Sabtu, 29 November 2008

Di Luar Tingkap

Aku duduk memandang luar tingkap rumah. Hutan hijau. Angin dari luar menyedut asap rokok yang aku hembus dari mulut; dari celah bibir merah hitam.
---------------------------------
Sekarang ni hujung bulan. Orang kerja makan gaji bulan-bulan tentu sibuk berbaris di mesin ATM. Menyesal? Apa hal aku nak menyesal. 21 tahun aku keluar dari celah ketiak mak aku hidup sendiri. Berdiri di atas kaki aku sendiri. 21 tahun aku hidup tanpa ada kerja tetap dan di hujung bulan beratur di mesin ATM. Dua puluh satu tahun.
---------------------------------
Mata aku. Mata putih yang kuning ke kuningan di sulam dengan urat merah memandang ke luar tingkap melihat daun-daun hijau melintuk-lintuk di tiup angin. Awan mendung. Hujan pasti turun lagi petang ini.
---------------------------------
Kerja. Mak mentua aku, bapak mentua aku, abang -abang dan kakak-kakak aku; kerja bagi diaorang bila ada duit yang diterima sebagai upah. Mak aku juga. Bapak aku... Aku tak pasti apa erti kerja untuk dia. Masa aku anak kecil, mak aku kata "hang jangan malas jangan jadi macam ayah hang". Aku tak pasti aku tak membesar dengan bapak aku. Aku kenal dia hanya dengar cerita mak. "Ayah hang tak mahu kerja". KERJA. Kerja tu bila dibayar upah dengan duit.
---------------------------------
Daun-daun hijau kaku di ranting pokok. Angin sudah berhenti bertiup. Hujan pasti akan turun bila-bila masa sahaja.
---------------------------------
Aku. Tamat bulan ni maknanya sudah dua bulan aku tak ada kerja. Kerja seperti yang diaorang maksudkan. Duit. 2 bulan tiada duit masuk ke kantung seluar aku. Aku kerja tapi kerja yang tiada upah. Memang aku sibuk dua bulan ni. Sibuk dengan pementasan teater yang aku masih berhutang kos produksinya. Sibuk dengan penulisan skrip yang entah bila dapat dipindahkan ke filem. Sibuk dengan bengkel teater yang dapat membuka mata dan telinga. Sibuk yang sangat sibuk. Namun bagi diaorang itu bukan kerja kerana mana duitnya.
---------------------------------
Sunyi. Hutan hijau di luar tingkap sunyi sepi. Tiada bunyi burung atau pekikan kera berebut makan yang dikutip di tong sampah. Tiada juga bunyi ranting-ranting tua yang jatuh timpa daun-daun kering di lantai bumi. sunyi.
---------------------------------
Sekarang ni hujung bulan. Sekarang ni aku benar-benar kering. Sewa rumah dan susu anak yang aku risaukan. Tadi aku ke kedai beli susu anak.
AKU: Susu kotak besar satu.
TOKEY: Stok habis. Kecik saja ada mahu?
AKU: Boleh lah.
TOKEY: Ini nanti stok baru sampai harga naik lagi.
AKU: Eh! Itu hari masa minyak naik harga sudah naik.
TOKEY: Sekarang naik lagi.
Aku diam. Aku bayar dan balik.
---------------------------------
Di luar tingkap. Langit makin gelap. Awan hitam menutup bumbung langit. Aku duduk melihat pokok-pokok kecil. Apa ertinya mendung baginya kerana bila matahari menyinarpun ia tetap tidak dapat menikmati cahaya. Pokok-pokok kecil yang kerdil.
--------------------------------
Dan, tanpa kilat tanpa guruh berdentum-dentum hujanpun turun. Lebat selebatnya. Beberapa bintik air terpercik ke tingkap dan meleleh turun di cerminnya. Aku pejam mata.

nota tumit kaki kiri : Bila-bila masa sahaja telepon aku akan berbunyi. Abang aku yang gajinya lima angka itu pasti telepon beritahu bank teleponnya. Pasal dia jadi garentor masa aku beli kereta buruk yang dah dua bulan tak bayar tu. Walau dia tak bagitau, aku tau dia malu dengan bank. Aku akan kata sibuk sangat tak ada masa nak bayar walau tak tau lagi mana nak cakau duit. Alhamdulilah.

18 ulasan:

Ajami Hashim berkata...

orang putih panggil "domino theory".. aku panggil "efek kerakusan manusia jahanam!".. sabar bro!

p/s: teringat "domino pizza" pulak!

Mohammad Hariry berkata...

ron. jangan dok pikiaq sangat. kerja lah apa yang patut.

kita bukan anak org senang. nulis blog je kerjanya, mkn minum, rumah, dok rumah mak bapak. mak bapak pulak kaya. kemudian, nak cakap pasal org miskin, dok sembang kat coffee bean. jangan jadi macam dia orang!

kita, yang asai miskin, merantau, konon nak cari rezeki ni, tapi dah termaktub dalam sejarah 'revolusi industri 1760-1820', sistem kapitalis adalah sistem yang jahat dan gagal, tapi masih lagi diperlukan sebab kita hari ini sudah makan darah daging sistem ni.

bukan hang sorang dok ngeluh. ada ramai lagi buruh-buruh, pekerja-pekerja kat luar sana yang sebelum ni ditipu dengan jenama astro, maxis, celcom, u-mobile, buluhmas, nokia, sms on cinta, cimb personal loan, tesco, giant, filem selamat pagi cinta, aeon credit, tapi hari ini semuanya tak berguna sebab makan minum lagi penting. tapi kenyataannya, makan minum pun dah susah sekarang! nasi ayam biasa nasi semangkuk besar, tapi hari ni, mangkuknya kecil sikit. harga tetap sama.

di barat, seperti dalam filem 'factatum', penganggur, home-less, diberi saguhati oleh kerajaan. tapi, di sini, kita yang bagi saguhati pada kerajaan. neraka jenis apa ni?

aku dah rasa benda ni semua masa bulan 6 itu hari. kemudian, aku berhenti kerja, konon nak buat kerja lain. tapi, seminggu selepas aku berhenti, kawan2 aku yang lain kena buang. ini nite club tau! bisnes paling senang untung dan bisnes paling senang lingkup. sejak itu, kerja sangat susah. ada, tapi bayarannya sikit. aku sampai black-listed bank, tak boleh bayar lagi. anak aku nasib ada kat kampung, dan aku nasib baik masih solo.

sekian, keluhan seorang kuli.

Tanpa Nama berkata...

patut bukak persatuan ni.

ALOY berkata...

lu punye kisah pasal abah lu,,ada sama mcm gua ar..

pasal duit pun same,,cume beza wa solo dan student..

lu tak ngajar kat ASWARA lg ke bro?

LENNY ERWAN berkata...

sabar bang, lepas hujan pasti muncul matahari. :-)

Vitamin berkata...

aduuiii. sayu hati baca entri ni. takpe bang. ini pendapat saya. rezeki ni sama je macam ajal maut. klu kita selalu cari, insya-Allah kita senang dapat.

tapi bukan saya suruh abang cari ajal. hehe.

sampah yg boleh dikitar semula berkata...

hahahahaaa....

sial!!

di brazil ada satu istilah.. SOULDADE..kalau tak silap aku..
maksudnya, perasaan sedih pilu yg terhasil serta muncul akibat ingatan terhadap memori yg indah dan manis..

sial!!

apakah yg sudah tertulis mampu ditepis?
apakah yg Esa akan menangguhkan perkara?

ahhh!!

stabil untuk siapa?

p/s: hero kalah dulu.. wahahahahahaha!!!!!!!!

Penjejak Badai berkata...

rilek,pelan2 org kata..jgn kalut2 bukan nak p kelaut.nanti2 ada la tuh.. selepas ari tuh yang kita berjumpa masa ftm kat kedah,bro kt nak hantar skrip...tp x pa la pekara dah lepas,final projek pon dah tamat dgn jayanya,maybe bro lupa kot xpon bz!ehh dah xkeja kat aswararai ka? ps:nanti apa2 saya bgtau lain skrip yang mana baru dalam proses pemilihan..no phone yang dulu lg kan?

Ajami Hashim berkata...

Salaam bro,

jom tonton CINTA JULIA
aku nak pegi tgk lagi last-day 2/12 nnti ;-)

Nam Ron berkata...

Terima kasih kepada semua yang menulis di sini segala nasihat dan keperhatian anda semua amat aku hargai.

Ajami sori tak dapat join kau tengok cinta julia aku ada rehearsal. anyway tanks for ajaking.

Hariry, gua memang tabik sama lu. Dengan adanya orang macam ko membuatkan kala aku dihimpit kesempitan aku masih bersyukur. Apa yang aku lalui tak kan setanding dengan keperitan ko.

Buka persatuan apa Tanpa Nama?

Aloy, gua pernah hidup lebih susah dari apa yang gua tengah hadapi sekarang ni. Gua masih Part time kat aswara cuma gua tak pernah claim sepanjang satu semester ni cuba nak tengok boleh idup tak kalau tak bergantung kat aswara. Mana tau kot-kot kontrak dah tak sambung.

Lenny, apa bezanya untuk pokok-pokok kecil yang tumbuh di bawah pokok yang besar kerana seterang mana mentari menyinar cahayanya hanya jatuh ke atas daun-daun pokok yang besar. thanks atas ingatan.

Vitamin, jangan sayu sangat aku tak teruk manapun. Duit masih ada RM350 kat bank. :)

Ko Sampah ko memang ok sampah.

Eh, penjejak badai, aku lupa lah pasal skrip tu? ada ke? Sori. Aku masih nombor lama. Dan, masih kat aswara tak taulah semester depan cam na kalau ada rezeki ada kalau tak tak ada. almaklumlah pekerja kontrak separuh masa. Mana stabil.

Terima kasih semua. Anda memang mengambil berat terhadap kepayahan orang lain. aku hargai itu. korang semua memang behati mulia.

one love berkata...

i dun have anything to say...

:)

Tanpa Nama berkata...

dok rumah mak bapak takpe. asalkan tak menyusahkan. tak mencuri. asalkan tolong bayar bil dan tolong mana-mana yang patut. mak bapak bukannya immortal.
- ani

Pegawai Khalwat berkata...

Yang penting syukur bro....

Kekurangan kita, ada orang lain yang lebih lagi kekurangannya dari kita.

syahrul berkata...

Ron, hidup makan gaji bulan2 mcm aku nipun jiwa tak tenteram jugak. Aku ada satu bini, tiga anak n satu maid. Banyak masa anak-anak aku dgn maid dan astro. Balik kerja, anak aku yg da boleh mintak, ajak mkn mc D, pizza hut, PS2 n mcm2 lg yg dia nampak dlm tv. Nak je aku buangkan semua tv dan astro. Tp duduk kat kl, anak-anak bukan boleh main mcm kat kampung. Kes culik lagi. Aku sedang pikir mcm mana tak kerja tapi dpt duit. Supaya org ingat aku tak ada duit sebab tak kerja, tapi sebenarnya berduit. Dari situ aku boleh kontrol belanja. Alhamdulillah.. Semuanya pilihan individu dan negara tercinta.

sinaganaga berkata...

Ermmmm... :(

ayuqhatamy berkata...

Bro...sejak zaman aku kenal ko...aku selalu suka 'tulisan' dan 'bahasa' ko, sesuatu gituh...

Indra Putra berkata...

hmmm interesting! Saya pernah menonton filem Paloh dan saya suka lakonan saudara. 'bekas' tenaga pengajar di aswara. pengarah filem Gadoh. Apa kata, untuk 5 tahun mendatang, campakkan segala jatidiri ke luar tingkap dan jadi pengarah untuk mana-mana produksi drama untuk stesen kerajaan dan swasta. Mcm beberapa orang yang mencampakkan jatidiri untuk jawatan pengetua demi Ringgit Malaysia. Boleh terima tak cadangan ini???

M.hakimi berkata...

kita mnusia pd pringkat golongan yang xberapa nak ada...syukur..sabar ye..