Aku serba salah. Antara perasaan malu dan takut aku terhimpit. Rasa biadap, celaka dan haram jadah. Aku jadi tak selesa. Rasa bersalah yang teramat-amat bersalah.
Aku menghormati makhluk yang bernama wanita. Mereka cantik dan bijak. Aku selalu tewas jika dekat dengan mereka. Aku lelaki yang hanya mempunyai satu nafsu. Dan, nafsu yang satu ini sukar untuk ku tutup pintunya.
Peringatan!
Jangan buat andaian yang bukan-bukan sebelum habis baca entri ni. Aku lelaki bukan jantan nafsu kerbau hidung berbelang-belang. Aku juga bukan menteri kabinet, datuk-datuk atau pegawai penguatkuasa yang sering tewas di celah kelangkang berlubang hadiah dari taulan sebagai penghargaan tolong dapatkan lubang bisnes kawan.
Di celah kelangkang yang berlubang itu, memang ada satu perangkap untuk lelaki yang nafsunya hanya satu. Dan, kerana aku tahu itu perangkap maka aku cuba untuk tidak mendekatinya. Sedaya upaya.
Aku lelaki walaupun bukan jantan hidung berbelang-belang tetap satu juga nafsu itu. Walaupun wanita tidak menjadikan lubang di celah kelangkangnya satu perangkap aku tetap melihatnya begitu.
Ini ada satu peristiwa dari banyak-banyak peristiwa.
Aku berbicara dengan seorang wanita.
Aku jadi tak selesa.
Dia berbaju yang terdedah dadanya.
Bra push up yang dipakainya, menampakkan lurah di dada.
Kami berbicara tentang kerjaya.
Kerjaya aku dan dia.
Dada ku jadi bergelora.
Nafsu ku yang satu mula menggila.
Aku rasa bersalah tak terhingga.
Apa yang ingin ku kata hilang entah ke mana.
Tiap kali ku pandang wajahnya, mata ku kan singgah ke sana.
Ke dadanya yang terbuka.
Aku takut tak terhingga.
Takut disalah sangka.
Malu nantinya dianggap lelaki hidung berbelang yang inginkan lubang di celah kelangkangnya.
14 ulasan:
Dia pakai bagi nampak lurah pasai memang nak bagi orang tengok, termasuk hang.
Hang nak risau apa?
Lain la kalau dia tak perasan butang baju terkeluar hingga nampak lurah ka.
Kalau disengajakan, lain maksudnya. PErhatian yang dimintanya.
aiseh...potong la, citer x abis..
nasib baik sempat selamatkan diri...
kalau x, abis la..
huhu..
peace!
aiseh...brader. patut lu tengok lurah dia je sepanjang konversasi tu. dah dia kasi!
hari ni pun kita banyak menyaksikan longkang gebu di workshop kolaborasi.
hakhakhakhakhak
mmg dia bagi tengoklah tu...
why not??
Jangan berdendam dengan lurah. Bahaya tu.
gua suka melihat betapa berkilatnya rambut 'inspektor polis' dalam filem HISTERIA! sgt film-noir!!!
eh! kangkang dengan kengkang lain kannn?
Namron: Baru jumpa blog kau. Aku suka baca. Aku nak buat link dia. Dulu aku pernah tegor kau masa kau kena sakit gatal masa kat satu dewan di Pahang dulu. Masa kau nak cari ubat tu. Yang penting kita berkarya terus sahaja. Selamat semua.
Satira + Kacau
sajak cun! patut dimonodramakan!
antara nafsu dan kebiadaban..
masa ni baru terasa sun glass tu penting kan hahahaha. "Sebab lubang tu tersorok maka itu yg dicari, kalau di dahi mungkin org tak heran sangat kan." nih bila nak turun loq staq lagi nih.
heh ... lelaki ... men's life began at forty-ssss...
ya ke pegawai khalawat? Macam tu ka tapi aku malu macam mana nak tengok walau di beri.
apa yang abis tu Razor? peace untuk ko juga.
Ya ke Hariry? manalah aku tau aku ni naif.
bestnyer.... mirul kan.
betul ke dia bagi tengok one love? Saya rasa macam kurang ajar pulak kalu asyik tengok kat situ aje
sampah kau memang sampah.
lurah dendam ke bob?
berkilat ke ajami? Kangkang adalah terletak di antara dua paha. Kengkang ada dua maksud kelangkang dan sengkang kangkang. boleh?
apa hal ko buka citer gatal aku tu kat sini satria oi, gatal ni ada dua maksud tu. :)terima kasih lawat blog ni
fadz, apa yang cun? lurah tu ke? cakap biar betul ha ha ha
aloy nafsu tu yang buatkan kita terlontar kat dunia ni kalu tak tentu tengah santai kat surga minum wine kat sungai nun.
ha ha ha orang kampung aku sekarang ni dah tak pakai kaca mata hitam dah tu lah pasai malu-malu kucing tu.
betul tu tanpa nama. tapi nafsu tak kenal umur.
Catat Ulasan