Khamis, 6 November 2008

cinta tiga segi

Aku dapat panggilan dari Johan John seorang pengarah filem. Dia ingin menyunting aku untuk menjadi lead male actor untuk sebuah projek filem yang akan memulakan pengambaran bulan 12 ni. Aku terkedu. Dah lama aku tak lead sejak Paloh. Dukun buat second lead tapi terperap kat stor astro pulak. Lead ni beb sapa tak terliur. Namun jodoh aku tiada kerana aku dah dijodohkan. Aku telah distimkan oleh Mamat Khalid untuk projek 3 Jalan pada bulan 12 juga. Tak mungkin aku tinggalkannya. Maka dengan berat hati aku menolak suntingannya dengan belaian penuh mesra agar selepas habis edah ikatan kontrak aku dengan bang Mat, aku dan John masih boleh membelai projeknya yang mendatang. Insyaallah!

P/S Bang Mat usah kau ragui cintaku pada mu. Ku tetap akan setia dengan mu hingga habis edah ikatan kita.

10 ulasan:

M.U.K.H.R.I.Z berkata...

bila takde takde sangat...bila datang tak putus-putus...
biasalah bro....namanya rezeki tu.
gua aminkan kerja-kerja lu bro...

Fasyali Fadzly berkata...

cinta segi tiga jangan disebut2 skng ni.. mengamuk plak abby abadi tu karang.. wakakaka

Tanpa Nama berkata...

Time tak ada tu sampai poket rabak job tak mari. Itulah nasib pelakon tak hensem dan glamer macam aku ni Mukkriz oi. Guapun aminkan kerja-kerja lu.

Abby dah tak abadi dah nampaknya. Dia patut kena tengok cerita Budak Kelantan tu, kan Vitamin kan?

Tanpa Nama berkata...

nasib baik aku tak jadi pinang hang. kalau tak satu dunia tahu aku kena tendang.

Tanpa Nama berkata...

bukan tendang. tapi tak ada jodoh. sapa aku nak tendang-tendang orang. Kau tak pernah pinang akupun kalau kau pinang aku tentu aku bagitau kat satu dunia bertapa mulianya hati kau walau kita tak dapat bersama. ini nama kaupun aku tak tau.

Fasyali Fadzly berkata...

betull tu... baik layan budak kelantan.. baru tau wanita tu cuma barang..

p/s: norman hakim tak pandai guna barang... wakakak..

Tanpa Nama berkata...

bukan itu maksud aku vitamin. Aku harap dia tengok budak kelantan untuk mengetahui ada lelaki sikapnya begitu. Aku tak pernah merendahkan wanita menjadi seperti barang. Aku seorang feminist.

Tanpa Nama berkata...

Maksud aku "feminist sosialist"

Fasyali Fadzly berkata...

oh... ok... clear2..

Pegawai Khalwat berkata...

Takpa bang. Rejeki tu pasti mai.
baguih hang tak gelojoh.