Ahad, 10 Januari 2010

Propaganda, Provokasi atau Konspirasi?

Pada entri yang lepas Melayu Islam Jahiliah aku mengupas isu keganasan sesetengah orang melayu islam yang (sekiranya) melontarkan bom petrol ke gereja. Sekiranya benar orang melayu islam yang melakukannya maka fikiran mereka benar-benar meyerupai masyarakat jahiliah. Namun selepas merenung kembali, ditambah dengan khabar-khabar angin, aku mula melihat peristiwa itu mempunyai 3 kemungkinan lain.

Aku baru mendengar khabar angin yang mengatakan bahawa kemungkinan peristiwa itu dilakukan oleh pihak ketiga. Teorinya mudah sangat dan selalu kita dengar. Gereja itu milik orang Cina dan orang Melayu mempunyai masalah dengan gereja mengenai isu penggunaan nama allah. Orang India kononnya yang melontarkan bom petrol itu, tujuan supaya melayu dan cina bergaduh dan akhirnya orang India yang menang. Teori pecah belah dan perintah ini sudah lama diamalkan. Malah masa aku budak kecil lagi aku dah mendengar plot teori ini. Akhirnya semua pihak berdiam diri dan peristiwa itu akan dilupakan begitu saja.

Serangan terhadap gereja di Mesir seakan mempunyai kaitan dengan peristiwa lontaran bom petrol di sini. Anti kristian di dunia islam makin menjadi-jadi, kebencian diantara ke duanya makin menebal bermula dengan beberapa siri penghinaan terhadap masyarakat islam selepas peristiwa 9/11. Golongan ini menyebarkan api permusuhan antara dua penganut agama samawi ini. Apabila pihak gereja memutuskan untuk menggunakan nama allah dalam penerbitan mereka, kebanyakan orang islam melihat itu sebagai satu bentuk provokasi lalu mereka bertindak balas. Mungkin cerita ini boleh terjadi sebaliknya, apabila ada diantara mereka (orang islam) yang extremist telah melakukan tindakan itu agar api kebencian bertambah marak. Namun teori ini agak longgar kerana aku tidak melihat motif yang kuat mungkin perlu mengkaji lebih dalam.

Ini satu lagi teori, teori ini aku dapat setelah meneliti beberapa kejadian yang berlaku sebelum peristiwa lontaran bom petrol itu belaku. Mari kita langkah beberapa tapak ke belakang. Isu kehilangan enjin pesawat pejuang milik TUDM. Ini isu besar melibatkan kewibawaan pemimpin besar di Malaysia. Bagaimana enjin pesawat yang di simpan di kawasan kem tentera boleh lesap? Apakah ianya mempunyai kaitan dengan pihak atasan? bukan hanya pak-pak sarjan bersama anak-anak buah di bawahnya. Pihak pembangkang mula menekan pemerintah agar segera mencari orang yang bertanggungjawab namun sehingga kini tidak banyak maklumat diperolehi dari hasil siasatan, diketahui oleh rakyat. Hasilnya rakyat makin meragui kewibawaan pemimpin besar. Pihak gereja tiba-tiba menang kes di mahkamah dan mereka dibenarkan menggunakan nama Allah di dalam terbitan mereka. Rakyat beragama islam menjadi marah, setelah diapi-apikan mereka mula berarak dijalanan untuk memprotes tindakan tersebut. Dalam keadaan genting itu beberapa orang upahan telah melontarkan bom petrol di 3 buah gereja tersebut. Lalu penganut kristian mula bimbang dengan keselamatan mereka dan yang lebih penting persengketaan ini membuatkan masyarakat mula lupa pada kehilangan wibawa pemimpin besar. Kita dialih perhatian kepada isu lain yang sensasi sehingga melupakan apa yang sepatutnya kita ketahui. Malah nantinya dia akan muncul sebagai wira yang menyelamatkan situasi genting ini. Tadipun di televisyen dia mula memainkan peranan sebagai wira.

Apakah ini benar-benar atau hanya sekadar sebuah lagi kisah konspirasi politik semata?

2 ulasan:

selasih berkata...

Salam

kadangkala bila dok tala kat org lain, org Islam yang tak tera mana tu selalu buat hal, dicucuk sikit, dibg semangat sikit dia lebih-lebih..Org mcm ni selalu digunakan oleh politik dalam menambahkan lagi minyak di sini
dan menuangkan ayaq di sana...

*teringat dulu tuan umah jd ajk masjid.

Tanpa Nama berkata...

politik je sume ni
nk mengalihkan perhatian rakyat drpd isu enjin lesap
depa ngat owg skang bodo2 ke xleh nk pk taktik2 tu sume
sama2 la kita doa semoga Allah dapat menunjukkan kebenarannya