Ahad, 2 November 2008

Hari di mana penuh dengan maki-makian.

Jembalang, Jin aprit, Pocong, Antu raya, Pontianak harum sundal malam betul lah. Aku bengang! Betul-betul bengang sampai ke tahap bangang! Aku dah plan, petang nak tengok BK (Budak Kelantan) malam nak ke Rumah Pena ada MASKARA. Aku google kat internet cari panggung wayang yang paling dekat dengan rumah. TGV dan GSC saja yang tayang BK. TGV kat Kepong tak ada tapi GSC kat 1 Utama ada jam 5.15pm. Aku jeling kat sudut kiri bawah skrin laptop jam 4.30pm. Ok, sempat tu. 1 Utama New Wing. Oleh kerana kurang arifnya aku terhadap 1 Utama maka tidak lah aku tau mana letaknya New Wing. Maka google lah lagi aku. Setelah kerja-kerja penyelidikan aku selesai maka bertolaklah aku dengan segeranya. Adapun perjalanan aku itu jaraknya tidaklah jauh cuma sekapur sireh dikunyah sambil menghisap sebatang rokok gudang garam saja jika berjalan kaki. Maka seharusnya jika menunggang kelisa itu aku akan sampai lebih awal dari 5.15 pm. Namun alangkah sial, babi, anjing, telur ayam kemuruk betul di atas jalan itu banyak sungguh wira, satria, iswara, juara, waja, perdana, kancil ditambah dengan mitsubishi, honda, suzuki, toyota dan macam-macam kejadahnya maka ketika aku memasuki ruang parkir jam sudah menunjukan 5. 10 pm. Oleh kerana pada fikiran aku yang selalu juga tengok wayang mengatakan tayangan akan bermula 15 minit selepas pintu dibuka maka aku bergegaslah mencari petak parkir. Namun kejadah yang entah keberapa kali yang tersembur keluar dari mulut aku ni dari satu tingkat ke satu tingkat parkir semuanya penuh. Jadah! Berpusing-pusing harapkan ada kosong tapi tetap ******* !!! Dipendekkan maki hamun dan carut marut maka dapatlah aku satu petak parkir yang kosong. Masuk saja ke dalam New Wing aku betul-betul jadi newbie kat dalam tu. Aku cuma tau panggung tu kat tingkat 4 maka lagi sekali aku melilau kat tingkat 4 cari GSC. Setelah beberapa kali naik turun eskalator jumpalah juga aku akannya. Jam sudah 5.40pm. Aku tanya kat kaunter mamat kat situ cakap filem tu dah kat skrin 10 minit yang lalu. Dia senyum. Aku tak tau dia senyum pasal itu kerja dia atau dia senyum kat aku yang berpeluh sakan sedangkan dia berbaju kot. Maka dengan berat langkah aku menapak pergi ke eskalator sambil bernyanyi lagu Istana Menanti (Rahim Makrof) di dalam hati.
Sebelum balik ke rumah aku beli kereta api untuk anak aku. Sampai rumah aku hidupkannya tapi meletup-letup dalam hati aku dengan sumpah seranah pasal kereta api tu tak boleh jalan. Anak aku yang umurnya baru nak masuk 2 tahun 4 bulan tu pulak asyik sebut "ke ta ke ta kar" Pot.... Pot (kereta api lah tu). Maka lagi sekali aku menunggang kemarahan yang penuh maki-makian tu pergi semula ke New Wing untuk menukarnya dengan yang baru. Kali ini aku betul-betul pastikan kereta api itu akan bergerak, bunyi dan asapnya keluar. Sampai rumah jam sudah 9 malam. Dan, maka dengan itu tidaklah aku kesempatan pergi ke MASKARA. Mohon maaflah kat Hannem, Ajami dan lain-lain. Ikut hati mati ikut rasa binasa. Jadah!!!!

4 ulasan:

guru besar haneem kaydeen berkata...

hihi kita serupa..rancangan baik punya tapi tuhan dah tentukan tak dapat turun jugak..agak frust tak dapat join kerana aral..maskaraku cair di hujung mata..harap ada siri kedua nanti

Fasyali Fadzly berkata...

wakakaka. marah betul abang ni.. dari ayat pertama smpi ayt terakhir penuh dengan dengusan je. sabar2. p minum ayaq hangat. wakaka.

iamstradust berkata...

patut lah back ground warna merah, sbb marah

:D

Tanpa Nama berkata...

ya lah hannem, harap-harap ada siri ke dua.

Bukan marah saja, vitamin oi tapi bengang yang dah jadi bangang dah time tu

razaisyam, salam.