Isnin, 15 Disember 2008

Malaysian Beauty


Aku lelaki.
Walau rambut sudah putih atau terhakis di kepala.
Mata rabun teraba-raba,
silau cahaya atau kelabu mata.
Kulit layut geleber, dua batu bergayut dipangkal paha cecah ke lantai tika bertinggung membasuh berak.
Nafsu ku yang satu tetap menyentap senak di perut,
menyesak nafas di dada
bila gadis manis lintas di depan mata.

Aku lelaki.
Menjadi lelaki kala usia cecah empat puluh.
Tika anak menjadi remaja
dan isteri sudah tak hangat di ranjang.
Aku duduk di muka pintu
ketika matahari tegak di kepala
melihat gadis sunti belasan tahun berbaju kurung putih berkain biru
melangkah pulang ke rumah.

Aku duduk melihat,
sambil bersiul lagu buai laju-laju sampai pucuk atap.

11 ulasan:

Pegawai Khalwat berkata...

Tak apa, kiranya hang masih normal sebagai lelaki.

artsoul berkata...

hahaha,pegawai khalwat mmg seorang yg memahami hati seorang lelaki:P

Rapala Jingga berkata...

Pegawai Khalawat, aku memang lelaki.

Artsoul, aik, lain macam saja statement tu... ada subtext ke?

Fasyali Fadzly berkata...

wei, korang jgn menimbulkan fitnah dalam blog.. hehe.

Artsoul, kami lelaki mudah mudah memahami antara satu sama lain. ekekeke..

Aloy Paradoks berkata...

dah lama jadi lelaki?

Fasyali Fadzly berkata...

http://www.esnips.com/nsdoc/db3f9a00-408c-483e-8e75-ff49cc1d6586

saya jemput abg datang show saya nanti..

Tanpa Nama berkata...

aku lesbian yg terperangkap dalam tubuh lelaki..

amacam??

Tanpa Nama berkata...

kehidupan...=)

Rapala Jingga berkata...

lelaki itu umpama kelapa lagi tua lagi lebih banyak santannya.

saodah berkata...

erh~

scary oke..

puterikata berkata...

gitew ek lelaki....oh!!! rupa-rupanya!!!