Khamis, 27 November 2008

34 jam sehari

Kalaulah ada 34 jam sehari tentu aku tak begini. Berikan aku 10 jam lagi dalam sehari. Aku dah penat berkejar-kejar ke sana dan ke sini. Sarapan dalam kereta. nescafe tin penyegar mata. roti potong bersalut kaya pelapik perut yang bergelora. yang ku kejar bukan untuk kaya raya tapi pengisi perut anak dan isteri. rezeki. bukan tak mahu jadi kaya tapi aku tak tau macam mana nak hidup kaya. Hoi orang yang sudah kaya, bagi aku 10 jam kamu. aku rasa kau dah tak perlukan 24 jam itu dalam hidup kamu. apa lagi yang kau cari dalam 24 jam hidup kamu. Kan sudah penuh poket kamu dengan kekayaan. kan sudah penuh perut anak bini kamu dengan kekayaan. kan sudah penuh rumah kamu dengan kekayaan. Aku tak minta kekayaan kamu untuk di kongsi. aku cuma minta 10 jam masa kamu diberikan pada aku. Haram jadah. aku batuk lagi, aku sakit lagi kerana mencuri beberapa jam dari masa esok untuk aku gunakannya jadi hari ini. celaka. tekak aku rasa gatal berapa banyak aku harus sakit dalam setahun. alhamdulilah.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kita boleh dapat 34 jam sehari, dengan syarat 1 jam = 42.35 minit ;-)

Aloy Paradoks berkata...

bro,,gua bgun pagi pukul 8 mlm,,
9 mlm kuar lepak,, 1 pagi balik umah.
tengok tv pastu dlm pkul 3 pg gua tdo..

lu amik 5 jam dr gua, gua tak kisah.
sian kat lu.

Rapala Jingga berkata...

jhebat, masa ko lebih berharga dari aku. kau kira ikut minit aku kira ikut jam :)

aloy, lu tido 3 pagi lu bangun 8 malam. 5 jam tu gua mahu anggkat kat mana, bro?

orang kampung berkata...

errr aku ada lebih sikit nih, hang nak gak ka? berapa jam? takat 30 minit tu leh nego aaa

fuzzy83 berkata...

terase nak sedakah jugak jam yang ader nieh...tapi untuk diri sendiri plak tak cukup....Kalau lah Allah bisa buat diri ini menghargai 24 jam yang ada ini...

Salam perkenalan Mr.Namron....
love ur blog!

Danielle_Corleone berkata...

bro. bleh emel kat gua tak apa2 contact utk dapatkan Gedebe. ni e-mel gua. :-). giga_rorqual16@yahoo.com

NoR NaJwA berkata...

kalaulah dapat tambah masa dalam sehari pun best gak...huhuhu

Pegawai Khalwat berkata...

Ada lebihan jam pun kalau tak syukur tak guna jugak bang.

Psss... aku tak kata kat hang. Aku kata kat sapa yang makan cili.....

Rapala Jingga berkata...

orang kampung, ok macam mana kira?

fuzy83, terima kasih.

danielle, nanti aku emailkan no contactmya.

nur najwa, hish! sibuk juga u ni ya, kat planet zuhal sehari ada berapa jam?

pegawai khalwat, sub text ke tu? :)

Aloy Paradoks berkata...

la,,,sbb lu mintak gua ingat lu tau cara mcm mana nak angkat itu 5 jam dr gua..

ermmm,,gua pun tak tau mcm nak kasi...

takkan nak jumpe bruce almighty kot.