda mereka turut tercemar kerana kebanyakan pemikiran artis kita terhadap kecantikan telah lama dijajah oleh barat.

Nota tumit kaki kiri : Anda diharap agar tidak membuat sebarang andaian terhadap artikel ini kerana ianya belum diselesaikan oleh pengarang dan akan bersambung.....

17 ulasan:

Amir Muhammad berkata...

Tapi kalau baca hikayat-hikayat Melayu yang ditulis sebelum zaman penjajah, hero dan heroinnya semua putih melepak juga. Jadi prejudis ini bukanlah salah penjajah.

Aloy Paradoks berkata...

gua kalau hidup zaman neolitik dulu mesti diangap cantik jugak.

aku chi berkata...

agak lucu bila wanita mwlayu berusaha gigih nak putih tapi orang putih pulak sibuk nak meng'sawo-matang'kan kulit... dunia dah terbalik...

marini rafar berkata...

*menarik dan menunggu

artsoul berkata...

aku lebih menghargai natural beauty..

Tanpa Nama berkata...

(aku tak sabar). siapa kata kau tak hensem ni? hish.

Tanpa Nama berkata...

aku ingin dicintai walau tak mandi..

wahahahahaah!!!

boleh??

p/s: nasib baik aku mix..

Tanpa Nama berkata...

aku rasa orang yang cantik adalah orang yang tak trying too hard untuk cantik. orang yang terima diri seadanya. aku rasa hidung aku kemek, tapi mat salleh member internet cakap hidung aku cute, macam mana tu?

ini semua berdasarkan teori grass is always greener at the other side -lah, benda yang kita ada sebetulnya dah sempurna untuk diri kita taknak kita hargai,benda yang tak ada yang kita kenang-kenangkan.biasalah kita mesti nak lebih kan? kalau boleh nak jadi the super prettiest/machoest man on earth. lumrah manusia. eh sambunglah blog cepat! ;p

Fasyali Fadzly berkata...

benda ini kadang2 jadi benda yang terlalu subjektif untuk diperkatakan. maksud saya, kecantikan itu yang bagaimana dikatakan cantik. sebab cantik itu adalah satu seni mata.

ada sesetengah orang cakap, orang ini cantik tetapi ada yang tidak.

saya boleh kaitkan di sini seperti menonton teater. adakah teater yang kita tonton itu cantik. bagaimana yang dikatakan cantik. orang putih suka tgk kita punya tradisional teater, tapi kita tak suka sebab bosan. dan kita pulak sibuk nak bereksperimen Brecht la, realistik Stanislavsky la, Expresionisme la.

dan akhirnya ini semua akan menjadikan kita terlalu memilih. berusaha untuk menjadi cantik dengan sentuhan kita sendiri. campuran, asimilasi dan sebagainya. lahirlah bentuk baru dengan trend yang terkini. sebab cantik itu adalah nikmat untuk mata dan minda. tidak kira ianya adalah perempuan, kereta, rumah, baju, filem, teater, tari dan segala apa mak nenek yang kita lihat guna mata.

ini satu pandangan sahaja. harap tidak kisah dengan perkongsian ni.

ceri masam berkata...

cantek...

aduh... penat nak cakap

Penjejak Badai berkata...

bila sambungannya tuh?

lanterajiwa berkata...

Orang yang paling cantik ialah orang lelaki... sebab orang lelaki tak pakai make up macam orang perempuan...
tapi ade gak orang lelaki yang pakai make up... konpius... konpius...

Tanpa Nama berkata...

jadi cantik memang best, tapi tak cantik pun bahagia juga.. macam saya ... hahahaha

divakampung berkata...

Saya percaya cantik itu subjektif, kalau tak takkan ada lelaki yang ala-ala hensem kahwin ngan wanita yg ala-ala je, kan....siapa tak suka cantik, semua orang nak cantik!

Saya teringatkan satu pesan:

"Memuji wanita yang cantik ada bahayanya, takut akan menimbulkan mudarat, yakni riak atau angkuh sebaliknya wanita yang sederhana wajahnya harus diberi kata-kata pujian kerana itu akan memberi semangat dan keyakinan terhadapnya manakala wanita yang tidak cantik atau tidak menarik sifatnya pula langsung jangan dipuji kerana takut pujian itu akan disalah anggap menjadi penghinaan yang akan mendatangkan rasa malu wanita berkenaan...(kaedahnya gitu, tak sabar nak tunggu bahagian II nih)

fadz berkata...

tapi sebelum penjajah dtg pun, kita ada dgr bentuk2 "Cantik" diibaratkan dalam "putih melepak", "mancung bagai seludang", dan entah apa2 lagi.. rasanya, dulu2 pun ada yg berfizikal begitu diibaratkan sbg cantik.

alia berkata...

kita tungguuu~
sambungannya! yosh!

Rapala Jingga berkata...

Amir bukan seratus peratus...

kalu kau rase ko cantek ko cantiklah aloy....

Aku chi, aku pernah jumpa remaja jepun yang kulitnya digelapkan lebih gelap dari sawo matang. Orang jepun suke sangat dengan orang kulit gelap sebab katanya special...

rene dah di sambung dan akan bersambung...

artsoul ko memang cantik...

tanpa nama, memang aku tak hensem tak yah tunggu orang kata.

sampah, kah kah kah. ko mandi bising sangat sampai boleh dengar kat blok aku nyanyi lagu iwan fals. eleh!

hanimomo, dah sambung dah.

Vitamin, tak kisah kongsilah. Tapi aku bukan nak discuss isu tu. TQ atas pengkongsian.

one love, penat duduklah dulu. he he he

penjejak badai dah sambung dah.

lanterajiwa, sekarang ni lelaki metroseksualpun dah pakai make up dah.

lenny sapa kata awak tak cantek cakap sini bagi saya ludah dia.

divakampung, aku suka dengan pesanan tu.

fadz terima kasih atas pandangan sila baca sambungannya.

alia sila baca sambungan yang masih bersambung tu.