Selasa, 22 Julai 2008

Kisah Rasulullah sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukulisterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.' 'Aku tidak bertanya alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?'
6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'
Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT..'

Rumah Sewa Baru

Selesai sudah Festival Teater Kebangsaan 2008, banyak benda yang aku nak perkatakan sepanjang berlangsungnya festival ini tapi aku tangguhkan dulu untuk entri yang lain kali. Untuk kali ini aku hanya nak kongsi tentang rumah sewa baru aku ni. Aku dan keluarga dah hampir sebulan tinggal kat sini sejak keluar rumah sewa yang dulu. Kami pindah tak jauh masih kat blok yang sama cuma lain tingkat dan tangga aje. Rumah yang dulu tu ownernya dah jual dan owner baru tu nak tinggal kat situ. Dulu masa mula-mula datang tengok rumah, dia (perempuan) kata kami boleh terus tinggal kat situ... tup-tup bila semua urusan jual beli selesai dia minta kami keluar. Dia kata dia nak kahwin dan tinggal kat situ (katanya: tak sangka nak kahwin cepat pulak... kata aku : Aik! Nak kahwinpun boleh tak sangka-sangka). Kenapa aku pindah kat kawasan yang sama juga? Semuanya pasal anak, anak aku ni dijaga oleh pengasuh yang tinggal kat blok sebelah. Aku ni hanya ada sebuah kereta yang digunakan untuk segala macam urusan, jadi kalau tinggal jauh dan aku pulak ada kerja kat luar (kerja macam aku ni bukannya ada masa yang boleh diatur-atur macam orang kerja ofis) siapa yang nak pergi ambik dia. Selalunya kalau aku sibuk kat luar kawasan isteri aku yang akan jalan kaki aje ambik dia balik ke rumah. Jadi kami buat keputusan cari rumah di kawasan yang sama. Bukannya senang nak dapat, jenuh kami cari tapi tak ada rumah kosong. Satu pagi tu, Aru (mungkin Arumugan kot tapi kami kat sini panggil Aru aje tak tau pula nama penuh dia; teringat Arumugan penjaga gol kebangsaan tahun 80an dulu pulak yang digelar spiderman) dia ni jenator kat apartment ni, ternampak bini aku tengah ampai baju kat beranda apartment (tingkat 3) dia bagi tau ada rumah kosong kat tangga sebelah. Jun (isteri akulah) kejutkan aku ajak pergi tengok rumah tu pasal Aru kata owner tu ada kat sana. Kamipun pergilah ke sana dan terus berjumpa dengan Kong, owner rumah tu. Selepas berbincang dan akhirnya kami setuju untuk menyewa kat situ. Kong ni kira oklah orangnya, walau Aru baru-baru ni jumpa aku kata Kong n kedekut sebab dulu Kong janji nak bayar Rm200 kalau dia dapat carikan penyewa kat rumah dia tapi Kong bagi kat dia rm150 aje, marah betul Aru. Aku tanya pasal apa, Aru kata Kong tolak rm50 pasal dia tak betulkan kotak fius dan Kong terpaksa betulkan sendiri. Bagusnya Kong ni, semua benda dia settlekan kalau ada yang tak settlekan dia minta aku buat lepas tu claim kat dia tak macam owner dulu tu (melayu) nak kena aku telepon bagitau masalah baru datang, si Kong ni semua bil dia dah settlekan siap datang hantar kat rumah lagi (dia terpaksa tanggung semua tunggakan pasal penyewa dulu lari malam).Aku ingat lagi hari aku bereskan segala bayaran deposit, dia siap telepon bagi tau "banyak syok". Kong ni kerja jual besi buruk pernah satu hari tu aku tunggu dia tak datang-datang ambik baki duit deposit rumah aku telepon dia dia bagi tau lori rosak masuk workshop tak boleh datang tak ada orang nak hantar dia ke sini pasal dia tinggal kat Cheras. Aku ada buat-buat tanya dia tak nak jual ke rumah ni (aku bukan mampupun nak beli rumah) dia kata tak. Dalam hati aku kata: dia ni pandai dia tak kan jual sekarang sebab semua nilai hartanah kawasan ni sekarang ni rendah sangat dia nak tunggu harga naik tu... Aku juga dengar owner aku yang dulu tu jual rumah tu murah sangat (tak tau pulak berapa harganya) owner baru tu yang kata, dia macam tak percaya pasal murah sangat... tapi aku tau kenapa,dia dah banyak hutang bank pasal dia dah beli 3 buah rumah dan sekarang ni tak mampu nak tanggung daripada kena black list biarlah rugi.....

Jumaat, 4 Julai 2008

pindah rumah

aku pindah rumah lagi. rumah lama yang aku duduk dulu tu dah hampir 4 tahun aku sewa tapi tuan rumah dah jual dan owner barunya nak duduk pulak. jadi kena pindah lah. sekarang ni aku kat kedai telekom nak tukar alamat untuk telepon dan internet. sementara tunggu aku pakai access percuma kat sini. lambat betul punyalah ramai orang kat sini. lepas ni nak ke KLpac pulak untuk show aircon. penat nak mampuih! jadi sapa-sapa yang tinggalkan ulasan kat blog aku ni, aku nak mintak maaf pasal tak dapat balas lagi komen korang.

Rabu, 25 Jun 2008

AIRCON

The Instant Cafe Theatre Company
FIRSTWoRKS
presents

AIR CON


WRITTEN BY
Shanon Shah

DIRECTED BY
Jo Kukathas & Zalfian Fuzi

INTRODUCING
Amerul Affendi, Dara Othman, Firdaus Che Yahaya, Hazarul Hasnain, Nick Davis, Ryan Lee Baskaran and Zahiril Adzim.
WITH
Nam Ron, Chew Kin Wah, and Ismadi Wakiri.

Chep and Burn are top students in Sekolah Menengah Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, an elite school in Kedah. Head Boy, Burn, is the school's golden boy and his best friend, Chep, is feared and respected by the younger boys for his quick temper and skill on the hockey field. The school is well respected for its strong academic and sports record. However the discovery of a dead prostitute in the abandoned railway tracks near their school unravels the status quo and we discover a less golden world of bullying, sex crimes and violence. Best friends William and Asif go from innocence to experience as they are forced to deal with the repercussions of the murder. But who is responsible for the murder and will they be held accountable?Air Con challenges and interrogates the hypocritical habit of turning youth into scapegoats in times of moral panic. Ultimately, it casts a gentle albeit unflinching gaze at the perilous path of male adolescence, and interrogates the heartbreaking ways in which society often expects boys to become men.
Presented in Bahasa Malaysia (Kedah dialect) and English.With English surtitles.For Mature Audiences.
3-6 July 2008830pm (Thurs-Sun)3pm (Sat-Sun)RM 42, RM 27 (students, seniors)Preview: 2 July 830pm RM 22 onlyKLPAC, Pentas 2Sentul Park, Jln. StrachanOff Jln. Ipoh, Kuala LumpurTo find out more about The Instant Café Theatre Company as well as its FIRSTWoRKS Playwriting Program you can visit our website at http://www.instantcafetheatre.com


* 10% discount for ASTRO subscribers*
To purchase your tickets call box office at 03-4047 9000

www.instantcafetheatre.com

Isnin, 23 Jun 2008

Bahasa oh bahasa

Bahasa kebangsaan Malaysia adalah Bahasa Malaysia atau secara tepatnya bahasa Melayu-Riau. Inilah bahasa yang diguna pakai sebagai bahasa rasmi di Malaysia. Pihak kerajaan melalui kempen-kempennya bersungguh-sungguh memastikan rakyat di negara ini menggunakannya dalam segala urusan; baik yang rasmi mahu tidak rasmi. Sebagai rakyat Malaysia aku bangga menggunakannya bukan kerana ianya bahasa ibunda tapi kerana aku rakyat Malaysia. Walaupun begitu masih ada ahli-ahli perniagaan, politik dan masyarakat pertengahan hingga atasan masih berbangga menggunakan bahasa english atau inggeris untuk berkominikasi sesama sendiri dan mereka yang setaraf dengannya. Mereka hanya menggunakan Bahasa Malaysia untuk orang yang macam aku dan setaraf dengannya.

Hari tu aku terjadilah satu peristiwa (bukan kali pertama) aku dalam perjalanan nak balik ke rumah melalui Lebuhraya Utara Selatan aku singgah kat Hentian Jejantas, Sungai Buloh. Aku teringin nak makan sate kajang, jadi aku singgah kat situ. Selepas aku membuat pesanan, pelayan restoran tu suruh tunggu 15 minit, jadi aku tunggulah. Masa aku tunggu tu ada seorang lelaki bersama isterinya dan anak lelakinya (remaja) sedang berborak dengan satu lagi pasangan di meja sebelahnya. Lelaki tu dah lewat pertengahan umur (berdasarkan rambutnya yang dah putih dan kulitnya dah berkedut) lawan boraknya juga lebih kurang sebaya dengannya. Dari segi caranya duduk bersilang rapat kaki (sambil menggoyang-goyang lembut kakinya) dan pakaiannya aku dah tahu dia ni mesti datang dari kelas menengah. Semua itu tak menjadi hal pada aku cuma penggunaan bahasanya yang membuatkan aku sikit terpegun. Dia berborak dalam bahasa english dengan rakan boraknya tu. Caranya bercakap seperti dia langsung tak boleh cakap Bahasa Malaysia sikitpun Bahasa Malaysia tak terkeluar dari mulutnya walau bercakap dengan anak dan isterinya. Manakala isterinya pula berbahasa Malaysia dengan baik sekali. Kawan boraknya pun berbahasa english juga (mungkin tak nak dipandang rendah) walaupun tak secair lelaki tadi. Itu hanya sekadar peristiwa yang berlaku tidak hanya hari itu dan di tempat itu sahaja tapi ianya berlaku di mana-mana dan setiap masa. Kejadian-kejadian seperti itu membawa satu persoalan ke dalam diri aku, kenapa ini berlaku di negara kita tidak di negara-negara lain yang begitu bangga menggunakan bahasa kebangsaan mereka. Lihat saja Jepun, Perancis, Sepanyol, Jerman, Indonesia dan lain-lain (tidak termasuk India, Filipina dan beberapa negara lain yang lebih mengutamakan bahasa luar dari bahasa kebangsaan mereka). Aku ada kawan dari negara Thailand dia beritahu aku, orang siam malu untuk bercakap dalam bahasa english kerana akan dipandang rendah oleh orang sekelilingnya. Wow! Kita kat sini terbalik. Dalam situasi ini aku tak nak menyalahkan masyarakat kita yang tidak bangga untuk menggunakan bahasa kebangsaan. Aku lebih suka melihat gambaran yang lebih besar (menyalahkan masyarakat adalah perbuatan yang sangat mudah-inilah yang sering digunapakai oleh politikus kita). Di bawah ini aku cuba mengupas persoalannya dan cuba mencari dimana silapnya kita (semua persoalan dan kupasan ini hanya dari kacamata aku saja mungkin tak tepat dan bakal di kritik oleh ahli bahasa dan politikus sendiri ha, ha, ha... lantaklah ni blog aku.

Berdasarkan pengamatan aku, sistem pendidikan memainkan peranan yang sangat penting. Sistem pendidikan kita (dari sudut sekolah kebangsaan) lebih menekankan penggunaan bahasa malaysia. Dari pengalaman aku sendiri, sejak dari sekolah rendah hingga menengah guru menggunakan bahasa malaysia dalam semua matapelajaran. Jadi boleh dikatakan sistem pendidikan rendah dan menengah di sekolah kebangsaan pelajar telah dididik untuk menggunakan bahasa kebangsaan tetapi selepas memasuki universiti sistem ini mengalami sedikit perubahan. Di peringkat pendidikan tinggi ini para pelajar (mahasiswa) masih menggunakan bahasa malaysia tetapi ketika sampai ke peringkat mencari bahan, hampir semua bahan bacaan dalam bahasa inggeris. Jadi para pelajar mula terkial-kial dan berusaha menguasai bahasa inggeris untuk memastikan mereka dapat menamatkan pengajian dengan jayanya. Secara tidak langsung rasa bangga terhadap bahasa kebangsaan mulai pudar dan mereka mulai beranggapan bahasa ini hanya menjadi bahasa kelas kedua. Jadi janganlah nak bercakap atau berkempen menyuruh rakyat menggunakan bahasa kebangsaan dalam aktiviti harian kerana asasnya sendiri sudah tak betul.
Aku bukan penentang bahasa kebangsaan. Aku adalah salah seorang "pengguna" bahasa ini dan aku akui aku pulak bukan seorang perjuang bahasa kerana aku sendiri turut menggunakan bahasa rojak dalam aktiviti harian (bergantung pada siapa yang jadi rakan bual) tapi apa yang aku tak puas hati adalah kenapa kita didesak menggunakan bahasa kebangsaan sedangkan tidak ada perjuangan yang betul-betul serius untuk mencapai ke arah itu (hanya sekadar slogan dan kata-kata menteri diikuti sokongan ahli-ahli bahasa/linguastik). Pertama sekali apa yang aku nak tengok adalah buku-buku, baik untuk akademik mahupun seni dan sastera dan lain-lain harus diterjemahkan kepada bahasa malaysia. Barulah jika rakyat masih tidak menggunakan bahasa kebangsaan dalam urusan harian mereka boleh disalahkan (sudah pasti jika semua bahan bacaan di setiap peringkat pengajian adalah dalam bahasa malaysia generasi akan datang akan menggunakannya dalam setiap utusan harian).
Aku sebenarnya cemburu dengan seorang rakan aku ni, Loh Kok Man. Dia mendapat pendidikan di sekolah jenis kebangsaan (cina) kemudian masuk kolej kat MIA semua buku rujukannya adalah dalam bahasa cina. Memang kerajaan tidak menterjemah buku luar ke dalam bahasa cina tapi dia dapatkannya dari Taiwan kerana di sana segala macam mak nenek jenis buku telah diterjemahkan ke dalam bahasa cina. Sedangkan aku telah menjadi mangsa sistem kadang-kadang aku terfikir alangkah baiknya jika sejak dari sekolah rendah aku diajar dalam bahasa inggeris tidaklah aku terkial-kial mencari bahan bacaan sekarang ni.

Isnin, 16 Jun 2008

Ada kerja ada duit

aku rasa akulah manusia yang paling sibuk kat dunia ni. Aku betul-betul nakkan cuti. Orang kata kerja sendiri senang nak cuti tapi cubalah cuti, tak makanlah jawabnya anak bini. Walaupun aku bersunggut bukanlah pula maksudnya aku dah bosan dengan kerja aku. Tak aku tak bosan. Aku suka dengan kerja aku. Aku boleh dapat kepuasan jiwa dan nasi untuk mengisi perut itu dah cukup. Cuma ada masa aku kasihan tengok anak dan bini aku macam kurang perhatian saja, terutama anak aku tu. Dia macam kena sindrom kurang kasih sayang aje... Kasihan dia dapat bapak macam aku. Sabarlah Kaseh bapakmu harus berkerja untuk beli susu untuk mu dan bayar sewa rumah, beli kain baju, beras, bayar petrol dan tol, sayur, ikan, maggi mee atau sesekali kan kamu merenggek nakkan keropok makanan ringan atau aiskrim, coklat..... itu semua harus dibeli dengan DUIT. Semua barang dah naik sekarang, bulan depan bil elektrik pula naik.... Cuma duit yang diterima sebagai upah yang tak naik-naik.

Ahad, 1 Jun 2008

Foto foto dari teater vertigo








gambar-gambar ini telah dirakamkan oleh saudara hafiz hussin