Isnin, 15 Disember 2008

erti suatu kehilangan

Dia bersama kami sejak 7 tahun dulu. Kami; aku dan jun, hidup bersamanya. Bahagia. Dari satu-satunya dia hingga menjadi dua. Mereka. Aku kasihan melihatnya hidup tanpa teman lalu aku berikannya satu. Mereka berdua hidup bersama kami.

Antara keduanya aku lebih menyayanginya. Jun juga.... dulu. Sejak kami jadi tiga, sikap Jun mula berubah. Aku juga... mungkin. Dia... mereka mula dipinggirkan. Hidup terkurung di bilik kecil di hujung dapur. Hanya sesekali dapat bergerak bebas bergual bersama kami... aku. Terus terang aku amat sedih lihat mereka hidup begitu terutama dia. Beberapa kali Jun mengatur rancangan untuk meninggalkan mereka tapi aku sering cari alasan. Hingga ada masanya tercetus sedikit ketegangan antara kami. Setelah berkali-kali rancangan gagal akhirnya aku setuju dengan rancangan terakhirnya. Memberi mereka kepada keluarga angkat. Maka mereka diiklankan di internet. Kami dapat banyak panggilan untuk menerima mereka tapi semuanya gagal dalam proses interview di telepon. Si pemanggil lebih berminat untuk mengambilnya sahaja bukan temannya bersama. Temannya yang hanya bermata sebelah tidak diingini. Kami tidak akan memisahkannya. Kegagalan itu sebenarnya mengembirakan aku. Setiap kali permohonan terpaksa ditolak aku tahu mereka akan dapat bersama kami... aku untuk beberapa hari lagi. Hinggalah kelmarin si pemanggil menelepon dan berminat hanya dengan temannya yang bermata satu. Alasan kami tetap sama, kami takan pisahkan mereka. Si pemanggil setuju. Semalam si pemanggil datang dengan kereta vios mengambil mereka. Dan, bermulalah hidup mereka bersama keluarga angkat mereka yang baru.

Ketika pemergian mereka setitikpun air mataku tak mengalir. Sedangkan akulah orangnya yang sentiasa pertahankan mereka. Akulah yang memberi mereka makan dan minum. Akulah yang membersihkan tempat mereka. Akulah yang mencuci tahi dan kencing mereka selama ini. Sangka ku antara kami hanya aku seorang yang menyayangi mereka. Apa yang tak aku sangka, Jun menangisi kehilangan mereka sepanjang malam. Jun menangis dari petang hingga ke malam. Dan, malam itu dia tak dapat melelapkan matanya mengenangkan dia (mereka) sedangkan aku letak saja kepala ke bantal terus lelap hingga ke pagi. Sudah tentu selepas sudah penat cuba untuk menenangkannya.

Itu yang tak tersangka oleh aku. Rupanya Jun lebih sayangkannya (mereka) dari aku, cuma dia tak pernah menunjukan rasa sayangnya kerana tidak mahu bersedih ketika kehilangan mereka. Namun kesedihannya lebih parah dari aku yang sudah puas menyayanginya (mereka) selama ini.

nota tumit kaki kiri : Kehilangan dia lebih dirasai dari temannya kerana dia bersama kami sejak dari kecil lagi. Sedangkan temannya masih baru bersama kami (bukan kerana ia bermata satu).

8 ulasan:

artsoul berkata...

starting entry ni kan,aku dok ingat kisah pologami...rupe-rupenyeee...tipah tertipu...cis!

artsoul berkata...

eh,silap type..poligami

fadz berkata...

mat jiwang juga Namron ni rupanya.

Rapala Jingga berkata...

artsoul :)

Fadz, dulu-dulu aku ada baca buku mona gersang tu yang ada sipi-sipi jiwang sikit tu.

Pegawai Khalwat berkata...

Cerita kucing ka?

Tanpa Nama berkata...

dia..

pernah terlepas keluar dari ruangnya akibat kecuaianku..

dia..

pernah menaikkan darahku dengan cakarannya hingga menitis darah mudaku..

dia..

adalah temanku di suatu malam hari raya tatkala takbir bergema..

wahahahahahaha....

Rapala Jingga berkata...

Pegawai khalawat, ini hanya cerita kucing. Kucing yang fikir ia adalah manusia.

Sampah, Pengalaman ko ada harganya. Cakarannya adalah kenangan. Harapan... dia akan lebih bahagia sekarang ini.

Fasyali Fadzly berkata...

siot, igt cerita orang. aku dah naik risau dah.. huh!!