Rabu, 17 Disember 2008

Pompuan suka lelaki jahat. Cinta dan Seks

Kebelakangan ni banyak sangat cerita dari kawan-kawan aku yang berumur awal 20an putus cinta. Bila aku tanya "korang dah main ke belum?" diaorang jawab "belum!" Main di sini bukan maksudnya main guli atau konda kondi atau batu seremban mahupun video games dan PS 2 tetapi permainan seks.

Entri kali ini hanya untuk pelayar LELAKI yang usianya melebihi 18 tahun. Sekiranya anda berumur kurang dari 18 tahun tak kira sama ada pada digit ataupun pemikiran sila keluar dari blog ni. Terima kasih.
photo buah keriang ini di ambil dari aman's photostream dari laman flickr
"Wanita atau perempuan sukakan lelaki jahat" kata seorang sahabat ketika usia aku belia remaja. Masa tu umur aku baru 19 tahun. Dia cakap kat aku masa kami duduk atas dahan pokok keriang sebelah rumah dia. Aku pandang ke bendang, mata berkelip-kelip tak faham. Dia terangkan kat aku sambil kunyah buah keriang. Lidah dia hitam unggu-unggu. Sahabat aku ni satu usia dengan aku. Masa zaman sekolah dulu, diapun macam aku juga. Takda sorang pompuan pun nak kat kami. Pasal kami budak baik. Budak-budak lelaki yang ala-ala samseng masa kat sekolah dulu tu girlfriend dorang semuanya cun melencun. Masa kami dok usung VHS (sewa) p rumah kawan-kawan yang ada player (ponteng sekolah sebab mak bapak kawan-kawan takda kat rumah) untuk tengok filem blue, diaorang pulak dah usung girlfriend bawa balik main kat rumah dah.

gambar dari eharmony.com

Masa kat atas pokok keriang tulah kawan aku tu cerita dia pernah main dengan sorang pompuan umur 16 tahun kat projek perumahan terbengkalai kat sebelah kampung kami. Aku terus jadi kagum. Dia kata, dia dah jumpa fomula untuk tawan pompuan. "pompuan tak suka lelaki baik, depa nak hang romen depa, cium, raba lepas tu main" dia explain. "Lepas tu depa dah tak lekang lagi dengan hang... Depa terus cinta dekat hang" kata dia sungguh-sungguh sambil memetik biji buah keriang keluar dari celah gigi yang hitam unggu-unggu. Aku percaya kat dia, bukan pasal cerita dia tapi sebab sejak hari tu aku selalu nampak dia keluar dating dengan pompuan. Dan, sejak dari hari tu juga sampai ke hari ni bila aku lihat sekeliling aku yang aku nampak lelaki jahat yang selalu di kejar pompuan.

Nota tumit kaki kiri : Buat lelaki baik, janganlah kau harapkan cinta kerana tak akan ada cinta untuk kamu. Cinta itu hanya teori dan seks adalah praktikalnya sebab tu orang putih kata making love (maksud dalam bahasa melayu adalah bersetubuh). Jadi untuk lelaki baik kahwinlah sebelum bercinta.

30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perempuan suka lelaki jahat sebab biar nampak "cool".


padahal semua tu untuk suka duka main main saja.

Tanpa Nama berkata...

lelaki baik takkan dapat apa apa..

wahahahaha!!

artsoul berkata...

jadi untuk semua leleki baik,jadi la jahat..hehehhe

ssh jgk nk komen bab ni...apa2 pun klu nk ckp pasal cinta sy percaya pada kejujuran dan pengorbanan...tu jeeee..

shoux berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
guru besar haneem kaydeen berkata...

i would go for bad boy image too sebab yang nerd dan skima tu mcm tak ada nilai seni dan karakter lah (patut le smpai skang aku suka mengapresiasi lelaki berambut gondrong dan serabai) hahaha

saodah berkata...

erh~

sama je kot cam lelaki..suke yg boobs besar.. nampak pusat.. loud.. sexy.. sedikit bitch
( contoh! << kalau carut tp contoh mak tak cubit.. )
untuk buat gf..


bile kawen baru cari yang baik..pakai tudung etc..


tapi tak semua kot..


(sbb kat sekolah dulu..student pempuan yg howt2 dipasaran kebanyakan nye sedikit bitch(maaf.contoh sekali lagi!)

Kristal Media Group berkata...

hahhaha.... entri ni utk lelaki awal 20-an ya... mcm aku la tu....

content entri ni aku penah tulis dlm blog aku setahun yg lepas...

baca kat;

http://azmir2k.blogspot.com/2008/01/baik-vs-jahat.html

atau

buku Elarti 2; Suara Baru Penulisan Kontemporari (beli la sendiri kat MPH...)

Aloy Paradoks berkata...

gua tengok Ho Nam dalam Young and Dangerous,,,,ade je amoi ikut die,,,

Ayah Pin tu bini banyak kan?
sbb die jahat kot,,,....

Rapala Jingga berkata...

Coffeholic, lelaki suka pompuan jahat sebab fikir boleh main. Ye ke?

Sampah, Macam ko ke? he he he. Nampak saja ganas tapi baik.

Artsoul, Aku nak jadi jahat ko suka tak? Kejujuran dan pengorbanan takkah tu klise... atau itukah yang selalu diucapkan lelaki tika ingin permainkan (baca main) pompuan????

ulasan dipadam, kenapa..??

Haneem, kasihan kat lelaki baik lagi skema... they also a human being can u give them a pieace of (your) cake... Jahat tak ayat kat atas tu?

O.K.Sabrina, Lelaki jahat hanya untuk pompuan yang jahat begitu juga sebaliknya. Hemmm... pikir-pikirkan.

Semut kecil, jahat sangat ke ko? tak takut ridset :). anyway dah jengok entri ko tu. Ayat "agaknya pompuan sekarang suka lelaki jahat..." agak tak tepat sebab sebenarnya sejak dari dulu. entri aku ni tentang kejadian lewat tahun 80an.

Ayah Pin tu jahat sangat ke Aloy? Ada yang lebih jahat sampai dapat main dengan model mongolia.

marini rafar berkata...

menarik la entry ni. 1st time baca. hmm. ada satu ayat yang sgt menarik untuk share komen: itukah yang selalu diucapkan lelaki tika ingin permainkan (baca main) pompuan????

well, itu mmg betul. cos saya ada ramai kwn lelaki (dan pengalaman) yg buat menda yg sama.

cuma tak paham bg perempuan,bila suka lelaki yg luar dr konsep bad boys, org tu pulak jual mahal.. ala com'on la, takkan nak tunggu aku main dgn hang pulak kan? ish...

btw: i love u abg nam rom (dengan nada peminat penulisan semata. tiada unsur2 utk ajak main)

Tanpa Nama berkata...

aku suka, untuk lelaki baik, kahwinlah sebelum bercinta.

tapi,kahwin dari segi kahwin nikah ke, kahwin main?

Sebab budak-budak kolej aku synonymkan kahwin tu main. ;P

Tanpa Nama berkata...

huishh..

ini taktik baru punya..

biar nampak jahat and bad boys.. lepas awek dah tertarik dan mendekati kita, barulah kita tunjukkan yg kita tak sejahat yg diorang sangka.. barulah diorang lagi teruja..

ada sifat2 bad boys and ada sifat2 gentlemen yg kononya matang dan berfikiran jauh..2 dalam 1 gitu..baru meletup.. wahahahahaha

ini barulah PFF.. Perangkap Flemboyan Felda..wahahahahaahah

sial!!
loser gila aku ni..hahaahaha

artsoul berkata...

ha,mgkn aku suka kuttt..hehehe,aku mmg klise..nway,laki sule guna ayat power..
dtg tk pementasan sy next month?

guru besar haneem kaydeen berkata...

astaghfirullahulazimmm..nasib baik le aku tak reti buat kek!:)

Pegawai Khalwat berkata...

Bang, perempuan suka laki jahat, tapi bila dah kawin laki jahat, rasa menyesal plak nak kawin laki baik.

Laki pulak lagi tak guna. Suka perempuan jahat (baca: senang main macam hang kata), tapi bila nak kawin, cari perempuan baik.

Rapala Jingga berkata...

rene, u ni bijaklah macam tau saja apa yang ada dalam fikiran i ni (itu salah satu ayat untuk ajak main). i love u too (dengan nada cuba-cuba ajak main) Kah kah kah...

hanimomo, khawin di sini maksudnya nikah bukan khawin main. Ko dah kahwin dah?

sampah, ko tu memang dah nampak jahat ala-ala bad boy tapi sebab ko layan lagu cinta iwan fall maka sebab tu ko sampai sekarang masih teruna tua. Ko dak felda, baik macam mawi.... mawi baik ke? dengar citer ekin tu pernah "kawin" dengan anak sultan johor. betul ke gosip?

artsoul, insyallah kalu ada kelapangan pasti kan ku singgah menonton permentasan tu. Nanti lepas tu boleh kita main kahwin-kahwin. Teringat masih kecil-kecil dulu selalu main khawin-khawin dan doktor-doktor. he he he he

Haneem, nasib baik ko pandai masak asam aje kan?

Pegawai khalwat, hemmmmm!!!! ada kisah menarik tentang pompuan suka lelaki jahat lepas kawin rasa menyesal tu. Macam kisah Salina Pak Samad tu....

Tanpa Nama berkata...

oh begitu. tak, tak kahwin lagi. dari semua segi.hahaha

zakzak berkata...

aku setuju dgn komen coffeHolic, dan aku rasa ppuan suka bad boyz pasal depa beranggapan yg dengan cinta nnti bad boyz tu akan berubah, dan itu akan menaikkan ego ppuan tu?
hmm..i've always wondered about this.

marini rafar berkata...

abg nam ron, saya mahu tambah: buat2 bijak supaya dapat main atau, oh, i nak tunjuk painting baru i pada u. tapi kat rumah, jom.

lebih bijak jika dapat jinakkan badboys.

p.s: jujurnya kata2 diatas masih tiada unsur2 ajak sesiapa main. saya budak baik tapi tak paham kenapa kwn2 kata nakal.. hahaha

M.F KENCANA berkata...

ya betul. Perempuan sukia lelaki jahat. Bila kita jadi baik, jaga gf kitew dgn baik, last-last dia lari jugak nak pg kat org lain. Prmpuan tak suka kitew jadi baik... Betul tu sifu Namron... BAru saya sedar...Patutlah sy sering kecewa dgn cinta... -M.F Kencana

Baz_ketin berkata...

some girls are bigger than others...sila dengarkan lagu klasik dari the smiths...mgkin ada kaitannya dgn topik ini...

p/s..padanla xde pompuan nak kan aku..

Tanpa Nama berkata...

eeerrrr, spa2 yg baca ni jgn marah yee, perempuan nih memang makhluk yg bodoh lg bengap, so kita sbagai lelaki ni yg kna shape diorg nih

Tanpa Nama berkata...

kalu suma lelaki nak jadi jahat gara2 cinta... siapa plak nak jadi budak baik? cinta seks saje ke....

aiza berkata...

baru saja baca blog ni, best lah entri2nya...

lalaki baik berkahwinlah sebelum bercinta, bagaimana pula dengan perempuan baik?

Rawkzell berkata...

lelaki baik suh mak carikan wife .haha . joke only ( zaman kuno punye orang* )

ayub_berkata_pun buta.. berkata...

ak ska artkel ni...tpi bgi ak mmg btul llaki perlu kwin sblum brcinta...sbb klau brcnta msng2 akn jdi msra smpai mhu brsntuhan..dri stulah adnya rsa utk lbih2..cium, pgg2, n strusnyalh...bgi ak kwin tu lbih baik...ak pn lom kwi lgi..ak hrap sgt lki kt luar sna tu yg blumlgi trlnju cpt2 la kwin...kwin tu akn kwl nfsu...ak pn da nk kwin smggu lgi..hehe..jmputla smua...tq..salam..

Tanpa Nama berkata...

Alaaaaa mna da..ada laa perempuan suka laki baik,yg dpat jd imam utk depa 1 ari nnty...kalo dpat laki jhat,abis laaa runtuh hbungan n umah tgga

Tanpa Nama berkata...

Aku x nafikan mmg budak 'jahat' ni selalunya senang2 nk dpt awek....tapi ada juga lelaki nmpk baik dan senyap2 je kalau ditengok dari luaran tapi kalau mengurat awek gayanya mcm harimau memburu mangsanya....diam2 je memerhati mangsa....tahu2 dah dpt terkam.....

mohd hafis berkata...

Hi blh knln

Jemay berkata...

Mengikut pengalaman aq, apa yg diterangkan di atas aq setuju 100%. Aq pernah jd pencinta setia, baik, jujur dan tidak berbuat apa2 yg x senonoh pd pompuan yg aq cintai. Tahu apa jd? Hubungan x lama, dia cari lelaki lain yg blh bg dia geli2 dan sedap2. Bkn skli aq kecewa, tapi berkali-kali hingga akhirnya aq jadikan satu kemestian, kawin dulu (kawin tau, bkn nikah) kemudian kalau dia nk nyah dr idup aq pun, silakan sbb aq dh x rugi apa2. Luka di hati dan kecewa xkn lama. Cinta sejati? Kahkahkah... Hnya dlm filem je wujud. P.Ramlee pernah pesan, dlm hidup ni, kalau kita jujur, kita baik, org akn pijak kita. Tapi kita menipu, kita jahat, org akn syg kita. Org akn hormat kita. Bkn aq yg kata, P Ramlee yg kata. Sekian.