Aku kenal dengan seorang pelakon ni, namanya tak payahlah aku bagi tau untuk menghormati nama baiknya. Dia ni dulu belajar lakonan kat sekolah seni masa aku masih lagi jadi tutor kat situ. Dari situ aku kenal dia, kami banyak berborak pasal teater dan lakonan. Masa perbincangan tu keluarlah kenyataan "pelakon itu pelacur".
Lepas dia habis belajar agak lama aku tak jumpa dia. Hinggalah beberapa tahun lepas baru aku berkesempatan jumpa balik dengan dia. Macam biasa kami duduk borak-borak pasal teater dan lakonan dia tiba-tiba bagi tau aku yang dia kena marah dengan pelakon senior pasal keluarkan kenyataan pelakon itu pelacur. Pelakon senior tu tak boleh terima mungkin dia tak faham maksud kenyataan tu.
Pelakon itu pelacur bukan cuba untuk menyatakan perkerjaan pelakon itu tidak bermoral atau berdosa. Mahupun melacurkan bakat untuk mengecapi kesenangan, bukan itu maksudnya. Kenyataan itu adalah merujuk sebelah positif perkerjaan pelacur dengan pelakon. Pelacur dan pelakon banyak persamaan ketika berkerja, salah satu yang paling utama adalah mereka akan menawarkan tubuh dan bakat untuk menerima upahnya.
Seperti pelacur, pelakon juga menjadikan tubuhnya sebagai aset dan bakat sebagai penariknya. Seorang pelakon itu akan menyerahkan seluruh dirinya untuk dikerjakan oleh pengarah demi untuk persembahan yang terbaik. Seseorang yang tidak melakukan penyerahan ini akan menyebabkan kerjanya tidak berjaya dan kelihatan janggal persembahannya. Apa yang lagi penting ia akan hilang tarikannya.
nota tumit kaki kiri : pelacur itu manusia juga tapi masih ada yang layan mereka seperti binatang.
Rabu, 30 Disember 2009
Khamis, 24 Disember 2009
Itu Pohon Liar
Pohon itu bukan aku yang tanam benihnya
bukan aku yang siram
yang bajai
hingga akarnya kejab mengikat bumi.
Itu pohon liar
hidup sendiri
sendiri
di bumi ini.
Aku hanya pemerhati yang sesekali
merasa takjub dengan kebebasannya.
Sesekali berteduh di bawah
rendang daunnya yang hijau
dan liar.
Nam Ron
1:06 am
24.12.09
bukan aku yang siram
yang bajai
hingga akarnya kejab mengikat bumi.
Itu pohon liar
hidup sendiri
sendiri
di bumi ini.
Aku hanya pemerhati yang sesekali
merasa takjub dengan kebebasannya.
Sesekali berteduh di bawah
rendang daunnya yang hijau
dan liar.
Nam Ron
1:06 am
24.12.09
Rabu, 9 Disember 2009
Perempuan suka peha kurus!
Bulan puasa itu hari, aku ada berlakon satu filem diarahkan oleh pengarah yang menang anugerah. Watak aku watak ekstra tapi berpasangan dengan aktress remaja yang turut menang anugerah dalam kerjaya lakonannya. Aku dan dia sama-sama ekstra saja dalam filem ni, mungkin aku lebih sikit sebab aku ekstra berdialog dia ekstra pak pacak. Apapun aku dan dia beri komitmen penuh dengan pengarah dan porduksi filem tu. Dia ni memang berbakat dan wajah dia manis, aku suka tengok sikap dia sentiasa tenang walau ada masanya kami tunggu seharian tapi adegan kami tidak dapat disempurnakan. Segala-galanya hampir sempurna pada pandangan mata aku kecuali satu, pahanya kurus sangat. Dia tidaklah membuka seluarnya depan aku sehingga menampakkan pehanya, aku ketahuinya kerana dia suka memakai seluar jeans ketat yang tidak memungkinkan dapat dipakainya di wilayah autonomi Aceh. Lagipun dulu dia pernah bermain cinta dengan salah seorang pelajar aku yang kini telah menjadi pelakon yang menang anugerah juga. Masa mereka berdua berkasih-kasih dulu, aku pernah terserempak dengan aktress ini di kawasan sekolah, masa tu dia berseluar pendek hingga menampakkan pehanya yang kurus itu.
Dua tiga hari lepas aku menonton televisyen bersama isteri aku, kebetulan susuk aktress itu muncul di kaca tv. Secara sepontan akupun memberi komen, "budak ni cantik tapi sayang peha dia kurus sangat... buruk." Isteri akupun secara sepontan membalas, "Peha kuruslah cantik... semua orang nak peha kurus". Dia bangun berjalan ke dapur. Aku toleh ke belakang memandang dia berlalu pergi. Aku memandang pehanya yang berisi... cantik (dia memakai seluar pendek yang tidak menjadi kesalahan di dalam rumah kelamin di wilayah autonomi Aceh). Selepas dia hilang di balik tabir dapur, aku memandang ke arah balkoni... sebuah alat senaman seperti basikal yang kami beli di Carrefour, Wangsa Maju telah lama menjadi penghuni di balkoni itu.

Akan Kembali
Salam,
Sedar tak sedar dah lama aku tak kemas kini blog ni dengan entri-entri baru. Aku tau ada yang tertanya-tanya kenapa dan ada yang tak ambil peduli langsung tapi apa nak aku kisah... (dengan sombongnya) Lantaklah! Ada aku kisah! kah kah kah... Lagipun blog aku ni bukannya macam utusan malaysia atau berita harian mahupun harian metro dan kosmo, yang jika, tiba-tiba pak cik hassan ke kedai runcit terkejut beruk bila akhbar-akhbar ini tiada lagi di atas meja, bersebelahan mesin wang jenama cassio di kedai runcit milik warga Aceh kat kawasan kediaman aku tu.
Adapun tidaklah aku menghantar entri-entri baru adalah berkaitan dengan masa, baik dari sudut praktikalnya mahupun spritual. Sudah dua dan tiga kali aku cuba untuk menutup blog ini tapi oleh kerana bertapa butanya aku dengan teknologi maklumat ini maka tidaklah aku berjaya menghilangkannya di alam maya ini. Dan, disebabkan blog ini terus hidup di alam maya ini maka akhirnya aku mengalah juga dan cuba memberikan sedikit peranan agar tidaklah ia menjadi hiasan ataupun umpama plastik di lautan pasifik.
Jadi sebagai sessi memanaskan jari dan otak maka entri kali ini cukuplah aku merepek kosong saja sebagai tanda aku masih wujud.

Langgan:
Catatan (Atom)