Jumaat, 12 September 2008

Jujur dalam lakonan

Setiap pelakon harus percaya dengan apa yang dilakukan adalah benar. Pelakon yang baik akan berjaya membuat penonton percaya dengan apa yang dilakukan dan diperkatakannya. Pelakon tidak harus terlalu mencuba untuk menyakinkan penonton dengan apa yang dilakukan dan diperkatakannya kerana dengan ini ia sudah tidak jujur dengan dirinya sendiri. Pelakon yang gagal berlaku jujur dengan dirinya akan membuatkan penonton rasa tertipu. Bagaimana untuk mendapatkan rasa jujur agar segala perbuatannya kelihatan benar? Pelakon harus percaya dengan dirinya sendiri. Untuk percaya dengan diri sendiri sebenarnya adalah satu pekara yang sukar untuk dilakukan.

Sebahagian besar pelakon akan cuba membesar-besarkan gerakannya untuk menyakinkan penonton bahawa dia benar-benar dalam sesuatu situasi. Sebagai contoh seorang pelakon itu akan berlegar-legar untuk menunjukan yang dia sedang susah hati atau gelisah atau mengerakkan tangannya ke atas dan ke bawah untuk menunjukan dia sedang marah. Tidak salah untuk melakukan perbuatan tersebut tapi apakah perbuatan itu adalah benar dan jujur datang dari dirinya atau sekadar untuk menunjukkan kepada penonton bahawa dia dalam situasi itu. Ada bezanya perbuatan untuk menunjuk dengan perbuatan yang jujur. Perbuatan menunjuk adalah satu penipuan. Seorang yang marah atau sedih tidak akan cuba menunjukan perasaannya kepada orang lain. Sebagai contoh jika saya dalam keadaan marah, saya tiada masa untuk memikirkan untuk menunjukan rasa marah saya pada orang lain. Rasa marah saya datang dari keadaan/sebab yang membuatkan saya marah. Kenapa saya marah? Saya marah kerana saya ditipu dan orang yang menipu saya adalah sahabat yang saya begitu mempercayainya. Saya pernah membantunya ketika dia susah, saya sudah menganggap dia seperti saudara saya dan sekarang dia telah menipu saya. Bila saya ingatkan semula apa yang saya dah buat pada dia dan apa yang dia buat pada saya saya jadi marah. Perasaan marah itu datang kerana saya memikirkan tentangnya bukan kerana saya cuba menunjukan rasa marah saya supaya saya kelihatan marah. Rasa marah itu adalah benar dan jujur. Perbuatan mengerak-gerakkan tangan ke atas dan ke bawah tanpa ada pemikiran dari sebab-sebab yang menyebabkan tangan-tangan itu bergerak bermakna pelakon itu cuba menunjukan rasa marahnya dan bukan benar-benar jujur dengan perasaannya itu.

6 ulasan:

Encik KOKO berkata...

JUJUR SUSAH NAK DIPAMERKAN.. SEBAB KITA SENDIRI TAK TAHU KEJUJURAN YANG MACAM MANA YANG PERLU KITA LUAHKAN.. KADANG KADANG, KEJUJURAN YANG KITA CUBA ZAHIRKAN ITU NAMPAK KURANG JUJUR DIMATA ORANG... MACAM MANA TU???

P/S: CHECK MY LATEST POST AND GIVE SOME COMMENT... SAYA ADA STU SKRIP UNTUK EXAM FINAL EN SYAHRUL, HARAP TUAN DAPAT BERIKAN KOMEN..

TQ

Rapala Jingga berkata...

kita tak perlu tonjolkan kejujuran kita pada orang lain. Kita harus jujur dengan diri kita sendiri. Dalam lakonan apa yang penting adalah membuatkan orang percaya, jujur dengan apa yang kita buat/katakan adalah salah satu kunci untuk menuju ke arah itu. sama juga dengan kehidupan. bukankah seni itu cermin kehidupan.
saya akan baca dan beri komen terhadap penulisan awak, insyallah!

Pegawai Khalwat berkata...

Yeah, aku setuju dengan idea hang.

Ramai yang selalu menegaskan bahawa bila berlakon mesti dibesarkan, baru penonton nampak.

Sedangkan jujur itu lebih penting. Berlakon dengan jujur akan lebih sampai apa yang ingin disampaikan kepada penonton.

Cuma adakalanya, bila pelakon tidak biasa dengan keadaan watak dan perwatakan tu, dalam cuba jujur pun dia akan berbohong juga.

Contohnya pelakon yang baik yang tidak pernah pegang perempuan, tiba-tiba pegang watak seorang kasanova gatal. Dari mana akan datang jujurnya?

Dibuat-buat atau meniru dari tivi?

Butaseni@Wan Raja berkata...

ya peg khalwat,pelakon baik tu adalah aku hahahaha.

bro namron,bagi saya yg cetek pengalaman ni,kejujuran berlakon di atas pentas kadang-kadang perlu mendapat sokongan dari rakan lakon jugak.sesebuah scene itu akan kelihatan jujur dan sempurna jika kesemua pelakon jujur.kalau ada sorang pembunuh didalam scene itu,maknanya keseluruhannya tidak akan kelihatan jujur walaupun kita jujur pada watak dan diri sendiri.
maksudnya persefahaman juga sangat perlu untuk kejujuran dia atas pentas.betoi dak apa saya rasa ni bro?

Tanpa Nama berkata...

Aku pernah propose subjek The Honesty of Acting dan to be honest in acting utk tesis aku tapi penyelia aku tolak. Orang akademik nampak perkataan honest atau jujur ni satu yang bersifat subjektif. Tapi pada aku, dalam lakonan semua benda boleh dilihat subjektif. Cuma orang yang masak dan sedar akan pengalaman melalui rasa jujur dalam berlakon saja yang boleh explain. Pasti ada jalan untuk diihuraikan dalam bentuk yang ilmiah. Mungkin ada penemuan kod-kod jisim tenaga yang boleh digunakan supaya ia nampak logik, jelas dan boleh diperakui oleh orang yang tak praktikal. atau perlu ujud sebuah alat pengimbas rasa jujur yang dipasang pada pelakon untuk mendapatkan kesahihan kajian.

pegawai khalwat, dalam kes pegang perempuan tu, datangnya jujur apabila selepas dia melalui proses imaginasi dan seterusnya percaya dengan apa yang diimaginasinya. Tak kiralah dengan cara mana dia melihat imaginasinya. Disini huraiannya panjang. Setiap manusia ada tahap imaginasi yang berbeza-beza. Ada yang dianugerahkan bakat berimaginasi dengan hebat. Orang macam ni asah sikit pun dah bagus. Tapi ada yang imaginasinya lemah. Orang macam ni susah sikit. Kadang-kadang tu terpaksalah imitate cara orang lain berlakon termasuk dari tv seperti saudara kata. Tapi aku percaya, selagi orang itu ada/boleh imaginasi, orang itu boleh berlakon. Ada sistemnya. Kat sekolah seni kita cuba terapkan sistem. Macam manapun, ada banyak lagi faktor lain yang boleh dilihat sebelum terjadinya kejujuran dalam lakonan. Panjang cerita. Sori namron, guna ruang kau. Ruang aku tak cukup 'pop'. Kalau aku salah kau betulkan. Kau mentor aku gak.

Pegawai Khalwat berkata...

Bro Namron, tumpang komen lagi ya.

Butaseni, hang adalah hang.

Bro Shahrul,
Ya, aku setuju dengan hang punya pendapat. Bagi yang tiada pengalaman, imaginasi adalah medium utama. Sapa yang tinggi imaginasi, dia akan ada kelebihan.

Tapi ngko fahamlah. Bagi aktivis macam aku ni, kerja mengarah, produksi dan kerja melatih pelakon, adalah tanggungjawab kolektif. jadi bila dapat pelakon yg kurang imaginasinya, tambahan lagi tak ada pilihan lain, masa itulah rasa macam tak cukup tong oksigen. jadi pendekatan belakon dengan jujur adalah yang terbaik buat takat ni. Masalahnya, watak pula sukar nak dikembangkan.

balik pada bro Namron. Jujur dalam lakonan ni ada macam sipi sipi pengaruh Stanislavski la. Ada ke?