Sabtu, 27 September 2008
Aku Masih Ketakutan
Hari ni kurang sedikit ketakutan aku ni tak seperti hari pertama dulu. Setelah mengaulinya aku mulai menikmatinya. Takut untuk mengatakan sesuatu di tempat yang telah diwartakan tidak boleh berkata-kata adalah seperti ketakutan ketika kali pertama ingin merasa nikmatnya menguncup bibir si perawan pingitan. Kali pertama melakukannya debar di dada bagai taufan menampar laut menghempas pantai dan aku berdiri di atas seketul batu dipinggirnya. Selepas berkali-kali melakukannya terasa seperti mengulum bibir perawan pingitan sambil memikirkan ayahnya yang bermisai tebal. Atau, seperti mengintainya mandi telanjang tapi takut ketahuan. Rasa takut dan seronok yang dinikmati dalam masa yang sama telah mengalirkan anderlin dan membuatkan kita teruja. Sama seperti sakit, jika kesakitan itu sampai keperingkat yang maksimun kita juga mula menikmatinya dan menjadi satu keseronokan. Bagaimanapun ketakutan itu tidak terus hilang dia masih melekat di secebis hati keras ini kerana aku sering kali ditakutkan untuk berkata apa yang ku rasa benar. Begitu juga kamu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Salaam bro,
cadang nak pergi.. tapi tak jadi.. bila & di mana ada ulangan erk?
mungkin tak akan dipentaskan lagi sebab dah terlalu lama. Dah nak masuk 3 tahun. Mungkin pementasan lain kot.
Catat Ulasan