Isnin, 4 April 2011

Kaya dan miskin

Adapun sudah jadi lumrah mahluk yang namanya manusia itu, apabila melihat orang yang duduk di rumah besar, berkereta besar, berpangkat besar, bergaji besar dan segala mak nenek yang besar-besar belaka, maka dengan mudah mereka mengatakankan orang itu kaya. Benarkah begitu? Jawapannya tentu sekali tidak. Kaya atau miskin bukan diukur dari segi pendapatan tetapi dari segi pembelanjaan. Aku berani kata Pak Cik Atan yang kerjanya bercucuk tanam di sekitar kawasan sekangkang kera di belakang rumah papan kat kampung yang jauh di pendalaman itu lebih kaya dari Encik Zamry yang kerja kat jabatan kerajaan sebagai pegawai atasan. Mengapa pula dengan bangangnya aku berkata demikian? Sudah tentu jawapannya adalah kerana Pak Cik Atan tidak pening kepala untuk membayar hutang setiap kali hujung bulan berbanding dengan Encik Zambry. Memang benar Encik Zamry berkereta besar sedangkan Pak Cik Atan kereta lembupun tak ada tapi tidur Pak Cik Atan lena di buai mimpi sedangkan Encik Zamry matanya merah menyala macam bela hantu raya sebab tidur malam selalu terjaga takut orang datang tarik keretanya. Kaya itu membawa maksud keselesaan hidup seseorang itu. Makin selesa seseorang itu hidup makin kayalah dia. Jadi mulai hari ini ubahlah pemikiran kita.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak tukar kereta baru ke ni?

maddoha berkata...

berak berpadanan dengan lobang jubor.

dewa berkata...

kamu kaya apabila kamu tahu bagaimana cara nak menyambung hidup selepas kamu di berhenti kerja.....seterusnya.