Rabu, 6 April 2011

Makanan orang tak berduit

Adapun baru-baru ni yang tak lah baru sangat mahupun tersangat lama tarikahnya, seorang aku berjalan masuk ke dalam kedai mamak untuk menikmati makan tengahari. Adapun aku ini bukanlah jenis orang yang berduit tapi tidaklah sampai tak berduit langsung lalu masih lagi mampu menikmati makan 2 kali sehari. Ketika seorang aku melangkah masuk ke dalam kedai mamak itu, di dalam kocek seluar hanya ada beberapa puluh ringgit sahaja sementara di dalam bank, bawah bantal, bawah tikar, celah lipatan baju mahupun tabung anak babi tiadalah sesenpun lagi yang tertinggal. Lalu dengan wajah seperti seorang suami yang terlalu lama tidak geli-geli dengan isteri apatah lagi bermain sorong papan tarik papan dengan isterinya, seorang aku itu berjalan masuk ke dalam kedai mamak dan menghampiri gobok makanan yang di atas para-paranya terhidang pelbagai lauk pauk yang sudah pasti segala macam kari-karian. Sepinggan nasi putih di tangan kanan adapun tangan kirinya pula sedang menceduk ayam cincang masak kicap perisa kari kemudian aku beralih menceduk pulak sayur-sayuran agar makan tengaharinya lebih seimbang dengan adanya serat dalam permakanannya. Sesungguhnya di kala itu, di dalam kepala hotaknya masih juga memikirkan kekurangan duit di dalam koceknya yang tinggal beberapa puluh kurang dari lima puluh ringgit. Maka seorang aku itupun berjalan ke meja berhampiran, duduk di kerusi sambil memesan satu gelas nescafe ais. Ketika aku mahu menyuap nasi ke mulutnya, dengan kuasa allah ta'ala maka terpandanglah oleh aku seorang lelaki bersama rakannya juga seorang lelaki duduk di meja berhampiran. Kedua-dua lelaki itu yang baju dan seluarnya seperti seorang buruh sedang menjamah nasi berkuah kari dan berlaukkan hirisan terung halus-halus yang digoreng, di sebelah pinggannya segelas air kosong. Lantas terfikirlah seorang aku itu bertapa masih beruntung akan aku yang masih lagi mampu makan yang enak-enak sedangkan ada orang lain yang masih tak merasa apa yang aku makan pada hari itu. Maka insaflah oleh seorang aku itu bahawa masih ada orang yang masih susah dari dirinya dan berjanjilah aku pada hati yang aku tak akan merunggut-runggut lagi dan bersyukur dengan apa yang tuhan berikan.

3 ulasan:

Pegawai Khalwat berkata...

Ya, amat benar hal itu bang. Aku kat sini pernah tengok orang makan nasi penuh pinggan dengan kuah dalca dan kuah kari semata. Tanpa lauk pauk mahupun sayur. Di sulam dengan air suam kosong.

Syukurlah kerana kita masih ada kesedaran untuk bersyukur.

Unknown berkata...

Terima kasihlah mengingatkan.

sHie is Me berkata...

datang cari duit folo hehe... :)
http://st0ryofmine.blogspot.com/2011/05/5-tanda-tanda-kritikal-pesakit-tidak.html