Ahad, 9 November 2008

Cerita dalam filem

Kekuatan pada sesebuah filem terletak pada cerita. Aku percaya pada itu. Walau sehebat mana pelakonnya, seindah mana sinematografinya, sedahsyat mana lokasinya jika ceritanya tidak kuat ianya pasti memuakkan. Cerita yang kuat dibantu oleh pelakon yang hebat, sinematografi yang indah, lokasi yang dahsyat akan menjadikan sesebuah filem itu Wow!
Aku tau mesti ada yang akan kata tak semestinya. Pembikin filem eksperimental yang cuba menolak konsep cerita dalam filem mereka, pasti akan menuduh aku bangang. Jika berjumpa dengan aku, mereka ini akan keluarkan kahak dari tekak untuk meludah muka aku untuk menzahirkan rasa tak puas hati mereka terhadap aku. Atau, mungkin yang lebih bertimbang rasa hanya mengerat lidah aku untuk diberi makan pada anjing kerana bangangnya aku pada pandangan mereka. Tapi stop! Jangan buat tu dulu kat aku. Aku tak kata apa yang cuba dibikin oleh mereka tu salah. Mana ada salah dan betul dalam kerja seni. Aku cuma berkongsi pandangan aku yang bangang ni. Aku percaya semua kerja seni adalah untuk masyarakatnya. Setiap kerja seni itu berkongsi dengan masyarakat. Dalam filem penceritaan menjadi medium untuk perkongsian itu. Para pembikin filem eksperimental (yang cuba menafikan cerita) juga cuba bercerita dalam karya mereka. Mungkin cuma gaya penceritaannya agak berlainan. Mereka mungkin bercerita melalui imej-imej seperti sebuah lukisan abstrak yang turut juga mempunyai cerita di dalamnya. Persoalan di sini bukan ada cerita atau tidak tapi lebih kepada kekuatan cerita yang hendak disampaikan. Dan, itulah persoalannya. Kenapa persoalan ini aku bangkitkan? Percaya atau tidak kita sekarang ini menghadapi masalah untuk mencari cerita yang kuat untuk dikongsi dengan khalayak (baca ; masyarakat). Maka banyak sudah filem-filem yang dihasilkan (bukan semuanya) dan yang akan dihasilkan (juga bukan semuanya) mempunyai cerita yang longlai dan tak dapat mencerna pemikiran khalayak. Soalannya, Kenapa dan apa masalahnya? (ANDA DI MINTA MENJAWAB SOALAN INI).

Baru-baru ini aku berbual di telepon (selama rm 10 kad prabayar) dengan seorang rakan yang juga seorang pembikin filem. Dia orang baru dalam industri filem tapi bukan baru sangatlah dalam dunia filem. Dia belajar filem di sekolah filem cuma baru dapat peluang mengarah sebuah filem. Dan, filem yang pernah dihasilkan diperkatakan oleh banyak pihak juga. Baru-baru ini dia dapat tawaran untuk mengarah sebuah lagi filem tapi dia dalam dilema. Ceritanya hancur. Dia cuba untuk menulis semula cerita itu tapi agak tidak disenangi oleh penerbit. Penerbit mahu dia kekalkan cerita tersebut. Bagi sahabat aku ni, dia sangat yakin jika dia mengarah filem tersebut dia akan menjerumuskan dirinya ke dalam kedurjanaan yang boleh merosakkan kredibilitinya sebagai pengkarya. Apa yang harus dilakukan olehnya? Aku cuma katakan cubalah dulu untuk yakinkan penerbit tu bahawa ceritanya teruk dan cuba beri jalan untuk mengatasinya. Buatkan dia percaya cerita yang ditulis semula itu akan jadi lebih baik dari yang asal. Jika dia tetap berdegil sahabat aku mempunyai dua pilihan; 1. Mengarah filem itu sebagai satu kerja dan terima gajinya. Risikonya dia akan kehilangan hormat dikalangan pencinta filem. Dan, 2. Dia menolak tawaran tersebut. Risikonya dia akan mula dilihat sebagai pengarah yang poyo dikalangan penerbit kerana industri kita kecil sesangat. Soalannya, Jadi apa yang dia harus lakukan? (ANDA DI MINTA MENJAWAB SOALAN INI).

Nota tumit kaki kiri : Catatan di atas mempunyai dua persoalan yang tidak diberi penyelesaian oleh pengarang. Anda dikehendaki menjawab ke dua-dua soalan tersebut. Terima Kaseh.

9 ulasan:

aloy @ nurul berkata...

1-janji duit masyuk kot
2-bikin je, kasi gempak dari sudut lain,mcm acting ke? sinematografi ke?

Boleh kot?

Bro,,sy tak faham sgt la pasal filem experimental ni.. kalu leh citer le sikit.

Ajami Hashim berkata...

Soalannya, Kenapa dan apa masalahnya?

>> sebab mungkin scriptwriter cuma tulis 1st-draft tanpa re-writing dahtu berangan syok sundri yg naratif dia best yaa amats dan tak mahu mintak pandangan org lain utk baca & komen.. tambah lagi penulis bersifat defensive!

Jadi apa yang dia harus lakukan?

>> pergi cari scriptwriter nya dan tenyeh2 muka dia dgn puntung rokok! lepastu suruh dia re-write balik best2!.. dan cakap kat scriptwriter tu "kau nak tabur pasir dlm periuk nasi aku ker?"

Pegawai Khalwat berkata...

Hang sebagai orang yang menulis skrip sebenarnya memang cenderung mementingkan cerita. Ramai orang yang aku kenal yang menulis skrip akan cenderung ke arah tu. Aku pun sama.

Tak salah. Betoi dalam seni tu mana ada betoi salah. Seni tu subjektif.

Persoalan hang kenapa filem (tak semua) yang ada dan bakal ada di pasaran tak dapat mencerna pemikiran masyarakat.

Soal ni hang kena la jadi penerbit pulak, baru hang betoi2 paham. Sapa yang nak buat filem yang orang tak mau mai tengok? Ada memang ada, tapi buat filem mesti mau untung, sebab ia juga dah jadi industri.

Semacamlah muzikal Cats atau Fame yang diulang pentas beribu kali. Aku tak pasti di mana kekuatan penceritaan muzikal tu. Tapi elemen yang boleh melakukan tiket tu ada.

Jadi, kerja kita (kerja hang!) adalah untuk mendidik khalayak yang tau menghargai filem yang ada cerita yang kuat dan bagus.

Kalau tidak, pi mai pi mai tang tu jugak la.

Kedua, bab member hang tu, berbalikla pada pengorbanan dia. Dia kena korbankan salah satu. Nak cari makan atau nak tetapkan pendirian.

Sebab bukan dia yang terbitkan filem tu. Kalau dia yang terbitkan, ikut suka dia la nak buat tahana lagu mana pun.

Aku bukan menyokong penerbit yang macam tu. Tapi kalau hang jadi tuan rumah nak buat kenduri, biasanya tuan rumah yang akan tetapkan menu. Walau tukang masak kata menu tu tak sedap, tapi itu tetap hak tuan rumah sebab dia yang keluarkan duit. Ada tuan rumah boleh ikut cakap tukang masak. Ada yang tak.

Member hang kira tukang masak la. Kalau dia tukang masak yang memang baguih, maka yang tak sedap pun pasti dia boleh sedapkan. tak semestinya tukar menu.

ha.... panjang pulak.

where berkata...

mungkin jawabnya begini: berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

atau mungkin dgn pantun:
dang nila memangku puan,
berembang buah pedada;
adakah gila bagimu tuan,
burung terbang dipipiskan lada.

atau mungkin juga boleh dijawab dengan bait sajak widji thukul:
maka hanya ada satu kata: lawan!

sampah yg boleh dikitar semula berkata...

wahahahahahaa...apapun yg kita pegang dan percaya dalam hidup ini, kita harus berani persoalkannya kembali..
sebab kalau kita sentiasa meletakkan diri kita betul, kita akan menjadi sama seperti mereka yg kita benci.. kalau aku, aku akan cuba utk tetap kental bertahan dgn pendirian..tapi, siapa aku utk bersuara? hahahaa

"sesungguhnya suara itu tak boleh direndam
mulut boleh kau katup
tapi suara tak boleh dipenjarakan
kalau mereka terus memaksa kau diam
maka hanya satu harus kau siapkan
pemberontakan!!"- juga oleh wiji thukul

p/s: sekali kau tertangkap oleh perangkap, takkan boleh keluar dari belenggu penyesalan.. jadi, jaga jaga ye cik salmah..

Mohammad Hariry berkata...

untuk dua2 soalan jawapannya ialah - PUNEI!

(jangan ambil serius untuk komen aku ni)

Nam Ron berkata...

Gua bukannya arif sangat tentang filem eksperimental ni wahima filem-filem x eksperimenpun kalu lu tanya gua benda-benda yang teknikal sifatnya pening juga gua nak menjawabnya. Apa yang boleh gua kata adalah filem eksperimental adalah satu bentuk yang tak konvensional. Kalu lu nak lebih tanya Bin Filem (sila klik kat link tempat lepak)

Ajami, larikkkk!!!

Pegawai Khalwat, ada juga tuan rumah yang memberi kepercayaan terhadap tukang masak untuk menyediakan masakan yang terbaik untuk tetamunya. Tentu dia tak nak tetamunya komplen kerana banyak kekurangan dalam masakannya kan?

Where,
Berembang buah pedada,
Burung terbang dipipihkan lada.
Apa guna ilmu di dada,
Jika tak sekali amukan durhaka.

Sampah, "ada masa" kita kena sentiasa berasa betul dan dibenci seperti orang yang kita benci. Tidakkah itu yang dibuat oleh Jebat.

Hariry, Buat apa aku nak ambil serius... aku dah nampak punai ko masa kat labuan dulu tu. :)

jhebat berkata...

sebab orang kita terima filem sebagai wadah hiburan semata-mata.

untuk mengatasi masalah ini, rasionalnya, kalau kita nak join masuk kepala para businessman ni, kita perlu bikin filem yang pop, tapi masih berat isinya.

ada apa dengan cinta filem dari indonesia bertopengkan pop tapi punya jiwa yang besar.

dian dan nicholas ni cantik dan kacak tapi berisi dan ada pegangan. klu tak silap, diorang pernah pulangkan anugerah festival filem kat sana sebagai tanda protes filem terbaik tak terbaik.

kat negara kita siapa yang nak pulangkan anugerah tanda protes? pendirian pun samar-samar.


er mengenai filem eksperimental, bagi saya ia tak lebih sekadar ujikaji dan eksperimen awal untuk saya bermain atau permainkan medium filem (digital) ini. tapi kalau ada orang sedekah saya projektor mini sama kamera 8mm, dengan selambanya pun saya eksperimen juga.

disebabkan saya tidak terdidik dengan ilmu akademik filem, saya perlu bermula dengan sesuatu, dan sesuatu itu adalah filem eksperimen yang dibantai buat ikut suka hati ahaha

aloy @ nurul berkata...

boleh la tu.