Kelmarin aku ke cineleisure kat sebelah the curve tu. Hajat hati nak tengok Filem Budak Kelantan. Namun alangkah haram jadahnya, puas mata aku terkebil-kebil pandang skrin kat atas kaunter tiket nama filem tu tak keluar-keluar. Antu tetek betul. Aku yang tak puas hati terus telepon Wan Azli. Dia tak angkat. Lagi sekali haram jadah. Aku hantar sms tanya kenapa tak ada sambil turun ke tingkat bawah nak ke parking. Di tika dan saat itu maka terpandanglah oleh aku satu kedai buku yang sunyi sepi seperti baru dilanggar garuda. SUN MEG. Aku masuk melilau-lilau melihat buku-buku novel orang putih yang tersusun dirak tak terusik. Disebabkan aku jarang sangatlah ke kedai buku kecuali jika untuk mencari buku maka kedatangan aku kali ini menemui sesuatu yang aku tak pernah ambil pot sebelum ni. Tajuk dan nama penulis di novel ni membuatkan aku tawaf keseorangan di dalam kedai buku ni sambil diperhatikan oleh seorang pekerja yang kepala botaknya sesekali muncul di hadapan aku. Silau. Ada novel nama penulisnya lebih besar dari nama tajuknya dan ada yang tajuknya lebih besar dari nama penulisnya. Aku cuba ingatkan beberapa nama penulis secara random. Balik rumah aku google nama-nama ni kat internet. Aku berdepan dengan satu pernemuan. Penulis yang namanya lebih besar dicetak dari tajuk novel tu adalah terdiri dari penulis-penulis bestseller. Kata lainnya novel-novel mereka sebelum ini laris macam goreng pisang jadi penerbit cuba untuk menjual nama mereka bukannya karya mereka. Penulis yang namanya tercetak lebih kecil dari tajuk adalah terdiri dari penulis baru atau karya-karyanya sebelum ini akan berakhir kat kedai recycle saja layaknya. Ini dinamakan pemasaran. Ini juga berlaku dalam dunia perfileman kita hari ini. Dalam kes Budak Kelantan penerbit telah menukar judul asalnya (Koya Best) kerana merasakan nama Budak Kelantan yang bunyinya agak provokatif akan memanggil orang ke pawagan. Koya Best kononnya orang tak faham dan susah untuk mendapatkan khalayak. Wan Azli balas sms aku. Katanya dia baru habis nonton Budak Kelantan kat Times Square. Aku tanya "kat cineleisure tak ada ker?" dia balas "cuba tengok kat GSC atau TGV" Aku hantar "ramai tak orang kat panggung" dia balas "ada ler dalam sepuluh orang ha ha ha.." Aku diam. Aku tau ha ha ha dia tu bukan gelak orang yang sedang dalam gembira.
Aku : Jom kita pi tengok Budak Kelantan aku nak pi esok.
5 ulasan:
ya, ada masa aku pi.
eh lupa, ada masa dan ada duit.
CATHAY CINEPLEXES-CITY SQUARE,JOHOR BAHRU ada bro! tapiii jauh kat johor pulak ekk! wakakaka!
yap! Budak Kelantan provokatif & wajib tonton kat GSC & TGV ajer utk smentara waktu nih.. tapi hairan lak masa pev kat Cathay Cineleisure.. ermmmm!
2 tahun aku tunggu filem ni dipanggung at last kuar gak. Aku tau Awe (nama masa aku kerja kuli ngan dia dulu) ni seorang yg berbakat genius tapi terpaksa menempuh laluan sukar. Awe! bersabar & terus melangkah, gua tetap akan foloow lu cara senyap
Insyaalah Pegawai Khalwat :)
Tu lah pasal, ajami. Aku ingat bila preview kat situ mestilah ditayangkan kat situ juga. Hampeh!
MediaArtPassion, Pasal dia pernah jadi kulilah dia akan jadi hebat.
Catat Ulasan