Sabtu, 27 Disember 2008

Mari belajar bahasa inggeris untuk matematik dan sains

He said : aku tak suka blog
jadi macam diari.
I said : tulislah apapun
walaupun diari.
He said : Sekarang ni banyak
sangat cerita sex kat blog ko. SCORPIO....
I said : aku tulis apa yang aku nak
tulis bukan apa yang aku fikir nak tulis.

A. samad said : apa yang ko tulis mengambarkan siapa ko.
I said : Ya ke? aku tak macam tupun.

nota tumit kaki kiri : A. Samad adalah kawan aku, bukannya A. Samad Said sasterawan tu. Said dalam bahasa melayu maksudnya cakap atau kata dan Said yang dihujung nama pak samad tu adalah nama ayahnya . Jangan salah faham nanti salah kira-kira, bila salah kira-kira salah pulak formula.

I said : I love Pak Samad Said

Sabtu, 20 Disember 2008

Sumber Protien Dengan Kaedah Gun Shot


Entri ini tentang penjagaan tubuh dan kesihatan.
For sure banyak antara kita amat-amat teramat pentingkan kesihatan. Untuk menjaga kesihatan kita perlu menjaga tubuh badan kita. Dan, penjagaan tubuh badan untuk menjaga kesihatan bermula dengan permakanan. Sebab itulah kita sering di war-warkan dengan produk makanan/minuman kesihatan yang melambak-lambak di pasaran terbuka dan MLM.

Selain dari vitamin, zat, karbohidrat dan lain-lain lagi mineral yang diperlukan oleh tubuh kita jangan lupa tentang protien. Menantang ni amat diperlukan oleh tubuh untuk tujuan pembesaran. Tubuh sihat dan besar. Membina otot-otot untuk menguatkan tubuh.

Peringatan sebelum meneruskan pembacaan anda adalah diingatkan bahawa penulis blog ini hanyalah budak aliran sastera yang tak pernah belajar biologi, kimia dan fizik masa kat sekolah dulu. Pengetahuan sains hanya dikutip melalui pengalaman dan ujikaji bawah tanah untuk suka-suka semata-mata. Dengan sedikit pembacaan dan (lebih banyak) penontonan di kaca tv.

Aku kenal dengan Man (sebutan Man adalah dalam bahasa melayu bukan english) masa umur aku 17 tahun. Walaupun dia sepupu aku tapi aku tak pernah kenal dia sebelum tu. Dia beberapa tahun lebih tua dari aku. Keluarga dia berpindah duduk kat kampung aku masa umur aku 17 tahun. Sebab aku tak banyak kawan jadi dia dengan mudah jadi kawan aku. Lagipun rumah dia kat belakang rumah aku saja. Selalulah kami lepak sama-sama, berdua-duaan. Man ni badan dia besar, orang panggil dia Man Besi sebab dia selalu p Gym kat Tepian Gelanggang main besi. Aku suka berjalan di samping dia aku rasa macam di protected.
Melalui sepupu aku ni lah aku belajar tentang seperkara untuk menjaga tubuh supaya besar dan berotot kita perlukan makan makanan berprotien dan lepas tu baru main besi. Aku ada juga ikut dia p gym, memang aku akui tubuh dialah yang paling besar dan berotot. Aku juga selalu tengok dia makan susu protien yang dia beli kat kedai. Dia kata susu tu mahal tapi baik untuk otot. Selalunya dia minum dengan buah-buahan dan telur mentah yang dikisar bersama-sama. Aku yang suka bertanya tentang apa-apa benda yang aku tak tahu tu telah diberitahu oleh dia tentang satu sumber protien yang sangat disukai oleh orang-orang macam dia, iaitu SPERM atau AIR MANI.
Menurutnya terdapat pil-pil yang memang dibikin dari sperms manusia ni (aku tak pasti susu yang diminum oleh dia tu dicampur dengannya atau tak). Dia bagi contoh, kejadian pemotongan kerendut (dua batu yang tergantung di celah kangkang) semasa perang di Bosnia ada kaitan dengan bisness ni.
Walaupun begitu aku belum pernah mencuba untuk meminum sperms sebagai sumber protien. Namun buat sesiapa yang ingin mencuba dipersilakan. Terutama sesiapa yang tubuhnya kurus kering dan dah bermacam ubat di telan namun tetap kurus. Apa salahnya untuk mencuba, lagipun air mani tu tak diketegorikan sebagai najis. Walau menitik kat kainpun masih boleh dipakai sembahyang. Bagi yang berminat untuk buat bisnesspun boleh, lagipun banyak anak-anak muda yang sentiasa membazirkannya ke dalam lubang tandas. Dalam keadaan ekonomi yang bertambah meleset ni ada baiknya di cuba lagipun kebanyakan yang sentiasa mahu menjaga kesihatan dan tubuh badan ni hanya orang-orang kaya. Kita juallah pada dorang. Guna cara *gun shot mesti laku.

*gun shot istilah yang dipakai oleh orang jepun untuk merujuk perlepasan air mani ke dalam mulut selepas seks oral.

Nota Tumit Kaki Kiri : Man sepupu aku tu aku kawan dengan dia tak lama. Semasa aku belajar di Jasin, Melaka, bila balik cuti semester mak aku bagi tau sejak aku tak ada dia selalu datang rumah nak berkawan dengan mak aku pulak. Ada satu hari tu dia keluarkan kote, tunjukkan kat mak aku yang tua kerepot tetek dah sampai ke perut. Sejak hari tu bila dia datang rumah, mak aku dah tak bagi dia masuk. Bila aku balik kampung selepas habis belajar kat Melaka pun dia dah tak pernah jenggok aku lagi dah sampai ke hari ni. Aku tak tau betul ke dia tunjukkan kote dia atau kote dia terkeluar sebab lupa tutup zip, tapi mak aku beriya-iya kata perbuatan itu memang disengajakan. Aku tak pasti, aku tak pernah tanya dia tentang tu sampai hari ni.

Khamis, 18 Disember 2008

Mencarut untuk kesihatan jantung anda.

gambar jantung

Ingatkan tak mahulah buat entri baru. Nak relax-relax dulu, kasi goyang-goyang batu sambil cabut bulu ari-ari atau garu-garu kurap songkla kat tepi bibir dubur bolehlah rasa geli-geli. Namun alangkah cilanatnya, jadah darjah ke 8 tahapnya bila memandang wajah anak PM Malaysia ke 2 yang (mungkin) akan jadi PM Malaysia ke 5 berucap di kaca tv 21 inci yang aku beli tahun 2003 baki duit bayaran berlakon filem Paloh yang tak seberapa tu. TV yang sering hilang suara hingga terpaksa di ketuk-ketuk untuk buatkan dia berbunyi semula tu menayangkan muka bakal PM dengan bibir merah seksi menyatakan "Kerajaan tiada halangan" (melepaskan IJN kepada Sime Darby).


logo sime darby

Di sini izinkan aku mencarut. Sesiapa yang kurang senang dengan bahasa kasar sila jump to the next paragraph. Terima kasih. Pukimak...!!! Motherfucker.. asshole! What the fuck, kiss my black ass, hawou, lahabou, tahi palat bapak kau, takuk kau berulat, hantu raya, antu tetek, pantat babi, buritttttt lah. Istana budaya, tugu negara, tasik titiwangsa, dewan bandaraya kuala lumpur dan Shahidan Kassim betullah kau ni. Fuhh!!! Baru lega sikit rasanya marah di dada

(Fakta : sesiapa yang dapat melepaskan kemarahan atau perasaan kurang senangnya akan mengurangkan risiko sakit jantung; so mencarut itu sebenarnya adalah ubat pencegah untuk sakit jantung). Aku pernah kenal sorang pak cik bawa teksi masa belajar kat Jasin, Melaka tahun 87-88. Masa tu aku belajar (lebih tepat diternak) kemahiran untuk menjadi buruh. Pak cik ni kuat sangat mencarut kadang-kadang tak marahpun dia mencarut juga (untuk buat lawak). Aku nampak dia sihat walafiat walau umur dia (waktu tu) dah lewat 60an. Itulah khasiatnya mencarut.

Selepas ini, bila IJN telah dilacurkan kepada Sime Darby marilah kita ramai-ramai beralih ke perubatan alternatif ini. Bukankah mencegah itu lebih baik dari merawatnya. Kita rakyat biasa golongan buruh tingkat tengah ke bawah ini pasti akan dibiarkan mati di tepi jalan. Aku bukan buat andaian tapi telah terbukti bilamana banyak kes-kes hospital lintah darat ni sanggup membiarkan orang sakit yang takda duit ni mati kat tangga hospital. Michael Moore dalam filem dokumentarinya Sicko (2007) telah menghuraikan panjang lebar tentang bagaimana kapitalis buat bisnes atas penderitaan dan kesakitan pesakit. Siapakah dibelakang kapatils ini tidakkah para politikus-politikus yang dahagakan wang ringgit. John Ehrlichman pernah memberitau (dirakamkan) Presiden Richard Nixon "...the less care they give them, the more money they make", yang membawa kepada penubuhan HMO (Health Maintenance Organization). Aku tak samakan peralihan IJN dengan penubuhan HMO, tapi kesannya terhadap rakyat biasa tetap sama deritanya.
poster filem Sicko

Sementara itu Si bibir merah seksi seperti bibir jubur perawan sunti yang belum di sodom itu dengan yakinnya berkata "kita akan pastikan nasib rakyat akan terus terbela" Fuck you lah!!!! Kau cakap senanglah bai!!! Bukan anak bini dan saudara mara kau nak rasa kesannya tapi kami rakyat biasa. Belumpun ko jadi PM dah nampak taring siong kau nak hisap darah. Oleh itu marilah kita perbanyakkan carutan kita minta agar penyakit jantung tidak mudah menyerang kita. CIBAI!!!!!!!

Wajah buruh yang sedang marah

Nota tumit kaki kiri : Jika anda tak mahu mencarut kerana mak bapak dan orang tua kata tak baik nanti berdosa, jomlah kita berpindah ke Cuba atau jadikan negara ini sepertinya. Bilakah akan lahirnya Fidel Castro di sini... aku masih menanti.

Rabu, 17 Disember 2008

Pompuan suka lelaki jahat. Cinta dan Seks

Kebelakangan ni banyak sangat cerita dari kawan-kawan aku yang berumur awal 20an putus cinta. Bila aku tanya "korang dah main ke belum?" diaorang jawab "belum!" Main di sini bukan maksudnya main guli atau konda kondi atau batu seremban mahupun video games dan PS 2 tetapi permainan seks.

Entri kali ini hanya untuk pelayar LELAKI yang usianya melebihi 18 tahun. Sekiranya anda berumur kurang dari 18 tahun tak kira sama ada pada digit ataupun pemikiran sila keluar dari blog ni. Terima kasih.
photo buah keriang ini di ambil dari aman's photostream dari laman flickr
"Wanita atau perempuan sukakan lelaki jahat" kata seorang sahabat ketika usia aku belia remaja. Masa tu umur aku baru 19 tahun. Dia cakap kat aku masa kami duduk atas dahan pokok keriang sebelah rumah dia. Aku pandang ke bendang, mata berkelip-kelip tak faham. Dia terangkan kat aku sambil kunyah buah keriang. Lidah dia hitam unggu-unggu. Sahabat aku ni satu usia dengan aku. Masa zaman sekolah dulu, diapun macam aku juga. Takda sorang pompuan pun nak kat kami. Pasal kami budak baik. Budak-budak lelaki yang ala-ala samseng masa kat sekolah dulu tu girlfriend dorang semuanya cun melencun. Masa kami dok usung VHS (sewa) p rumah kawan-kawan yang ada player (ponteng sekolah sebab mak bapak kawan-kawan takda kat rumah) untuk tengok filem blue, diaorang pulak dah usung girlfriend bawa balik main kat rumah dah.

gambar dari eharmony.com

Masa kat atas pokok keriang tulah kawan aku tu cerita dia pernah main dengan sorang pompuan umur 16 tahun kat projek perumahan terbengkalai kat sebelah kampung kami. Aku terus jadi kagum. Dia kata, dia dah jumpa fomula untuk tawan pompuan. "pompuan tak suka lelaki baik, depa nak hang romen depa, cium, raba lepas tu main" dia explain. "Lepas tu depa dah tak lekang lagi dengan hang... Depa terus cinta dekat hang" kata dia sungguh-sungguh sambil memetik biji buah keriang keluar dari celah gigi yang hitam unggu-unggu. Aku percaya kat dia, bukan pasal cerita dia tapi sebab sejak hari tu aku selalu nampak dia keluar dating dengan pompuan. Dan, sejak dari hari tu juga sampai ke hari ni bila aku lihat sekeliling aku yang aku nampak lelaki jahat yang selalu di kejar pompuan.

Nota tumit kaki kiri : Buat lelaki baik, janganlah kau harapkan cinta kerana tak akan ada cinta untuk kamu. Cinta itu hanya teori dan seks adalah praktikalnya sebab tu orang putih kata making love (maksud dalam bahasa melayu adalah bersetubuh). Jadi untuk lelaki baik kahwinlah sebelum bercinta.

Isnin, 15 Disember 2008

Malaysian Beauty


Aku lelaki.
Walau rambut sudah putih atau terhakis di kepala.
Mata rabun teraba-raba,
silau cahaya atau kelabu mata.
Kulit layut geleber, dua batu bergayut dipangkal paha cecah ke lantai tika bertinggung membasuh berak.
Nafsu ku yang satu tetap menyentap senak di perut,
menyesak nafas di dada
bila gadis manis lintas di depan mata.

Aku lelaki.
Menjadi lelaki kala usia cecah empat puluh.
Tika anak menjadi remaja
dan isteri sudah tak hangat di ranjang.
Aku duduk di muka pintu
ketika matahari tegak di kepala
melihat gadis sunti belasan tahun berbaju kurung putih berkain biru
melangkah pulang ke rumah.

Aku duduk melihat,
sambil bersiul lagu buai laju-laju sampai pucuk atap.

erti suatu kehilangan

Dia bersama kami sejak 7 tahun dulu. Kami; aku dan jun, hidup bersamanya. Bahagia. Dari satu-satunya dia hingga menjadi dua. Mereka. Aku kasihan melihatnya hidup tanpa teman lalu aku berikannya satu. Mereka berdua hidup bersama kami.

Antara keduanya aku lebih menyayanginya. Jun juga.... dulu. Sejak kami jadi tiga, sikap Jun mula berubah. Aku juga... mungkin. Dia... mereka mula dipinggirkan. Hidup terkurung di bilik kecil di hujung dapur. Hanya sesekali dapat bergerak bebas bergual bersama kami... aku. Terus terang aku amat sedih lihat mereka hidup begitu terutama dia. Beberapa kali Jun mengatur rancangan untuk meninggalkan mereka tapi aku sering cari alasan. Hingga ada masanya tercetus sedikit ketegangan antara kami. Setelah berkali-kali rancangan gagal akhirnya aku setuju dengan rancangan terakhirnya. Memberi mereka kepada keluarga angkat. Maka mereka diiklankan di internet. Kami dapat banyak panggilan untuk menerima mereka tapi semuanya gagal dalam proses interview di telepon. Si pemanggil lebih berminat untuk mengambilnya sahaja bukan temannya bersama. Temannya yang hanya bermata sebelah tidak diingini. Kami tidak akan memisahkannya. Kegagalan itu sebenarnya mengembirakan aku. Setiap kali permohonan terpaksa ditolak aku tahu mereka akan dapat bersama kami... aku untuk beberapa hari lagi. Hinggalah kelmarin si pemanggil menelepon dan berminat hanya dengan temannya yang bermata satu. Alasan kami tetap sama, kami takan pisahkan mereka. Si pemanggil setuju. Semalam si pemanggil datang dengan kereta vios mengambil mereka. Dan, bermulalah hidup mereka bersama keluarga angkat mereka yang baru.

Ketika pemergian mereka setitikpun air mataku tak mengalir. Sedangkan akulah orangnya yang sentiasa pertahankan mereka. Akulah yang memberi mereka makan dan minum. Akulah yang membersihkan tempat mereka. Akulah yang mencuci tahi dan kencing mereka selama ini. Sangka ku antara kami hanya aku seorang yang menyayangi mereka. Apa yang tak aku sangka, Jun menangisi kehilangan mereka sepanjang malam. Jun menangis dari petang hingga ke malam. Dan, malam itu dia tak dapat melelapkan matanya mengenangkan dia (mereka) sedangkan aku letak saja kepala ke bantal terus lelap hingga ke pagi. Sudah tentu selepas sudah penat cuba untuk menenangkannya.

Itu yang tak tersangka oleh aku. Rupanya Jun lebih sayangkannya (mereka) dari aku, cuma dia tak pernah menunjukan rasa sayangnya kerana tidak mahu bersedih ketika kehilangan mereka. Namun kesedihannya lebih parah dari aku yang sudah puas menyayanginya (mereka) selama ini.

nota tumit kaki kiri : Kehilangan dia lebih dirasai dari temannya kerana dia bersama kami sejak dari kecil lagi. Sedangkan temannya masih baru bersama kami (bukan kerana ia bermata satu).

Ahad, 14 Disember 2008

Selesai Gadoh

Malam tadi berakhirlah sudahnya menembak Gadoh. Setelah lebih kurang 16 jam sehari berkerja setiap hari hingga seluruh tubuh dan otak tenaga produksi menjadi lemau akhirnya magic word "It's a wrap" bergema di tangga sebuah flat di area Pandan. Semalam aku tidur selama 12 jam dan bangun tengahari. Dan, besok pergi tolong James Lee untuk projek terbarunya. Dia suruh aku jadi polis dalam satu scene. Polis lagi...

Rabu, 3 Disember 2008

GADOH

Pagi nanti aku akan ke lokasi pengambaran GADOH. Projek ini bermula dengan perbincangan dengan penerbit (Anna Har) beberapa bulan yang lalu. Syarikatnya Big Picture mendapat grant untuk shoot sebuah feature yang cuba mengupas isu kaum di Malaysia. Masa pertemuan itu aku memberikan beberapa idea cerita tentang isu itu. Mereka suka. Dan, suruh aku tulis skrip dan mengarahkannya. Masa tu juga aku agak sibuk jadi aku cadangkan skrip tu ditulis bersama seorang lagi penulis (R.Cong). Kemudiannya, Brenda Denker yang merupakan partner dalam Big Picture menyatakan hasrat untuk turut mengarah bersama. Aku pernah berkerja bersama dengan Brenda sebelum ni dalam telefilem Aku Nak Jadi Siti. Aku berlakon, dia pengarah. Ketika aku dengar minatnya untuk mengarah bersama aku mula hilang minat untuk mengarah. Bukan aku ada sebarang masalah dengan caranya berkerja cuma aku tiba-tiba rasa sensitif. Aku rasa dia macam ambil kesempatan pulak. Maka aku tidak lagi beri tumpuan terhadap projek ini. Dan, akhirnya aku tarik diri sebagai pengarah dan penulis. Disebabkan diaorang nak juga aku terlibat maka aku menerima tawaran untuk berlakon saja. Lagipun aku agak sibuk.

Dua minggu lepas dalam satu pertemuan diaorang lahirkan rasa kecewa dengan aku. Mereka rasakan aku bagai menganaktirikan projek ni sedangkan mereka sangat berharap dapat berkolaborasi dengan aku. Bila mereka mula mungungkitnya akupun mendedahkan kekecewaan aku terhadap mereka. Aku katakan aku hilang minat kerana tindakan mereka seperti tidak menghormati aku ketika aku bersungguh-sunggh mahu melakukannya. Selepas masing-masing mencurahkan segalanya dari hati ke hati. Segalanya selesai. Sebelum balik sekali lagi mereka suruh aku memikirkan tentang kerja pengarahan dan penulisan tu. Dan, akhirnya sekeras hati aku ni rupanya hanya sekeras kerak nasi. Aku terima juga tawaran itu. Dua minggu yang lalu aku menulis semula skrip yang dihasilkan oleh R.Cong. Pagi ini aku akan mengarahnya bersama Brenda dan turut berlakon di dalamnya. Gadoh akan menjadi projek ke 4 aku selepas Gedebe - indiemovie (2001), Rembat - telefilem (2007) dan AYAH KENAPA TAK TANAM PISANG LAGI? - 15 minute short (2008).

Melalui AYAH KENAPA TAK TANAM PISANG LAGI? membuatkan Big Picture mahu berkolaborasi dengan aku. Aku setuju untuk bikin ini cerita kerana aku mahu belajar bikin filem. "to learn making film is to make another one". Itulah cara aku belajar filem kerana aku tidak masuk sekolah filem. Aku sangat-sangat berharap dapat memperolehi ilmu yang berguna dalam pembikinan Gadoh untuk persiapkan diri bagi menembak Matderihkolaperlih pada tahun hadapan. Insyallah.

Isnin, 1 Disember 2008

Berita Sedih

Tadi petang aku terfikir tentang mati. Aku kira umur aku sendiri. Aku letak anggaran jika aku boleh hidup sampai umur 60 tahun (berdasarkan gaya hidup aku sekarang) maknanya aku cuma ada 21 tahun saja lagi untuk hidup. Terlalu pendek.



Tadi malam aku dapat sms memberitahu tentang pemergian seorang tokoh teater Datuk Syed Alwi Syed Hassan di rumahnya di Sungai Serai. Ketika aku menulis entri ini, polis masih menyiasat punca kematian. Berdasarkan kecederaan dan keadaan rumah ada kemungkinan berlakunya jenayah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah.



entri akan datang adalah tribute kepadanya. Insyallah.

Sabtu, 29 November 2008

Di Luar Tingkap

Aku duduk memandang luar tingkap rumah. Hutan hijau. Angin dari luar menyedut asap rokok yang aku hembus dari mulut; dari celah bibir merah hitam.
---------------------------------
Sekarang ni hujung bulan. Orang kerja makan gaji bulan-bulan tentu sibuk berbaris di mesin ATM. Menyesal? Apa hal aku nak menyesal. 21 tahun aku keluar dari celah ketiak mak aku hidup sendiri. Berdiri di atas kaki aku sendiri. 21 tahun aku hidup tanpa ada kerja tetap dan di hujung bulan beratur di mesin ATM. Dua puluh satu tahun.
---------------------------------
Mata aku. Mata putih yang kuning ke kuningan di sulam dengan urat merah memandang ke luar tingkap melihat daun-daun hijau melintuk-lintuk di tiup angin. Awan mendung. Hujan pasti turun lagi petang ini.
---------------------------------
Kerja. Mak mentua aku, bapak mentua aku, abang -abang dan kakak-kakak aku; kerja bagi diaorang bila ada duit yang diterima sebagai upah. Mak aku juga. Bapak aku... Aku tak pasti apa erti kerja untuk dia. Masa aku anak kecil, mak aku kata "hang jangan malas jangan jadi macam ayah hang". Aku tak pasti aku tak membesar dengan bapak aku. Aku kenal dia hanya dengar cerita mak. "Ayah hang tak mahu kerja". KERJA. Kerja tu bila dibayar upah dengan duit.
---------------------------------
Daun-daun hijau kaku di ranting pokok. Angin sudah berhenti bertiup. Hujan pasti akan turun bila-bila masa sahaja.
---------------------------------
Aku. Tamat bulan ni maknanya sudah dua bulan aku tak ada kerja. Kerja seperti yang diaorang maksudkan. Duit. 2 bulan tiada duit masuk ke kantung seluar aku. Aku kerja tapi kerja yang tiada upah. Memang aku sibuk dua bulan ni. Sibuk dengan pementasan teater yang aku masih berhutang kos produksinya. Sibuk dengan penulisan skrip yang entah bila dapat dipindahkan ke filem. Sibuk dengan bengkel teater yang dapat membuka mata dan telinga. Sibuk yang sangat sibuk. Namun bagi diaorang itu bukan kerja kerana mana duitnya.
---------------------------------
Sunyi. Hutan hijau di luar tingkap sunyi sepi. Tiada bunyi burung atau pekikan kera berebut makan yang dikutip di tong sampah. Tiada juga bunyi ranting-ranting tua yang jatuh timpa daun-daun kering di lantai bumi. sunyi.
---------------------------------
Sekarang ni hujung bulan. Sekarang ni aku benar-benar kering. Sewa rumah dan susu anak yang aku risaukan. Tadi aku ke kedai beli susu anak.
AKU: Susu kotak besar satu.
TOKEY: Stok habis. Kecik saja ada mahu?
AKU: Boleh lah.
TOKEY: Ini nanti stok baru sampai harga naik lagi.
AKU: Eh! Itu hari masa minyak naik harga sudah naik.
TOKEY: Sekarang naik lagi.
Aku diam. Aku bayar dan balik.
---------------------------------
Di luar tingkap. Langit makin gelap. Awan hitam menutup bumbung langit. Aku duduk melihat pokok-pokok kecil. Apa ertinya mendung baginya kerana bila matahari menyinarpun ia tetap tidak dapat menikmati cahaya. Pokok-pokok kecil yang kerdil.
--------------------------------
Dan, tanpa kilat tanpa guruh berdentum-dentum hujanpun turun. Lebat selebatnya. Beberapa bintik air terpercik ke tingkap dan meleleh turun di cerminnya. Aku pejam mata.

nota tumit kaki kiri : Bila-bila masa sahaja telepon aku akan berbunyi. Abang aku yang gajinya lima angka itu pasti telepon beritahu bank teleponnya. Pasal dia jadi garentor masa aku beli kereta buruk yang dah dua bulan tak bayar tu. Walau dia tak bagitau, aku tau dia malu dengan bank. Aku akan kata sibuk sangat tak ada masa nak bayar walau tak tau lagi mana nak cakau duit. Alhamdulilah.

Khamis, 27 November 2008

34 jam sehari

Kalaulah ada 34 jam sehari tentu aku tak begini. Berikan aku 10 jam lagi dalam sehari. Aku dah penat berkejar-kejar ke sana dan ke sini. Sarapan dalam kereta. nescafe tin penyegar mata. roti potong bersalut kaya pelapik perut yang bergelora. yang ku kejar bukan untuk kaya raya tapi pengisi perut anak dan isteri. rezeki. bukan tak mahu jadi kaya tapi aku tak tau macam mana nak hidup kaya. Hoi orang yang sudah kaya, bagi aku 10 jam kamu. aku rasa kau dah tak perlukan 24 jam itu dalam hidup kamu. apa lagi yang kau cari dalam 24 jam hidup kamu. Kan sudah penuh poket kamu dengan kekayaan. kan sudah penuh perut anak bini kamu dengan kekayaan. kan sudah penuh rumah kamu dengan kekayaan. Aku tak minta kekayaan kamu untuk di kongsi. aku cuma minta 10 jam masa kamu diberikan pada aku. Haram jadah. aku batuk lagi, aku sakit lagi kerana mencuri beberapa jam dari masa esok untuk aku gunakannya jadi hari ini. celaka. tekak aku rasa gatal berapa banyak aku harus sakit dalam setahun. alhamdulilah.

Khamis, 20 November 2008

Lubang di celah kelangkang

Aku serba salah. Antara perasaan malu dan takut aku terhimpit. Rasa biadap, celaka dan haram jadah. Aku jadi tak selesa. Rasa bersalah yang teramat-amat bersalah.
Aku menghormati makhluk yang bernama wanita. Mereka cantik dan bijak. Aku selalu tewas jika dekat dengan mereka. Aku lelaki yang hanya mempunyai satu nafsu. Dan, nafsu yang satu ini sukar untuk ku tutup pintunya.

Peringatan!
Jangan buat andaian yang bukan-bukan sebelum habis baca entri ni. Aku lelaki bukan jantan nafsu kerbau hidung berbelang-belang. Aku juga bukan menteri kabinet, datuk-datuk atau pegawai penguatkuasa yang sering tewas di celah kelangkang berlubang hadiah dari taulan sebagai penghargaan tolong dapatkan lubang bisnes kawan.

Di celah kelangkang yang berlubang itu, memang ada satu perangkap untuk lelaki yang nafsunya hanya satu. Dan, kerana aku tahu itu perangkap maka aku cuba untuk tidak mendekatinya. Sedaya upaya.
Aku lelaki walaupun bukan jantan hidung berbelang-belang tetap satu juga nafsu itu. Walaupun wanita tidak menjadikan lubang di celah kelangkangnya satu perangkap aku tetap melihatnya begitu.

Ini ada satu peristiwa dari banyak-banyak peristiwa.
Aku berbicara dengan seorang wanita.
Aku jadi tak selesa.
Dia berbaju yang terdedah dadanya.
Bra push up yang dipakainya, menampakkan lurah di dada.
Kami berbicara tentang kerjaya.
Kerjaya aku dan dia.
Dada ku jadi bergelora.
Nafsu ku yang satu mula menggila.
Aku rasa bersalah tak terhingga.
Apa yang ingin ku kata hilang entah ke mana.
Tiap kali ku pandang wajahnya, mata ku kan singgah ke sana.
Ke dadanya yang terbuka.
Aku takut tak terhingga.
Takut disalah sangka.
Malu nantinya dianggap lelaki hidung berbelang yang inginkan lubang di celah kelangkangnya.

Isnin, 17 November 2008

Hari-Hari yang lalu


Beberapa hari yang lalu
Aku dan 12 orang yang terdiri dari orang Cina, India dan Melayu melepak bersama. Kami duduk bersama bersembang-sembang di DBP. Kami bukan bersembang sebagai Melayu, India dan Cina. Kami adalah orang... manusia. Tanpa garis sempadan darah keturunan, warna kulit, bahasa pertuturan, jantan dan betina malah tidak juga agama dapat digariskan antara kami. Kami duduk bersama cuba untuk memahami "HOME". Apa itu HOME? Rumah itu house tapi house itu tak semestinya HOME. Dimanakah HOME? Di rumah, di hati dalam diri, negara inikah home?, keluargakah home anak, isteri, suami, ayah, ibu, nenek, datuk, abang, kakak, adik. Home itu agama? Tuhan itu HOME? Di mana kita berada melihatnya? Di luar atau dalamnya. ET phone home. Di manakah HOME?

Kami duduk bersama 4 jam sehari selama 10 hari untuk berkerja menggali, mengorek, mencungkil, meraba, mengodek, mencari HOME bersama-sama berkerjasama. Bukan hasil yang dinanti tapi kerjasama yang dicari. Bukan jawapan hanya harapan.

Beberapa hari yang lalu
3 jam aku bercakap tanpa henti. Leteran. Aku berleter seperti Mak Bedah sewaktu marahkan anaknya yang kantoi melancap dengan gambar artis perempuan melayu pose kat tepi kolam renang dalam majalah mangga. 3 jam aku berleter sampai kering air liur. Dah lama aku biarkan mereka dengan sikap mereka. Hari tu aku rasa bersalah kerana membiarkan mereka jadi lalai dan leka. Mereka ini datang dari setiap ceruk kampung dan bandar dari negeri mak bapak mereka. Mereka datang ke sini dengan cita-cita dan impian. Namun mereka sudah lupa hasrat suci yang mengetatkan hati mereka hingga sanggup meninggalkan celah ketiak dan puting susu ibu mereka. Bandar besar ini membuatkan mereka lupa. Bandar ini candu. Aku berleter untuk sedarkan mereka dari warna-warna pelangi yang mengkhayalkan itu. Akhirnya aku berkata:

jangan kamu semua ke sini lagi bertemu aku, jika tiada kesungguhan untuk mencapai cita-citamu. Aku tak ingin kamu di sini. Jangan kamu ke sini lagi, aku tak kan memarahimu jika kamu tiada di sini kerana tempatmu bukan di sini.

Beberapa hari yang lalu
Aku terfikir untuk kembali hidup sendiri.

Dan, itulah sebabnya beberapa hari yang lalu aku tidak berada di sini.

Rabu, 12 November 2008

untitle 1

Setiap masa
kau ingin ku mulai

menyayangi mu
dengan kata cinta
mengucupi mu
dengan nafas berahi
merabai mu
dengan sentuhan jemari
mendakapi mu
dengan hangat asmara

kau mahu aku
menyetubuhi mu
kerana aku lelaki

Ada masanya
Aku ingin kau mulai.

Ahad, 9 November 2008

Cerita dalam filem

Kekuatan pada sesebuah filem terletak pada cerita. Aku percaya pada itu. Walau sehebat mana pelakonnya, seindah mana sinematografinya, sedahsyat mana lokasinya jika ceritanya tidak kuat ianya pasti memuakkan. Cerita yang kuat dibantu oleh pelakon yang hebat, sinematografi yang indah, lokasi yang dahsyat akan menjadikan sesebuah filem itu Wow!
Aku tau mesti ada yang akan kata tak semestinya. Pembikin filem eksperimental yang cuba menolak konsep cerita dalam filem mereka, pasti akan menuduh aku bangang. Jika berjumpa dengan aku, mereka ini akan keluarkan kahak dari tekak untuk meludah muka aku untuk menzahirkan rasa tak puas hati mereka terhadap aku. Atau, mungkin yang lebih bertimbang rasa hanya mengerat lidah aku untuk diberi makan pada anjing kerana bangangnya aku pada pandangan mereka. Tapi stop! Jangan buat tu dulu kat aku. Aku tak kata apa yang cuba dibikin oleh mereka tu salah. Mana ada salah dan betul dalam kerja seni. Aku cuma berkongsi pandangan aku yang bangang ni. Aku percaya semua kerja seni adalah untuk masyarakatnya. Setiap kerja seni itu berkongsi dengan masyarakat. Dalam filem penceritaan menjadi medium untuk perkongsian itu. Para pembikin filem eksperimental (yang cuba menafikan cerita) juga cuba bercerita dalam karya mereka. Mungkin cuma gaya penceritaannya agak berlainan. Mereka mungkin bercerita melalui imej-imej seperti sebuah lukisan abstrak yang turut juga mempunyai cerita di dalamnya. Persoalan di sini bukan ada cerita atau tidak tapi lebih kepada kekuatan cerita yang hendak disampaikan. Dan, itulah persoalannya. Kenapa persoalan ini aku bangkitkan? Percaya atau tidak kita sekarang ini menghadapi masalah untuk mencari cerita yang kuat untuk dikongsi dengan khalayak (baca ; masyarakat). Maka banyak sudah filem-filem yang dihasilkan (bukan semuanya) dan yang akan dihasilkan (juga bukan semuanya) mempunyai cerita yang longlai dan tak dapat mencerna pemikiran khalayak. Soalannya, Kenapa dan apa masalahnya? (ANDA DI MINTA MENJAWAB SOALAN INI).

Baru-baru ini aku berbual di telepon (selama rm 10 kad prabayar) dengan seorang rakan yang juga seorang pembikin filem. Dia orang baru dalam industri filem tapi bukan baru sangatlah dalam dunia filem. Dia belajar filem di sekolah filem cuma baru dapat peluang mengarah sebuah filem. Dan, filem yang pernah dihasilkan diperkatakan oleh banyak pihak juga. Baru-baru ini dia dapat tawaran untuk mengarah sebuah lagi filem tapi dia dalam dilema. Ceritanya hancur. Dia cuba untuk menulis semula cerita itu tapi agak tidak disenangi oleh penerbit. Penerbit mahu dia kekalkan cerita tersebut. Bagi sahabat aku ni, dia sangat yakin jika dia mengarah filem tersebut dia akan menjerumuskan dirinya ke dalam kedurjanaan yang boleh merosakkan kredibilitinya sebagai pengkarya. Apa yang harus dilakukan olehnya? Aku cuma katakan cubalah dulu untuk yakinkan penerbit tu bahawa ceritanya teruk dan cuba beri jalan untuk mengatasinya. Buatkan dia percaya cerita yang ditulis semula itu akan jadi lebih baik dari yang asal. Jika dia tetap berdegil sahabat aku mempunyai dua pilihan; 1. Mengarah filem itu sebagai satu kerja dan terima gajinya. Risikonya dia akan kehilangan hormat dikalangan pencinta filem. Dan, 2. Dia menolak tawaran tersebut. Risikonya dia akan mula dilihat sebagai pengarah yang poyo dikalangan penerbit kerana industri kita kecil sesangat. Soalannya, Jadi apa yang dia harus lakukan? (ANDA DI MINTA MENJAWAB SOALAN INI).

Nota tumit kaki kiri : Catatan di atas mempunyai dua persoalan yang tidak diberi penyelesaian oleh pengarang. Anda dikehendaki menjawab ke dua-dua soalan tersebut. Terima Kaseh.

Khamis, 6 November 2008

cinta tiga segi

Aku dapat panggilan dari Johan John seorang pengarah filem. Dia ingin menyunting aku untuk menjadi lead male actor untuk sebuah projek filem yang akan memulakan pengambaran bulan 12 ni. Aku terkedu. Dah lama aku tak lead sejak Paloh. Dukun buat second lead tapi terperap kat stor astro pulak. Lead ni beb sapa tak terliur. Namun jodoh aku tiada kerana aku dah dijodohkan. Aku telah distimkan oleh Mamat Khalid untuk projek 3 Jalan pada bulan 12 juga. Tak mungkin aku tinggalkannya. Maka dengan berat hati aku menolak suntingannya dengan belaian penuh mesra agar selepas habis edah ikatan kontrak aku dengan bang Mat, aku dan John masih boleh membelai projeknya yang mendatang. Insyaallah!

P/S Bang Mat usah kau ragui cintaku pada mu. Ku tetap akan setia dengan mu hingga habis edah ikatan kita.

Rabu, 5 November 2008

Budak Kelantan sebuah filem maskulin; wanita itu hanyalah objek. (bukan aku kata Budak Kelantan yang kata he he he )

Setelah segala rintangan dan halangan maka dapatlah aku menonton Budak Kelantan (BK) arahan Wan Azli itu.

Lupakan tentang masalah teknikal (pada sesetengah bahagian); sound yang rabak, editing yang koyak, fokus kamera yang selerak, stunt yang haprak, art direction yang senak…. Segala masalah di atas tak akan dapat diselesaikan jika “kapital’ nya ceput yang amat. Walaupun Wan Azli cuba menghalalkan konsepnya dengan menjadikan Italian neorealism sebagai dahan untuk dia bergantung keyakinan, kita tahu itu cuma satu tanggungjawab yang menjadi beban untuknya pikul bila “kapital”nya ceput.. Lupakan semuanya. Kembali kita kepada perkara asas. Lihatlah cerita sebagai sebuah cerita. Pemikiran si pencerita. Apa yang ingin dikongsi dengan kita. Itulah yang aku lakukan bila menonton bersama 10 penonton lain di 1 Utama GSC petang semalam.

Bersama sebungkus pop corn (hanya untuk dimakan sebelum bermulanya cerita yang dinanti untuk mengisi kesepian) aku masuk ke panggung. Panggung yang sunyi hanya beberapa pasangan yang berpelukan untuk memanaskan badan dek sejuknya air cond. Aku faham. Setelah ditayangkan beberapa sedutan tayangan akan datang dan iklan-iklan bagi mengisi kocek pemilik panggung maka bermulalah cerita BK. Dan, pop corn aku tinggalkan di kerusi kosong di sebelah.

Permulaan cerita membuatkan bulu-bulu di tengkok aku berdiri. Dan, terasa air mata ku bergenang. Bukan seram. Bukan sedih. Tapi terasa hebat dan terharunya bila akhirnya cerita yang hebat dapat ku saksikan di layar yang dibikin oleh generasi muda pembikin filem. Wan Azli benar-benar dapat membawa kita untuk mendekati cerita yang ingin disampaikan nantinya. Babak pertama dalam cerita 90 minit ini berjaya digarap dengan cemerlang hingga tak sedar 20 minit masa telah berlalu. Mengikat aku dikerusi. Terpaku. Akan tetapi melewati babak ke dua perjalanan ini terasa sedikit terganggu. Terasa seperti roda yang menyusuri jalan yang licin. Rodanya berpusing tapi kenderaan tidak bergerak. Atau, jika bergerakpun tidak selancar seperti yang diharap. Namun itu bukan halangan untuk aku terus memaku pandangan aku ke layar. Lakonan mantap pelakon memberi ruang untuk aku menikmati keindahan dari sudut yang lain. Dan, akhirnya aku menamatkan penontonan aku tanpa ada rasa kesal bersarang di dada.

Filem ini seolah-olah seperti meminjam semangat filem Man Bites Dog (1992). Filem mockumentary ini yang di hasilkan oleh 4 orang pelajar filem yang diarahkan oleh Remy Belvauk (mati bunuh diri pada 4 september 2006). Kononnya Tarantino minat gila dengan filem ni. Untuk faham kenapa aku kata meminjam semangat dari filem ini sila pergi ke kedai dvd, beli dan tonton.

Di sini izinkan aku terjemahkan pengalaman aku menonton BK. Wan Azli cuba bercerita dengan kita tentang persahabatan dan pengorbanan. Ini cerita cinta. Tapi bukan cinta biasa yang kita tonton di kaca tv mahupun di layar sebelum-sebelum ini. Ini realiti bagi sesetengah dari kita. Kita di bawa untuk mengenali watak Jaha dan Buchek rakan semasa kecil yang kini melayari bahtera kehidupan di kota Kuala Lumpur. Jaha hidupnya dipenuhi dengan kemungkaran dan Buchek yang masih suci memilih jalan yang lurus. Pertembungan dua watak ini membuatkan Buchek cuba untuk mengenali Jaha. Di pihak yang lain, Jaha cuba untuk mengajar Buchek apa itu kehidupan yang sebenarnya. Namun pertemuan semula yang singkat itu tidak dapat bertahan kerana minyak dan air tak mungkin dapat menyerap satu sama lain. Ketika Buchek melepaskan Chen Chen yang diculik oleh Jaha itu menjadi titik tolak perpisahan antara mereka. Jaha mula menerima Buchek tak akan boleh memahami dirinya. Mereka di haluan berbeza. Namun, pertemuan Jaha dengan Cik Nor kekasih Buchek mempertemukan semula dua sahabat tadi. Jaha memohon maaf atas tindakannya mengasari Buchek sebelum ini dan mengharapkan Buchek dapat memperkenalkan Cik Nor padanya. Memperlihatkan kesungguhan Jaha, Buchek berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertemukan Cik Nor dengan Jaha. Namun Cik Nor enggan menerima Jaha. Akhirnya Buchek mengatur pertemuan cik Nor dan Jaha. Ketika tarikh tersebut Jaha terlibat kemalangan dan meninggal. Buchek bila menerima berita itu mula jadi dingin dengan Cik nor dan di akhir cerita kita melihat Buchek pergi kepada Chen Chen. Ulasan di atas adalah secara apa yang tergambar di layar.

Namun apa yang membuatkan aku tertarik dengan filem ini bukan kisah pengorbanan seorang sahabat, bukan juga aksi-aksi ganas yang kelihatan real dengan penggunaan teknik handheld, bukan hanya lakonan mantap watak Jaha tetapi pemikiran Wan Azli dalam BK. Menonton BK kita dibawa untuk melihat cinta dari kaca mata Wan Azli. Bagi Wan Azli cinta terhadap tuhan dan persahabatan itu lebih mulia dari cinta terhadap wanita. Wanita hanyalah objek. Di sini secara terang kita diperlihatkan bagaimana Buchek tanpa ada masalah untuk memberi Cik Nor kepada Jaha. Dia sendiri merasakan jika Cik Su boleh membawa Jaha ke jalan yang lurus dia rela melepaskan cintanya itu. Apabila Buchek pergi kepada Chen Chen di akhir cerita seperti mencadangkan perrempuan (baca: barang) jika kita tidak dapat mengawalnya lebih baik ditinggalkan. Sifat Chen Chen yang melihat Buchek sebagai “tuan” seperti yang dicadangkan dalam adegan mimpi (sultan melaka dan hang li po; tidakkah hang li po itu hanya barang saja) menguatkan tafsiran ini. Berbalik pulak sifat Cik Su yang lebih cenderong untuk mengawal Buchek. Kata-kata Buchek semasa pertengkaran dalam kereta “bagi saya pulaklah yang pandu” membawa maksud “memimpin” (kita diperlihatkan Cik Nor yang memandu kereta itu). Dan, kerana itu dia meninggalkan Cik Nor dan pergi kepada Chen Chen. Banyak lagi cadangan di dalam filem ini yang melihat wanita itu hanya barang. Lihat pulak menerusi watak Jaha, bagaimana dia melayan wanita. Baginya wanita itu hanya barang yang dapat dimiliki dengan cara memunggutnya ditepi jalan. Namun antara Jaha dan Buchek mereka menggunakan “barang” dengan cara yang berbeza. Namun wanita tetap hanyalah objek. Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki untuk dipimpin oleh lelaki itulah maksud tersirat BK. Filem ini adalah sebuah filem maskulin. Filem Jantan. Masih tak cukup untuk membuktikannya lihat saja kumpulan dikir barat tidakkah mereka maskulin.

Ini hanya pandangan aku mungkin Wan Azli tidak cuba menyatakan itupun. Mungkin dia hanya mahu menunjukan kisah kehidupan budak remaja yang koya best saja. Jika hanya itu yang diketengahkan maka Wan Azli hanyalah berbual kosong di kedai kopi untuk menghiburkan teman bualnya saja layaknya. Kerana bagi aku filem bukan hanya bercerita kosong tapi ianya datang dengan pemikiran.

p/s untuk Amir Muhammad yang menelepon aku selepas dia menonton BK malam semalam dan bertanya tentang kenapa Buchek pergi kepada Chen Chen di akhir cerita. Jawapannya sudah ku tulis di atas :)

kepada Danny tolong fahami watak anda kegagalan untuk berbuat itu sedikit sebanyak mencacatkan penceritan. Jangan marah bro kalau lu baca blog ni itu cuma pandangan :)

Selasa, 4 November 2008

Al-Jeffry masuk hospital

Baru dapat sms dari seorang sahabat Al-Jeffry (penulis skrip filem Paloh, PGL, Dukun) berada di hospital. Aku cuba telepon tapi tiada siapa yang angkat. Aku harapkan dia tak apa-apa. Kita doakan dia segera sembuh. Amin.

Ahad, 2 November 2008

Hari di mana penuh dengan maki-makian.

Jembalang, Jin aprit, Pocong, Antu raya, Pontianak harum sundal malam betul lah. Aku bengang! Betul-betul bengang sampai ke tahap bangang! Aku dah plan, petang nak tengok BK (Budak Kelantan) malam nak ke Rumah Pena ada MASKARA. Aku google kat internet cari panggung wayang yang paling dekat dengan rumah. TGV dan GSC saja yang tayang BK. TGV kat Kepong tak ada tapi GSC kat 1 Utama ada jam 5.15pm. Aku jeling kat sudut kiri bawah skrin laptop jam 4.30pm. Ok, sempat tu. 1 Utama New Wing. Oleh kerana kurang arifnya aku terhadap 1 Utama maka tidak lah aku tau mana letaknya New Wing. Maka google lah lagi aku. Setelah kerja-kerja penyelidikan aku selesai maka bertolaklah aku dengan segeranya. Adapun perjalanan aku itu jaraknya tidaklah jauh cuma sekapur sireh dikunyah sambil menghisap sebatang rokok gudang garam saja jika berjalan kaki. Maka seharusnya jika menunggang kelisa itu aku akan sampai lebih awal dari 5.15 pm. Namun alangkah sial, babi, anjing, telur ayam kemuruk betul di atas jalan itu banyak sungguh wira, satria, iswara, juara, waja, perdana, kancil ditambah dengan mitsubishi, honda, suzuki, toyota dan macam-macam kejadahnya maka ketika aku memasuki ruang parkir jam sudah menunjukan 5. 10 pm. Oleh kerana pada fikiran aku yang selalu juga tengok wayang mengatakan tayangan akan bermula 15 minit selepas pintu dibuka maka aku bergegaslah mencari petak parkir. Namun kejadah yang entah keberapa kali yang tersembur keluar dari mulut aku ni dari satu tingkat ke satu tingkat parkir semuanya penuh. Jadah! Berpusing-pusing harapkan ada kosong tapi tetap ******* !!! Dipendekkan maki hamun dan carut marut maka dapatlah aku satu petak parkir yang kosong. Masuk saja ke dalam New Wing aku betul-betul jadi newbie kat dalam tu. Aku cuma tau panggung tu kat tingkat 4 maka lagi sekali aku melilau kat tingkat 4 cari GSC. Setelah beberapa kali naik turun eskalator jumpalah juga aku akannya. Jam sudah 5.40pm. Aku tanya kat kaunter mamat kat situ cakap filem tu dah kat skrin 10 minit yang lalu. Dia senyum. Aku tak tau dia senyum pasal itu kerja dia atau dia senyum kat aku yang berpeluh sakan sedangkan dia berbaju kot. Maka dengan berat langkah aku menapak pergi ke eskalator sambil bernyanyi lagu Istana Menanti (Rahim Makrof) di dalam hati.
Sebelum balik ke rumah aku beli kereta api untuk anak aku. Sampai rumah aku hidupkannya tapi meletup-letup dalam hati aku dengan sumpah seranah pasal kereta api tu tak boleh jalan. Anak aku yang umurnya baru nak masuk 2 tahun 4 bulan tu pulak asyik sebut "ke ta ke ta kar" Pot.... Pot (kereta api lah tu). Maka lagi sekali aku menunggang kemarahan yang penuh maki-makian tu pergi semula ke New Wing untuk menukarnya dengan yang baru. Kali ini aku betul-betul pastikan kereta api itu akan bergerak, bunyi dan asapnya keluar. Sampai rumah jam sudah 9 malam. Dan, maka dengan itu tidaklah aku kesempatan pergi ke MASKARA. Mohon maaflah kat Hannem, Ajami dan lain-lain. Ikut hati mati ikut rasa binasa. Jadah!!!!

Sabtu, 1 November 2008

Perihal Tajuk Karya

Kelmarin aku ke cineleisure kat sebelah the curve tu. Hajat hati nak tengok Filem Budak Kelantan. Namun alangkah haram jadahnya, puas mata aku terkebil-kebil pandang skrin kat atas kaunter tiket nama filem tu tak keluar-keluar. Antu tetek betul. Aku yang tak puas hati terus telepon Wan Azli. Dia tak angkat. Lagi sekali haram jadah. Aku hantar sms tanya kenapa tak ada sambil turun ke tingkat bawah nak ke parking. Di tika dan saat itu maka terpandanglah oleh aku satu kedai buku yang sunyi sepi seperti baru dilanggar garuda. SUN MEG. Aku masuk melilau-lilau melihat buku-buku novel orang putih yang tersusun dirak tak terusik. Disebabkan aku jarang sangatlah ke kedai buku kecuali jika untuk mencari buku maka kedatangan aku kali ini menemui sesuatu yang aku tak pernah ambil pot sebelum ni. Tajuk dan nama penulis di novel ni membuatkan aku tawaf keseorangan di dalam kedai buku ni sambil diperhatikan oleh seorang pekerja yang kepala botaknya sesekali muncul di hadapan aku. Silau. Ada novel nama penulisnya lebih besar dari nama tajuknya dan ada yang tajuknya lebih besar dari nama penulisnya. Aku cuba ingatkan beberapa nama penulis secara random. Balik rumah aku google nama-nama ni kat internet. Aku berdepan dengan satu pernemuan. Penulis yang namanya lebih besar dicetak dari tajuk novel tu adalah terdiri dari penulis-penulis bestseller. Kata lainnya novel-novel mereka sebelum ini laris macam goreng pisang jadi penerbit cuba untuk menjual nama mereka bukannya karya mereka. Penulis yang namanya tercetak lebih kecil dari tajuk adalah terdiri dari penulis baru atau karya-karyanya sebelum ini akan berakhir kat kedai recycle saja layaknya. Ini dinamakan pemasaran. Ini juga berlaku dalam dunia perfileman kita hari ini. Dalam kes Budak Kelantan penerbit telah menukar judul asalnya (Koya Best) kerana merasakan nama Budak Kelantan yang bunyinya agak provokatif akan memanggil orang ke pawagan. Koya Best kononnya orang tak faham dan susah untuk mendapatkan khalayak. Wan Azli balas sms aku. Katanya dia baru habis nonton Budak Kelantan kat Times Square. Aku tanya "kat cineleisure tak ada ker?" dia balas "cuba tengok kat GSC atau TGV" Aku hantar "ramai tak orang kat panggung" dia balas "ada ler dalam sepuluh orang ha ha ha.." Aku diam. Aku tau ha ha ha dia tu bukan gelak orang yang sedang dalam gembira.

Aku : Jom kita pi tengok Budak Kelantan aku nak pi esok.

Rabu, 29 Oktober 2008

Orang Filem

Kelmarin aku hantar draf ke 3 Matderihkolaperlih kat Mr. Dain Said (selepas ini dipanggil Dain)dan Al-Jeffrey (selepas ini dipanggil Jeff). Siang tadi aku pergi ke rumah Dain untuk jumpa diaorang. Aku perlukan maklum balas diaorang sebelum memulakan draf baru.

Nanita buka pintu aku minta nak gunakan tandas. Kencing. Dain sedang mengadap laptop di bilik bacaan. Aku ke ruang depan. Jeff muncul. Kami berbual. Jeff bercerita. Dia dua kali kena kencing dengan penerbit. Satu, skrip filemnya telah diliwat tanpa kerelaan hingga membuat Jeff merajuk hati membawa diri. Satu lagi koceknya telah dijarah bila skrip dan kerjanya untuk satu produksi TV tidak dibayar penuh. P***mak! Orang kapitalis ni memang betul-betul P***mak! Jeff betul-betul marah. Dia menyeringai marah. Giginya yang hitam dan ronggak kerana penyakit kencing manisnya itu betul-betul mengerunkan bila dia marah dan menyeringai. Aku bayangkan gigi-gigi itu menggigit dan mengoyak urat leher para kapitalis hingga putus. Darah merah memancut-mancut keluar dari urat yang terburai. Jeff senyum puas. Fade out. Dain keluar dari bilik bacaan. Jeff dan Dain mengupas skrip Matderihkolaperlih. Aku amat hargai. Segala kekurangan yang ada dilontarkan. Sedikit-sedikit aku mula nampak cahaya yang menyuluh jalan untuk aku keluar dari keserabutan. Aku benar-benar bersedia untuk memulakan draf yang seterusnya. Selesai kami gang bang skrip Matderihkolaperlih dan dalam keadaan yang makin panas Dain berkongsi ilmu tentang filem. Aku mendapat kuliah percuma hari itu. Khamis nanti kami bercadang untuk menonton filem Budak Kelantan arahan Wan Azli (Where). Dari cerita-cerita yang aku dengar filem ni adalah filem masterpiece ke tiga selepas Abang (Rahim Razali)dan Jogho (U-wei). WOW!

nota tumit kaki kiri : Dain Said adalah pengarah dan pemikir filem. Filem arahannya Dukun telah disantau oleh syarikat yang menerbitkannya dan telah dikarantinakan (dikuarantinkan).
Al-Jeffery adalah penulis skrip filem antara filem-filem yang dihasilkan adalah Paloh, PGL, Dukun dan sekarang sedang berkolaborasi dengan Dain untuk projek seterusnya.

Ahad, 26 Oktober 2008

Waiting For Hero(s) - (Ikut gaya Dollah Jones tulis tajuk bahasa Inggeris tapi aku tak ada sebab apa pun).

Pesta Bola Merdeka 2008 melabuhkan tirai sebentar tadi. Setelah termengah-mengah mengejar bola dan haram sebiji jadah golpun tak diperolehi sepanjang 90 minit perlawanan (tak masuk masa kcederaan) dan 30 minit masa tambahan, Malaysia akhirnya tewas kepada pasukan Vietnam dengan sepakan penalti. Malaysia tewas 6-5. Aku bukannya peminat fanatik bola sepak apatah lagi untuk menyepak dan mengejarnya di tengah padang. Seingat aku, dulu-dulu semasa di sekolah rendah aku didedahkan dengan permainan ini dengan duduk di luar padang melihat rakan-rakan lain bermain waktu matapelajaran jasmani. Jiwa kanak-kanak aku ketika itu bersemangat untuk bersama-sama diaorang bermain di padang. Namun haram jadah, cik gu jasmani yang suka ludah muka murid-muridnya tu tak bagi main sama, pasal katanya aku ni lembik dan kaki bangku. Dan, aku hanya melihat rakan-rakan aku yang gagah tu menyepak dan menendang bola.
Lewat tahun 70an dan awal 80an aku sekali lagi terlibat dengan permainan ini. Kali ini bukan di padang sekolah tapi di stadium. Ketika para penonton bersesak-sesak untuk masuk ke stadium aku juga turut serta cuma bezanya aku membawa raga berisi air minuman yang telah dibungkus untuk dijual. Ketika ini baru aku belajar sesuatu tentang bolasepak. Aku bukan saja seronok belajar tentang peraturan-peraturan dan term-term yang ada dalam permainan ini seperti outside, faul, conner kick, penalti, striker, defender, left/right wing, free kick, wall dan macam-macam lagi jadahnya. Apa yang lagi seronok bila melihat aksi-aksi dan reaksi-reaksi penonton. Wajah-wajah yang penuh emosi dan semangat hingga ada yang hilang suara dek kerana sorakan gembira ketika pasukannya menjaringkan gol. Mereka akan melompat dan bertepuk tampar dengan orang di sebelah walau tidak kenalpun namanya. Segala penderitaan dan masalah hilang seolah-olah mereka tidak pernah menghadapinya. Ketika pasukan mereka ketinggalan, wajah-wajah ini bertukar menjadi muram dan gelisah sekali sekala carutan dihemburkan dari mulut yang bibir putih dan pucat. Ketika tulah aku sedar mereka yang bermain dipadang itu bukan hanya sekadar bermain tapi bertarung. Mereka adalah Gladiator zaman moden. Hero atau wira. Dan, inilah yang aku nak perkatakan di sini.
Hero atau wira adalah satu lambang yang boleh menyatukan masyarakat dan membangkitkan semangat mereka untuk meneruskan hidup walau sesukar mana halangan dan rintangan yang ada di hadapan. Dan, sukan adalah salah satu tempat yang membolehkan hero lahir dalam masyarakat. Jika kita ada menonton filem Cinderella Man arahan Ron Howard (jangan keliru dengan Mr Cinderella arahan Ahmad Idham nanti rujukan anda akan jadi sampah seperti filem tu juga) kita akan lihat bagaimana semangat juang James J. Braddock (lakonan mantap Russell Crowe) seorang peninju yang berjaya mengembalikan keyakinan dan semangat masyarakatnya. Filem ini mengambil latar tahun di mana dunia mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk (Great Depression- ianya bermula di Amerika tahun 1929 dan negara-negara lain turut terpalit sama. Selama hampir satu dekad barulah pulih (lewat 30an awal 40an). Orang ramai kehilangan kerja, tempat tinggal malah kebuluran bila pasaran saham (stock market) di brusa saham jatuh menjunam. Braddock yang sudah tak dapat bertinju kerana kecederaan telah kehilangan segala hartanya yang telah dilaburkan. Apabila keadaan makin teruk, dia tekad untuk kembali bertarung untuk menyara keluarganya dan secara kebetulan dia mendapat peluang tersebut (sebagai peninju penganti). Dan, bermulalah come back nya ke arena tinju. Dari seorang yang sudah tidak dipedulikan seperti kucing kurap dia akhirnya menjadi hero. Semangat juangnya memberi satu semangat kepada masyarakatnya agar tidak putus asa dengan kecelakaan yang menimpa. Nak tau cerita secara detail pi lah cari v/dvd kat kedai sapa suruh tak tengok masa main kat panggung dulu. Pasal aku bukan nak ulas tetang filem ni, aku cuma nak cakap pasal hero.
Apa yang aku nak kata kita tak boleh cipta hero. Menghantar (menumpangkan) seseorang ke angkasa lepas untuk menjadikan dia hero tidak akan membolehkan dia jadi hero. Walaupun muka dia hensem tapi itu hanya menepati ciri-ciri hero untuk filem Yusof Haslam, Razak Mohideen, Ahmad Idham dan pengarah-pengarah yang sewaktu dengannya. Mungkin juga mereka yang menghantar mamat ni ke bulan berfikiran seperti pengarah-pengarah ni (kasihan kat mamat yang sorang lagi tu diapun nak jadi hero tapi apakan daya rupamu tak macam shah rukh khan) dan berharap sang hero akan tercipta. Usaha ini sangat-sangat menampakkan yang kita amat-amat teramat amat memerlukan hero untuk menjadi idola masyarakat. Tapi kita lupa hero kita tak boleh cipta ianya muncul dan memberi harapan kepada masyarakatnya. Masyarakatlah yang mencipta hero seperti dalam cerita Cinderella Man, Braddock hanya berkerja untuk menyara keluarganya agar tidak kebuluran tapi semangatnya telah menjadikan dia hero oleh masyarakatnya ketika itu.
Sekarang ini pasaran saham dunia turut jatuh menjunam tidak mustahil dunia akan kembali meleset seperti Great Depression dulu. Mungkinkah akhirnya akan lahir hero dalam masyarakat kita. Namun bila menonton semangat perjuangan pemain bolasepak kita malam tadi aku masih belum melihat tandanya. Dan, aku masih menunggu lahirnya hero untuk memberi kekuatan, semangat, harapan kepada masyarakat kita yang makin hilang arah dan roh di dunia/negara yang makin menekan ini.

p/s teringatkan Mohtar Dahri yang memberikan aku kekuatan walau menjamah nasi berlauk garam atau ketika bangun ditengah malam semasa hujan ribut berdiri di luar pondok buruk melihatnya senget megikut arah angin. Ketika itu aku budak yang ada heronya.

Jumaat, 24 Oktober 2008

Operasi Oktober

Ahad lalu, selesai menonton Animal Farm pada sebelah siang aku ke Galeri Annexe menonton Operasi Oktober pada malamnya. Operasi Oktober adalah sebuah pementasan yang dijayakan oleh Five Arts Center dan diarahkan oleh Fahmi Fadzil. Bagi sesiapa yang bergelar sosialis atau merasakan dirinya seorang sosialis, Oktober akan secara tidak langsung mengingatkan pada Revolusi Oktober (October Revolution 1917) di mana ianya menjadi titik tolak untuk para sosialis membentuk negara dan kerajaan komunis (Kesatuan Soviet) pertama di dunia dan seterusnya ideologi komunis terus berkembang ke seluruh dunia hingga sampai ke Malaysia. Pergerakan komunis walaupun gagal membentuk kerajaan di Malaya namun gerakannya telah melahirkan ramai perjuang kemerdekaan (Chin Peng, Rahsid Maidin, Shamsiah Fakeh, Abdulah CD dan lain-lain) dan membuatkan kapitalis Inggeris kecut perut.
Namun Operasi Oktober arahan Fahmi bukanlah Revolusi Oktober 1917 ianya hanya meminjam semangatnya. Lihat saja tag line yang digunakan di poster – So, jadi ke revolusi kita ni?!- Tanda soal yang diikuti oleh tanda seru itu bukan hanya satu pertanyaan biasa tapi lebih kepada persoalan yang harus ada tindakan (atau mungkin juga oktober itu hanya diambil sempena tarikh pementasan ini dibuat). Hari ini ramai dari golongan muda mula mempertikaikan buku sejarah yang mereka pelajari di sekolah. Banyak suara-suara mula membangkitkan tentang kewajaran pendidikan sejarah di sekolah dinilai semula. Ini berlaku kerana banyak peristiwa-peristiwa dan tokoh-tokoh penting telah ‘dipadamkan’ dalam lipatan sejarah oleh pemerintah kerana ideologi politik yang berbeza. Ramai juga mula bercakap-cakap tentang tokoh-tokoh perjuang kemerdekaaan yang dilupakan tapi di manakah tindakannya. Inilah persoalan yang cuba diangkat oleh Fahmi dan para pelakonnya.
Disebabkan Operasi Oktober adalah sebahagian dari pengisian Festival Darurat (Emergency Festival – 16 hingga 26 Oktober) yang menekankan tema perjuangan nationalis semasa zaman darurat, Fahmi telah memilih peristiwa Kem Se-Malaya sebagai isu untuk memulakan proses penciptaan Operasi Oktober. Pada tahun May1948 ramai aktivis dan nationalis haluan kiri berkumpul di Kem Se-Malaya untuk mengatur strategi untuk menentang Inggeris dan mereka sudah merencana untuk bertindak pada September tahun itu. Namun pada bulan Jun di sungai Siput berlaku satu pembunuhan terhadap 3 orang pemilik ladang berbangsa Inggeris oleh komunis telah menyebabkan kerajaan Inggeris mengistiharkan darurat. Ramai pemimpin dan nasionalis haluan kiri telah ditangkap oleh pihak Inggeris. Namun bukan itu yang cuba diketengahkan oleh Fahmi dalam Operasi Oktober.
Di dalam pementasan ini kita dibawa untuk menyaksikan 4 orang muda berkumpul untuk membuat satu persembahan tentang sejarah Malaysia. Apabila mereka sudah berkumpul pihak penganjur tidak muncul-muncul. Berbekalkan bahan-bahan yang ada/ditinggalkan mereka cuba untuk memulakan proses penciptaan. Namun tanpa pengetahuan yang mendalam dan tiada yang memimpin, mereka akhirnya berputus asa dan menghentikan usaha tersebut. Pementasan yang dibahagikan kepada beberapa segmen ini dilakonkan secara sepontan (improvisasi) di selang seli dengan babak-babak yang telah dikoreograf ini cuba untuk menyatakan segala usaha untuk perubahan harus terancang dan ada yang memimpin. Mao Zedong pernah berkata “revolution is not dinner party” , Operasi Oktober memperlihatkan watak-watak melalui bahan-bahan yang disediakan (oleh penganjur) mula duduk berborak kosong kemudian cuba mencari jalan untuk mengangkat bahan-bahan itu menjadi satu pementasan. Mereka cuba mencari jalan bagaimana untuk menjayakannya tetapi bukan dengan cara yang bersungguh-sungguh. Bahan-bahan tentang perjuangan tokoh-tokoh penting seperti Chin Peng, Abdulah CD, Rahsid Maidin dan lain-lain menjadi gurauan bagi mereka. Ditambah lagi dengan beberapa poster dan risalah yang ditampal di dinding tidak terusik seolah-olah benda-benda itu tidak wujud di situ. Ini menunjukan bahawa generasi ini benar-benar buta tentang sejarah. Dengan lebih tepat lagi mereka sebenarnya telah dibutakan. Penggunaan props kerusi yang lebih banyak dari pelakon pulak menunjukan kesedaran orang ramai tentang perkara ini juga berkurangan. Walau ada 4 orang yang datang untuk menjayakan rancangan itu namun ke empat=empat mereka bukanlah orang yang membolehkan rancangan itu berjaya. Mereka memerlukan pemimpin yang dapat memimpin mereka untuk melihat semula dan akhirnya baru tindakan dapat terlaksana.
Persembahan bersekala studio dengan kedudukan penonton dalam bentuk arena (pentas arena adalah apabila penonton duduk disekeliling ruang pementasan) memberi hubungan penonton dengan pelakon menjadi intim. Jarak antara penonton dengan pelokon yang bergitu hampir membuatkan pelakon tak perlu untuk membesarkan lakonan mereka. Lakonan berbentuk naturalistik ini amat sesuai digayakan dalam ruang sebegini. Para pelakonnya kelihatan benar dan sepontan inilah kelebihan improvisasi. Dan, pemilihan teknik lakonan ini juga sebenarnya amat sesuai untuk penceritaan sebegini. Syabas diucapkan kepada Fahmi Fahzil dan pelakonnya Mislina Mustafa, Hariry Jalil, Janet dan Chung Wei.


Khamis, 23 Oktober 2008

Teater Animal Farm

Beberapa hari yang lalu aku menonton beberapa pementasan teater di sekitar KL. Sebenarnya agak lama aku tak pergi menonton teater kerana komitmen terhadap kerja-kerja kreatif aku sendiri dan kerja-kerja ibadah untuk menyara keluarga. Dalam masa seminggu aku menonton 4 pementasan teater 3 hari berturut-turut. 2 pementasan dihasilkan oleh pelajar. 2 lagi pementasan oleh produksi yang penuh dengan pengalaman dan telah di establish kewujudan mereka di persada seni teater Malaysia. Agak penat tapi puas.

ANIMAL FARM
Teater ini dipentaskan oleh Pentas Project Theatre Production (PPTP) di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPac) diarahkan oleh anak muda bernama Loh Kok Man (muda pada usia tidak pada pengalaman) yang juga merupakan pengasas dan pengarah artistik PPTP. Animal Farm adalah adaptasi dari novel (yang sama judulnya) oleh George Orwell atau nama penuh Eric Arthur Blair (1903-1950) seorang penulis Inggeris. Novel ini diterbitkan pada 17 ogos 1945 di British ketika bermulanya perang dingin (novel ini siap ditulis pada april 1944 tapi gagal diterbitkan kerana ketika itu British dan Soviet Union masih sekutu dalam perang dunia ke dua 1939-1945). Orwell menghasilkan Animal Farm untuk mengkritik Joseph Stalin yang mengamalkan pemerintahan berbentuk totalitarianisme (totalitarianisme adalah satu konsep bagi menerangkan sistem politik di mana negara mempunyai kuasa penuh untuk mengawal hampir setiap aspek kehidupan rakyatnya). Orwell adalah seorang demokratik sosialis dan menganggotai ILP (Independent Labour Party) sebuah parti politik berhaluan kiri di UK. Ketika tercetusnya Spanish Civil War (1936-39) – baca soviet union/komunis vs fascist/nazi-, Orwell menyertai NKVD (sebuah pertubuhan polis rahsia kesatuan soviet) yang berpihak kepada Republic disokong oleh Kesatuan Soviet (Republic kalah dalam perang ini bermulanya perang dunia ke 2). Pengalaman yang dikutip olehnya semasa peperangan ini membuatkan Orwell mula melihat kepincangan dalam pemerintahan Stalin yang baginya bersifat totalitarianisme. Kekecewaanya juga membawa kepada pengundurannya dalam ILP. Baginya Stalinisme telah jauh menyimpang dari idelogi asal sosialisme/marxisme. Lalu dia menghasilkan Animal Farm bagi mengkritik Stalinisme. Melalui watak-watak binatang ternakan, Orwell bercerita tentang kekorupan/penyalahgunaan kuasa semasa Kesatuan Soviet di bawah pemerintahan Joseph Stalin.

Untuk memahami lebih mendalam hubungan Animal Farm dengan Stalinisme sila klik ke
http://en.wikipedia.org/wiki/Animal_Farm

Untuk membaca novel Animal Farm sila klik ke
http://www.readprint.com/work-1250/george-Orwell

Teater Animal Farm arahan Loh Kok Man ini telah diadaptasikan dari novel oleh Tan Yan Tee dan dilakonkan oleh Gan Hui Yee, Ling Tang, Chen Huen Phuei, Chin Lee Ling, Lim Tiong Wooi serta Moo Siew Keh. Loh Kok Man sememangnya terkenal dengan pementasan berbentuk eksperimen, kerja-kerjanya seperti Untitle (memenangi anugerah pengarah terbaik dalam cameronian arts award 2003), The Lost and the Ecliptic, Repot (mind +mine) dan banyak lagi telah membuktikan keupayaannya mengendalikan permentasan aliran sebegini. Proses pembikinan Animal Farm melalui latihan-latihan fizikal yang sudah pasti memenatkan. Ini dapat dilihat bagaimana para pelakon berjaya membawa watak haiwan dan konsisten selama 2 jam pementasan tanpa menggunakan sebarang kostum dan make up khas. Para pelakon hanya mengenakan pakaian sendat (tight) mengikut warna kulit watak haiwan yang dimainkan. Melalui gerak tubuh dan pergerakan otot-otot di muka sudah cukup untuk menghidupkan watak-watak tersebut di atas pentas. Moo Siew Keh ( kuda bernama Boxer) dan Gan Hui Yee (Babi bernama Major dan Napoleon) sangat-sangat berjaya membawa watak masing-masing. Hinggakan teriakan kesakitan Boxer ketika cedera sewaktu membina kincir angin terasa benar.
Rekaan set oleh Caecer Chong telah membuatkan penonton menjadi sebahagian dalam persembahan tersebut. Caecer telah memagar disekeliling bahagian dalam pentas 2 KLPac dengan dawai mata punai. Kita sebagai penonton berada bersama-sama haiwan di dalam kandang/reban jadi kita juga sebahagian dari haiwan-haiwan dalam Animal Farm). Persoalannya kenapa Kok Man mahu kita menjadi sebahagian dari haiwan yang hidup dalam pemerintahan Napoleon? Napoleon seekor babi yang kejam dan menjalankan pemerintahan kuku besi. Jika kita berada di dalam Animal Farm maknanya kita juga turut sama ditindas. Apakah ini yang cuba dicadangkan oleh Kok Man?
Jika menonton persembahan ini dengan melupakan atau tanpa mengetahui tujuan asal Orwell menulis Animal Farm, kita hanya melihat kerakusan pemimpin korup yang sanggup melakukan apa saja untuk mencapai impian mereka dan rakyat menjadi mangsa. Situasi ini boleh belaku di mana-mana tidak hanya di Kesatuan Soviet malah ianya boleh (sedang) berlaku di Malaysia. Pemimpin di dalam Animal Farm dimonopoli oleh babi ada yang jujur seperti Snowball (lakonan Huen Phuei) tetapi ditewaskan oleh Napoleon dan Squeler (lakonan Ling Tan). Ketika pemerintahan Napoleon semua babi-babi di Animal Farm mendapat kedudukan yang lebih baik dari haiwan-haiwan lain. Malahan dia telah mengubal beberapa peraturan supaya kelebihan memihak kepada ia dan babi-babi yang lain. Peraturan lama menyatakan semua yang berkaki dua itu adalah musuh, berkaki empat atau berkepak itu kawan, semua haiwan tidak boleh berpakaian, tidur di katil, minum arak, berbunuh sesama sendiri dan semua haiwan mempunyai hak yang sama rata. Kita melihat Napoleon melanggar peraturan ini satu persatu. Napoleon menidas Boxer dan kuda-kuda yang lain untuk berkerja lebih masa dan mendapat imbuhan yang sedikit. Makanan mereka dicatu sedangkan Napoleon dan babi-babi lain hidup mewah di atas usaha keras Boxer dan kuda-kuda lain. Napoleon berparti minum minum keras, tidur di katil dan mula membunuh haiwan-haiwan lain yang dirasakan cuba mengkhianatinya. Namun Boxer tetap percayakan pada Napoleon walau dinasihati oleh kuda bernama Clover (lakonan Lee Ling). Bagi Boxer, Napoleon sentiasa betul. Boxer adalah simbol bagi rakyat yang taksubkan pada pemimpinnya dan mengikuti apa saja arahan dari pemerintah. Kesetian yang membuta tuli (ini juga terjadi di mana-mana negara termasuk Malaysia) Hingga akhirnya Boxer yang parah dan kesakitan tidak mampu lagi berkerja. Napoleon yang merasakan Boxer tidak dapat menyumbang apa-apa kepadanya telah menghantarnya ke rumah sembelihan (dengan menyatakan ke hospital) disebabkan kebodohan Boxer akhirnya ia mati sia-sia. Manakala Napoleon mula menjalin hubungan dengan manusia yang sepatutnya menjadi musuh haiwan.
Disebabkan mungkin kekuarangan pembiayaan (saya kira) banyak watak-watak yang terdapat di dalam novel telah ditiadakan. Dan, beberapa pelakon membawakan watak berganda seperti Gan Hui Yee membawa watak Napoleon dan Major, Chen Huen Phuei membawa watak Snowball dan Benjamin (keldai), Lim Tiong Wooi sebagai Mollie (kuda) dan Moses (gagak) dan Moo Siew Keh sebagai Boxer dan Lelaki (mr Whymper). Ketiadaan watak-watak lain tidak mengganggu apa yang ingin disampaikan oleh pengarah kepada penonton.

Rabu, 22 Oktober 2008

Rokok Kotak 14 vs Rokok Kotak 20


Aku pernah diberitau oleh seseorang, aku tak ingat siapa. Dia kata, rokok kotak 14 lebih sedap rasanya berbanding dengan kotak 20. Aku tak tahu pulak ada perbedaannya. Dia kata teknik pembungkusan di kilang menyebabkan rokok kotak 14 lebih sedap. Dia suruh cuba. Aku cuba tapi rasanya sama saja. Bagi aku 20, 14 mahupun 7 (sekarang dah tak dijual lagi) tetap sedap di hisap apa lagi selepas baru habis melantak. Cuma ada beberapa kali saja rasanya tak sedap. Iaitu bila mana aku terlupa bawa rokok (yang dah dibuka) masa keluar dari rumah dan aku beli sekotak lagi rokok kotak 20. Dan, aku mempunyai dua kotak rokok kotak 20 yang sudah dibuka pembalutnya. Oleh kerana aku hanya menghisap 20 batang rokok 12 jam sehari jadi aku mmpunyai lebihan rokok yang sudah dibuka. Rokok yang tidak di hisap selepas 24 jam dibuka pembalutnya akan menyebabkannya masuk angin. Rokok ini jika dihisap, rasanya macam hisap rokok kertas surat khabar (sapa-sapa yang pernah duk dalam lokap/penjara atau hisap rokok daun tapi daun/tembakau tahil habis kat tengah malam saja yang tau macam mana rasanya). Aku rasa mamat yang kata rokok kotak 14 lebih sedap tu mungkin hanya menghisap rokok kurang dari 14 batang sehari bila dia membeli kotak 20 dia mempunyai lebihan rokok yang belum dihisap tapi sudah masuk angin. Rokoknya sudah tidak sedap lagi rasanya.

Selasa, 21 Oktober 2008

Samsiah Fakeh damailah kamu di sana.

Hujan turun setiap hari sejak kebelakangan ni rupanya memberi satu pertanda. Kehilangan. Pagi tadi aku terima sms (sebenarnya tengahari kerana phone aku mampuih pasal tak cas semalam) dari al-Jafree (penulis skrip filem paloh, dukun.....) tentang pemergian Samsiah Fakeh meninggalkan kita selama-lamanya menghadap ilahi. Samsiah Fakeh untuk yang tak mengenalinya adalah tokoh perjuang kemerdekaan yang sengaja dilupakan (oleh pemerintah)kerana perbedaan ideologi. Dia adalah salah seorang perjuang tulen yang tak pernah takut untuk tunduk dengan penjajah, tidak seperti tokoh-tokoh yang kita baca dalam buku sejarah kat sekolah dulu yang sehingga kini dijulang kerana kononnya berjaya mendapat kermerdekaan tanpa pertumpahan darah (setelah bersedudukan dengan inggeris). Kita diajar untuk menganggap mereka wira dan orang-orang seperti Samsiah Fakeh itu penjahat. Dan, kita percaya!

Aku sendiri sewaktu di alam persekolahan percaya apa yang ditulis di dalam buku sejarah. Apatah lagi sejarah adalah subjek kegemaran aku. Membaca sejarah seperti membaca sebuah cerita dengan tokoh-tokoh (watak-watak) yang menghidupkan cerita itu. Aku khayal dengan dongengan itu. Apabila makin dewasa aku mulai menemui beberapa kebenaran lain yang disembunyikan oleh pemerintah antaranya adalah kisah-kisah tentang perjuangan tokoh-tokoh seperti Samsiah Fakeh. Setelah mengetahui kebenaran ini aku menjadi kagum dengan orang sepertinya.

21 november tahun lepas adalah hari lahir aku yang ke 38. Aku tak akan lupakan tarikh itu kerana hari itu aku mendapat hadiah hari lahir yang paling bernilai dalam hidup aku. Bertemu dengan Samsiah Fakeh. Hanya kebetulan juga melalui ajakan dari al Jeffree untuk melawat Samsiah Fakeh yang waktu itu terlantar di HUKM. Pertemuan singkat aku dan dia membuatkan mata aku bergenang. Walau sakit, ketika melihat kami tiba dia menggagahkan dirinya untuk duduk dengan dibantu oleh seorang pembantu warga indonesia yang sentiasa menemaninya. Ketika itu kemampuan dia untuk berkomunikasi melalui kata-kata sudah terbatas. Setiap pertanyaan yang dilontarkan ia akan membalasnya melalui tulisan di buku notanya. begitulah cara kami berkomunikasi. Dalam pertemuan singkat itu aku sempat meluahkan penghargaan aku terhadap perjuangannya. Aku turut nyatakan bahawa hari itu adalah hari lahir aku dan saat itu adalah hadiah yang paling bernilai. Dia memandang wajah aku. Dalam matanya aku melihat penderitaan yang dia lalui. Aku memegang tangannya yang berkedut dan menciumnya. Tangan yang mengangkat senjata untuk mempertahankan tanah air yang tercinta. Dan, akhirnya terbuang di negara asing di atas pengorbanannya itu. Di lewat usia senja dia korbankan maruahnya dengan memohon pengampunan untuk kembali ke tanah airnya sendiri. Dan, sekarang dia sudah tiada lagi yang tinggal hanya semangatnya yang membakar di jiwa mereka yang memahami perjuangannya itu. Al fatihah.

Isnin, 20 Oktober 2008

Makan-Makan


Aku dan Jun tengok TV cerita orang putih. Ada adegan makan. Diaorang makan steaks. Jun tanya kenyang ke? Aku kata kenyang! Ketika tu fikiran aku berputar kembali ke zaman kanak-kanak. Mak selalu marah kalu ratah lauk. Dia suruh makan nasi lauk tu cubit sikit-sikit saja takut tak kenyang nantinya. Kita selalu makan untuk kenyang bukan kerana khasiatnya. Kita diajar begitu. Mungkin kerana kita susah lauk pauk tu mahal jadi makan nasi lebih menjimatkan yang penting perut tak keroncong. Sumbat, sumbat, sumbat... kenyang, dah selesai. Nasi juga sumber karbohidrat untuk beri tenaga mengerjakan sawah dan lain-lain perkerjaan yang memerlukan tenaga/keringat. Segala bentuk daging memberi protein bagi membina otot dan tubuh badan kita. Berdasarkan ini mungkin sebab tu orang putih tubuh dia nala punya besar berbanding dengan tubuh orang kita. Pemuda-pemuda Jepun juga sudah bertubuh besar dan tinggi tak seperti fizikal generasi masa dulu (yang pernah digelar wak pendek) perubahan ini belaku kerana perubahan permakanan diaorang (lepas kalah perang orang putih masuk Jepun bawa masuk makanan diaorang sekali sekarang ni orang jepun dah memuja orang putih apa yang orang putih buat diaorang nak buat, makanpun diaorang ikut). Mentaliti kita terhadap makanan masih belum berubah tengok saja ahli sukan yang praktis kat luar negara semuanya tak tahan duk kat sana pasal rindu nak makan nasi... Tapi ada hati nak main sport kat luar negara tubuh kemetot macam mana nak saing orang putih....alahai!!!

MAKAN STEAK
Malam tu aku pergi ke pasaraya kat rumah aku. Aku beli sepotong daging lembu setebal 1 inci dan besar sedikit dari tapak tangan aku. Harganya dekat 8 ringgit seketul (aku rasa ni adalah salah satu faktor utama kenapa kita tak jadikannya makan ruji). Balik rumah aku perapkan dengan rempah ratus selepas aku cucuk-cucuk daging tu dengan grafu. Aku panaskan kuali letak minyak... aku masak steak. Bila dah steak tu hampir masak aku pecahkan dua biji telur ke dalam kuali. Bila betul-betul dah masak aku angkat letak dalam pinggan. Aku dan Jun makan steak tu. Kenyang! Lepas tu kami melayan kepala yang kenuning (pening-pening lalat)....

CARA-CARA MEMASAK STEAK

Bahan-bahan
Sepotong daging lembu setebal 1 inci
Garam, lada sulah, bawang putih (serbuk) atau beli saja Sos Honsin jenama Lee Kum Nam.
minyak masak atau mentega.

Cara-cara memasaknya
Basuh daging dengan air kemudian cucuk-cucukkan dia dengan grafu. Alih. Cucuk pulak sebelah lagi hingga semua bahagian daging tu tertusuk oleh grafu itu. Lumurkan garam dan lada sulah kat dua-dua bahagian tersebut atau lumurkan sos Honsin tu. Letak kuali, nyalakan api (sederhana) masukkan minyak atau mentega. Masukan daging kemudian alih-alihkannya jangan biar terlalu lama kat satu-satu bahagian nanti hangus rasa pahitlah pula steak tu. Bila hampir masak masukkan telur (pilihan) jika nak kalau tak nak boleh dimakan begitu saja.

Jumaat, 17 Oktober 2008

1978

Beginilah aku jika sekarang ini tahun 1978!

Khamis, 16 Oktober 2008

Mereka Masih Muda

F.J dan Z.A dua orang muda yang darahnya panas mengalir kencang di setiap urat yang bersimpang siur di bawah kulit tegang mereka. Aku duduk mendengar mereka bersemangat mahu mengubah dunia.Sistem. Mereka mahu jadikan negara ini menjadi sebuah tempat yang lebih baik untuk didiami. Aku katakan mereka takan mampu mengubahnya. Tak mudah mereka menerimanya. Mereka percaya mereka mampu melakukannya. Mereka orang muda. Mereka tahu mereka mampu. Aku nafikan. Mereka kurang senang walau tidak menunjuknya. Aku makin tua. Lalu aku katakan kalau betul mahu mengubahnya mereka harus jadi jahat. Jahat? Jahat... Letuplah bangunan-bangunan, hilangkan punca pendapatan para pekerja yang bergantung hidup berkerja di dalamnya. Bakarlah ladang-ladang pertanian, supaya orang yang bergantung hidup dengan perkerjaan mereka tak boleh cari makan. Jadikan keadaan hura-hara, kemiskinan, kebuluran, penindasan. Kenapa? hanya orang-orang yang hidupnya benar-benar susah dan merasa tertekan sahaja yang akan bangun menentang sistem yang tidak mampu menberi keselesaan dalam kehidupan mereka. Selagi majoriti rakyat yang hidup di negara ini selesa dengan kehidupan mereka pihak minoriti yang hidupnya susah hanya mampu menghempas penumbuk di meja kedai kopi menyatakan kerajaan yang ada harus ditukar. Hanya setakat itu. Aku makin tua. Mereka masih muda.

Rabu, 15 Oktober 2008

Sakit di hari raya

Aku baru baik dari sakit. Ya! Aku sakit lagi, ketika orang ramai yang beragama islam (atau merasakan dirinya islam) menyambut hari raya aku sakit lagi. Seluruh tubuh aku jadi tak bermaya walau berdozen pil aku dah telan. Lebih dari seminggu aku terbaring lesu. Hari ini adalah hari ke lima aku betul-betul baik dari sakit. Aku betul-betul sudah kembali bersemangat sebab tu aku menulis entri ni, kalau tak jangan harap buka laptop pun aku malas.

Kalau benar sakit itu menghapuskan dosa-dosa kecil… Berapa banyak dosa-dosa kecil yang aku dah buat (yang besar tak kira lagi tu. alahai!)

Sabtu, 27 September 2008

Bisikan cinta untuk Pencipta

Bisikanlah cinta berahimu
pada yang Maha Pencipta
jangan biarkan angin membawa suaramu
singgah ke telinga tetangga
nanti cintamu tak berbalas.

Aku Masih Ketakutan

Hari ni kurang sedikit ketakutan aku ni tak seperti hari pertama dulu. Setelah mengaulinya aku mulai menikmatinya. Takut untuk mengatakan sesuatu di tempat yang telah diwartakan tidak boleh berkata-kata adalah seperti ketakutan ketika kali pertama ingin merasa nikmatnya menguncup bibir si perawan pingitan. Kali pertama melakukannya debar di dada bagai taufan menampar laut menghempas pantai dan aku berdiri di atas seketul batu dipinggirnya. Selepas berkali-kali melakukannya terasa seperti mengulum bibir perawan pingitan sambil memikirkan ayahnya yang bermisai tebal. Atau, seperti mengintainya mandi telanjang tapi takut ketahuan. Rasa takut dan seronok yang dinikmati dalam masa yang sama telah mengalirkan anderlin dan membuatkan kita teruja. Sama seperti sakit, jika kesakitan itu sampai keperingkat yang maksimun kita juga mula menikmatinya dan menjadi satu keseronokan. Bagaimanapun ketakutan itu tidak terus hilang dia masih melekat di secebis hati keras ini kerana aku sering kali ditakutkan untuk berkata apa yang ku rasa benar. Begitu juga kamu.

Khamis, 25 September 2008

Aku Dalam Ketakutan

Semalam adalah pementasan preview untuk Break-ing/Ji Po/Ka Si Pe Cah. Selesai pementasan kami adakan sessi soal jawab bersama penonton. Kebanyakan dari penonton memberi pendapat bahawa pertunjukan WIP yang diarahkan oleh aku tidak sesuai dipentaskan dalam situasi politik di Malaysia. Disebabkan rata-rata penonton merasakan begitu ia sedikit sebanyak membuatkan aku rasa terancam. Walaupun begitu aku tetap merasakan tindakan aku tidak salah. Aku hanya bercerita tentang sesuatu yang orang lain sudah mengetahuinya. Sekurang-kurangnya pernah mendengar mengenainya. Aku cuma menceritakannya kembali dari sudut pandangan aku. Apa yang membuatnya berbeza dari cerita yang pernah mereka dengar adalah kali ini aku bercerita secara terbuka bukannya berbisik-bisik (supaya cerita ini tidak sampai kedengaran ke telinga pihak yang boleh mengancam mereka).
Aku pernah memberi pandangan aku terhadap orang seni yang pertunjukan hasil kerja mereka ke luar negara kerana merasakan tiada kebebasan berkarya di negara kita. Aku katakan tindakan mereka ini hanya akan membuatkan negara ini akan kelihatan buruk pada pandangan orang luar. Dan, mereka tidak mengubah apa-apa. Bagi aku sekiranya kita sebagai orang seni merasakan ada kecacatan dalam masyarakat dan negaranya, kita harus melahirkan karya-karya yang dapat menjadi cermin kepada masyarakat dan negaranya. Kita harus berdepan dengan masalah ini, di sini, di negara kita sendiri. Untuk melakukannya kita harus berdepan dengan ketakutan kita sendiri, dengan hanya sedikit keberanian kita akan melangkah selangkah ke hadapan dan akhirnya keberanian kita akan bertambah sedikit, lebih dari semalam. Itu yang aku lakukan dalam pementasan WIP.

Ahad, 21 September 2008

PENYEDAP HATI

Kita hanya perlukan sedikit keberanian untuk berkata benar.

Jumaat, 19 September 2008

Bee En Downfall Parody

Aku nak kongsi dengan kau orang sebuah video yang dihantar oleh seorang teman ke email aku. Kelakar giler wa cakap lu (tapi bergantung siapa yang menontonnya). Nasihat aku tontonlah dengan fikiran terbuka dan bebas.

Tajuk Video : Bee En Downfall Parody
Sumber dari http//blog.kavilan.com

klik link kat bawah ni dan selamat menonton.
http://www.youtube.com/watch?v=_7XCRpRwz1s

Seni Politik

Ringkasan ini tidak tersedia. Sila klik di sini untuk melihat siaran.

Khamis, 18 September 2008

Break-ing/Ji Po/Ka Si Pe Cah - Review

Repot Mind(Mine)

"These three pieces, as a whole, have challenged us not only in our thinking about language, but also in our thinking beyond language.” – Kakiseni.com

WIP

“Beautiful and elliptical… exuberant… …Dramatists across the Causeway explore issues of language, politics and identity with mostly beautiful and hilarious results.”
By Adeline Chia, Singapore

Silence Please

…each director …. succeeds in delivering something resonant, relevant and powerful.,,, a remarkable evening, displaying the vibrant diversity of the KL theatre scene.
‘The Flying Inkpot, Singapore

Silence Please

“Silence, Please works beautifully with its oblique, sophisticated approach to contemporary theatre: five actors move in a combination of naturalistic and abstract movements as a brilliantly performed English-language voiceover describes a Hindu family's experience of their mother's death. Poetic, moving, and politically resonant too – splendid.” - Flying Inkpot Singapore

Repot Mind(Mine)

“ Features a madcap series of scenes where four Chinese-language actors re-enact the interrogation of language: they mimic their own monologues and movements as a pre-recorded video of their improvisations plays in the background, then re-enact interviews with a range of Mandarin, Cantonese, Hokkien and Hakka-speaking citizens; then there's the P. Ramlee movie … Coming after a piece about silence, this piece is instead about noise, language as noise, politics as noise, performance as noise, noise that is glorious, chaotic and alive… hilarious”
Flying Inkpot Singapore

WIP

“The production wisely chose to end with Nam Ron’s piece, which explores the ultimate reaching and yearning that is sometimes thwarted by language. The blindfolded victim wants to know his assassin’s name. What’s in a name? Was he appealing to a host of other memories and associations that the assassin had about himself, to his own humanity? And does the violence in this piece say something about what happens when language is just not enough to express oneself, anymore?” Kakiseni.com

Projek Kolarborasi Break-ing/Ji Po/Ka Si Pe Cah

11 benda yang anda patut tahu tentang Projek Kolarborasi Break-ing/JI PO/Ka Si Pe Cah

1. Kali pertama dipentaskan di Stor Teater DBP 2006 dan diundang ke Tokyo dan Singapura pada 2008.
2. kolarborasi antara 3 orang pengarah.
3. bertemakan bahasa.
4. melibatkan 3 syarikat teater
5. menggunakan bahasa cina, inggeris dan melayu dengan sarikata disediakan.
6. akan dipentaskan di KLPac pentas 2.
7 tiket berharga RM47 dewasa dan 27 pelajar.
8. mempunyai 3 cerita berbeza Repot Mind(Mine), Silence Please dan WIP
9. Belum ada sponsor dari mana mana pihak.
10. Kali pertama kolarborasi yang menggunakan pendekatan sebegini diadakan di Malaysia.
11. Mendapat 8 percalonan di Anugerah Seni Cameronian 2006

Perjalanan sebuah pementasan teater

Ini cerita tentang suatu perjalanan. Pada tahun 2003, aku dijemput untuk menyertai satu pakatan. Seramai 16 orang teater yang mempunyai latarbelakang dalam penulisan dan pengarahan teater kontemporari dari 7 buah negara telah berkumpul di Tokyo, Japan. Bermula dari tahun itu kami meneruskan pertemuan demi pertemuan hingga 2008 (hanya pada tahun 2006 saja kami tak bersama). Ada sekali setahun ada 3 kali setahun semuanya bergantung kepada agenda pertemuan. Kami cuba untuk mencari jalan untuk berkerja dalam satu pakatan (kolarborasi). Banyak yang kami semua lalui ketawa, menangis dan bercakaran sesama sendiri. Dari berbincang di meja, berbengkal di padang, berseminar di bilik hingga ke bermain di panggung.
Pada tahun 2006 Aku, Loh Kok Man dan Jo Kukathas berbincang untuk membuat kolaborasi sesama kami. Ini kerana ke tiga-tiga kami dari Malaysia tapi kami tak pernah bersama-sama membuat satu pertunjukan bersama. Lebih ironik kami selalu berkolaborasi semasa pertunjukan dan bengkel di luar negara tapi di negara sendiri kami membawa haluan masing-masing. Malahan aku mengenali Jo dan Kok Man semasa di sana padahal kami dari negara yang sama dan berkerja dalam bidang yang sama.
Maka pada tahun 2006 lahirlah sebuah pertunjukan kolarborasi kami yang diberi nama Break-ing/JI PO/Ka Si Pe Cah. Pertunjukan itu berlangsung di Stor Teater DBP. Kami sangkakan perjalanan pertunjukan itu akan tamat di situ. Namun pada 2008 kami diundang untuk membuat pertunjukan itu di Tokyo dan Singapura. Setelah mengharungi perjalanan tersebut kami sekali lagi berpakat untuk kembali mementaskannya di Malaysia.
Break-ing/JI PO/Ka Si Pe Cah akan dipentaskan di KLPac, Kuala Lumpur pada 24 hingga 28 bulan ini.
Pertunjukan ini dibahagikan kepada 3 bahagian dan dicantumkan dengan satu tema iaitu bahasa. Setiap bahagian ini mempunyai cerita dan bahasa yang berlainan iaitu Repot Mind(Mine) lebih banyak menggunakan bahasa cina, Silence Please dalam bahasa english dan WIP dalam bahasa melayu. Kolarborasi ini juga melibatkan 3 syarikat teater dari 3 latarbelakang yang berbeza iaitu teater cina Pentas Project Teater Production, teater inggeris The Instant Cafe Theatre Company dan Teater Melayu Alternative Stage. Anda semua dijemput untuk sama-sama datang untuk menyaksikan pementasan ini dan membantu memberi sokongan dengan terhadap pakatan kami. Hingga ke saat ini kami belum lagi mendapat sokongan dalam bentuk kewangan dari mana-mana badan kerajaan dan syarikat sawsta. Kehadiran anda dengan datang menonton dengan membeli tiket yang berharga RM47 untuk dewasa dan Rm27 untuk pelajar (dengan membawa pas pelajar). Pada 24 haribulan harga tiket hanya RM27 tak kira pelajar atau dewasa. Harga tiket mungkin bagi sesetengah dari anda merasakan agak mahal tetapi sebenarnya harga itu hanya cukup untuk menampung kos produksi tidak termasuk bayaran individu yang terlibat (sekiranya setiap malam panggung penuh dengan penonton). Dengan itu saya sangat-sangat berharap anda datang untuk menyaksikan pementasan ini sekurang-kurangnya dapat membantu kami melangsaikan bayaran sewa panggung di KLPac. Sekian Terima Kasih.

Rabu, 17 September 2008

Surat terbuka untuk Shahrul, Buta Seni dan Pegawai Khalwat.

Tidak dapat dinafikan kejujuran dalam lakonan sangat penting untuk membuatkan penonton percaya dengan segala tutur kata dan tingkah laku si pelakon di atas pentas. Untuk mendapatkan kejujuran ini ada beberapa pendekatan yang dapat diguna pakai oleh pelakon (samada dengan bantuan pengarah, jurulatih lakon mahupun secara sendirian).
Seorang pelakon itu seharusnya kaya dengan pengalaman hidup. Pegawai Khalwat memberi contoh seorang pelakon yang tak pernah memegang perempuan dalam hidupnya sukar untuk memberi rasa jujur bila dia membawa watak kasanova dan harus melakukan aksi tersebut. Jika pelakon itu tidak mempunyai pengalaman sebegitu amat payah untuk dia melakonkannya jika ia mencuba juga membawa watak tersebut dia akan kelihatan kaku dan palsu (tak jujur). Ada beberapa cara yang dapat dilakukan oleh pelakon itu untuk mengatasi masalahnya:-

1- Dia harus mengkaji watak itu melalui pemerhatian ke atas kasanova-kasanova yang ada di alam nyata (bukan TV) selepas itu dia harus menjalani hidup seperti kasanova tersebut. Dia boleh mula dengan luaran dengan meniru cara duduk, jalan, permakaian, cara bercakap, cara makan dan sebagainya. Ingat acting is art of imatation. Si pelakon juga harus mengkaji pemikiran seorang kasanova melalui pembacaan dan mungkin bertemu terus dengan kasanova yang dia kenali untuk memahami pemikirannya. Selepas itu dia harus berfikir sebagai seorang kasanova. Lama kelamaan dia akan terus berubah dari dirinya yang sebenar dan menjadi kasanova. Dari seorang lelaki baik/alim dia telah menjadi orang lain. Sama seperti mat Rock yang mendapat tawaran menjadi guru. Apabila dia menukar luarannya dan kegiatan hariannya lama kelamaan dia tidak lagi kelihatan mat rock tapi seorang guru.

2- Mencipta pengalaman baru. Jika pelakon tiada satu satu pengalaman dia harus menciptanya. Mencipta pengalaman baru boleh dilakukan dengan cara mencuba membuat benda-benda yang dia belum penah buat sebelum ini. Sebagai contoh jika dia tidak pernah merasa bagaimana rasa sejuk dia harus menempuh pengalaman itu. Saya pernah bereksperimen dengan pelakon saya dengan kaedah ini. Sewaktu itu saya berlatih untuk mementaskan teater Di Pulau Sa dan Di karya Dinsman. Ada satu Dialog yang diucapkan oleh Sa kepada Di, iaitu “Di aku sejuk”. Dialognya begitu mudah tapi saya sebagai pengarah tidak melihat kejujuran pada kata-katanya (seorang wanita yang lari mengikut kekasihnya tinggal di pulau yang hanya mereka berdua saja di situ; apa yang di inginkan olehnya bila melafazkan kata-kata itu?) Setelah berkali-kali mencuba saya akhirnya menyuruh mereka menanggalkan seluar dan baju (hanya tinggal pakaian asas sahaja) kemudian saya membawa mereka ke bilik air dan saya siramkan mereka hingga basah lenjun. Selepas itu saya masukkan mereka ke dalam studio (aircond) dan menguncinya dari luar. Saya pergi ke cafĂ© dan minum kopi. Selepas lebih kurang sejam lebih saya naik semula ke studio latihan dan mendapati mereka berpelukan sesama sendiri. Dan, saya suruh mereka ucapkan dialog tersebut kesannya saya melihat kejujuran terhadap tindakan dan ucapannya. Ini kerana mereka melalui pengalaman tersebut dan bukan di buat-buat (Sa mengatakan kepada Di yang dia sejuk kerana ingin dipanaskan). Latihan-latihan ini agak keterlaluan dan saya tak mengalakkan ianya dilakukan (mungkin terbatas kepada adegan-adegan tertentu sahaja). Saya sendiri sudah tidak melakukan latihan ini bersama pelakon saya kerana kesannya sangat tidak terkawal (pelakon saya dalam drama ni menjalani hidup seperti Sa dan Di walaupun sesudah pementasan tersebut).

3- Menggunakan imaginasi untuk mendapatkan kejujuran seperti yang dikatakan oleh Syahrul tu juga ada benarnya. Seseorang pelakon itu harus kaya dengan imaginasi tapi bukan semua dilahirkan dengan imagnasi yang kuat seperti kata syahrul. Untuk menzahikan imaginasi juga bukan mudah. Dalam Method acting stanilavski menggunakan pendekatan IF. Setiap manusia ada semua sifat-sifat manusia baik jahat ataupun baik cuma ada sesetengahnya tidak menzahirkan di kehidupannya hari-hari kerana adanya super ego. Setiap manusia ada naluri untuk membunuh tapi dia tak pernah tunjukan melalui magic if seorang pelakon itu akan menzahirakn sifat-sifat seorang pembunuh jika dia membawa watak pembunuh itu. Bagaimanapun magic if ini lebih berguna untuk seorang pelakon membawa watak dengan gayanya sendiri dia tak perlu meniru lagak pembunuh yang sudah dibawa oleh pelakon lain. Ia harus membayangkan dirinya sebagai pembunuh dan apa yang dia akan lakukan bukan mengikut-ikut gaya pelakon lain. Stanilavski mengambil ini dari kajian Freud seorang ahli psikologi yang membuat teori iceberg. Freud percaya Manusia ini seperti iceberg di lautan. Kita hanya nampak berapa percent sahaja ia dipermukaan laut tapi yang terbenam dibawahnya lebih besar dari yang dinampak (10% berbanding 90%). Seorang pelakon itu hanya perlu mengali sifat-sifat ini dari dalam dirinya sahaja.

4- Acting is art of repeatation. Ini satu lagi kaedah yang boleh digunapakai. Sesetengah pengiat merasakan bahawa kaedah method acting yang diperkenalkan oleh stanilavski tidak sesuai digunakan untuk lakonan (kaedah ini lebih mementingkan rasa (jujur) yang datang dari dalam). Mereka percaya bahawa untuk kelihatan jujur dalam lakonan boleh juga datang dari perbuatan (luaran) yang diulang-ulang. Jika bergantung pada rasa seorang pelakon akan susah untuk melakukan buat kali kedua. Sebagai contoh jika pelakon yang membawa satu watak dan adegan itu belaku di dalam pejabat, Si pelakon harus duduk di kerusi ketika dia kebingungan. Jika pelakon tidak merasakan di saat itu dia mahu duduk di kerusi dia akan berdiri ataupun dia tidak merasa bingung pada hari tersebut (hari sebelumnya dia binggung dan duduk di kerusi). Mungkin tidak menjadi masalah jika persembahan itu tiada apa-apa tuntutan teknikal tapi jika ada; seperti ada lampu spot dia duduk dikerusi itu dan dia akan bermonolog dan kerusi itu bergerak ke hadapan? Pasti akan ada masalah yang besar akan timbul. Jika dia pergi ke kerusi itu akan nampak ketidakjujurannya kerana dia tidak merasainya pada saat itu (emotional truth). Sebab itu kaedah pengulangan ini sangat penting. Ada sesetengah pengiat teater percaya jika kita mengulang-ulang melakukan benda yang sama sehingga tubuh itu berfikir sendiri. Penonton takan dapat mengesan apakah kejujuran itu datang dari dalam atau tak. Harus diingat kejujuran itu penting hanya untuk membuatkan penonton percaya jika penonton percaya jujur dan tak jujur dah tak penting lagi.

Pendapat Buta Seni mengatakan bahawa pentingnya rakan lakon untuk mencapai lakonan yang baik dan penuh dengan kejujuran itu saya setuju. Acting is reacting. Jika rakan lakon tidak memberi kita yang berlakon bersamanya akan turut tenggelam. Jika mendapat rakan lakon sebegini cuba buat latihan give and receive bersama dengannya lebih kerap lagi. Latihan-latihan trust juga boleh membantu. Sebenarnya banyak teknik-teknik latihan asas untuk lakonan menjadi sangat penting untuk membentuk lakonan yang baik. Saya sekarang ni sedang membaca buku acting through exercise oleh John L. Gronbeck - Tedesco yang aku praktikkan bila bekerja dengan pelakon-pelakon baru dan student.
Aku percaya sebagai pengiat seni teater kita tak seharusnya berpegang kepada satu-satu pendekatan yang kita pelajari tapi kita juga boleh adunkan segalanya dan cuba mencari teknik kita sendiri untuk berkerja yang pentingnya penonton percaya dengan apa yang dikata dan dilakukan. Ini kerana tanggungjawab pelakon adalah menyampaikan pemikiran pengarang dan tafsiran pengarah menggunakan bakat yang ada padanya. Jika penonton tidak percaya dengan si pelakon ini segala-galanya tidak akan terbenam dalam fikiran penonton.

p/s maaf panjang pulak entri kali ni. Harap boleh tambah jika ada yang kurang.